Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

Telling The Truth

2.6K 249 69
By FanficSkill01

Kaizo: Kamu Gempa, kan?

Kelu lidah Gempa jadinya apabila disoal oleh orang yang memang selama ini tidak disangkakannya sendiri untuk bertemu. Ditambah pula dengan keadaan macam sekarang.

Manakala bagi pihak Kaizo pula. Dia memandang pelik ke arah remaja di hadapannya itu. Kenapa diam sahaja? Atau adakah dia tersilap orang? Jadi, untuk memastikannya betul ataupun tidak, Kaizo pun mula mendekati Gempa.

Gempa mula tersedar dari lamunannya apabila dia mendapati bahawa Kaizo mula mendekatinya. Dirinya mula panik. Apa yang Kaizo buat di sini? Macam mana dia boleh bertembung dengan Kaizo dalam keadaan macam ni? Apa yang Kaizo nak dari dia? Adakah Kaizo masih ingat apa yang telah terjadi di antara mereka pada malam itu? Adakah Kaizo ingin datang untuk meminta maaf atau atau...?

Tidak kiralah apapun niat Kaizo ke atas Gempa, apa yang pasti Gempa sekarang amat takut. Dia sudah cukup tertekan dengan keadaannya di rumah Tok Aba dan dia berharap sangat bahawa di saat dia sedang berada di luar rumah sekarang dia boleh tenangkan dirinya. Tetapi lain pula jadinya. Dia tidak sangka bahawa dia akan bertemu dengan Kaizo.

Kaizo: Hey, kamu ok tak ni?

Gempa mengetap bibirnya. Dia dapat merasakan bahawa jari-jarinya mula kedinginan. Bibirnya mula bergetar dalam diam. Suaranya juga tersekat.

'Tuhan... Tolonglah... Selamatkan aku! '

*☆◆♥💕_•°●︿●°•_💕♥◆☆*

Sementara itu di rumah Tok Aba, para kembar bersaudara mula berkumpul di ruang tamu sambil menikmati cerita kartun Boboiboy yang sedang ditayangkan di kaca TV.

Thorn: Haih...

Mendengar suara keluhan kecil daripada Thorn, Taufan dan Blaze terus menoleh ke arah adik kembar mereka itu.

Taufan: Thorn, kamu ok?

Thorn mengangguk kecil. Walaupun dia cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik supaya abang kembarnya itu tidak terlalu merisaukan dirinya, tetapi riak wajahnya sekarang seolah-olah cukup berbalik belakang.

Blaze: Jangan nak tipulah, Thorn. Aku dan Taufan tahu yang kau tengah risaukan Gempa. Tapi sekarang ni hujan. Kita kena duduk dalam rumah.

Thorn: Tapi... Thorn risaulah dengan Gemgem. Apa yang dia tengah buat dekat luar sana? Dia sendirian ke? Dia sedang berteduh ke? Ada orang kacau dia tak?

Taufan: Abang faham, Thorn. Tapi kita kena berfikir secara positif juga. Daripada kamu berfikir benda-benda yang semakin merisaukan diri kamu, baik kamu fikirkan bahawa Gempa sekarang sedang berteduh di tempat yang selamat dan takde sesiapa pun yang datang mengganggu. Ok?

Thorn mengangguk. Dia cuba tersenyum walaupun dia tahu senyumannya itu pasti tidak dapat membendung kerisauan yang ada di dalam dirinya.

Taufan turut tersenyum bagi menenangkan hati adik kembarnya yang satu itu. Lalu selepas itu dia pun berpaling pula ke arah kembarnya yang terakhir iaitu Solar.

Taufan: Macam mana, Solar? Kau dapat tak call Hali?

Solar: Tak dapat, ah. Mungkin dia tak dengar kot sebab hujan kuat?

Blaze: Entah-entah fon dia termasuk air tak?

Ais menyiku pinggang Blaze dengan kuat.

Ais: Ish, kau ni! Orang sekarang nak fikir benda positif je!

Blaze: Apa? Positif apa respon aku tu? Mana tahu fon dia betul-betul masuk air?

Ais: Habis kalau masuk air siapa yang nak tolong baiki? Tak ke jadi masalah? Dah lah tak dapat call Abang Hali sekarang. Kau pulak cakap benda macam tu.

