ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.8K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 7: Rumah

1.1K 147 44
By shirxyvki

"IMAN! Tolong adik kamu ni cari barang dia kejap!" laung Umi dari dapur.

"Baik, Umi!" sahut Iman, bingkas bangun dari sofa ruang tamu dan meluru ke bilik adiknya.

"Kenapa ni?" tanya Iman sebaik sahaja dia muncul di hadapan pintu. Kelihatan seperti adiknya sedang sibuk menyelongkar semua rak dan bajunya.

Terbuntang luas biji mata Iman. Wau, bila anak jantan mencari barang be like... dah macam sarang tebuan. Ni agaknya mengambil masa satu hari kot nak mengemas.

"Tolong adik cari stoking," pinta adik Iman tanpa sedikitpun memandang kakaknya. Tangannya lincah menyelongkar mencari sepasang stoking.

"Stoking pon mintak orang cari, ke?" perli Iman tertawa di hujung kata sebelum masuk ke dalam bilik bersepah adiknya itu.

"Ala tolonglah, adik dah lambat ni," jawabnya dalam nada marah. Sikit pun tak tergeli dengan lawak kakaknya itu. Orang dah lambat nak pergi latihan, boleh pula dia main perli-perli.

Stoking ni pun satulah. Elok je tadi aku letak atas katil, mana pergi pulak ni? Tak akan ada toyol kot kat rumah ni? Gertus hatinya.

Iman menjuling ke atas. "Hmm yalah, yalah."

Belum sempat Iman ingin memulakan pencariannya, sepasang stoking terselit elok di atas meja belajar milik adiknya.

Iman terseringai, lalu terus bercekak pinggang. Dia memandang adiknya yang masih tertunduk dan membongkok.

"Kamu ni cari pakai mata ke pakai hidung? Tu stoking atas meja tu tak akan tak nampak?" kata Iman, memuncungkan bibirnya.

"Haa?" Kepalanya lantas diangkat dan menuju ke meja belajarnya. Membulat luas matanya melihat stoking yang dikata Kak Imannya tadi benar-benar berada di situ.

"Eh? tadi tak ada pon kat sini." Adiknya berkata sambil menyambar stoking itu lalu terus memakainya.

"Haa itulah, lain kali cari dengan penuh kesabaran bukan kemarahan. Faham?" sindir Iman sambil tersenyum sinis.

Adiknya sekadar menjuling ke atas.

"Apa-apa jelah, kak. Thank you, by the way. Bye, assalamualaikum," ucap adiknya, laju melangkah keluar dari bilik.

"Waalaikumussalam," balas Iman. Dia menghelakan nafas perlahan seraya menggeleng kepala. Macam-macam budak ni.

Iman kembali menapak ke ruang tamu semula untuk menyambung kdramanya yang terhenti. Punggungnya dilabuhkan ke atas sofa sebelum mencapai remote di sebelah.

Ttokk! Ttokk! Ttokk!

Terseringai Iman langsung memalingkan kepalanya memandang pintu rumah. Aku baru duduk kot. Keluh Iman dalam hati. Dia dengan malasnya, bangun melangkah ke pintu.

Tombol pintu dicapai Iman, lalu dipulasnya. Belum sempat pun daun pintu itu dikuak, Iman sudah merasakan ada daya lain pula yang menolak kuat pintu tersebut.

"Warghhh!" jerit Iman tertolak ke belakang.

"Kak! Sorry, kak. Wallet adik tertinggal!" Laju sahaja adik Iman berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke kamarnya.

Iman mengetap giginya geram.

"Bertuah punya budak... kunci rumah mana?" bentaknya, masih memegang pada tombol pintu.

Mujur dia sempat memaut pada tombol pintu ini. Kalau tidak, sudah lama dia terjatuh menyembah bumi. Iman merengus, geram.

Selang beberapa saat, adiknya berlari keluar semula dari bilik sambil menyelukkan dompet ke dalam poket.

