Maths

By missblossom_

346K 34.6K 7.4K

ใ€Ž COMPLETED ใ€ ๐Ÿ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY ๐Ÿ† ๐Ÿ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 โ€ข Result
02 โ€ข Bila mula?
03 โ€ข First class
04 โ€ข Homework
05 โ€ข Special one
06 โ€ข Lies
07 โ€ข Abang
08 โ€ข Advice
09 โ€ข Visit
10 โ€ข Perlu ke tipu?
11 โ€ข f3: Polygons II
12 โ€ข f3: Algebraic expressions III
13 โ€ข f3: Linear equations II
14 โ€ข f4: Quadratic expressions & equations
15 โ€ข f4: Straight line
16 โ€ข f5: Graph of function II
17 โ€ข Weekend
18 โ€ข SPM trial exam I
19 โ€ข SPM trial exam II
20 โ€ข SPM trial exam III
21 โ€ข Something fishy
22 โ€ข Break up
23 โ€ข Life changed
24 โ€ข Absent
25 โ€ข Nasihat papa
26 โ€ข Is he the one?
27 โ€ข Hot gossip
28 โ€ข Hidayah
29 โ€ข Forgive me
30 โ€ข Rival
31 โ€ข Feelings
33 โ€ข Graduation day
34 โ€ข Memories
35 โ€ข Stay with you
36 โ€ข His family
37 โ€ข Second mom
38 โ€ข Cat lover
39 โ€ข Close friend
40 โ€ข Alone together
41 โ€ข His other side
42 โ€ข Gaduh
43 โ€ข That night
44 โ€ข Getting closer
45 โ€ข The day I
46 โ€ข The day II
47 โ€ข Good bye
48 โ€ข Miss you
49 โ€ข We did it!
50 โ€ข New adventure awaits
โ˜๏ธŽ Ainril moments โ˜๏ธŽ
BOOK 2 is out!

32 โ€ข Masih sayang

5.4K 607 131
By missblossom_

— Maths —





          Keesokannya, Ain masuk ke dalam kantin untuk membeli kuih sebaik saja melangkah masuk ke pekarangan sekolah memandangkan pagi ini Puan Liza tak larat ingin menyediakan sarapan. Sakit belakang katanya. Jadi, Ain ke sekolah dengan perut kosong saja.

          "Karipap satu, kak." Pesan Ain kepada mak cik kantin yang bergincu merah itu.

          Nak gelak, rasa berdosa pula. Haih, biarlah. Mak cik-mak cik pun ingin bercantik juga kan? Hahaha.

          "Thank you."

          Ain menghulurkan sehelai duit kertas RM 1 kepada mak cik tersebut setelah menerima kuih yang dipesannya. Kemudian, dia melangkah pergi dari kaunter tersebut.













          "Sara."

          Baru saja Ain ingin menapak keluar dari kantin, seseorang memanggil namanya. Terhenti langkah gadis itu.

          Dia kenal suara ni. Lagipun, siapa lagi yang memanggilnya "Sara" kalau bukan...

          Faizz.

          Dengan malasnya, Ain berpusing tubuh menghadap jejaka tersebut.



          Ikhlaskan hati, Ain. Kau kata kau nak maafkan dia kan?

          Gumam hati Ain.

          Dia mengukirkan senyuman nipis kepada Izz. Izz yang memandang pun terkejut kejap. Selalunya kan Ain akan memasang muka dingin saja bila berjumpa dengannya. Tiba-tiba saja hari ini tersenyum.

          "Kenapa?" Tanya gadis itu lembut tetapi pada masa yang sama kedengaran dingin.

          Izz menggaru belakang telinganya yang tak gatal. Awkward tiba-tiba.

          "Um... I'm still waiting for you.. to forgive me." Ujar Izz perlahan.

          Ain diam sebentar.


          Just forgive him, Ain. I know it's hard but... you don't wanna live like this forever right? Tak baik berdendam.




