✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

576K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 36

13.7K 570 98
By keylasyaff

CAHAYA samar yang masuk melalui celahan tingkap itu menganggu lena Julian. Tambah lagi dengan bunyi gosokan gigi serta bunyi paip dibuka. Julian meraba katil sebelahnya. Kosong. Terpisat-pisat dia mencari sang isteri yang hilang tiba-tiba.

Julian duduk seraya menguap besar. Kedua matanya digosok perlahan. Dia termenung seketika mengingatkan peristiwa malam tadi. Ehek, ehek, faham-faham jelah. Julian akhirnya tersenyum sendiri.

Dia melangkah kedalam bilik air dan pinggang Medina menjadi mangsa pelukannya. Medina yang nampak Julian mamai masuk kedalam bilik air melalui refleksi cermin tadi, hanya membiarkan. Julian menjatuhkan wajahnya dileher Medina yang terdedah dari bathrobe itu.

Senyuman nakal dikuntum apabila ternampak cop merah merata di leher gadis itu. Medina buat muka selamba. Dia terus menerus membasuh mukanya.

"Honey dah mandi ke?" Suara serak basah itu menyoal dibalik lekuk leher Medina. Dia tahu bahawa gadis itu sudah mandi kerana badan isterinya sudah berbau wangian yang cukup menyenangkan.

"Dah. Bie je yang tak mandi lagi," balas Medina dengan membahasakan Julian dengan perkataan 'bie'. Julian pula membahasakan dia dengan panggilan 'honey' ataupun 'sayang'.

Sweet tak?

"Jom mandi dengan bie."

"Memang taklah! Malas saya nak mandi banyak kali. Nanti demam siapa juga susah? Bie juga nanti."

"Kalau honey demam, bielah yang jaga. Apa susah?" Julian tak mahu mengalah. Bibir sudah dicemikkan. Itulah modalnya. Acah comel nanti Medina cair. Medina menjeling kearah Julian dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Menjawab! Pergi jelah mandi sorang-sorang. Takda hantu pun nak terkam bie." Medina melepaskan leraian Julian. Ditolaknya Julian untuk masuk ke ruangan air pancut.

"Alah, manalah tahu ada hantu pervect macam honey terkam bie ke? Siapa juga susah? Honey juga nanti." Julian mengulangi semula ayat isterinya. Medina berkerut dahi. Dah hantu pervect pula? Macam dia?

"Dah kenapa saya pervect pula?"

"Ni tak nampak?" Julian menunjuk Medina kearah leher putihnya yang tak beralas apa-apa. Serta-merta pipi Medina merona merah dan dia menyembamkan wajahnya didada Julian. Julian tersengih seraya jarinya mencuit-cuit pipi gebu Medina yang terjuih. "Malu lah tu."

"Dahlah, pergi mandi jelah." Medina segera keluar dari bilik air itu. Dia melompat diatas katil. Dia menjerit semahu-mahunya apabila wajahnya ditekup dibantal. Malunya tiada siapa tahu.

"Weh, weh. Dah kenapa? Kenapa jerit honey? Apa yang telah terjadi?" Tiba-tiba Julian terjah keluar dari dalam bilik air. Mulutnya yang ada berusa gigi dan ubat gigi langsung tidak dibasuh. Terkejut punya pasal dek kerana jeritan sang isteri.

Medina mengangkat mukanya dari tekupan bantal itu. "Eiy, pengotorlah awak ni! Pergi basuh mulut tu dulu lah!" Medina membaling bantal putih itu kearah Julian.

"Okay tak?" soal Julian. Dia masih tidak terkesan kepada balingan bantal Medina.

"Saya okay jelah! Pergi mandi."

"Habistu kenapa jerit-jerit tadi?"

"Mana ada saya jerit," nafi Medina dengan wajah tidak bersalahnya.

"Habistu siapa yang jerit?"

"Jiran sebelahlah tu."

Julian mengecilkan mata memandang Medina tidak percaya. Namun, Medina masih lagi dengan wajah tidak bersalahnya.

"I'm watching you, honey," kata Julian sambil masuk semula kedalam bilik air. Medina menghela nafas lega. Dia bangun dari duduk. Katil yang bersepah itu dikemasnya sehingga kemas dan teratur. Baju persandingan dia dan Julian yang bersepah dilantai, dikutip lalu dimasukkan kedalam bakul.

Langsir hotel diselak sehingga menampakkan kolam renang yang jauh dibawah. Tiba-tiba terasa nak mandi kolam pula dengan encik suami. Tapi, dia malas.

"Jom mandi kolam." Suara Julian betul-betul dicuping telinga Medina membuatkan Medina terkejut teruk. Dada dipegang seraya dia menoleh kearah Julian. Dada lelaki itu ditumbuk-tumbuk buat beberapa kali.

"Terkejut saya tau! Lainkali tegurlah dulu," marah Medina. Air mata mengalir sedikit. Haih, hampir gugur jantung.

"Alololo, bie tak sengaja. Tak sangka pula honey akan terkejut sampai macam ni sekali. I'm so sorry okay? Janganlah nangis. Bie nak ajak mandi kolam je." Jari Julian mengesat air mata Medina lalu pipi gebu itu dicubit geram. Berdecit Medina dek kerana cubitan Julian terlalu kuat.

"Sakitlah!"

"Geram." Julian gigit bibir menahan geram. "Jomlah mandi kolam. Ajak Farhan, Louis, Fatin, Iris join sekali. Kalau umi dan abi nak join pun boleh juga," ajak Julian.

"Yelah. Bie beritahu diorang dulu. Saya nak siap-siapkan apa yang patut."

"Baik, boss!" Julian segera mencapai telefonnya. Nombor Farhan didail.







FARHAN menguap sebesar yang mungkin. Berlumba-lumba syaitan nak masuk. Tadi, sewaktu dia sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba abang iparnya ajak mandi kolam. Demi menjaga hati dua manusia itu, dia membiarkan dirinya diheret tanpa rela.

"Korang ni tak penat ke? Semalam baru habis majlis persandingan korang," soal Iris yang berjalan disebelah Medina. Farhan mengangguk seperti Iris pula menyoalnya. Teruk mamainya ni.

"Kitorang nak penat apa. Kitorang kan duduk atas pelamin je, tak buat apa-apa," balas Julian. Louis dan Fatin yang turut mengikuti mereka hanya diam memasang telinga. Entah kenapa ketika Louis lihat kelima-lima jari Medina berpaut dengan jari Julian, hatinya seperti berombak-ombak.

Diperhati belakang tubuh pasangan itu bagai hendak telan.

"Far ngantuklah, abang Ian... Far balik bilik lah macam ni. Boleh?"

"Jangan nak mengada. Nanti mandi, segarlah mata tu." Julian memaut bahu adik iparnya. Setelah mereka sampai diperkarangan tempat mandi-manda itu, tak semena-mena Julian menolak tubuh Farhan masuk kedalam kolam.

"Apa ni, abang Ian!" marah Farhan apabila dia sudah terapung diatas air. Julian berlagak selamba. Baru dia hendak melangkah semula kearah isterinya, kakinya pula ditarik oleh Farhan. Akhirnya, dia juga jatuh kedalam kolam itu.

"Wah, balas dendam nampak!" Julian meraup muka. Kepalanya digeleng-gelengkan sehingga menampakkan kekacakan yang dia miliki. Medina tersenyum sendiri.

Kacak nau! Laki sape tu?

"Med! Mehlah join," panggil Julian apabila menyedari isterinya masih tidak masuk ke kolam. Perlahan-lahan Medina menuju kearah Julian. Dia duduk dahulu mencecah kaki didalam air.

"Saya duduk macam ni jelah, bie."

"No, no. Come to me. Come to your husband." Medina tergelak apabila Julian menggeletek pinggangnya lalu menarik Medina kedalam kolam. Medina segera memaut leher Julian sebelum memastikan bahawa kolam itu tidak dalam.

"Apa ni kaki tak cecah ni?" Medina mendengus sendiri apabila kakinya tak mencecah dasar kolam.

"Pendek! Hahahaha! Kakak pendek!" Muncul pula Farhan entah dari mana mengejek Medina. Julian juga boleh tahan satu kepala dengan Farhan.

"Dina pendek, Dina pendek." Iris menyertai sepupunya mengejek Medina. Wajah Medina sudah cemberut apabila diejek. Ditayang wajah minta simpati kepada Julian. Namun, Julian pun dua kali lima sahaja.

"Apalah. Honey ni pendek rupanya."

"Ish, mana adalah!"

Louis yang baru masuk kedalam kolam bersama Fatin hanya memerhati dari jauh. Pendek? Itu panggilan dia untuk mengejek Medina. Tanpa dia sedar, dengusan kasar keluar dari mulutnya sehingga dapat didengari oleh Fatin.

"Abang? Kenapa tengok je diorang? Jomlah join diorang." Fatin mengajak Louis.

"Tak payah. Diorang tak ajak kita, buat apa kita nak terhegeh pergi dekat diorang."

"Larh. Itukan adik-beradik you. Macam tak biasa lah you ni."

Louis mencerlung tajam isterinya. Entah kenapa tiba-tiba dia baran pula harini. Semuanya angkara dia cemburu melihat kemesraan Julian dan Medina. Eh, cemburu? Takkanlah...

"You kalau nak pergi join diorang, you pergilah. I malas lah!" kata Louis. Dia berura-ura mahu naik ke darat semula namun sempat dipanggil oleh Julian. Terbatal niatnya hendak naik ke darat apabila Farhan dan Julian menyerunya untuk menyertai mereka.

Fatin senyum kerek kearah Louis sebelum dia berjalan dalam air kearah Medina. Dengan muka yang cemberut, Louis mengikuti langkah Fatin.

"Honey! Jom tangkap gambar ramai-ramai," panggil Julian kepada Medina yang sedang berbual dengan Fatin. Medina mengangguk seraya mengajak Fatin untuk bergambar bersama-sama.

Setelah itu, Farhan mengajak Iris untuk main gelongsor yang ada tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Iris pula tarik Medina, Medina tarik Julian dan Julian tarik Louis. Louis pula terpinga-pinga. Badan isterinya sempat ditarik ikut bersama dengannya.

Farhan dan Iris terlebih teruja naik gelongsor panjang itu dahulu. Tak sampai beberapa saat, Farhan dan Iris sudah meluncur keluar dari gelongsor itu. Mereka terus berenang kedalam air.

Julian toleh kearah Medina. Kening diangkat. Bibir terukir sengih nakal.

"Jom?"

"Eh, taknaklah."

"Tak kira. Jom juga."

"Tak--Argh!" Jeritan halus terkeluar dari mulut Medina apabila Julian memeluk pinggangnya lalu dibawa sehingga keatas gelongsor. Yang lain sudah mengelakkan Medina kecuali Louis yang memeluk tubuh.

Seketika kemudian, bergema jeritan Medina didalam gelongsor itu.

"YA ALLAH, JULIAN!!!"

Medina terjerit sehingga mereka berjaya keluar dari gelongsor itu. Tercungap-cungap dia mencari nafas di balik leher Julian. Julian tergelak kecil sambil tangannya meraup rambut Medina yang menutupi separuh wajahnya.

"Are you okay?" soal Julian. Matanya bertentang dengan mata Medina.

Ya Allah... Kenapa handsome sangat laki aku ni? Dengan rambut basahnya. Dengan bibir merah yang menguntum senyum. Sumpah, Medina sudah jatuh cinta lagi sekali!

Tanpa Medina sedar, pipi Medina tak semena-mena berona merah. Wajah disembam kedada Julian apabila dia sedar yang dia lupa akan kewujudan manusia lain disitu. Farhan bersiul nakal. Fatin dan Iris galak mengetawakan mereka.

Louis? Haha, tahu-tahu jelah.






TBC.

Maaflah kalau bosan. Saya dah sehabis baik buat scene sweet untuk diorang. Hmm, Louis? Jeles ke tu? HAHAHHA, mari ramai-ramai gelakkan Louis. Okay saya nak tanya awak semua untuk unlock next chapter ;

Next chapter nak klimaks ataupun scene IanMed bersweet sama-sama? Anda diberi tiga pilihan jawapan dan anda hanya dibenarkan untuk memilih satu jawapan sahaja.

A) Klimaks
B) Scene sweet
C) Both

Haa pilihan di tangan anda! Selamat membaca!

Continue Reading

You'll Also Like

250K 12.7K 59
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
430K 30.6K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
97.9K 6.3K 42
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...
22.1K 1.4K 53
Spin off She's The One. Status : Complete 𝘉𝘖𝘖𝘒 | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya...