Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

Forgiveness

2.5K 246 73
By FanficSkill01

Gempa: Halilintar... Tolonglah... D-dengarkan apa yang saya ingin terangkan... Isk..

Halilintar cuba untuk menarik Gempa supaya dia keluar dari rumah. Tapi dia tak sangka, dalam perjalanan dia ingin menarik Gempa keluar, Gempa sempat berpegang pada dinding dan kini mereka beradu kekuatan untuk menarik diri masing-masing.

Halilintar semakin geram. Dia mahu memukul Gempa. Tapi melihat keadaan sekarang, dia pasti yang lain akan salah anggap. Jadi dia cuba untuk menenangkan dirinya terlebih dahulu.

Kemudian Halilintar menoleh ke arah Gempa.

Hali: Dengar sini. Aku bagi kau masa 10 minit je untuk terangkah segalanya. Kalau aku masih tak puas hati dengan penerangan kau, nahas aku kerjakan!

Gempa mengangguk faham.

'Takpe... Aku yakin Halilintar akan faham... Halilintar baik... Halilintar tak jahat...! '

Halilintar pun melepaskan pegangannya kepada Gempa.

Mereka berdua diam buat seketika sebelum Gempa mula bersuara dalam keadaan suaranya yang serak basah kerana menangis.

Gempa: K-kita duduk dulu, ya?

Halilintar menjeling Gempa buat seketika. Selepas itu dia mengangguk setuju. Dan mereka berdua pun duduk di atas kerusi sofa secara berdepan dengan diri masing-masing.

Hali: Ok. Masa 10 minit kau bermula.

Gempa menelan ludahnya bagi menenangkan dirinya. Sungguh dirinya terlalu dan sangat takutkan Halilintar sekarang. Jika dia tersilap kata, dia tahu Halilintar tidak akan memberikannya peluang lagi. Tapi dia harus menjelaskan segalanya! Dia tahu Halilintar pasti kecewa kerana sepanjang satu minggu ini dia telah menyusahkan adik-adik Halilintar yang lain. Dan dia tidak bermaksud akannya.

Gempa: Halilintar... M-mula-mula sekali... S-saya n-nak minta maaf... Atas apa yang terjadi kepada awak dan yang lain... Jujur saya cakap saya tak bermaksud sama sekali untuk buat macam tu!

Halilintar kekal diam. Dia menyilangkan kakinya di atas kaki satu lagi dan kedua belah tangannya disilang di hadapan dadanya.

Hali: Go on.

Gempa mengangguk.

Gempa: Tentang... Sepanjang seminggu ni... Memang betul saya sedang trauma. Saya... Saya rasa takut.

Hali: Apa yang kau takutkan sangat? Kau dengar, kau bukannya kena rogol pun kan waktu tu? Jadi apa yang kau nak risau sangat?

Gempa cuba menahan dirinya dari menampar Halilintar. Dia tahu, Halilintar tak faham perasaannya sekarang kerana Halilintar sedang marah dengannya. Tapi dengan berkata macam tu sama sekali tidak berhati perut!

Gempa: Halilintar, walaupun awak nak sampaikan bahawa awak tak nak saya terlalu risau, tapi awak perlu tahu! Saya yang kena benda tu! Saya yang kena berdepan dengan benda tu! Mangsa keadaan dalam situasi itu adalah saya! Kenapa awak susah nak faham dengan hati dan perasaan saya?! Saya takut sangat waktu tu awak tahu tak?!

Hali: Kau kan lelaki? Apa yang kau nak takutkan?

Gempa terkedu mendengar kata-kata Halilintar. Jiwanya memberontak. Jantung Gempa mula berdegup tak keruan dan fikirannya mula memikirkan... Bahawa dia memang patut bunuh Halilintar pada waktu itu.

'Tidak, Halilintar ada penyakit. Jadi normal untuk dia selalu kejam sebab penyakitnya melibatkan mental... Sabarlah Gempa... '

Gempa: Halilintar... Walaupun awak kejam dengan saya, tapi saya harap sangat awak tahu sesuatu. Dan saya rasa... Hanya awak seorang sahaja yang tak tahu.

Halilintar berdecih.

Hali: Oh, ya? Apa yang aku tak tahu? Cuba kau cakap.

Gempa bangun dari duduknya. Dia berjalan mendekati Halilintar dan merenung lelaki itu dengan tajam.

Gempa: Awak cakap yang saya ni lelaki, kan? Awak ingat semua orang kuat? Apa kata awak bayangkan pula saya ni di sebaliknya? Apa tindakan awak?

Halilintar terdiam.

'Tunggu... Apa maksud dia? '

Selepas itu, Gempa pun memusingkan badannya dan berlalu pergi. Meninggalkan Halilintar sendirian di ruang tamu tanpa berkata apa-apa.