          Ain mengangguk kecil sebelum bersuara.

          "Okay, I forgive you." Ucapnya bersama senyuman nipis di bibirnya.

          Terkejut Izz mendengar balasan wanita di hadapannya ini. Sungguh tak dijangka...

          "Seriuslah? Are you serious?" Soal Izz teruja.

          "Apa? Aku nampak macam aku nak bergurau ke sekarang ni? Yelah, aku seriuslah. Malas aku nak merajuk lama-lama. Penat."

          Kata-kata Ain membuatkan Izz tersenyum lebar. Hatinya suka. Terasa seperti segala masalah dalam hidupnya hilang begitu saja setelah mendengar ayat yang diucapkan oleh gadis itu. Dia bersyukur sangat. Allah dah melembutkan hati Ain untuk memaafkannya.

          Langkah mula diatur oleh Ain keluar dari kantin lalu dia berjalan menuju ke wakaf. Izz pula mengikut langkahnya keluar.

          "Okay, I'm happy right now. Oh my god, thank you, Sara. I love you so much."

          Mendengar kata-kata sayang daripada Izz mengingatkan Ain satu perkara.

          "Oh, lagi satu. Aku..." Ain berjeda seketika. Tak tahu nak susun ayatnya macam mana.

          "Aku tak nak get back dengan kau. I think it's better if we just.. um... stay as.. friends."

          Terdiam Izz mendengar ayat gadis itu.

          "Ala, kenapa?" Tanya dia sayu.

          "Sebab... I just.. I just don't want."




          Aku tak nak sakit hati lagi.


          Balasan Ain membuatkan Izz mengangguk perlahan.

          "It's okay. I faham. I tahu you dah tak percayakan I lagi kan?"

          Ain membisu mendengar soalan Izz.

          "Bukan macam tuuu. Aku... aku memang tak nak terlibat dalam apa-apa hubungan dah." Senyuman pendek ditayangkan oleh Ain bagi menghilangkan perasaan kekok.

          "I boleh bagi you masa kalau you nak. I boleh je tunggu."

          "No no no, it's fine. Aku tak nak. Heheh. Aku nak fokus study. SPM bulan depan kan? Takut pula aku."

          Izz mengangguk faham.

          "Alright then. So... kita kawan ke sekarang?" Tanya lelaki itu.

          "I guess?" Ain menjawab.

          "Okay, at least we're still friends. I'm still happy about it." Senyum Izz lalu Ain membalas senyumannya.

          "Aku pergi wakaf dulu. Kau nak ikut ke?"

          "Of course! Rindu tau nak rapat-rapat dengan you."

          "Eh eh, dia ni. Hahahah. Stop la dengan panggilan 'I-you' kau tu. Awkward tahu tak?"

          "Fine fine. Ish, nak bermanja pun tak boleh."

          "Takleh. Hak alah... mengada." Ain mengerling ke arah Izz tetapi bibirnya masih tersenyum.

          Entahlah. Hatinya rasa senang selepas memaafkan Izz.

          "Mengada dengan you je."

          "Tengok tu. Panggil lagi macam tu!"

          "Biarlah."

          Mereka melepaskan tawa kecil. Senangnya rasa bila dah memaafkan orang dan melepaskan dendam. Tak ada rasa sakit hati bila pandang muka orang tu.

          Tapi hati Izz masih berharap Ain masih mencintainya.