Blaze: Yelah, aku je yang salah.

Blaze memuncungkan bibirnya dan berpeluk tubuh sebagai tanda merajuk. Taufan, Thorn dan Solar tertawa dengan telatah dua kembar itu.

Taufan: Korang ni. Minta maaf antara satu sama lain cepat.

Ais: Ish! Yelah! Sorry, weyh.

Blaze: Hm.. Yelah. Aku pun sorry.

Blaze dan Ais berjabat tangan bagi menunjukkan perdamaian. Itulah apa yang selalu menjadi kebiasaan antara kembar-kembar itu. Di saat jika ada di antara mereka bergaduh antara satu sama lain, salah seorang harus segera menghentikan mereka dan menyuruh mereka untuk berdamai dengan segera. Sebagai saudara, mereka harus diajar untuk tidak saling berdendam dan berkira antara satu sama lain kerana khuatir ia akan menjejaskan tali persaudaraan mereka. Dan sudah tentulah perkara itu sama sekali tidak diingini oleh mereka.

Tok! Tok! Tok!

Kelima kembar yang berada di ruang tamu tersebut menoleh ke arah pintu rumah mereka. Masing-masing mula tertanya-tanya akan siapakah yang mengetuk pintu tersebut.

Blaze: Siapa?

Taufan: Entah...

Solar: Entah-entah Gempa atau Hali tak?

Ais: Cuba tengok.

Taufan berfikir seketika untuk memutuskan patutkah dia pergi dan membuka pintu rumah? Kerana sebabnya Tok Aba sudah pulang ke rumah dan sedang berada di dalam bilik untuk berehat. Dan dia juga pasti kalau ia adalah Halilintar, abangnya itu tidak akan mengetuk pintu dan akan terus menerjah masuk. Kalau Gempa pula mustahil kerana ketukan pintu itu kedengaran keras sekali. Gempa selalunya ketuk pintu dengan lembut.

Blaze: Pikir apa lagi tu weyh? Bukak, ah!

Taufan: Ish, yelah!

Akhirnya Taufan mengalah. Dia pun bangun dari tempat duduknya di sebelah Thorn lalu segera menghala ke arah pintu rumah. Dia tiba-tiba merasakan satu perasaan tidak sedap hati di dalam dirinya. Kenapa?

'Firasat aku je kot...? '

Dan sebaik sahaja dia memegang tombol pintu rumah, dia pun menghela nafas. Cuba untuk berfikir positif.

Klik!

Taufan: Ya-...

Suara Taufan terus tersekat sebaik sahaja dia melihat 2 orang sedang berdiri di hadapan muka pintu.

???: Haaaiii!!!

Kerana seakan cam dengan suara tersebut, pantas Blaze dan Thorn bangun dari tempat mereka dan mendekati Taufan. Sebaik sahaja mereka tiba, terus senyuman terukir di wajah mereka berdua.

Thorn: Mak!!

Blaze: Ayah!!

Taufan meneguk ludahnya kelat.

'Habislah... '

#_°•🍀🌟(´゜艸゜)🌟🍀•°_#

Kembali semula ke tempat Gempa tadi. Dirinya mula perlahan-lahan mengundur kerana Kaizo mula berjalan mendekatinya. Dia takut. Dan dia ingin sekali untuk menjerit tetapi apakan daya? Suaranya tiba-tiba terasa seperti tersekat di kerongkongnya.

Kaizo: Gempa? Kamu ni Gempa, kan? Maaflah kalau abang salah orang ke apa tapi abang memang rasa yang kamu ni Gempa.

Gempa: ...y-ya...

Kaizo: Jadi betul kamu ni Gempa, ya?

Gempa: Y-ya...

Kaizo mula tersenyum gembira. Namun bagi Gempa pula adalah sebaliknya. Dia rasa semakin takut apabila melihat senyuman Kaizo itu. Seolah-olah ia mengingatkan kembali akan memori gelapnya dengan Kaizo setelah apa yang telah terjadi ke atas mereka berdua.

Kaizo, yang tidak menyedari akan keadaan Gempa pada waktu itu pun mula mengambil tempat di sebelah Gempa dan semakin mendekatinya.

