OG | Last Legacy: Princess Co...

By kayli_bhan

89.8K 7.2K 761

💥A TEEN FICTION ROMANCE MALAY NOVEL💥 Nama? Tempat tinggal? Semua dipalsukan hanya untuk keselamatannya. Si... More

CAST (BOYS)
CAST (GIRLS)
CAST (FAMILY 1)
Author's Note
0 1
0 2
0 3
0 4
0 5
0 6
0 7
0 8
0 9
1 0
1 1
1 2
1 3
1 4
1 5
1 6
1 7
1 8
1 9
2 0
2 1
2 2
2 3
2 4
2 5
2 6
2 7
2 8
2 9
3 0
CAST (FAMILY 2)
3 1
3 2
3 3
3 5
3 6
3 7
3 8
3 9
4 0
4 1
4 2
4 3
4 4
✨REQUEST✨
4 5
4 6
4 7
4 8
4 9
5 0
5 1
5 2
5 3
5 4
5 5
5 6
5 7
5 8
5 9
6 0
6 1
6 2
H I A T U S
LATEST CAST (HN-RL)
6 3
6 4
6 5
6 6

3 4

1K 76 0
By kayli_bhan

Avryn tergesa-gesa berjalan masuk ke dalam AXEYAL' D, syarikat yang dibangun sendiri 7 tahun lepas.

"What's happening? Why today?" kata Avryn mendatar seusai sampai di lobi syarikatnya.

Jessica yang sedang membelek fail di lobi terkejut.

"Kerabat Zyad sengaja mewujudkan pergaduhan antara ahli korporat yang hendakan tender ini. Jadi pemilik tender mengadakan bidaan bagi tender itu hari ini secara tiba-tiba untuk selesaikan pergaduhan mereka kerana sudah menjadi lebih teruk"

Jessica menjelaskan perkara sebenar. Semasa dia sedang menyemak fail, RA Holdings iaitu pemilik tender tiba-tiba menghubunginya dan maklumkan bahawa bidaan tender akan diadakan hari ini pukul 5.

"Shit!" carut Avryn sambil melepaskan ikatan rambutnya kerana terasa bengang.

Selepas beberapa minit berfikir tentang hal itu, Avryn terus menekan butang lift untuk pergi ke bilik mesyuarat utama syarikatnya.

Walaupun bidaan tender itu bukan miliknya, bidaan tender itu diadakan di syarikatnya kerana lebih memudahkan semua ahli perniagaan hadir bak kata pemiliknya, Tan Sri Razman.

Sampai di tingkat 35, Avryn keluar dari lift sambil betulkan jaketnya dan rambutnya.

"Tak sesuai betul baju aku dengan majlis ini. Harap-harap tak kena kecam," gumam Avryn perlahan tetapi masih didengari oleh Jessica.

Jessica hanya tersenyum kecil mendengar itu.

"Sorry I'm late," ujar Avryn dengan riak wajah kosong apabila masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Avryn sempat tersenyum nipis kepada Zayden yang turut hadir.

Tan Sri Razman hanya mengangguk sebelum Avryn mengambil tempat duduk di barisan hadapan sebelah kanan diikuti Jessica. Itu sahaja tempat yang masih belum diisi.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya amat berterima kasih kepada semua kerana sudi hadir untuk bidaan tender ini walaupun diumumkan secara tiba-tiba. Saya bukan sengaja hendak mempercepatkan tarikh bidaan tender ini tetapi ada beberapa masalah yang wujud disebabkan tender ini. Oleh itu, saya rasa lebih baik bidaan tender ini diselesaikan dengan cepat."

Tan Sri Razman berucap dengan tenang.

Avryn yang mendengar sudah mengalihkan pandangan kepada seorang lelaki berumur 30-an di barisan sebelah kirinya. Lelaki yang dibencinya sepanjang hidupnya, Edward William Zyad

"Get lost," ujar Avryn tanpa suara apabila lelaki itu memandangnya dengan senyuman mengejek.