"Sorry, kak. Bye, assalamualaikum!"

Nah. Itu sahaja. Sudah dia hilang berdesup dari muka pintu. Pintu rumah ditutup Iman kasar.

"Waalaikumussalam..." jawab Iman malas dan perlahan. Marahnya masih berbaki.

Iman menarik nafas, lalu menghembuskannya. Langkah diatur semula ke ruang tamu mahu menyambung rancangan tvnya yang terhenti tadi.

Ttokk! Ttokk! Ttokk!

Bunyi ketukan pintu itu lagi.

"What!" Iman menjerit seraya memandang ke arah pintu. Dia meraup wajahnya sebelum bangun semula dan mendapatkan pintu.

"Time tengah layan dramalah ada orang nak kacau. Dahlah yang male lead dia Hyun Bin. Pantang nampak orang bahagia sikit, ada je yang nak cutline! Kunci rumah ada tak nak guna! Menyusahkan orang je. Kalau macam nilah, bila nak habis tah drama tu?" bebel Iman sendiri.

Kakinya dihentak tanda protes. Marah betul dia kalau ada aje yang mengacau keamanannya menonton drama. Bukan selalu Iman dapat tv petang-petang macam ni. Lagi pula male lead drama tu Hyun Bin, memang tak nak beralihlah matanya tu.

Dengan penuh bertenaganya, Iman memulas tombol itu lalu menguak pintu tersebut seluas yang mungkin.

"Adik nak apa la... gi?" Tergamam Iman. Kosong. Tiada sesiapa pun yang berada diluar rumahnya.

"Aik?" Ternaik kening Iman keatas, hairan. Dia menutup pintu rumahnya semula dengan rasa kurang enak.

"Bunyi pintu kan yang aku dengar tadi? Ke bunyi lain?" soal Iman pada dirinya sendiri.

Seketika, Iman berjalan menuju ke dapur pula ingin mencari ibunya. "Umi," panggilnya.

"Ya, sayang?" sahut Umi.

"Umi ada ketuk apa-apa, tak tadi?"

"Ketuk? Tak ada pulak. Kenapa?"

"Oh... tak ada apalah," geleng Iman bersama tawa hambar. Dia kembali menuju ke ruang tamu dengan bingung. Bibirnya diherot senget. Aku penat sangat ke?

"Iman, nanti jangan lupa amik baju yang dekat sidaian tu, tau. Umi nak pergi surau dah ni. Duduk baik-baik dekat rumah. Ada orang tak kenal ketuk buat tak tahu je," pesan umi yang baru saja keluar dari dapur. Dia menyarung tudungnya bersiap untuk ke surau.

"Baik, umi." Iman mengangguk akur.

Selepas dia mencium tangan ibundanya, dia memerhatikan sahaja wanita tersebut keluar dari rumah.

Iman menghelakan nafas berat. Entah kenapa rasa tak sedap hati pula. Dia tak sihat ke?

Swoosh!

Huh! Iman memusingkan kepalanya. Kalau tak silap dia ada nampak bayang hitam dibalik tingkap rumahnya. Maksudnya ada seseorang di luar rumahnya? Jadi betullah bunyi orang ketuk pintu tadi yang dia dengar.

Tapi siapa? Dahi Iman berkerut. Ketuk pintu tapi tak berdiri depan pintu. Apa motif dia sebenarnya? Ke saje je budak-budak nak prank? Andai Iman.

Kling!! Klang!!

Terloncat Iman ke tepi dek kerana terkejut. Berderau darahnya mengalir di dalam badan. Tangannya digenggam lalu dibawa ke atas dada. Macam bunyi besi jatuh. Tak silap Iman, ayahnya ada letak besi-besi lama di belakang rumah mereka.

Kening Iman bercantum. Kalau budak, tak akanlah diorang main jauh sampai ke belakang kot? Sudahlah Iman seorang sahaja yang berada di dalam rumahnya sekarang ni.

