Cinta Hati Mr. Annoying

By therozez

310K 22.7K 1.7K

'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
BAB 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61 [The End]
PDTR

Bab 6

5.3K 498 25
By therozez

-

"Saya dah boleh discharge?" soalku untuk kepastian.

"Ya cik Fira. Tengahari nanti cik Fira dah boleh discharge. Lepas ni Doktor Dahlia akan datang sini untuk buat check up terlebih dahulu." jawab nurse perempuan yang datang ke sini untuk memantau keadaan aku.

Entah mengapa hati aku dirindung kegelisahan. Khuatir. Bukan tak suka apabila sudah boleh bebas dari tempat yang membosankan ini, tapi bila difikirkan semula, macam mana dengan bil-bil hospital?

Ya Allah, masalah aku tak pernah hilang. Ada ada saja yang datang. Mampu ke aku nak teruskan hidup?

Mungkin aku terpaksa berhutang dengan pihak hospital dulu. Pergi cari kerja sementara untuk langsaikan bil-bil yang ada.

Barang peribadi pula satu pun aku tak punya. Dan di mana pula aku nak makan tidur segala?
Pilunya rasa hati. Semakin berganda masalah yang menimpa.

Wajah aku tundukkan. Menahan mata yang sarat dengan air. Aku benar benar tak mampu nak hadap seorang diri ya Rabbi.

"Cik Fira okey?" terdengar suara nurse itu menegur.

Lantas aku mengangguk. "Okey. Saya okey je." Kedua-dua tubir mataku aku kesat.

Walaupun ia mungkin menghairankan nurse terbabit, tapi aku tak nak dilihat yang lain yang mungkin tiba-tiba akan datang.

Penat sebenarnya terus berpura-pura baik-baik saja.

Selang beberapa minit, Doktor Dahlia menjengah. Yang menggamamkan aku beliau tidak keseorangan. Puan Mastura dan Encik Mokhtar ada ikut bersama.

Ya. Orang tua Aqram.

Tapi kenapa? Kenapa perlu datang lagi? Melihat mereka hanya membuatkan aku teringat pada Aqram.

"Aafira, how? Dah ready nak balik rumah?" tanya Doktor Dahlia.

Rumah? Aku tak ada tempat tinggal lah.

Di ketika itu, aku tak mampu lagi nak menyembunyikan wajah suramku di hadapan mereka semua.

"Your family came to take you home dear."

Apa yang disampaikan Doktor Dahlia agak mengejutkan aku. Mummy daddy Aqram nak bawa aku balik? Bukankah perkara ni sudah dibincangkan?

"Ye Fira. Mummy ada bawakan Fira baju untuk Fira tukar nanti." dan mummy bertingkah seperti biasa. Adakah dia lupa? Atau sengaja?

"Fira tak rasa mummy daddy lupa apa yang Fira pernah katakan. Fira tak boleh my." aku tak akan tinggal dengan mereka. Tak akan boleh.

Mummy mendekati aku lalu diusapnya lengan kiriku. "Mummy daddy tak sanggup biarkan Fira sorang sorang. Ikut kami ye? Kami dah siapkan semua keperluan Fira di rumah."

"She's right Aafira. Ikut mereka okay?" Doktor Dahlia mencelah. Sepertinya sudah memahami sepenuhnya apa yang terjadi pada aku.

"Daddy nak pergi bayar bil dulu." ujar Encik Mokhtar. Sungguh! Aku tak boleh terlalu terhutang budi begini.

"And Puan Mastura, saya ada benda yang perlu dibincangkan bersama puan." beritahu Doktor Dahlia.

"Baiklah doktor." setelah itu mummy menyerahkan sebuah beg kotak kepadaku. "Fira tukarlah pakaian dulu. Nanti kami datang semula ye?"

Mulut ku kuncikan.

Setelah mereka semua beredar, beg kotak tersebut masih aku renung.

Ingat aku diam diri, aku setuju ke ikut Puan Mastura dan Encik Mokhtar tinggal di rumah mereka? Tak. Takkan aku jejak rumah mereka yang ada Aqram di dalamnya.

Aku mula menuruni katil. Menapak ke arah pintu bilik. Lalu pintu aku bukakan perlahan-lahan dan cuba melihat kalau kalau ada mereka tadi di luar.

Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Lengang.

Sesuatu perkara yang agak bodoh terlintas di akal fikiranku sekarang ini. Aku nak larikan diri dari hospital ni sekarang.

Walaupun ia memang bodoh jika dilakukan, tapi aku rasa ada bagusnya idea itu.

Aku pun segera bertindak mencari jalan keluar dengan berhati-hati.

🥀🥀🥀

Seorang kelibat gadis, yang memakai pakaian hospital, terlihat sedang berjalan di area taman rekreasi yang tidak jauh dari hospital.

Itulah aku.

Dah seperti orang tak betul.

Terjumpa sebuah bangku, segera aku melabuhkan punggung di atasnya.

Penat. Aku harap mereka takkan jumpa aku.

