Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

Take You Home

2.5K 245 53
By FanficSkill01

Gempa memandang ke arah Halilintar yang kini nyatanya dia sudah basah kuyup di bawah hujan yang lebat. Dia pun segera bangun dan menunggu Halilintar tiba di bawah pondok bas tersebut. Jelas terpancar di wajahnya bahawa betapa risaunya dia melihat keadaan Halilintar sebegitu rupa.

Gempa: Halilintar, k-kenapa awak ada dekat sini?

Halilintar masuk ke bawah pondok bas lalu terduduk kerana kelelahan. Nafasnya tercungap-cungap dan tidak teratur kerana kelelahan berlari tadi.

Hali: Haa.. Haa... Bengap ke? Ha... Aku cari kau lah.

Deg!

Gempa: C-cari saya?

Halilintar menundukkan wajahnya lalu dia pun mengusap mukanya yang kebasahan kerana terkena air hujan. Dia mengabaikan pandangan Gempa ke atasnya walaupun dia tahu Gempa masih sedang memandang ke arahnya.

Sementara itu, Kaizo yang berada di belakang mereka mula melihat keadaan mereka berdua. Dia pun menarik kain baju Gempa untuk meminta Gempa menoleh ke arahnya.

Gempa pun menoleh.

Kaizo: Itu abang kamu, kan? Halilintar.

Gempa kelihatan was-was untuk menjawab. Sebenarnya dia tidak pasti. Dia tidak pasti bahawa adakah benar nanti Halilintar akan menjadi abang angkatnya? Walaupun dia sendiri mendapat berita daripada Tok Aba yang menyatakan bahawa ibubapa kembar 6 itu ingin mengambilnya sebagai anak angkat, tetapi dia tidak pernah terfikir pun sama ada hal itu betul ataupun tidak.

Gempa: S-saya juga tak pasti, bang.

Kaizo mengangguk faham. Selepas itu dia melihat semula ke arah Halilintar.

Kaizo: Kamu datang nak ambil Gempa ke?

Halilintar menoleh ke arah Kaizo. Lalu dia pun mengangguk.

Kaizo: Baiklah, kalau macam tu abang tak boleh dekat dah.

Gempa memandang ke arah Kaizo dengan pandangan yang pelik. Jelas terpancar raut wajahnya bahawa dia hairan dengan apa yang baru sahaja diperkatakan oleh Kaizo sebentar tadi.

Gempa: Apa maksud abang?

Kaizo: Hmm... Takdelah. Mungkin kamu tak perlu tahu. Tengok, hujan pun dah berhenti.

Serentak Halilintar dan Gempa mendongak ke langit. Betul. Hujan yang tadinya lebat kini sudah tidak dilihat. Langit yang awalnya berawan mendung dan kelabu kini mula memancarkan cahaya mentari petang yang indah. Cantik betul mata memandang.

Gempa: Woaah! Cantiknya!

Hali: Ceh, cuaca cerah je pun. Dah lah! Mari balik!

Gempa: Eh?! T-tapi-!

Kaizo: Ok, kamu berdua boleh dipersilakan untuk pergi~

Gempa: Eehh?!

Gempa menoleh ke arah Kaizo. Wajahnya jelas menunjukkan tidak percaya bahawa Kaizo boleh sahaja lepaskan mereka dengan mudah. Ibarat seorang abang yang membiarkan sahaja adiknya mengikut lelaki yang menyukai adiknya itu. Macam tulah ibaratnya. Kot?

Kaizo: Ah, tapi sebelum tu. Hali!

Halilintar menoleh. Dia sebenarnya sudah lama menahan geram di dalam hatinya di saat melihat keadaan Kaizo dan Gempa tadi. Mereka berdua seolah-olah tiada apa-apa masalah pula sewaktu Halilintar ternampak mereka di bawah pondok bas bersama-sama. Padahal malam minggu yang lalu mereka hampir sahaja... Ah, Halilintar malas mengingatinya.

Kaizo: 'Adik' kamu tak pakai kasut tu! Jadi, sebagai abang pandai-pandai kamulah bawa dia ke rumah dengan baik, ya?