Tanpa teragak-agak, Iman menuju ke pintu belakang rumahnya. Dia mengenakan selendang ala kadar sahaja buat tutup kepala sebelum keluar. Walaupun hanya di belakang rumah, dia masih perlu menutup aurat.

Iman memulas tombol tersebut lalu menguak pintu itu dengan penuh cermat. Kepalanya dijengahkan sedikit untuk melihat jika ada kelibat seseorang. Hmm tak ada. Iman memberanikan lagi dirinya untuk melangkah keluar.

Dengan bantuan telefon yang ditangan, Iman cuba untuk memeriksa sesuatu disebalik dinding tersebut. Dia tidak cukup berani untuk menghulurkan kepalanya. Akibat trauma dengan perkara yang berlaku beberapa minggu lepas di surau, jadi dia memilih jalan yang lain.

Iman membuka kamera dari telefonnya dan setkan pada mode selfie. Terketar-ketar tangannya apabila dia menghulurkan telefon itu ke hadapan untuk digunakan sebagai periskop. Alangkah terperanjatnya Iman apabila dia dapat melihat dengan jelas susuk tubuh seorang lelaki yang berbadan gempal dan berbaju hitam daripada biasan skrin muka telefonnya.

Iman menarik semula telefonnya merapati dada. Rupa figure lelaki tersebut serupa dengan lelaki yang menyerangnya beberapa minggu lepas. Iman menekup mulutnya yang hampir terjerit. Nafasnya sudah tidak teratur.

Mana dia tahu rumah aku?! Iman berlari masuk ke dalam rumahnya semula. Tangannya menggeletar akibat takut yang teramat. Iman memejam mata dan menarik nafasnya perlahan. Dia perlu bertenang, jangan kelam-kabut.

"Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim. Ya Allah, Ya Allah." Iman beristighfar berulang kali sambil menyebut nama tuhan. Berdoa memohon perlindungan daripada Sang Pencipta Alam. Iman meraup wajahnya.

Dalam beberapa minit, Iman memetik jarinya gembira. Yes, call ayah. Iman membuka semula telefon bimbitnya. Tapi tak sampai sesaat dia dah mengeluh semula. Diketuknya telefon banyak kali tapi masih mati. Low battery.

"Haaiishh!! Tulah Iman, lain kali bila telefon dah dua puluh percent terus cas. Kan dah susah!" dengus Iman masih mengawal nadanya. Iman menggigit bibirnya, berfikir. Macam mana ni?

Ttokk!! Ttokk!! Ttokk!!

"Mak!!" tertanjat Iman, kebelakang apabila terdengar bunyi ketukan yang sangat kuat, datang dari pintu belakang yang dia sedang berdiri itu.

Ttokk!!! Ttokk!!! Ttokk!!!

Makin lama makin kuat. Iman semakin resah. Dia tidak senang duduk dengan situasi yang dia alami sekarang ini. Kakinya bermundar-mandir bergerak ke kiri ke kanan. Bibir Iman digigit lalu diketap kuat.

Sehinggalah matanya terjatuh pada satu baldi yang diisi penuh dengan air bersebelahan mesin basuh. Teringat pula Iman dengan protokol curah yang dicipta Moon dahulu buat prank orang.

"Protokol curah....hmph.." Iman tersenyum sinis. Kalau tak silap Iman, protokol curah dicipta oleh Moon untuk kenakan orang.

Tak sangka Iman otak Moon ni kadang-kadang berguna juga, ya. Iman berjalan dengan laju ke mesin basuh tersebut untuk mendapatkan baldi berisi air itu. Memandangkan mamat gemok tu tak akan berhenti mengetuk pintu dalam masa terdekat, jadi terpaksa dia berlaku nakal sikit.

Iman membongkokkan tubuhnya mengangkat baldi tersebut. Beratnya... how can water be this heavy? Rungut Iman.

Pantas dia menggelengkan kepalanya. Tak boleh, tak boleh! Biar dia lencun padan muka! Gertus Iman dalam hati. Dia mengangkat baldi penuh air itu dengan segala kudratnya yang ada.

