✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

576K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 38

13.2K 482 12
By keylasyaff

TERLOPONG mulut Medina melihat dua keping kertas berbentuk segi empat tepat dibawah pinggan makannya. Dia mendongak memandang Julian yang berada dihadapannya tersenyum lebar. Medina bangun dari duduknya lalu menuju kearah Julian. Dia melompat duduk diatas riba Julian yang memang sudah disediakan oleh Julian.

Dicium kedua pipi Julian lalu dipeluk erat. Malu sudah dibuang tepi. Julian membalas pelukan Medina dengan penuh kasih sayang.

"Sorry sebab lambat sebulan. Ada problem sikit dengan pembelian tiket tu, bie tahu honey tunggu lama," ucap Julian. Sudah sebulan dia dan Medina menjadi suami isteri. Namun, baru hari ini dia menghadiahkan isterinya tiket percutian ke Istanbul, Turki.

"Takpa! Saya faham. Ini pun dah cukup dah. Saya sayang bie sangat-sangat." Pipi Julian dikucupnya lagi sebelum bibir Julian pula dipagutnya. Terkejut Julian dengan tindakan berani mati isterinya.

Sesaat kemudian, Medina melepaskan bibirnya dari Julian. Tercungap-cungap Medina mencari nafas. Dia bangun dari riba Julian.

"Thank you for this." Medina menundukkan kepalanya. Malu mungkin dengan kelakuan sendiri. Dia terlalu teruja sehingga anggota badannya dahulu bergerak berbanding otak. Medina duduk semula di tempatnya. Tiket tadi, diletakkan ketepi.









DARI lapangan terbang Kuala Lumpur, sampailah ke lapangan terbang Istanbul, senyuman dibibir Medina tak lekang dari bibir. Lebih kurang sebelas jam penerbangan mereka, Medina langsung tidsk menunjukkan gara-gara jetlag. Julian pula dapat jetlag.

Diajak isterinya untuk berehat di hotel dahulu. Esok hari baru mereka akan mula mengembara satu Istanbul. Medina yang tidak sabar itu, terpaksa menyimpan terujanya untuk esok. Kesihatan suaminya nombor satu sekarang.

Alah, tak lari mana pun Hagia Sophia tu.

Masuk sahaja mereka kedalam hotel yang ditempah kelas pertama oleh Julian, mereka berdua terus merebahkan badan keatas katil serentak. Sekelip mata sahaja Julian sudah terlelap. Penat benar nampaknya.

Medina mengambil masa yang ada untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dari balkoni bilik hotel itu. Medina sempat mengambil beberapa gambar moment indah itu menggunakan telefonnya.

Tiba-tiba, pandangan Medina teralih kepada seseorang yang dia pasti memerhatikannya daripada balik semak samun halaman belakang hotel itu. Medina menggosok matanya untuk memastikan samada betul ke tidak apa yang dilihatnya. Namun, bila mata tercelik balik, orang itu sudah hilang.

Dahi Medina berkerut. Perasaan dia sahaja atau apa ni? Oleh kerana ragu-ragu, Medina segera masuk kedalam bilik semula. Pintu balkoni itu diturup Medina dengan rapat. Didekatinya tubuh sang suami yang sedang berdengkur halus.

Rambut Julian diusapnya sambil dia mengambil peluang untuk menilik wajah tampan Julian. Bibir terukir senyuman manis serta bahagia.

"Terima kasih untuk segalanya. Saya cintakan awak, Julian. Hanya awak," bisik Medina seorang diri. Setelah sedar bahawa dia sudah berlama berkeadaan begitu, Medina mengambil keputusan untuk membersihkan diri.

Jaket kulit dibuka dari tubuh lalu disangkut pada kerusi yang tersedia dimeja solek. Langkah dibawa terus masuk kedalam bilik air. Air panas dipenuhkan dahulu kedalam tab mandi itu lalu dia berendam disitu.

Lima belas minit kemudian, Medina terdengar bunyi ketukan seraya deringan loceng dari pintu rumahnya. Medina segera keluar dari tab mandi. Dia hanya menyarungkan bathrobe sahaja dibadan sebelum dia segera meluru kearah pintu. Ditoleh kearah Julian sekilas.

Tidur mati betul dia ni.

Medina buka pintu sedikit. Dia mengintai keluar. Takda orang pun. Saat dia mahu menutup pintu itu semula, kepalanya tertunduk kebawah. Terdapat sampul surat yang diatasnya tertera nama penuh Julian.

