✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

575K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 37

13.6K 528 58
By keylasyaff

USAI habis sahaja urusan Julian dengan pengusaha hotel lima bintang itu, dia terus membawa Medina pulang. Pulang ke penthouse-nya, bukan ke rumah keluarga Medina. Medina yang sedang nyenyak tidur ditempat sebelah pemandu dijeling Julian dengan senyuman.

Tak sabar dia hendak tengok riaksi Medina tengok rumahnya nanti. Yelah, sepanjang perkenalan Medina, dia tak pernah ajak gadis itu kerumahnya kecuali Que. Que sahajalah penyimpan rahsianya yang paling setia sekali.

Masuk sahaja kereta BMW Julian dalam perkarangan rumah itu, kereta Julian terus berhenti didalam garaj. Medina langsung tidak sedar dari tidur walaupun enjin kereta sudah dimatikan oleh Julian. Julian keluar dari kereta perlahan-lahan dan segera ke tempat penumpang sebelah pemandu.

Tali pinggang Medina dibuka perlahan. Dia tidak mahu mengejutkan Medina. Nanti tak jadilah kejutannya. Diangkat tubuh seringan kapas itu masuk kedalam rumah dengan berhati-hati. Tangga dinaiki perlahan-lahan sebelum dia meluru masuk kedalam bilik yang sudah dikemas awal-awal sebelum majlis perkahwinan mereka lagi.

Tubuh Medina diletak perlahan diatas katil empuk miliknya. Medina masih tidak sedarkan diri. Sah tidur mati. Julian menghela nafas lega. Akhirnya, dia berjaya halalkan si pujaan hati dan berjaya bawa Medina kerumahnya sendiri.

Baju T-shirt yang dipakai dicabut sebelum dibaling kedalam bakul sebelah pintu bilik air. Selepas itu, dia terus memboloskan diri kedalam bilik air untuk membersihkan diri yang melekit. Medina tu kejap lagi boleh basahkan badan dengan tuala jika gadis itu tidak bangun lagi.

Beberapa minit kemudian, Medina tersedar dari tidur dek kerana alas badannya yang lembut semacam. Tekstur katil itu pun tidak sama dengan katil dirumah keluarganya. Medina meraba-raba disekelilingnya sebelum matanya tercelik.

Eh, dia dalam bilik? Bukan tadi dalam kereta ke? Eh, rumah siapa ni? Bilik siapa ni?

Medina menoleh kekiri dan kekanan. Hatinya sudah diserang perasaan cuak. Suasana bilik itu yang muram dan malap membuatkan otaknya berfikir benda lain. Baru sahaja Medina hendak melompat dari katil, Julian keluar dari bilik air dengan hanya bertuala paras pinggang.

Terkejut dia lihat Medina sudah terduduk ditepi katil. Terkebil-kebil Medina memandang Julian.

"J-Julian?" panggil Medina untuk memastikan bahawa lelaki itu adalah Julian. Tanpa sebarang cahaya, fikir dia boleh nampak ke muka Julian? Julian tersenyum nakal. Idea nakal mula bermain didalam benak fikirannya.

"Siapa Julian?" soal Julian dengan suara yang menakutkan. Medina sudah tarik nafas panjang. Tangannya sudah memegang entah benda apa yang berada diatas meja kecil sebelah katil.

"S-siapa kau? Aku kat mana ni? Mana suami aku?" Terketar-ketar Medina menyoal Julian yang dianggap lelaki asing itu. Julian tergelak kecil. Langkah dibawa kearah Medina. Badan Medina ditindih tanpa sebarang amaran.

Tanpa dia sedar, tangan Medina sudah melayang ke pipinya. Habis dia kena tumbuk. Julian jatuh dari katil. Medina pula terus menerus membaling segala barang yang ada kearah Julian. Julian segera berlari kearah suis lampu lalu dibukanya lampu.

"Ini bielah! Sampai hati tumbuk bie! Sakit tau!" Julian mengusap pipinya yang ditumbuk oleh Medina tadi. Muncul perasaan menyesal kerana mengusik Medina tadi. Dada Medina turun naik memandang Julian tidak percaya.

Dia segera meluru kearah Julian. Dada bidang lelaki itu yang tidak beralas ditumbuk-tumbuknya lembut. Mengaduh sakit Julian dibuatnya.

"Sampai hati tau mainkan saya! Saya takut tau tak. Kalau jadi betul-betul macam mana?"

"Auch, auch, sayang! Dahlah tu. Sakitlah." Tangan kecil Medina ditahan oleh Julian dari terus memukulnya. Terbatuk-batuk Julian dibuatnya. Tak cukup dengan itu, dicubit pula isi perut Julian sekuat hati. "Sayang! Sakitlah! Bie minta maaf lah. Bie gurau je."

"Bergurau? Bergurau apa kasar macam itu?"

"Bergurau kasar namanya tu, sayang."

"Banyaklah awak!" Medina menghamburkan kemarahannya dengan membaling satu lagi bantal yang berselerak diatas katil ke muka Julian.

"Honey, bie dah cakap sorry kan?"

Medina peluk tubuh.

"Kita dekat mana ni? Kenapa bie tempah hotel lagi? Kan kita dah setuju nak balik rumah," soal Medina. Julian mengutip semula barangan yang berselerak diatas lantai lalu diletakkan semula ke tempat asalnya. Selepas itu, baru dia menjawab soalan Medina yang dibiarkan sepi seketika.

"Balik rumah lah ni," balas Julian, pendek.

"Rumah siapa ni?"

"Rumah siapa lagi kalau bukan rumah kita?" Julian melabuhkan punggung disebelah Medina. Medina terlopong hebat. Dagu Medina dipagut Julian supaya tidak terus melopong.

"Rumah kita?"

"Ya. Jom, alang-alang honey dah bangun ni. Kita tengok-tengok rumah kita." Julian bangun dari duduknya. Almari baju dituju sebelum dia mengeluarkan seluar pendek. Seluar pendek itu sarung selamba dihadapan Medina.

Alah, Medina tak nampak! Sibuk tengok dekorasi bilik mewah inilah.

Julian menggenggam tangan Medina keluar dari bilik itu. Dibukanya semua lampu disetiap pelosok rumah itu. Satu-satu bilik dikunjungi Medina. Selepas itu, mereka turun ke tingkat bawah pula. Sekali lagi, mulut Medina melopong besar melihat suasana rumah besar milik Julian itu. Dilepaskan genggaman tangan Julian lalu dia segera ke dapur.

Terngaga mulut Medina melihat dekorasi dapur yang maha besar itu. Dibukanya setiap kabinet. Semua kabinet itu sudah tersedia barangan dapur yang pelbagai. Rempah ratus, tepung dan segala barangan yang penting.

Medina meluru ke ruang tamu pula. Kali ini, mulut ditekupnya. Dia terasa lututnya longgar. Julian yang baru tiba disebelahnya ditoleh dengan mata yang terbuntang.

"Are you kidding me, Julian?"

"No. This is our home."

"Apa lagi yang ada dekat rumah ni? Tell me!"

"Erm, ada enam buah bilik tidur. Dua master dan empat lagi bilik basic. Dekat atas ada gym dan perpustakaan mini. Dekat tingkat bawah pula ada satu bilik kecil. Bie jadikan bilik tu sebagai bilik stor. Ada dapur. Ada ruang tamu. Ada bilik air satu dibawah dan dua diatas dan ada juga ruang khas untuk dobi baju. Dekat luar pula, ada hall untuk kita duduk lepak-lepak. Dan yang paling penting ada swimming pool," jelas Julian seperti orang menjual rumah. Medina terlompat teruja.

"No way!"

"Yes way," balas Julian tenang. "Do you like it?"

"Of course I like it!" Tubuh Julian dipeluk Medina seerat yang mungkin. Julian tersenyum bahagia. Dia lega kalau Medina suka.

"Okay, bie nak makan apa?" soal Medina usai meleraikan pelukan. Julian berfikir sejenak.

"Dah lewatlah, sayang."

"Alah! Saya nak cuba dapur bie tu. Bolehlah."

"Esoklah kita cuba. Bie dah mengantuk ni."

Medina mencebik.

"Yelah. Jomlah tidur." Medina memaut lengan Julian naik keatas semula. Tak dapat dinafikan, dia pun mengantuk juga. Penat mandi kolam siang tadi tak hilang lagi. Esok-esok jelah teroka rumah ni. Tak lari mana pun rumah ni.

Julian terlebih dahulu berbaring keatas katil sementara Medina masuk kedalam bilik air untuk basahkan badan sedikit. Muka dibasuh sebelum dia memerhatikan dirinya dipantulan cermin itu. Dahinya jelas berkerut.

"Julian ni kerja apa?" omelnya seorang diri. Medina termenung seketika dihadapan cermin.