Ttokk!! Ttokk!! Ttokk!

Iman bergerak ke pintu. Dia meletakkan dahulu baldi itu di atas lantai sebelum membuka pintu. Sebaik sahaja pintu itu dibuka, Iman pantas menyimbah air tanpa melihat siapa sebenarnya yang berdiri di balik pintu.

"Bukak pon kau. Asal aku ketuk..."

Splash!

Iman tersentak. Mata terbuntang luas. Tangan yang memegang lantas dilepaskan untuk menekup mulutnya. Dia meneguk air liurnya melihat lelaki yang sudah basah lencun disimbahnya.

"Rudy..."

Rudy mengesat air-air yang membasahi mukanya. Dia melepaskan nafas beratnya perlahan-lahan lalu mengibas kedua-dua tangannya yang habis basah lencun.

"Aa... awak buat apa kat sini?"

Gyaaahh! Apa yang aku dah buat ni! Kenapa dia ada kat sini? Macam mana dia boleh ada kat sini? Mana lelaki gemuk tadi!

Rudy mengambil masa sebelum menjawab soalan Iman. Rahangnya diketap dan matanya pula dipejam rapat. Cuba menahan diri dari terus memarahi perempuan yang secara praktikalnya tidak sengaja menyimbah air pada dirinya. Sabar, mat. Sabar!

"Haa, sini rupanya kamu... astaghfirullahalazdim! Ni kenapa ni?"

Umi Iman yang tiba-tiba muncul dari belakang anaknya, terkejut besar melihat apa yang terjadi di depan matanya sekarang ini. Begitu juga Iman dan Rudy yang turut sama tergamam dengan kehadiran umi Iman.

"Uu... umi buat apa kat sini?" tanya Iman menghiraukan persoalan ibunya tadi.

"Umi lupa nak pesan dekat kamu yang petang... ehh, kamu tak jawab lagi soalan Umi. Kenapa ni?" tanya Umi semula. Saje nak mengelat lah tu.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"APALAH kamu ni Iman. Kawan kamu datang nak tanya pasal kerja sekolah je," marah umi memukul lembut peha anaknya itu.

Iman tersenyum sumbing memandang uminya sebelum mengalihkan pula pandangannya pada Rudy. Landak yang duduk bertentang dengannya itu dijeling atas bawah.

Heh, tanya pasal kerja sekolahlah konon, pigidah! Padahal ada hajat lain. Dasar landak bermuka-muka. Kutuk Iman dalam hati.

"Tak makcik, bukan salah Iman pon. Saya yang sengaja lalu pintu belakang. Tu yang dia ingat saya orang jahat tu," pohon Rudy, mengerling ke arah Iman sekilas.

Kot ye pun takut, check la dulu sebelum kau nak simbah air kat aku. Hish, perempuan memang suka paranoid lebih-lebih. Gertus hati Rudy.

Nasib baiklah baju yang umi bagi pada Rudy itu muat. Kalau tidak? Tak berbajulah dia kat rumah orang.

Rudy mencapai secawan tehnya yang tidak tersentuh sedari tadi. Dia membawa cawan itu mendekati bibirnya, lalu dicicip air teh tersebut perlahan.

"Eh, janganlah panggil makcik. Panggil umi je. Kan lebih mesra," kata umi sambil tersenyum manis.

Tersedak Rudy daripada meminum air tehnya. Apakah?

Iman memandang Uminya dengan mata yang membulat besar. Amboi, Umi... Umi! Nak bermesra pun agaklah. Anak kat sebelah ni.

"Oh, baik... urm... umi," balas Rudy seraya menundukkan sedikit kepalanya.

Cawan teh diletaknya kembali di atas meja. Terliat lidah dia waktu nak menyebut perkataan 'umi' tadi. Huh, tak biasa.

Iman memerhatikan saja dua orang insan yang berada di depan matanya itu sambil menghirup teh yang terhidang bersama sepinggan cookies.