          I must win her heart back.





~~~~





          Kringggg!

          Loceng waktu rehat berbunyi. Pelajar-pelajar 5 Usaha mula mengemas barang masing-masing dan melangkah keluar kelas menuju ke kantin setelah mengucapkan terima kasih kepada cikgu.

          Ain melihat Farah yang sedang mengeluarkan bekal dari dalam laci meja dan ingin melangkah keluar kelas.

          "Farah." Teragak-agak Ain memanggil wanita itu.

          Farah menoleh memandang dia. Wajah gadis bertudung itu kelihatan manis saja. Tiada wajah dingin atau tak puas hati langsung.

          "Ye?"

          "Erm... boleh tak kalau.. aku nak rehat dengan kau?" Tanya Ain malu-malu.

          Farah terkejut. Melopong mulutnya mendengar permintaan mengejut Ain.

          "Ehhh! Mestilah boleh! Oh my god weh, rindu nak rehat dengan kau do. Serius." Farah memeluk Ain erat.

          Tergelak kecil Ain dengan tindakan sahabatnya itu. Mereka pun berjalan keluar kelas bersama-sama melepasi kelas Izz.

          Izz yang baru saja ingin ke kelas 5 Usaha terhenti langkahnya apabila melihat Ain dan Farah berjalan bersama-sama. Lega hatinya melihat dua gadis tersebut kembali berkawan. Alhamdulillah, keadaan dah jadi baik semula.

          Mereka bertiga meneruskan perjalanan menuju ke kantin. Tiba di sana, Farah menjaga tempat yang biasa diduduki mereka sambil makan bekalan makanannya sementara Izz menemani Ain membeli makanan.

          "Nak makan apa, sayang?" Tanya Izz dengan nada bergurau.

          "Izz, tolong. Stop it, okay? I'm serious." Tegas Ain berkata.

          "Ala, kenapa? Sara, I still sayangkan you tau. Bagilah I peluang kedua."

          "Tolonglah jangan paksa aku. Aku cakap tak nak tu, tak nak."

          Usai berkata begitu, Ain berjalan mendahului Izz dan sampai saja di kaunter, dia memesan kuih donat dan berlalu pergi setelah membayar harganya. Malas nak makan berat-berat hari ni.

          Izz mengikut langkah gadis yang berambut ikat satu itu dan berjalan beriringan dengannya menuju ke tempat duduk di mana Farah berada.

          "Fine fine. A-aku minta maaf k? Sorry Sara." Ucap Izz agak kekok untuk mengubah kata panggilannya terhadap Ain.

          "Hm yelah."

          Ain duduk bersebelahan Farah manakala Izz pula duduk berhadapan dengan mereka berdua. Mereka cuma mendiamkan diri memandangkan situasi masih baru lagi bagi mereka kerana baru berbaik.

          "Kau nak?" Tanya Farah, cuba menghilangkan suasana janggal tersebut. Dia menolak bekalnya kepada Ain agar Ain dapat melihat apa yang dibawanya hari ini.

          Nasi goreng Sarawak.

          "Erm... takpelah. Aku tak rasa lapar sangat."

          "Oh okey. Kau Izz? Nak??" Farah mempelawa Izz pula.

          "Takpe. Aku malas nak makanlah."

          "Ohh k. Kau sejak kebelakangan ni dah kurang makan do. Makin kurus badan tu kang. Sebab rindu Ain la ni." Gurau Farah.

          "Memang pun." Selamba Izz membalas.

          "Heh, eloklah tu." Ain pula berkata sinis.

          "Ish, jahat dia.." Izz memasamkan muka.

          "Memang aku jahat pun. Kalau aku baik kang, orang pijak kepala aku."