Medina mengambil sampul surat itu dengan ragu-ragu. Dia menutup semula pintu sambil membuka sampul surat itu. Helaian kertas yang berwarna merah dibawa keluar.

I can't believe that you're still alive. Lima tahun aku bagi kau berehat, Julian. Sudah tiba masanya untuk kau pulang kepada aku.

Sincerely,
Mister H.

Berkerut seribu dahi Medina membaca dua baris ayat itu. Mister H? Siapakah gelaran yang dipanggil Mister H itu? Apa yang dia mahu dengan Julian? Adakah Julian dalam bahaya? Pelbagai soalan berlegar didalam kepalanya.

Tubuh Julian yang sedang lena diatas katil itu segera didekati. Dikejutnya Julian sehingga Julian merengek manja.

"Apaaa?"

"Bangunlah, bie. Tengok ni. Ada orang tak kenal bagi awak surat. Baca ni, Julian!" Digoncangnya tubuh Julian lebih kuat untuk menyedarkan lelaki itu. Lambat-lambat Julian duduk disebelah Medina. Matanya digosok dengan belakang tangan.

Kertas merah yang dihulurkan oleh Medina disambut Julian. Dari mata yang mengecil, mata itu terus membulat besar.

"Mister H. Hyde." Bibir Julian tersebutkan nama lelaki yang sudah lima tahun tidak didengar khabarnya dihadapan Medina. Berkerut dahi Medina memendar nama pelik itu.

"Siapa? Haid?" soal Medina, naif.

"No, sayang. Rasanya dia salah alamat kot. Bie main teka je nama dia tu. Lantaklah. Kertas ni boleh buang je. Tak penting pun." Julian segera mengoyakkan kertas merah itu sehingga menjadi serpihan kecil. Serpihan kecil itu dimasukkan kedalam tong sampah. Sampul surat yang ada ditangan Medina pun dirampasnya. Dia mengulangi benda yang sama.

"Tapi dia sebut nama bie."

"Oh, honey sayang." Kedua pipi Medina dipegang Julian. "Bukan nama bie seorang je Julian dalam dunia ni. Mungkin itu hanyalah sekadar kebetulan. Orang yang hantar surat tu mesti tersilap Julian," kata Julian bagi menyedapkan hati isteri.

Walaupun hati dia yang tak sedap sekarang ini, hati Medina perlu disedapkan. Dia tak mahu Medina berfikir bukan-bukan. Dia tak mahu menghancurkan kegembiraan isterinya. Ini adalah honeymoon mereka yang pertama.

"Are you sure yang Julian yang ni bukan bie?"

"I'm definetely sure. Jangan risaulah. Okay?"

"Okay." Kepala Medina diusap lembut.

Dalam hati, Julian sudah tak tentu arah rasa. Dia berdoa agar dia dan Medina akan kekal selamat. Bukan masa yang baik untuk Medina tahu hal itu. Tak dapat dinafikan, Julian betul-betul takut dan bimbang. Tak berhenti dia berdoa agar semuanya dipermudahkan didalam hati.




SEPERTI yang didoakan Julian, sepanjang tempoh malam madu itu, tiada sebarang gangguan dari Mister H atau sesiapa. Medina pun tidak membahaskan perkara itu lagi. Tempoh malam madu mereka berjalan dengan sangat lancar. Medina terlalu teruja dengan percutian istimewa mereka.

Tak kering pipi Julian dikucupnya. Memang sampai ke telingalah senyum lelaki itu. Takpa, dia suka! Haha!

"Hmm, nanti saya rindulah dekat Istanbul," rengek Medina ketika mengemas bagasinya. Sungguh berat hatinya mahu meninggalkan bandar Istanbul itu. Rasa sayang sangat dekat bandar kecil itu!

"Alah, nanti kita datang lagi ya? Honeymoon buat kali kedua," pujuk Julian, lembut. Sikat yang berada di poket seluarnya dikeluarkan lalu dikemaskan rambutnya sedikit dihadapan cermin. Dapat dia lihat, dari pantulan cermin itu, wajah masam comel Medina.

"Tapi saya dah jatuh cinta dekat Istanbul."

"Wah, sejak bila pandai menduakan bie ni? Tak boleh jadi ni. Honey kena jatuh cinta dekat bie je. Tak boleh orang lain."

"Ish! Apa bie ni. Orang serius tau..." Lagi bertambah muncung bibir Medina. Macam itik. Julian segera meluru kearah Medina yang sedang duduk diatas katil. Pipi isterinya dicubit geram.

"Geram tau saya!"

"Bie ni kan. Jah--" Belum sempat Medina hendak menghamburkan marahnya, Julian terlebih dahulu memaut bibir yang memuncung itu. Terdiam terus Medina.

"Jahat pun awak sayang kan?" kata Julian selepas melepaskan bibir Medina.

"Ish!" Medina mengesat bibirnya beserta dengan jelingan tajam kearah Julian. Julian tergelak.

"Kita tak boleh lama-lama dekat sini, honey sayang. Kelas bie dah start minggu depan. Bie kena prepare barang lagi. Ingat, I'm still a student. Honey sorang je yang dah graduate awal sangat."

Medina memuncungkan bibirnya semula. "Yelah."

"Muncung lagi. Bie cium lagi kang."

"Ish, mengadalah." Medina mendengus kasar seraya menarik bagasi merah jambunya keluar dari bilik hotel. Julian tersenyum lebar.

"Mahu tapi malu kan?" usik Julian. Sudah, wajah Medina sudah bertukar jadi tomato. Biasalah. Sejak kahwin dengan Julian, dia kerap malu. Entah apa yang telah merasukinya pun tak tahu sampai cakap sikit je dah berona merah.

Selesai sahaja urusan check-out mereka, mereka segera keluar dari perkarangan hotel itu untuk mendapatkan teksi atau Grab. Jalan besar itu terpaksa mereka lintasi. Tangan Medina dipegangnya erat oleh Julian.

Setelah mendapat pasti bahawa tiada kereta yang ada dijalan raya itu, Medina segera menarik tangan Julian melintasi jalan itu. Namun, entah dari mana datangnya kereta dari arah bertentangan, kereta itu meluru laju kearah Medina.

Julian yang sudah perhati kereta itu dari tadi, terus menarik tubuh kecil Medina kearahnya. Mereka berdua terjelepok jatuh ditengah jalan. Kereta tadi hanya meluru laju tanpa berhenti. Beberapa buah kereta berhenti apabila melihat dua tubuh tergolek diatas jalan raya itu. Mereka yang risau bertanyakan keadaan Medina dan Julian.

"Are you okay sir?" soal wanita tua yang turun dari kereta. Julian mengangguk laju. Medina dibantunya untuk bangun.

"We're okay. Thanks," ucap Julian dengan nafas yang tercungap-cungap. Mereka segera berlari ke tepi jalan. Selepas itu, keadaan kembali seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku. Badan Medina ditilik Julian. Terpusing-pusing gadis itu dibuatnya.

"Honey sayang okay tak? Ada luka apa-apa tak?" soal Julian risau. Medina menggeleng laju.

"Saya okay. Bie tu?"

"Bie okay." Julian bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera. Julian mula mengesyaki siapa angkara semua ini. Dia ingatkan lepas dah berhari-hari, takdalah ada gangguan.

Rupanya hari ini ada. Main kasar nampaknya Mister H ni. Julian mendengus dalam hati. Apa lagi Hyde nak dari dia? Dia tiada apa-apa hubungan lagi dengan lelaki itu. Sudah lima tahun berlalu. Mengapa kalini mereka kembali tunjuk taring?

Julian menarik tangan Medina duduk disalah satu bangku sementara menanti teksi mereka. Kepala Medina disembam kedadanya. Medina pun tidak melawan. Dia juga masih terkejut dengan kejadian tadi. Kalau takda Julian, tak tahulah apa nasib dia. Mungkin sudah terlantar ditengah jalan itu.

Julian berfikir sejenak. Nombor plat kereta tadi rasanya dapat dikenal pasti. Yang dia pasti itu adalah nombor plat negara Turki. Nampaknya, Hyde ada upah pengintip dari Turki ini untuk mengintip perlakuan dia dan Medina.

Patutlah dia rasa seperti diperhati sahaja sejak kebelakangan ini. Tapi macam mana dia tahu yang Julian sedang berada di Turki? Setahu dia, yang tahu tentang hal ini adalah ahli keluarganya sahaja. Termasuklah Louis dan Fatin.






TBC.

Pakcik Hyde dah kembali. Apalah jadi lepasni, uhuk uhuk.

Kepada yang suggest lagu Peluang Kedua tu, saya rasa macam tak kena. Tapi, saya akan cuba sehabis baik untuk jadikan scene next chapter kena dengan lagu Peluang Kedua. Saya sangat berterima kasih pada yang tolong saya.

P/S: Cerita ni pun dah nak sampai ke penghujung! Lagi beberapa bab je lagi, Cinta Medina Haura akan tamat!

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 55.3K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
236K 11.3K 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga...
511K 12.5K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...