"Satu kelas dengan Iman?" tanya Umi. Mula dah sesi soal jawab anak orang.

"Aaa... haah." Rudy menjawab lambat-lambat.

"Baru pindahlah ni?"

"Mmn." Angguk Rudy.

"Mak ayah kerja apa?"

"... uhuk!"

Giliran Iman pula tersedak. Hampir tersembur air teh yang dihirupnya tadi. Adoyai, umi!

"Hey, Iman. Kamu ni kenapa?" soal umi, menepuk belakang dada anak sulungnya itu. Panas sangat ke air teh tu sampai semua nak tersembur?

"Tak ada apa... uhuk... uhuk." Iman menggelengkan kepala sambil mengurut dadanya yang pedih.

"Mak ayah saya kerja kerajaan je," jawab Rudy, memandang Iman yang tertunduk terbatuk-batuk. Kau dah kenapa? Relaks sudahlah.

Apa! Terasa terhenti nafas Iman tika ini. Wah, ini landak... pandai awak kelentong.

"Ohh." Umi mengangguk perlahan. Tangannya masih lagi menepuk lembut belakang dada anaknya.

Mereka bersambung berborak sehingga jarum jam menunjuk hampir ke pukul lima petang.

Setelah Umi meminta diri untuk solat asar, Iman bingkas bangun ingin bergerak ke dapur. Dia menatang dulang yang berisi cawan dan piring yang kosong.

Iman meletakkan dulang tersebut di dalam sinki sebelum membuka pili air. Lengan bajunya disinsing sedikit ke atas tak mahu basah.

Selesai membasuh, Iman mengeringkan tangannya sebelum bergerak ke biliknya ingin menunaikan solat isyak.

"Iman."

Dia lantas menoleh.

"Sini kejap," bisik Rudy perlahan tapi keras.

Iman jeda sebentar sebelum kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah Rudy.

"Kenapa?" soal gadis itu sebaik saja dia berdiri di hadapan Rudy.

"Aku nak tanya kau sesuatu, boleh?" pinta lelaki itu.

Iman terkedu. Wau, seriuslah dia ni baru saja minta izin dengan aku? Takku menduga. Seketika, Iman mengangguk perlahan.

"Kau ada ke masa aku amnesia? Maksud aku, masa kepala aku dihentak," soal Rudy, membetulkan ayatnya agar Iman lebih jelas.

Iman tergamam. Jantungnya tak semena-mena mengepam kuat, mengalirkan darahnya laju ke seluruh badan. Tangannya mula mengeluarkan peluh sejuk.

Melihat reaksi Iman, Rudy mula berasa bersalah. Sudah dia agak dia tak sepatutnya mengajukan soalan seperti itu. Rudy mendengus memarahi diri sendiri.

"Kalau kau nak tak jawab, tak apa. Aku..."

"Tak." Iman memejamkan matanya. Dia menarik nafas dalam.

Iman menggeleng perlahan, sambil tersenyum hambar. "Tak apa, Rudy. Awak ada hak nak tahu. Saya boleh cerita kat awak."

Rudy menghembuskan nafas lega. Nampaknya gadis di hadapannya ini memang benar-benar memahami. Inilah tujuan Rudy hendak datang ke rumah Iman. Suruh Jet bercerita, dia yang tak tahu pula. Jadi Rudy pergi ke Iman sahaja untuk meminta jawapan.

"Duduklah," pelawa Iman.

Rudy menurut. Dia duduk semula di atas sofa dan bersedia menadah telinga untuk mendengar keseluruhan cerita.

"Saya kene serang," ujar Iman, mula membuka bicara.

Terseringai muka Rudy, jelas menunjukkan riak wajah yang terkejut. Apa?

"Pagi sebelum awak amnesia... awak teman saya pergi shopping dengan Moon. Zass pun ada sekali sebab Moon ajak dia," sambungnya.

Dahi Rudy berkerut seribu. "Siapa?"