Memang hidup aku terdesak sekarang perlukan orang untuk bergantung. Dan bodohnya aku, aku larikan diri daripada mummy daddy Aqram yang nak tolong aku. Yang nak berikan aku tempat berteduh.

Tapi aku tak boleh. Tinggal serumah dengan bekas tunang setelah apa yang terjadi antara kami.

Bukan sebab aku benci. Takk

Aqram akan berkahwin dan akan mulakan kehidupan baru dengan wanita lain. Dan kalau aku di sana, melihat kebahagiaan mereka, aku akan sakit.

Aku tak kuat nak saksikan lelaki yang pernah aku cinta separuh mati jadi milik wanita lain secara SAH.

Aku lebih rela menjadi pengemis penganggur yang mungkin akhirnya akan mati di jalanan.

Kepergian mama papa amat memberi impak yang besar dalam hidup aku. Selayaknya lah aku dibuang kerana dulunya aku pun dikutip.

Beberapa minit kemudian suasana taman itu mulai gelap. Aku mendongak ke arah langit. Kelihatan awan sudah mendung dan sepertinya hujan lebat akan jatuh ke bumi tidak lama lagi.

Mata aku melilau ke sekeliling. Taman itu kosong. Tiada seorang manusia pun.

Baguslah.

Terasa rintik-rintik hujan menimpa diri. Dan lama kelamaan semakin lebat.

Alangkah bagusnya kalau Tuhan tarik je nyawa aku dalam hujan ni. Jadi tak lagi aku terbeban dengan ujian dunia.

Allahu Rabbi.

Lantas air mata aku mengalir di pipi bersama-sama air hujan yang membasahi wajahku.

Sekali lagi kau berfikir yang entah apa-apa Fira? Allah takkan suka dengar kau cakap macam tu lah.

Mata aku pejam erat. Aku kesejukan. Arh biarlah. Cari tempat berteduh untuk lindung diri pun tak ada gunanya bagi aku sekarang ni.

"Aafira."

Tersentak. Namaku diseru. Suara tu.. suara yang aku kenal.

Tak. Tak mungkin dia boleh sampai di sini. Mungkin cuma ilusi aku.

Wajahnya mula bermain di fikiran. Keinginan untuk bertemu dengannya mula melonjak. Alangkah bagusnya jika dia ada bersamaku sekarang.

Aku perlukan dia.

"Aafira." kali ini suara tersebut semakin keras.

Aku cuba bukakan mata. Tidak disangka-sangka dia betul-betul ada di sini. Sedang berdiri di hadapanku sekarang dalam keadaan yang turut basah kuyup.

Aku mula bangun. Memandang wajahnya yang langsung tiada senyuman di bibir. Wajah beku.

Ini bukan sekadar bayangan aku kan? Dani betul-betul berada di hadapan aku sekarang kan?

Ya Allah, entah kenapa kesedihan yang membelenggu ku tadi mula pudar setelah melihatnya. Seakan semua masalah sudah selesai sekarang.

"Balik." katanya.

Kau juga nak hantar aku pada mummy daddy Aqram ke?

"Balik Fira. Kau tak fikir dulu ke apa yang kau buat ni betul atau salah?"

"Tak. Saya tak akan tinggal dengan mereka. Tak akan tinggal serumah dengan Aqram. Saya tak nak." bantahku.

Tolonglah faham aku. Takkan kau nak hantar aku ke tempat yang lebih menyeksakan aku nanti?

"Kau belum move on Fira?" serta merta aku terkedu.

Wajah, suara dan cara dia melontarkan soalan tersebut, buat aku rasa aneh. Seakan ada sesuatu yang lain hadir dalam diri dia.

Apa itu awak?

Dia lalu menghela nafas perlahan. "Aku tak nak kita terus berlama dalam hujan ni. Balik Fira."

"Saya tak nak tinggal dengan mereka Dani. Awak kena faham saya. Saya boleh bertambah sengsara hidup dengan mereka. Jangan paksa saya. Tolong?" rayuku sepenuh hati. Minta untuk difahami.

"Ikut aku Fira. Kalau tak sekarang juga aku call diorang suruh heret kau balik." sudah tentu nya dia akan memaksaku dengan cara mengugut.

Awak serious ke nak serahkan saya pada mereka, Dani?

Awak tak kasihankan saya ke?

🎈

Klikokay?

Thankie !!

Continue Reading

You'll Also Like

736K 41.6K 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus d...
43.4K 2.2K 16
Cinta Sejati ©️ 2021 Status : Completed Cinta yang sudah lama terjalin putus disebabkan orang ketiga. Kalau hati tidak melayan, mana mungkin akan be...
2M 57.7K 121
Tak ada apa yang istimewa pun pasal aku. Aku hanya perempuan yang biasa yang hanya bekerja sebagai seorang babysitter di sebuah nursery yang baru di...
1.9M 45.4K 62
# 1 out of 4.1k omg !!!!!! #26 out of 863 auchhh? (6/7/18) -Tamat- " Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku . Kenapa mesti kau hadir dan musnahkan...