Kaizo melemparkan senyuman bermakna nya ke arah Halilintar. Seolah-olah ingin menyampaikan satu 'mesej' kepada remaja itu. Manakala bagi pihak Halilintar pula, dia seolah-olah faham pula apa yang dimaksudkan oleh Kaizo. Tapi ada satu sahaja yang dia tidak faham.

'Pahal tersengih-sengih macam orang pedo tu? '

Halilintar hanya menjeling ke arah Kaizo. Selepas itu dia pun memegang tangan Gempa dengan erat lalu membawa Gempa pergi dari pondok bas tersebut.

'Rasa panas pulak duduk dekat situ lama-lama. Baik balik cepat. Lagi cepat sampai rumah, lagi tenang aku rasa! '

Gempa: Ah, Halilintar! Kejap! T-tunggu!

Halilintar tidak menoleh. Dia teruskan sahaja menarik tangan Gempa tanpa sedikitpun perasan bahawa Gempa sedang bekaki ayam pada waktu itu.

Hali: Aku nak sampai rumah cepat. Kau tak tahu ke aku tengah basah ni? Kang aku demam siap kau-

Gempa: Aduh!!

Halilintar terhenti dari langkahnya. Dia segera menoleh untuk melihat keadaan Gempa. Dia berasa hairan apabila sebaik sahaja dia menoleh, Gempa sedang jalan terhinjut-hinjut. Tangan mereka langsung tidak Gempa lepaskan.

Hali: Kau kenapa?

Gempa: Aahh... S-saya t-terpijak kaca rasanya...

Hali: Kaca? Macam mana kau boleh-

Halilintar melirik ke arah kaki Gempa. Dan sekarang baru dia sedar, Gempa langsung tidak memakai apa-apa kasut mahupun selipar di kakinya. Dan kakinya juga kelihatan kotor.

Halilintar pun melepaskan pegangan tangan mereka. Dia duduk bercangkung di atas jalan lalu dengan cepat dia menarik Gempa membuatkan Gempa yang tadinya berdiri kini jatuh terduduk di atas paha Halilintar.

Gempa: Gyah! Eh?! Ha-Halilintar apa yang awak buat ni?!

'Aik, ringan pulak budak ni? '

Halilintar terdetik sebaik sahaja dia merasakan Gempa duduk di atas pahanya. Dia melihat ke arah Gempa yang sedang duduk di atas pahanya. Baru dia perasan bahawa Gempa kelihatan kecil sahaja berbanding dirinya. Tak cukup makan ke?

Gempa: Halilintar... Kenapa dengan awak ni? T-tiba-tiba je tarik saya...

Wajah Gempa sudah kemerahan. Dia faham bahawa di sekitar kawasan mereka sekarang tiada tempat untuk duduk sementara kerana jarak pondok bas tadi pun sudah jauh dari mereka sekarang. Tapi kira nasib baik juga kerana sekarang masih tiada ramai orang yang lalu-lalang jadi mereka berdua tidak menjadi tumpuan ramai sangat.

Halilintar pula, dia cepat-cepat sedar dari fikirannya. Dia menarik kaki Gempa dan melihat yang mana yang ada kaca yang dimaksudkan oleh Gempa.

Dan Halilintar menemuinya. Agak dalam.

Hali: Kalau kau jalan, rasa sakit tak?

Gempa mengangguk.

Gempa: T-tapi saya rasa saya boleh tahan rasanya... Tapi kena cabut dululah kaca ni.

Hali: Haih, tak payahlah. Buang masa!

Dan tanpa memberikan amaran, Halilintar pun mendukung Gempa bridal style dan dengan mudah dia berjalan menyelusuri jalan menuju ke rumah Tok Aba.

Gempa: Halilintar! T-turunkan sayalah!

Hali: Apahal pulak? Kaki kau kena kaca, kan?

Gempa: Ya, saya tahu! Tapi tak payahlah dukung macam ni! Memalukanlah!!

Hali: Eleh, habis? Kau ingat aku nak sangat dukung kau macam ni? Ni pun sebab terpaksa tahu?