Di dalam hati mereka masing-masing, mula timbul pula perasaan baharu. Timbulnya perasaan benci dan geram di dalam hati Gempa. Yang mana dia sangat bencikan Halilintar yang begitu tidak berhati perut dan tiada perasaan. Sakit hati dengan orang yang langsung tidak faham dengan apa yang orang lain sedang lalui. Manakala timbul pula perasaan ingin tahu dan keliru di dalam hati Halilintar. Dia tertanya, adakah dia terlepas sesuatu yang penting daripada Gempa? Adakah Gempa sedang menyorokkan sesuatu daripadanya? Adakah adik-adiknya juga bersubahat?

°^•°•°_🌹🎆_(_^_)_>🎆🌹_°•°•^°

Thorn: Gemgem?

Tok! Tok!

Thorn mengetuk pintu bilik Gempa. Pada hari itu, tiba giliran dia pula untuk menguruskan Gempa selepas Taufan. Dan dia ingin mencuba nasib keduanya untuk memujuk Gempa kembali. Kali pertama dia lakukannya sungguh tidak membuahkan apa-apa hasil. Dan dia berharap sangat kali ini Gempa sekurang-kurangnya akan berikan kesan positif walaupun sedikit.

Thorn menunggu buat seketika. Namun setelah lama menunggu nampaknya Gempa masih tidak memberikan apa-apa respon. Thorn mula risau. Tapi dia tak nak berputus asa!

Tok! Tok! Tok!

Thorn: Gemgem! Buka pintu dan kita sarapan jom? Thorn tak nak Gemgem jatuh sakit... Nanti kalau Gemgem jatuh sakit, Thorn akan sedih!

Masih tiada jawapan. Thorn sudah naik risau. Apa yang Gempa buat dalam bilik? Adakah Gempa telah lakukan apa-apa perkara yang tidak sepatutnya?

'Tak nak! Gemgem takkan bunuh diri! '

Tok! Tok! Tok!
Bang! Bang!

Thorn: Geeemmgeeemmm!! Buka pintu!! Buka pintu untuk Thornieeee!! Tolonglaaaa!!

Solar yang kebetulan baru sahaja keluar dari biliknya memandang pelik ke arah abang kembarnya. Berkerut keningnya melihat ke arah Thorn. Dah kenapa ketuk macam nak hancurkan pintu bilik tu?

Solar: Abang Thorn? Kenapa ketuk pintu sampai macam tu sekali?

Thorn terus menoleh ke arah Solar. Wajahnya sudah sembab kerana air matanya sudah mula mengalir.

Thorn: Huk! Huk! So-Solar!! Gemgem tak nak buka pintu!! Waaaa!! Gemgem buat apa dalam bilik?! Kenapa dia tak nak buka pintu?!

Solar terkebil-kebil seketika melihat keadaan abang kembarnya. Begitu serius sekali nak jaga Gempa sampai macam tu sekali ke?

Kemudian Solar melihat jam tangannya.

Solar: Abang Thorn. Sekarang baru jam 5 pagi. Mungkin Gempa masih belum bangun?

Thorn melihat ke arah jam tangannya pula.

Thorn: ....m-memang dia t-tak bangun ke waktu ni..? Isk...

Solar tersenyum geli hati kerana dengan tingkah lucu abang kembarnya itu. Macam-macam betul! Lalau, kerana kasihan, dia pun berjalan mendekati Thorn dan menepuk bahu abangnya itu.

Solar: Abang Thorn janganlah risau. Solar tahu yang Gempa mesti ok. Sekarang kita turun makan dulu, ya?

Thorn mencebik sedih. Dia tak sanggup untuk meninggalkan Gempa sendirian di dalam biliknya sekarang. Di dalam fikirannya bermacam-macam dia fikirkan tentang keadaan Gempa. Adakah Gempa betul-betul baik-baik sahaja di dalam bilik itu? Gempa tak lakukan apa-apa hal yang tak diingini, kan? Gempa selama saja, kan? Gempa tidur sahaja, kan?

Solar: Dah, jom!

Solar menarik tangan Thorn membuatkan remaja itu tersedar dari fikirannya. Thorn masih memandang ke arah pintu bilik Gempa. Selepas beberapa saat dia pun mengeluh sedih.

Thorn: Hhmm... Baiklah...

Thorn pun ikut sahaja bersama Solar untuk turun makan sarapan bersama yang lain. Di dalam hatinya dia cuba berdoa dan berharap agar Gempa akan baik-baik sahaja di dalam biliknya.










•°•°•°•° TO BE CONTINUE °•°•°•°•

Semoga Gempa baik-baik sahaja.
(′・ω・')

Continue Reading

You'll Also Like

11K 782 13
Boboiboy,seorang budak biasa yang tinggal bersama atoknya di Pulau Rintis.Ramai yang menyangka,dia adalah anak tunggal. Tapi,kenyataannya. Dia mempun...
493 65 4
Banjaran Terbawangsa. Banjaran yang menyatukan 7 buah negara yang suatu masa dahulu, mengikut sejarah, diperintah oleh 7 naga elemental, tetapi telah...
71.8K 370 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
4.1K 410 9
Dia adalah superhero bumi yang sangat dikenali ramai. Tapi baginya lebih baik tiada siapa kenal akan dirinya. Semakin lama semakin nasibnya tidak bai...