Kaizo: Maaf ya kalau abang buat kamu terkejut. Cuma abang macam pernah nampak kamu jadi sebab tulah abang tegur. Dan tak sangka abang akhirnya dapat jumpa kamu. Kebetulan betul.

Gempa menundukkan wajahnya. Dia takut. Sangat takut. Boleh ada kemungkinan besar untuk Kaizo menyerangnya kerana situasi di sekitar pondok bas tiba-tiba sahaja semakin sunyi. Mungkin kerana orang-orang yang sebelum ini ada dan sedang menunggu di sini telahpun beredar dan menaiki kereta. Dan jujur cakap, Gempa sangat berharap agar dia dapat melarikan dirinya sekarang.

Kaizo: Gempa, abang nak tanya kamu sesuatu ni.

Gempa kekal sahaja diam. Memandang Kaizo juga dia tidak mahu.

Namun nampaknya Kaizo sama sekali tidak mempedulikannya.

Kaizo: Kamu... Ingat lagi tak apa yang terjadi malam waktu kita berjumpa tu?

Deg!

'Tidak... '

Gempa menggigit bibir bawahnya kerana ketakutan. Dan dia dapat merasakan ada luka di bibirnya kerana dirinya kerap mengigitnya. Tapi Gempa tidak peduli. Dia sangat takut sekarang. Kehadiran Kaizo seolah-olah membuatkan dia mula takut untuk melihat dunia luar.

Kaizo menoleh ke arah Gempa. Dia semakin mendekati Gempa tanpa memikirkan keadaan Gempa yang sekarang ini amat takut dengan kehadirannya.

Kaizo: Kamu mesti ingat, kan? Apa yang abang dah buat dekat kamu?

Gempa masih kekal diam. Tak nak. Dia tak nak ingat kembali akan keadaannya pada malam itu. Ia sangat menakutkan!

Kaizo: Abang nak minta maaf.

Mata Gempa terbelalak. Tak sangka. Dia tidak sangka bahawa ayat itu akan keluar dari mulut seorang lelaki dewasa yang sebelum ini ingin cuba memperkosanya dalam keadaan mabuk. Adakah dia sedang bermimpi?

Gempa menoleh ke arah Kaizo.

Kaizo faham apa erti dari pandangan Gempa itu. Dia pun tersenyum.

Kaizo: Silap abang sebab pergi mabuk malam tu. Abang stress sangat dekat kerja dan pergi ikut kawan-kawan abang pergi kelab malam tu. Padahal abang tahu... Yang abang ni bukannya reti minum. Tapi sebab tertekan sangat waktu tu, abang pergi minum juga.

Kaizo berpaling ke hadapan semula. Dia menghela nafas. Mengingat kembali akan dirinya seorang kapten tentera yang baru sahaja pulang dari kem selepas berbulan berada di sana untuk melatih para kadet. Ah! Sungguh memenatkan!

Kaizo: Dan abang hampir saja lakukan benda yang memalukan kepada kamu. Kamu mesti trauma, kan?

Kaizo menoleh semula ke arah Gempa. Dan betul jangkaannya. Gempa sangat terkejut dengan apa yang baru sahaja dikatakannya sebentar tadi.

Kaizo tertawa kecil.

Kaizo: Jujur abang cakap yang waktu tu abang memang mabuk gila! Abang tak sedar pun apa yang abang buat. Lepas bangun esoknya baru abang sedar. Tu pun lepas adik abang ceritakan segalanya dekat abang. Nasib baik abang kamu ada.

Wajah Gempa berkerut. Dia hairan dengan kata-kata terakhir Kaizo. Abang? Sejak bila dia ada abang?

'Tunggu, adakah dia maksudkan adalah... '

Gempa: M-maksud abang... Halilintar ke?

Kaizo mengangguk.

Kaizo: Kalau abang kamu tu takde waktu tu, mesti kita memang dah tak bercakap dah sekarang, kan?

Gempa cuba untuk tersenyum dan mengangguk. Sungguh dia tidak dapat bayangkan apa akan jadi kalau Halilintar betul-betul tak datang selamatkannya malam itu.

Kaizo: Abang minta maaf, ya?