          "Hah, perli pula dia. Yelah yelah. Kitorang dah minta maaf kan? Hak alah... janganlah ungkit-ungkit."

          Ain tertawa kecil mendengar kata-kata Farah.

          "Fine."

          Mereka senyap kembali. Tak ada topik yang hendak dibualkan.












          "Weh, SPM bulan depan do. Huhu, sumpah takut." Farah bersuara lagi.

          Dia memang pandai membuka topik untuk dibualkan pun sebenarnya. Masa baru kenal, memang dia seorang pemalu. Shy shy gitu. Lepas dah rapat, jadi shyton.

          "Tulah kan. Aku tak tahulah aku boleh dapat straight A ke tak. Lagi-lagi subjek Maths. Aku rasa aku dapat A- untuk exam trial hari tu pun sebab jawapan yang aku hentam tu betul hahahah."

          "Seriuslah? Weh, aku pun sama do. Hahahah rezeki kita. Tapi kau nak risau apa? Airil boleh ajar kau kan bila kau tak faham apa-apa? Ha, senanglah."

          Mendengar saja nama Airil, rosak terus mood Izz untuk berbual.


          Haih... kalau budak tu tak wujud, takdenya rosak hubungan aku dengan Sara.

          Desis hati Izz.

          "Eee, takkan aku nak berharap kat dia je? Tak nak aku asyik minta tolong dia. Kesian pula aku sebab selalu kacau dia belajar. Hari tu dia demam pun aku minta tolong dia pasal homework. Rasa bersalah aku tau. Dia asyik picit-picit kepala sebab pening." Cerita Ain.




          Heh. Pening sikit, nak picit kepala bagai. Lembik.

          Hati Izz berbisik lagi.

          "Seriuslah? Wow~ demam-demam pun masih gagah mengajar kau. Kalau aku, memang taklah. Tidur lagi penting."

          "Bongok ah." Ain ketawa mendengar balasan Farah.

          "Tapi kau still belajar dengan dia kan?" Soal Farah lalu menyuap lagi nasi gorengnya ke dalam mulut.

          "Ha'ah."

          "Sampai bila?" Tanya Izz yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka berdua.

          "Sampaaaiii... maybe sampai habis SPM."

          "Lamanyaaa. You belaj- eh you pulak. Kau belajar kat rumah dia, parent dia ada tak?" Tanya Izz lagi.

          "Adalah. Apa kau fikir kitorang duduk berdua-duaan je ke dalam rumah? Eh, dia sendiri yang tak kasi aku masuk tau kalau ibu dia takde dalam rumah. Sangka buruk je kerja eh?"

          "Manalah tahuuu. Sebab Farah kata kita tak kenal Si Airil tu macam mana sebab budak tu senyap je memanjang."

          "Eh, aku pula yang kena."

          "Engkau yang cakap kat aku hari tu kan?"

          "Dah memang benda betul kan? Kita tak kenal dia, lepas tu dia diammmm je selalu." Ujar Farah tetapi Ain cuma mengerling ke arah dia.

          "Hehehe, sorry weh. Aku yang dulunya bodoh yang amat. Maap maap."

          "Korang ni tak baik buruk sangka tau. Dia baik do sebenarnya. Korang yang tak tahu." Ujar Ain lalu menggigit donat gulanya.

          "Eh eh, dia ni. Dia pun dulu takut dengan Airil jugak kan? Cakap-cakap buruk pasal dia juga." Tutur Farah membuatkan Ain tergelak.

          "Yelah yelah, semua orang salah. Halah, dia ni..."

          Ain dan Farah sambung menghabiskan makanan masing-masing manakala Izz hanya dalam fikirannya sendiri.





          Nampak gayanya dia dah macam sukakan Airil. Tak boleh jadi ni.