Usai membersihkan diri, dia mencari-cari bagasinya diserata bilik itu. Nampaknya, Julian tak keluarkan lagi bagasi mereka berdua. Medina mengambil keputusan untuk memakai baju Julian dahulu. Satu pintu yang dia pasti itu adalah tempat dimana baju-baju Julian terletak, ditolaknya.

Suis dibuka. Terlopong Medina melihat walk-in wardrone itu. Ini dah sama besar dengan biliknya di rumah itu. Tanpa membuang masa, Medina segera mencapai baju T-shirt dan seluar pendek Julian. Besar pun besarlah. Takkan dia nak tidur tanpa baju?

Setelah itu, Medina merebahkan dirinya disebelah Julian yang sudah terlelap itu. Medina berkira-kira ingin menyoal Julian. Wajah tampan yang sedang tidur itu ditiliknya. Rambut Julian yang terjuntai dibelek-belek.

"Bie..."

"Hmmm?" Tangan Julian memeluk pinggangnya. Namun, matanya masih tertutup.

"Dah tidur ke?"

"Belum."

"Saya nak tanya sikit boleh?"

"Hm?"

"Awak ker--" Belum habis Medina menujukan soalan kepada sang suami, dengkuran halus Julian sudah kedengaran. Terbantut niat Medina hendak menyoal. Dia juga akhirnya terlelap.

AWAL pagi lagi Medina sudah bangun dari tidur kecuali Julian. Julian masih lena dibuai mimpi. Medina tersenyum teruja apabila keluar dari bilik air. Hoodie dan seluar tracksuit Julian dipinjamnya lagi.

Perlahan-lahan dia keluar dari bilik supaya tidak membangunkan Julian yang sedang tidur mati itu. Ditujunya kesebuah bilik kerja yang ditunjukkan Julian semalam. Mungkin ada kertas-kertas kerja Julian? Manalah tahu.

Dia terpesona dengan dekorasi bilik kerja itu. Perabot semuanya diperbuat daripada kayu. Medina meluru kearah meja kerja Julian. Fail-fail diperiksanya. Dahi Medina berkerut.

"Hospital Express?" Bibir itu menyebut nama hospital yang jarang didengari itu. Rasanya bukan dalam Malaysia ni. Lagi bertambah berkerut dahi Medina dibuatnya bersama hati yang berdebar. Fail lain ditilik lagi.

"Bayaran, 10,000 US dolar?"

Helaian kertas itu ditilik lagi.

"10,000 USD bersamaan... RM42,681.66?"

"Are you kidding me? Kayanya! Dia jual apa sampai sebulan dapat RM42 ribu?" Medina meraup wajahnya tidak percaya. Fail itu disusun semula ketempat asalnya sekemas yang mungkin apabila dia terdengar derapan kaki seseorang. Dia pasti itu adalah Julian.

"Sayang?" Suara Julian memekik mencari isterinya. Saat Julian turun ketingkat bawah, baru Medina keluar dari bilik kerja Julian.

"Ya, bie!" Medina menyahut dari atas. Julian segera naik keatas semula.

"Honey pergi mana?"

"Saya tengok-tengok gym. Kenapa?"

Julian meraup wajahnya. Ditariknya tangan Medina masuk kedalam bilik semula. Diarahkan Medina untuk duduk bersila diatas katil lalu kepalanya diletakkan diatas peha Medina. Medina pula hanya membiarkan. Rambut lelaki itu diusapnya.

"Bie..." Inilah masanya untuk dia soal.

"Ya?"

"Bie kerja apa sampai boleh beli rumah besar macam ini? Ini baru rumah, belum saya tengok garaj lagi. Entah-entah berlambak kereta," soal Medina dengan cermat. Tidak mahu kantoi yang dia dah selongkar bilik kerja Julian.

Mata Julian tercelik. Dia mendongak memandang Medina yang terkebil-kebil memandangnya.

"Honey selongkar bilik kerja bie eh?" Seperti kena tembak, Medina terdiam. Air liur ditelan terasa kesat. Dia tersengih seraya jari bermain-main dengan rambut Julian.

"Selongkar sikit je."

"Apa yang honey nampak?" Julian pantas bangun dari pembaringannya. Nadanya kedengaran masih tenang. Dia bimbang kalau rahsianya terbongkar awal sebegini. Tapi, dengan riaksi Medina yang dia lihat, rasanya Medina tak tahu lagi.

"Saya nampak ada satu pay slip. Betul ke setiap bulan awak dapat RM42 ribu ke? Awak kerja apa sampai dapat banyak duit sebanyak tu?"

Juliaj menghela nafas lega. "Takdalah dapat RM42 ribu genap-genap. Kalau betul-betul, tiap bulan saya dapat dalam RM20 ribu. Yelah, dia dah potong itu, potong ini. Dapatlah RM20 ribu je. Tak banyak pun. Sikit je," balas Julian dengan jari yang dikira-kira.

"Sikit awak cakap? Banyaklah tu!"

"Dah kalau saya bayar duit kereta, duit rumah, duit nafkah awak, duit keperluan kita berdua, sedekah dekat anak yatim, tak ke turun?"

"Awak sedekah duit awak dekat anak yatim?" Medina menyoal dengan perasaan terharu. Julian menggosok belakang tengkuknya. Dah teriak pula. Kalau boleh dia taknak sesiapa tahu. Hanya dia dan Allah sahaja dah cukup.

"Hm, lebih kuranglah."

"Baiknya suami saya ni." Medina mengucup pipi Julian sekilas. Julian sudah tersengih.

"Itu baru gaji. Honey taknak tanya bie kerja apa?"

"Eh, yelah! Bie kerja apa?"

"Saya jual ubat dari herba. Mula-mula, lepas SPM saya berniaga sikit-sikit sahaja. Lepas saya usaha, promote sana, promote sini, dapatlah rezeki launch dengan luar negara. Kira macam saya ni usahawan kecillah. Kerja saya ni, takdalah terkenal sangat. Cukup saya dapat bantu orang. Orang bahagia saya pun bahagia. Orang tak payah tahu pun JH ni siapa."

Medina terangguk-angguk. "Ada banyak sebenarnya saya tak tahu pasal bie ni. Taknak cerita ke kisah kanak-kanak bie dekat isteri bie ni?"

Wajah Julian terus berubah.

"Ha! Honey kata nak cuba guna dapur kan? Honey nak masak apa, honey masaklah. Bie nak mandi sekejap. Honey selongkar jelah dapur tu. Semua keperluan ada. Kejap lagi saya menyusul." Julian melompat turun dari katil lalu segera dia memboloskan diri kedalam bilik air.

Medina pelik dengan kelakuan Julian yang kekok itu. Tak mengapalah. Dia terus keluar dari bilik Julian. Dapur dituju. Dalam kepala sudah berfikir juadah sarapan yang bakal dia masak untuk suami tercinta.

Sementara itu, didalam bilik air, Julian merenung wajahnya dibalik pantulan cermin.

"Maafkan bie, honey. Belum tiba masanya untuk bie cerita hal sebenar dekat honey. Bie takut honey tak terima bie lepas honey tahu kisah silam bie. Bie taknak kehilangan honey. Bie taknak hilang orang yang bie sayang... buat kali yang kedua." Julian bercakap seorang diri didalam bilik air itu. Tanpa dia sedar, air mata setitis mengalir dipipi.










TBC.

Okay, konfliks dah sampai depan rumah dah tu. Untuk unlock next chapter, awak semua kena jawab soalan saya dekat bawah dulu. Ceh, jawab ke tak jawab saya update juga esok tapi apa salahnya kita berkenalan? Manalah tahu boleh jadi member?

1) Apa nickname awak?
Saya, Syaf!

2) Suggest saya any lagu sedih. Saya perlukan untuk chapter yang seterusnya ehekehek.
(kalau tak suggest, saya takboleh update, sebab ada satu chapter ni nanti kena ada feel gitu)

Saya jeles bila Medina yang jadi bini Julian, bukan saya 😭
Eh, gurau jelah HAHAHAHA.

Jangan lupa komen dan vote.

Next chapter ;
Honeymoon Spy

Haa nak tahu apa maksudnya tu, stay tuned lah!

Jumlah patah perkataan for today,
tak ingat tapi almost 2K, pecah rekod!

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39.9K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
609 55 8
A ROMANCE STORY BY AISYWA EBOOK 2023 Ketenangan Nur Izara terganggu dek kehadiran seorang lelaki yang sangat menyebalkan. Ketika dia lewat ke kelas...
22.6K 2.9K 45
𝘉𝘰𝘰𝘬 | 1 Status : Complete 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘯𝘪𝘴𝘩 𝘜𝘸𝘢𝘪𝘴 𝘒𝘪𝘮 𝘟 𝘕𝘪𝘬 𝘓𝘢𝘶𝘳𝘢 𝘈𝘳𝘪𝘢𝘯𝘢 Tuan Danish Uwais Kim - Jejaka berdarah kac...
341K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...