Kaizo menepuk kepala Gempa dengan lembut. Lalu dia pun mengusapnya dengan perlahan-lahan. Sebagai memberikan kehangatan kepada Gempa.

Gempa pun tersenyum.

Gempa: Terima kasih ya, Abang Kaizo. Kalau abang tak ceritakan segalanya.. Mesti saya dah dalam keadaan trauma.

Kaizo: Itulah. Sebaik sahaja abang tahu tentang apa yang abang hampir buat dekat kamu, abang terus panik dan mula mencari kamu. Abang rancang hari ni nak ke rumah Tok Aba dan cari kamu. Tapi tak sangka takdir menemukan kita dekat sini. Mesti kamu takut kan dengan abang?

Gempa mengangguk kecil sambil tertawa. Ya, mengingat balik akan betapa paniknya dia kerana Kaizo tiba-tiba muncul tadi. Mahu pengsan rasanya!

Gempa: Ah, tapi... M-macam mana abang boleh cam muka saya? Kita kan baru pertama kali berjumpa malam tu?

Kaizo tersenyum. Dia pun mencubit pipi tembam Gempa dengan lembut.

Kaizo: Dah tentulah abang ingat lagi muka bidadari kecil di depan mata abang ni. Kamu ni comel sangat tahu tak?

Gempa tertawa.

Gempa: Mana ada! Saya biasa-biasa sajalah!

Kaizo: Betul apa? Ah, dan lagi satu. Abang nak tanya. Tentang apa yang kamu pernah cakap dekat abang malam tu... Betul ke?

Gempa terdiam seketika. Dia cuba mengimbas kembali apa yang pernah dikatakan olehnya kepada Kaizo pada malam itu. Ada ke dia cakap sesuatu yang boleh mengelirukan Kaizo?

'Tunggu, adakah dia maksudkan... '

Gempa: Ah! Umm... Abang rasa?

Kaizo terdiam seketika bagi memahami apa yang dimaksudkan oleh Gempa. Selepas mendapatnya dia pun melihat Gempa atas bawah. Lalu dia tersenyum.

Kaizo: Abang percaya dengan kata hati abang.

Gempa juga turut tersenyum.

Gempa: Kalau itu yang apa abang fikirkan, jadi betullah.

Kaizo tertawa. 

Kaizo: Ok.

???: Gempa!!

Serentak Kaizo dan Gempa menoleh. Berdetak jantungnya jadinya sebaik sahaja dia melihat Halilintar sedang berlari di bawah hujan yang begitu lebat sekali. Dia pun terus bangun.

Gempa: Halilintar?














•°•°•°•° TO BE CONTINUE °•°•°•°•

Well.. Kalau korang tak skip ataupun betul-betul fokus dalam jalan cerita ni korang mesti dah lama faham apa yang tersembunyi di dalam cerita ni. ヽ(´▽`)/

Tapi nampaknya ramai yang masih belum menangkapnya. Hmm... Takpelah. Makin lama makin seronok pula tengok korang selalu tertanya sesuatu. Padahal jawapan dan terang-terang ada.

Tapi author faham, korang mesti keliru sebab orang yang sama. Takpe.. Takpe.. Nanti bila rahsia terbongkar baru korang akan fahamnya. Uwu Just continue reading ya?



Btw sebagai peringatan sekali lagi. Author memang jenis yang selfless dan emotionless. Jadi kalau ada yang terasa dengan author mohon maaf. Kadang sesuatu perkara terjadi kerana peristiwa yang pernah berlaku, kan?

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 105K 59
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
73.1K 6.7K 24
"I'm so sorry Boboiboy, but it's all... fake love..." Aku tak percaya. Kawan kawan aku, keluarga aku, semuanya. Semua tu palsu. Diorang berkawan den...
2.7K 269 20
"Boboiboy, kau ditahan atas kesalahan membunuh dan mencuri sfera kuasa." "Huh?! Apa yang aku buat?! Aku superhero bumi, tak mungkin aku membunuh ata...
55.2K 4.7K 35
COMPLETED ✔️ Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki berumur 17 tahun bernama Gempa yang tinggal bersama datuknya di sebuah kerajaan bernama Snowin...