~~~~





          Seperti hari-hari sebelum ini, Ain akan ke rumah Airil setiap kali selepas sekolah pada pukul dua petang.

          Dia melangkah masuk ke dalam bilik belajar setelah Puan Dina membenarkannya masuk ke dalam rumah. Masuk-masuk saja, Ain melihat bilik itu kosong. Airil tiada di dalam. Tanpa membuang masa, Ain menutup pintu rapat dan duduk di atas kerusi sebelum mengeluarkan peralatannya untuk belajar.














          Airil duduk termenung di meja belajar di dalam biliknya. Langsung tak boleh nak fokus ulang kaji. Buku rujukan yang terbuka dibiarkan saja. Dinding putih ditenungnya kosong.

          Entah apa yang membuatkan dirinya hilang tumpuan. Mungkin sebab dia masih rasa bersalah terhadap Ain.

          Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka oleh seseorang dari luar. Kelihatan ibu Airil sedang berdiri di muka pintu.

          "Airil, Ain dekat bawah dah tu." Kata Puan Dina.

          "Ha? Dia datang??" Terkejut Airil mendengar ayat ibunya.

          "Iyelah. Kenapa? Hari ni mood dia tak okey lagi ke?"

          Airil diam sebentar bila disoal sebegitu. Takkan nak bagitau ibunya bahawa Ain merajuk disebabkan dia? Ehhh... tak boleh, tak boleh. Nanti kena marah.

          "Erm... takdelah. Takde pape. Hee.. nanti Airil turun." Ujar Airil sambil tersengih.

          Puan Dina memandang anaknya itu tajam.

          "Ada la tu buat salah kat Ain kan? Hak alah, ibu tahulah perangai kau ni. Dah dah, cepat turun."

          "Ya ibu.."

          Puan Dina menutup semula pintu bilik Airil dan melangkah turun ke bawah untuk menonton TV. Airil melepaskan nafas lega.