"Let's start the tender bid,"

Tan Sri Azman berkata dan memberikan mikrofron kepada pembantunya, Aziz untuk mengambil alih.

"For the tender building a hotel in Malaysia by 4 years. Starting price 25 million,"

Encik Aziz mula membacakan harga tender.

"24.5 million," kata seorang wakil dari Daren Holdings.

"24.2 million" kata seorang wakil dari Zukran Corporation.

"23.9 million" ujar Zayden.

"22.9 million" kata Edward dengan senyuman sinisnya

Edward sudah tersenyum kemenangan apabila tiada siapa berani membuat bidaan di bawah harga yang sudah disebutnya kerana sebuah hotel tidak boleh dibina kurang dari harga yang disebutnya. Dia memandang Avryn dengan senyuman sinis yang tidak melekang dari bibirnya.

Avryn memandangnya tajam sebelum membalasnya dengan senyuman sinis semula menyebabkan senyuman Edward mati.

Avryn bangkit dari kerusinya menyebabkan semua hairan dengan tingkah lakunya.

"21 million,"

Avryn bersuara dengan lantang menyebabkan seluruh isi dewan terkejut.

"Interesting move, girl" gumam Zayden perlahan mendengar harga yang disebut oleh Avryn.

Edward sudah mengempal penumbuknya kerana rancangannya musnah.

"Any more bids to placed?" soal Encik Aziz untuk kepastian.

Semua yang hadir senyap menyebabkan Encik Aziz mengangguk.

"This tender is officially given to Axeyal' D Incorporation. Congratulations Tengku Avryn Adryssa," kata Encik Aziz sebagai kata putus.

Avryn hanya mengangguk sebelum melemparkan pandangan mengejek dan sinis kepada Edward yang merenungnya tidak puas hati.

Edward terus bangun dari kerusinya dan laju keluar dari bilik mesyuarat sambil diikuti oleh PA dia.

***

"Congrats, Ryn."

Zayden mengucapkan tahniah sambil menghulurkan tangan kepada Avryn.

Avryn yang sedang berbual dengan Jessica tentang tender itu mengalihkan pandangan apabila mendengar suara Zayden.

"Thanks, Zay."

Avryn menyambut huluran itu dengan senang hati.

"Tadi pergi mana? Pergi berlawan ke apa?" soal Zayden merujuk kepada pakaian Avryn.

"Sekolah ada latihan hari sukan. Lepas habis sahaja dapat call dari PA saya tentang tender ini. Itu yang tak sempat balik rumah untuk tukar baju," terang Avryn sambil membetulkan jaketnya.

"But you look great in this outfit," usik Zayden dengan senyuman nakalnya sambil melihat Avryn dari atas ke bawah.

"Pervert!" marah Avryn dan memukul kuat bahu Zayden.

"Okay, sorry!"

Zayden mengangkat kedua-dua tangannya kerana tidak mampu menahan tangan berbisa Avryn yang memukulnya.

Avryn menjelingnya tajam sebelum mengangguk kecil.

"Saya main-main sahaja, Ryn. Kalau saya kata macam itu betul-betul, mati saya dikerjakan oleh Tengku Arzyn nanti," kata Zayden dengan senyuman kecilnya.

"Tahu pun," gumam Avryn perlahan menyebabkan Zayden menggeleng kecil.

"Congratulations, Tengku Avryn." kata satu suara menyampuk menyebabkan perbualan Zayden dan Avryn terhenti.

Zayden terdiam mendengar suara itu.

"Thank you, Tengku Zafril." balas Avryn dengan senyuman manis.

Tengku Zafril Azryl, CEO syarikat ZA Holdings. Seorang lelaki yang sudah lama menjadi rakan kongsi syarikat Arzyn tetapi bukan syarikatnya.

"Saya ganggu kamu berdua ke?" soal Tengku Zafril sambil melirik sedikit ke arah Zayden yang berdiam diri.