Gempa menggigit bibir bawahnya dengan geram. Semakin lama dia rasa semakin menyampah pula dengan Halilintar. Dan dia nyaris-nyaris terlupa bahawa malam semalam dia ingin membenci Halilintar.

Gempa: Saya benci awak.

Hali: Aku tahu.

Gempa: Jadi letak saya.

Halilintar menjelirkan lidahnya. Siapa peduli?

Hali: Kau bukan sesiapa untuk arahkan aku.
Gempa: Ya, tapi saya pun manusia.

Hali: Manusia berhati tisu.

Gempa: Sekurang-kurangnya saya ada hati dan perasaan berbanding awak.

Hali: Oh ya?

Halilintar menoleh ke arah Gempa dengan senyuman mengejek.

Hali: Jadi apa yang kau buat pada kembar aku sebelum ni kau ada fikirkan perasaan mereka ke tak?

Gempa: Saya fikirlah! Sebab tu saya nak keluar dari rumah Tok Aba cepat-cepat! Saya tak nak susahkan sesiapa!

Hali: Heh, ingat dengan cara larikan diri macam tu boleh halang dari menyusahkan orang ke?

Gempa terdiam. Terasa pula dengan apa yang Halilintar baru katakan. Ya, tadi sewaktu dia melompat keluar dari jendela dia langsung tak fikirkan perasaan yang lain. Dia dia baru sedar bahawa dia juga terlalu ego.

Gempa: Maaf...

Halilintar menoleh ke arah Gempa.

Hali: Apa kau cakap?

Gempa terus menyorokkan wajahnya di leher Halilintar dan menggeleng. Dia malu untuk melihat muka Halilintar sekarang. Makin malu pula bila dia sedar ada beberapa orang yang lalu-lalang melihat pelik ke arah mereka. Macam pasangan kekasih pula!

•°💗💐_°o (^ ^✿)o°_💐💗°•

Setelah lebih kurang 30 minit berjalan, akhirnya mereka berdua tiba di hadapan rumah Tok Aba. Halilintar pun meletakkan Gempa di atas tanah semula. Dia akui, dia agak kelelahan kerana mendukung Gempa sepanjang masa. Tapi berat badan Gempa ternyata lebih ringan dari sangkaannya. Jadi dia mudah mendukung dalam jangka waktu yang lama ditambah pula dia dan Gempa sentiasa berbual kosong di sepanjang perjalanan pulang mereka bersama.

Klik!

Hali: Kami dah balik...

Halilintar membuka pintu rumah dan melangkah masuk. Dia membiarkan sahaja Gempa masuk dalam keadaan terhinjut-hinjut. Sekurang-kurangnya tadi dia dah tolong angkat, kan? Tambahan pula dia tak nak saudaranya salah anggap tentangnya dan Gempa.

Thorn: Abang Hali...

Halilintar memandang ke arah Thorn. Dia berasa hairan apabila melihat muka adiknya itu. Kenapa masam pelik tu?

Hali: Thorn? Ada apa ni?

Thorn: Uumm.. Kita ke ruang tamu kejap, ya?

Halilintar tidak membantah. Dia terus sahaja mengekori Thorn dari belakang sehinggalah mereka tiba di ruang tamu. Dan, kejadian yang berlaku sekarang amatlah di luar jangkaan Halilintar.

???: Kamu dah balik, Hali?

???: Kamu dari mana?

Halilintar terkedu.

Hali: Mak... A-ayah...










TO BE CONTINUE

Orang kata kalau cuba guna tangan kanan sentuh sisi kaki kiri tak sampai. Author sampai je. Korang sampai tak? ⊙▽⊙

Btw layan moment HaliGem kejap tak salah kan? Sebelum drama yang sebenar berlaku dan akhirnya rahsia terbongkar. Kan? Kan?

Continue Reading

You'll Also Like

45.9K 4K 29
ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adi...
15.1K 1.5K 27
Bermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!
72.2K 374 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
1K 77 12
[⚠️Amaran⚠️: Buku ini mempunyai scene membunuh, anda disarankan untuk tidak mengikuti scene di dalam buku ini.] Akibat sebuah kisah silam, TAPOPS dik...