Iman tersenyum nipis, faham. "Awak tak ingat pun tak apa. Nanti lepas awak dah masuk akademi, awak berkenalanlah dengan mereka semula."

Rudy mengangguk, faham. Dia meminta Iman untuk teruskan ceritanya.

"Masa tu, kita berhenti di surau untuk solat zohor. Waktu ini pula, Alicia dengan Ali pun ada sekali. Moon jumpa mereka di perhentian bas, jadi dia ajak mereka dua naik sama. Memang serius cakap waktu tu, kalau saya boleh lompat keluar daripada kereta, dah lama saya buat," ujar Iman, ketawa di hujung ayat.

"Kenapa?"

"Sebab Alicia dengan Ali ni, asal jumpa je mesti bergaduh. Perang mulut. Ada je yang tak kena. Saya paling kesian dekat awaklah, sebab awak halal gape diorang," beritahu Iman, mengetap bibirnya agar tidak melebar.

Muka Rudy terseringai, terkejut. "I sit in the middle of those nerds?" soalnya, sepatah-sepatah.

Rudy faham betul dengan istilah halal gape itu. dia duduk tengah-tengah antara dua manusia tu? Macam manalah, agaknya perasaan dia masa tu?

Tawa Iman terhambur keluar. "Awak ni, tak baiklah," marahnya, yang masih bergelak ketawa.

Walaupun hakikatnya memang salah satu daripada mereka nerd, tapi itu masih lagi satu perkara yang tidak baik untuk dikata. Ini kalau Alicia dengar ni, marah tak?

"Okey, sambung." Iman berdehen kecil sebaik sahaja tawanya reda.

Rudy mencebik. Sambung jelah. Engkau aje yang gelak sampai tak ingat aku kat depan ni.

Iman menarik nafas, panjang. Air mukanya berubah tiga ratus enam puluh darjah. "Habis solat berjemaah, saya baru teringat yang saya tertinggal telefon dalam surau. Jadi saya patah balik untuk ambil telefon saya. Keluar sahaja saya keluar dari surau tu, saya terus ternampak kereta putih. Waktu tu, memang saya dah rasa tak sedap hati jadi saya cepat-cepat pakai kasut. Tapi lepas je saya dah pakai kasut, mulut saya terus ditekup dari belakang. Saya panik dan serius tak tahu nak buat. Saya takut sangat. Lelaki tu heret saya nak bawa saya masuk ke dalam kereta dia tapi nasib baik Alicia muncul tepat pada waktunya," ceritanya panjang lebar, penuh serius.

"Tapi apa kaitannya dengan aku? Macam mana aku boleh amnesia?" soal Rudy, masih tergantung. Dia tak ada dengar pula namanya disebut dalam cerita Iman.

Iman mengambil masa sebelum dia menjawab soalan Rudy. "Awak ada juga. Tapi awak muncul lepas lelaki tu dah lepaskan tembakan pistol," jawabnya.

Terbuntang luas mata Rudy, terkejut. "Pistol! Dia tembak siapa? Kau?" soalnya bertalu-talu.

Iman pantas menggeleng. "Tak, tak! Bukan."

"Dia lepaskan tembakan sebab nak bagi amaran pada Alicia je supaya dia tak masuk campur," jelasnya, tidak mahu Rudy tersalah erti.

"Orang yang datang serang saya tu, bukan seorang tapi dua. Alicia dah kalahkan salah seorang daripada mereka, jadi dia cuba untuk selamatkan saya tapi tak dapat sebab lelaki tu ada pistol dan dia acukan pistol itu dekat kepala saya," sambung Iman.

Rudy mengangguk, memahami. Lega sedikit rasa hatinya tiada siapa yang kena tembak.

"Dan waktu itulah awak datang," kata Iman, menatap iris coklat Rudy.

Rudy mengetap bibirnya. Dia meneguk air liurnya, perlahan. Terasa berdebar pula dada ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi pada dirinya.

Iman melepaskan nafas perlahan dan menyambung ceritanya. "Awak datang dan lawan lelaki yang serang saya. Tapi disebabkan lelaki itu lebih besar dan terlampau kuat, awak tak dapat nak kalahkan dia. Keadaan awak pun masih kurang baik sebab awak baru sahaja nak sembuh daripada gastrik. Awak cedera dan yang paling teruk, kepala awak terhentak pada bucu dinding sampai banyak sangat darah yang terkeluar. Awak pengsan sebelum sempat ambulans sampai," cerita Iman lagi.

Rudy mendengar dengan penuh khusyuk.

"Lama juga awak pengsan. Daripada zohor hingga ke maghrib, dan sepanjang itu jugalah saya tunggu awak. Tapi sayang, awak bangun je awak dah tak ingat apa-apa kecuali nama awak." sambungnya.

"Saya jujur cakap waktu tu saya terkejut sangat. Terkejut, sedih dan bersalah. Awak dah tak ingat saya. Awak tak ingat siapa-siapa. Semuanya sebab saya." Iman menundukkan kepalanya. Rasa bersalah mula hadir di dalam dada buat kesekian kalinya.

Tergamam Rudy, mendengar Iman menyalahkan dirinya sendiri. Tiba-tiba, dia teringat pula dengan apa yang diperkatakannya pada Iman dua hari yang lepas.

-'Kau tolong aku sebab kau berasa bersalah je kan?'-

Terngiang-ngiang kata itu di telinga sendiri. Rudy mendengus perlahan menyesal dengan apa yang pernah dia lontarkan dulu.

"Kalaulah saya tak tertinggal telefon saya kat surau haritu. Kalaulah saya tak setuju untuk keluar shopping dengan Moon dan ajak awak, mesti awak tak akan jadi macam ni," sambung Iman lagi, terus menyalahkan dirinya sendiri. Dia jelas menunjukkan riak wajah yang sedih dan tegang. Seperti memarahi diri sendiri pun ada.

Rudy mati kata. Dia merenung gadis di hadapannya yang sedari tadi, bermain dengan jari dan menundukkan kepala.

Tak. Bukan salah dia. Bukan salah siapa-siapa. Rudy membetulkan posisi duduknya dan bergerak sedikit ke hadapan.

"Tu tak betul." Rudy menyangkal.

Iman mengangkat mukanya.

"Bukan salah kau, semua ni berlaku. Tolong jangan salahkan diri."

"Tapi..." Iman cuba untuk tapi cepat dipotong Rudy.

"Semua yang berlaku, mesti ada hikmahnya. Janganlah kau salahkan takdir, sampai kau lupa nak bersyukur. Kau asyik salahkan diri kau sebab tertinggal telefon dekat surau sampai kau terlupa kalau Alicia tak datang tepat pada waktunya, kau tak akan ada kat sini," Rudy berkata penuh serius tapi cukup lembut dan berhemah.

Iman terkedu.

"Dan kalau Moon tak ajak Ali dengan Alicia naik sama dengan kita haritu, kau pun tak akan ada dekat sini," sambung lelaki itu lagi.

Bagai panah yang tepat mengenai sasaran, hati Iman tersentap dengan ayat yang keluar daripada mulut Rudy.

Rudy menyasarkan rambutnya ke belakang sebelum membuka mulutnya lagi.

"Aku redha dengan apa yang jadi dekat aku. Lagipun memang aku yang nak tolong kau kan? Walaupun aku amnesia, sekurang-kurangnya aku masih ada dengan kau," katanya tanpa sedar bibirnya sudah mengukir senyuman nipis.

Iman terkedu. 'Dia cuba nak tenangkan aku ke?' bisik hatinya. Tahu akan perkara itu, kepala Iman tertunduk menyembunyikan senyumannya.

"Awak betul. Silap saya sebab terlalu salahkan diri." Iman mengangkat mukanya.

"Terima kasih," ucapnya menghadiahkan senyuman buat Rudy.