          Merajuk pun still datang? Haih, peliklah perempuan. Susah betul aku nak faham.





~~~~





          Nafas ditarik dan dihembus sebelum Airil menarik tombol pintu ke bawah dan menapak masuk ke dalam bilik belajar. Kelihatan Ain sedang membuat kerja sekolah dengan senyap. Airil melangkah mendekatinya lalu duduk di sebelah gadis tersebut.

          "Datang pula kau?" Tegurnya.

          "Aku nak belajar. Tak salah kan?" Balas Ain mendatar.

          Airil tak menjawab apa-apa, sebaliknya meletak buku rujukan Pendidikan Islam di atas meja dan mula membaca. Mereka berdua senyap saja memanjang. Tiada langsung bunyi di dalam bilik itu bagaikan di sebuah perpustakaan.

          Ain tak mahu banyak bercakap, takut nanti Airil menyampah pula dengan dia. Jadi dia zip saja mulutnya daripada mengeluarkan apa-apa perkataan.

          10 minit berlalu, Airil membuka mulut ingin bersuara. Sumpah, rasa kekok bila Ain yang ceria ni jadi seorang yang muram pula. Suasana jadi sangat berbeza.

          "Woi, kau apahal senyap je? Okey tak??"

          Ain mengangguk kecil sebagai respon untuk soalan Airil. Gadis itu berhenti membuat kerja lalu menunduk. Tak ada mood pula.

          Melihat Ain yang menunduk, Airil mendiamkan diri saja.



          Mungkin dia sedih sebab ayat kau semalam kot.

          Gumam hati Airil kepada dirinya sendiri.

          Ragu-ragu dia ingin meminta maaf tetapi akhirnya dia turunkan juga egonya.

          "Err... kalau kau sedih.. sebab apa yang aku cakap semalam, aku nak minta maaflah. Aku tak fikir sebelum cakap masa tu." Ucap Airil perlahan.

          Riak wajah Ain masih kekal kosong. Dia cuma mengangguk perlahan lagi dan menunduk. Airil semakin berasa janggal dan risau dengan keadaan Ain. Tak normal langsung bila gadis itu tidak ceria. Ain yang dia kenal adalah seorang yang mesra dan ceria sentiasa. Kali ni lain. Ain seorang yang mudah terasa dan sedih. Hati tisu rupanya.

          Hari demi hari, Airil semakin mengenali Ain dengan lebih rapat. Dia dapat tahu sifat yang dipendam oleh wanita tersebut yang disorok daripada semua orang.

          "Kenapa ni? Jangan macam ni weh... kau ada masalah, cakap je. Okey, aku betul-betul minta maaf kalau apa yang aku cakap semalam buat kau sakit hati. Aku tahu, aku kena berjaga-jaga masa bercakap. Bukan main lepas je sampai tak jaga perasaan orang. I'm sorry k?" Ucap Airil ikhlas.

          Lambat-lambat Ain memandang wajah Airil yang kerisauan itu. Sekali lagi dia mengangguk kecil mengiyakan pernyataan Airil. Ain senyap lagi membuatkan lelaki di sebelahnya mengeluh perlahan.













          "Kau rasa... patut ke aku buang sifat ceria aku ni? Aku annoying sangat ke??" Tanya Ain tiba-tiba.

          Terdiam Airil mendengar pertanyaan dia.



          Sah, dia sedih sebab aku. Eish, bodohlah kau ni, Airil!



          "Kenapa pula kau nak buang sifat ceria kau? Kau okey jelah. Apasal fikir macam tu?" Soal Airil.

          Ain membisu sebentar.

          "Takdelah... semua orang tak suka aku. Maybe sebab aku ni bising sangat kot."

          Perasaan serba salah semakin menggunung dalam diri Airil bila Ain berkata begitu.

          "Kau tak perlu pun puaskan hati semua orang. Jadi diri sendiri pun dah cukup weh. Kalau orang tu tak suka, then tak sukalah. Biarlah dia tu. Kau buang je diorang dari hidup kau." Pesan Airil.

          Ain masih merenung kosong pada meja belajar.

          "Tapi kalau orang yang aku sayang pun, takkan aku nak kena buang juga?"




          Ni mesti cakap pasal Faizz ni. Eish...



          "Well... kalau kau tak nak terus disakiti, lebih baik kau buang je. Just live your life. Tak payah kisah pasal orang. Sebab ini hidup kau, bukan diorang. So kau tak payah ubah apa-apa pun pada diri kau." Nasihat Airil lagi. "Sebenarnya aku... aku okey je dengan kau. Cuma kadang-kadang la kau macam... suka sangat usik aku. Tu yang aku tak suka." Sambung dia sambil memandang ke arah lain sementara tangan kirinya pula berada di tengkuk. Malu weh nak cakap.

          Kata-kata Airil menyebabkan pipi Ain terasa geli. Rasa nak senyum aje.

          "Ye ke?" Gadis itu bertanya sambil bibirnya tersenyum pendek. Tak nak senyum tapi dah ternaik pipi ni.

          Airil kembali memandangnya.



          Eh eh, senyum pula dia.

          Lega hatinya melihat senyuman gadis di sebelahnya itu.

          "Yelah. Kau jangan usik orang sangat. Kena jugak fikir perasaan orang lain."

          "Eleh... dia sendiri tak jaga perasaan kita." Balas Ain sambil menggulingkan mata.

          "Yelah yelah. Aku dah minta maaf kan? Hak alah..."

          "Aku tak maafkan kau pun lagi." Ujar Ain bersahaja membuatkan Airil memandangnya geram.

          "Kau maafkan sekarang."

          "Tak nakkk." Usik Ain.

          Sedaya-upaya dia cuba menahan senyuman tetapi sudah terang lagi bersuluh bahawa dia sedang tersenyum sekarang ni.

          "Sebabkan kau aku overthink tau. Ugh." Ain memasamkan muka.

          "Heh, padan muka." Balas Airil lalu jelingan maut dihadiahkan kepadanya oleh Ain.

          "Eee, dia ni. Nak pujuk tapi tak ikhlas."

          "Fine fine, sorryyy. Heih, kau ni rilek la. Aku gurau je. Hak alahhh."

          "Manalah aku tahu kau nak bergurau. Muka serius memanjang."

          "Serius ke? Muka ni serius?" Airil menuding jari ke arah wajahnya.

          "Iyelah. Cuba senyum sikit. Ni tak. Dingin je sentiasa. Orang lain yang baru pandang kau pun dah boleh cop kau sebagai sombong."

          "Macam tu pula."

          "Iyelah."

          Airil hanya memaparkan riak wajah tak berminat mendengar balasan Ain. Mereka berdua diam sebentar. Tangan Ain bermain-main dengan alat tulisnya yang berselerak di atas meja manakala Airil cuma memandang.

          "Ni aku nak tanya. Kenapa kau tak pergi pusat sumber masa rehat tadi? Kau gi mana?" Soal Airil.

          "Oh. Aku... aku rehat. Dengan... diorang." Malu-malu Ain menjawab.

          Airil yang faham maksud gadis tersebut terus mengangguk faham.

          "Dah berbaik dah?"

          "Hm." Ain mengangguk kecil.

          "Hm eloklah. Tak susah kan maafkan orang? Sibuk sangat nak minta pendapat orang bagai. Sekejap je dah baik." Tutur Airil membuatkan Ain tersengih.

          "Budak Faizz tu tak minta getback ke?"

          "Erm... mintak. Tapi aku... aku cakap lebih baik kalau kitorang just stay sebagai kawan je." Jawab Ain sambil bermain dengan jari-jemarinya.

          "Kenapa tak terima je? Kau sayang dia lagi kan?" Sengaja Airil menguji wanita itu.

          "Eee, tak naklah. Macam mana nak terima kalau aku dah tak percayakan dia lagi?"

          "Ohh, betullah yang kau masih sayangkan dia? Hari tu kemain lagi cakap takde." Kata-kata Airil menyebabkan Ain terdiam.

          "Ish, yelah yelah. Memang aku sayangkan dia lagi pun. Takkan la cepat gila aku move on? Kau gila ke? Ish." Ain berpeluk tubuh.

          Airil yang memandang cuma tersenyum mengejek.



          Dia dah lukakan hati kau pun masih sayangkan dia lagi?

          Bisik hati pemuda tersebut.

          "Aku maafkan Farah dengan Izz tapi tak semestinya cara layanan aku pada diorang sama. Aku dah kurang percayakan diorang."

          "Apa makna kau maafkan diorang kalau kau tak percaya diorang lagi?"

          "Aku tak tahuuu. Susah wehhh. Kau tak faham."

          "Yelah yelah. Halah dia ni, nak merengek pulak."

          "Biarlah."

          Ain menjeling Airil. Dia membuka semula buku latihan Kimia lalu mencapai sebatang pen biru dan sambung membuat soalan subjektif yang tergendala tadi.

         Airil pula menggariskan kata kunci menggunakan highlighter berwarna kuning neon. Sempat Ain memerhatinya sementara dia berfikir cara menjawab soalan seterusnya.

          "Weh." Gadis itu memanggil bila dia perasan sesuatu.

          "Pe?" Soal Airil tanpa menoleh.

          "Kau... kidal??"

          "Baru perasan ke?"

          "Takde ah. Aku lupa. Hee..."

          Ain tersengih. Airil cuma mengabaikannya dan sambung membaca.





❤️❤️❤️

Ok buku ni tak sempat nak habis sebelum raya disebabkan tabiat author yang suka menangguh hahahaha mungkin sebelum raya habis 😂🤦‍♀️

Continue Reading

You'll Also Like

67.2K 8.3K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...
666K 26.7K 196
(malay+eng) Sekadar ingin meluahkan rasa sakit yang terpendam di hati dan quotes buat diri. Highest achievement : #1 in poetry ...
811K 44.6K 60
Naughty Girls yang dianggotai oleh Sarah, Keyyah, Afrina, Dee, Ain dan Tasya. Kelakuan mereka sedikit-sebanyak cukup membuatkan cikgu-cikgu haru biru...
89.7K 3.6K 40
Mereka menyerahkan kuasa kerana ingin melindungi yang tersayang. Mereka membawa diri ke Light Kingdom. Setelah 4 tahun peristiwa tersebut berlalu, me...