"Tak ada lah, Tengku. Tengku nak balik ke?" soal Avryn dengan perasaan hairan apabila Zayden berdiam diri sejak Tengku Zafril datang.

"Nak balik ini. Walid dan bonda dah telefon suruh balik sebab rindu. Maklumlah dah lama tak jenguk mereka," kata Tengku Zafril memandang Zayden sinis.

Zayden tersentak medengarnya.

Avryn hanya balas dengan senyuman kecilnya.

"Saya minta diri dulu, Tengku Avryn." pamit Tengku Zafril dibalas dengan anggukan kecil Avryn.

Selepas Tengku Zafril beredar, Avryn menumpukan perhatian kepada Zayden yang mengelamun.

"Zay,"

Avryn panggil Zayden dengan lembut tetapi masih tidak disahut.

"Zayden,"

Avryn panggil lagi sekali sambil menepuk perlahan bahu Zayden.

"Haah?"

Zayden yang tersedar menyoal Avryn dengan muka blurnya.

"Awak dah kenapa? Ada masalah ke?" soal Avryn dengan risau.

"Tak ada lah. Terfikir ibu bapa saya," jawab Zayden dengan senyuman kelat memandang Avryn.

"Tak nak balik ke?" tanya Avryn apabila jam sudah menunjukkan pukul 6.

"Halau nampak? Tak nak jumpa lah lagi macam ini. Orang itu tak suka kita datang," kata Zayden dengan nada merajuk.

"Bukan macam itulah. Dah pukul 6 ini. Nanti saya lambat sampai, bebel budak dekat rumah itu," kata Avryn dengan sengihan kecil kerana sudah masak dengan perangai Arzyn.

Zayden masih tidak hiraukan Avryn yang bercakap. Dia berpeluk tubuh. Bukan selalu orang pujuk.

"Awak janganlah terasa dengan soalan saya tadi. Nanti saya belanja dinner,"

Avryn sudah mati akal hendak pujuk Zayden

"When?" kata Zayden yang sudah tersenyum riang dalam hati.

"Err...Awak nak bila?"

Avryn serahkan sahaja pada lelaki itu untuk tentukan bila.

"Hari ini pukul 8.30 boleh?" soal Zayden sambil menjongketkan keningnya.

Avryn menggaru kepalanya yang tidak gatal mendengar jawapan Zayden.

"Boleh.." jawab Avryn meleret dengan pasrah.

Zayden sudah senyum kemenangan apabila berjaya membuatkan gadis pujaannya setuju.

"Nanti saya datang rumah awak eh? Saya tumpang kereta awak," ujar Avryn kerana rumah Avryn dan Arzyn terletak jauh dari bandar.

"Okay,"

Zayden teragak-agak beri jawapannya.

'Harap-harap tiada yang berlaku semasa Ryn datang' kata Zayden dalam hati

"Okay awak. Jumpa nanti. Bye!"

Avryn melambaikan tangan kepada Zayden sebelum keluar dari bilik mesyuarat dengan cepat kerana Arzyn sudah mesejnya beberapa kali tanya kedudukannya.

Zayden hanya mengangguk kecil dengan riak wajah kosong. Dia mengeluh kecil sebelum keluar dari bilik mesyuarat. Dia sebenarnya sengaja datang untuk bidaan tender ini walaupun tahu yang syarikatnya tidak akan memperoleh tender ini. Dia mengambil kesempatan ini untuk melihat gadis kesayangannya.

"I hope nothing happens when she's there"

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

PLEASE GIVE FEEDBACK

^^^

❤SELAMAT BERPUASA GUYS!❤

Continue Reading

You'll Also Like

37.4K 1.9K 32
idk how to do a summary and title. Cuma cerita ni pasal naik turun kehidupan, Nayla, budak baru sekolah asrama dengan kawan-kawan dan love-interestny...
31.2K 2.1K 60
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
218K 14.3K 58
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
6.7M 333K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...