Rudy terdiam. Dia sendiri pun macam tak percaya dengan apa yang dia cakap tadi. Seriuslah semua yang dia cakap tadi tu datang daripada mulutnya?

Rudy perlahan-lahan menganggukkan kepalanya membawa erti 'sama-sama'. Nak cakap macam malu pula. Angguk jelah mampu.

Keadaan mereka berdua di situ, sunyi buat beberapa saat. Iman yang mula berasa kekok, mula mengubah topik.

"Awak nak apa-apa tak? Saya boleh amikkan..." Dia sudah berura-ura untuk bangun namun terhenti.

Rudy menggeleng pantas memotong Iman. "Tak, tak apa. Aku nak balik dah."

"Haa? Tapi umi tengah solat lagi tu. Tunggu la sampai dia dah habis kejap," pinta Iman.

Bukan apa, umi tu kalau tetamu pulang tanpa pengetahuan dia, mulalah nak makan hati. Dia kalau boleh, nak hantar tetamu pulang sampai ke luar rumah. Tetamu dah hilang depan mata, baru dia masuk ke dalam semula.

"Tak apalah. Aku sebenarnya nak cepat," tolak Rudy dengan baik. Dia sudah pun mengangkat punggungnya dan melangkah ke pintu rumah diikuti dengan Iman dari belakang.

Ceh, nak cepatlah konon. Padahal hati dah berdebar bagai tiada hujung dah tu. Baru Rudy sedar, dia dengan Iman saja yang berada di ruang tamu tika ini. Terasa panas pula telinganya, menahan malu.

Iman mengangguk, faham.

"Okeylah. Jalan baik-baik," pesannya, seraya membukakan pintu untuk Rudy.

Rudy sekadar berdehem dan mengangguk ekcil. Dia lantas menapak keluar dari rumah itu. Makin lama dia di situ, makin tak senang duduk jadinya.

Setelah mengambil dua tiga tapak ke hadapan, Rudy secara spontannya, menoleh ke belakang. Bagai nak terlompat keluar jantung bila Iman sedang melambai ke arahnya.

Seriously? You? Waving? At me? Rudy pantas memaling ke hadapan kembali dan melajukan langkahnya. Dia berdehem berkali-kali cuba menenangkan jantungnya sendiri.

Apa benda kau ni, Rudy? Dia lambai je pun. Kau nak segan lebih, apahal? Relaks sudahlah. Rudy secara mentalnya menepuk dahi sendiri.

Perasan Iman dengan perubahan warna drastik di telinga Rudy, lambaian tangannya langsung terhenti. Iman tersentak dengan refleksnya sendiri.

Why the heck am I waving at the most heartless person I know! Wah, naneun jijjah michyeosseona bwa. Gila sudah agaknya.

Iman langsung menutup pintunya, pantas lalu bersandar pada pintu tersebut. Nafasnya mula bergerak tidak stabil. Jantungnya berdegup laju daripada yang biasa.

Perlahan-lahan, Iman mengatup matanya lalu menarik nafasnya, dalam kemudian lepas. Dapat dia rasakan jantungnya bergerak normal semula.

Dia setelah itu menapak masuk ke biliknya semula untuk menunaikan solat asar yang tadinya tergendala.

Daripada melayan perasaan yang tak berkesudahan, lebih baik dia menjalankan kewajipan yang sememangnya perlu dilaksanakan. Dapat juga pahala.



═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 3.7k

Lemme *die* slowly... "D

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 87.8K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
108K 2.1K 34
Luke Adwar x Kanemoto Hikkun Minasan ( Lucas Adwar Minasan x Kanemoto Haira Adwar ) David Athur x Leo Hamada ( Jake Athur x Hamada Asahi) Eric Kim x...
5K 505 43
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
171K 7.3K 44
[𝘨𝘢𝘺 / 𝘣𝘰𝘺𝘴𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺] : "I - I'm em ... I'm pregnant Niel." "You must be kidding me" [ 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙨𝙖 𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙨...