P S I K O [ 1 ]

By shaieraa

118K 6.3K 1.8K

Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidu... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
psiko
Special Bab II
Special Bab III [ Last ]
Bidadari Abang

Special Bab I

4.6K 238 88
By shaieraa

- 5 tahun kemudian -

Melati meletakkan pinggan yang sudah dilap di atas rak. Cawan pula disusun di bahagian bawah. Kemudian, kabinet dilap untuk menanggalkan kotoran yang terpercik ketika memasak tadi.

"Melati, dah siap kemas?"

Melati menoleh. Wajah itu masih sama seperti dahulu. Tidak lokek dengan senyuman.

"Dah mak. Semua dah siap ke?"

"Semua dah siap. Kamu pergi lah bersiap dulu, kami tunggu."

Che Yah menolak perlahan tubuh Melati untuk pergi bersiap. Kain di tangan Melati diambil lalu diletakkan di atas kabinet.

"Ya mak, tunggu tau."

Melati keluar dari rumah Che Yah dan menuju ke rumahnya di sebelah. Dia bergegas menukar baju untuk sama-sama menyertai Che Yah dan Pak Cik Leman menghantar Amin ke Sekolah Berasrama Penuh. Tahun ini Amin sudah bergelar seorang pelajar sekolah menengah. Sudah besar budak kecil nan seorang itu.

Usai bersiap, dia menuju ke rumah Che Yah. Semua dah sedia menunggu di luar rumah dan Amin juga kelihatan teruja.

"Mak, siapa sebenarnya nak drive ni? Ayah tak boleh drive lepastu Melati pun belum ada lesen. Macam mana nak hantar Amin?",Melati baru terfikir siapa agaknya yang akan memandu kereta nanti.

"Abang Ipar Amin lah kak.",sampuk Amin.

"Abang Ipar? Eh, tapi Kak Long kamu kan dah kahwin.",Melati mengerutkan dahinya lalu memandang wajah Che Yah meminta penjelasan.

"Bukan Kak Long, tapi Kak Cik. Kak Long dah kahwin, Abang Ngah dah kahwin.. sekarang, tinggal Kak Cik je yang belum kahwin.",balas Amin sambil tersengih-sengih.

"Mak, sejak bila mak ada anak perempuan selain Kak Anies? Melati tak pernah tahu pun, lagipun masa raya tak pernah-pernah ada pertambahan ahli keluarga Che Yah selain Kak Anies dan Abang Iqbal?", Soal Melati bertalu-talu.

"Mak bergaduh dengan anak mak seorang lagi tu eh? Sebabtu dia tak balik rumah mak.",Melati serkap jarang.

"Diri sendiri pun tak tahu.",kata Amin perlahan.

Melati yang sedari tadi merenung wajah Che Yah terus menoleh ke arah Amin yang berada di sebelahnya. Sebelah keningnya diangkat.

"Maksud Amin?"

Amin membuat muka menyampah. Matanya dijulingkan ke atas seraya melepaskan keluhan nipis.

"Kak Melati lah Kak Cik Amin. Akak jer kakak Amin yang belum kahwin. Diri sendiri belum kahwin, tak sedar."

Tangan Melati automatik naik menampar bahu Amin. Bukan perlahan tetapi kuat sehingga berbunyi. Puas hati.

"Habistu yang kau cakap abang ipar tu. Akak belum kahwin, mana nak datang abang ipar pulak.",Melati memeluk tubuhnya seraya membebel.

"Ops.. maaf, kesilapan Amin. Maksud Amin, bakal abang ipar Amin. Mesti akak tak sabar nak jumpa dia kan? Ye lah, Tiga tahun dia ke luar negara mesti akak rindu dia."

Melati mengerutkan dahinya apabila mendengar kata-kata Amin. Dia tidak dapat menangkap maksud Amin. Bakal abang ipar? Rindu? Siapa?

' pon! Pon! '

Mereka semua serentak menoleh ke arah kereta yang baru sampai di luar pagar rumah Che Yah. Kereta Vellfire berwarna hitam.

"Siapa tu mak?",Melati menoleh ke arah Che Yah.

"Tu.. tengoklah sendiri.",Che Yah memuncungkan mulutnya ke arah kereta itu.

Seorang lelaki berbaju T-Shirt hitam dan berseluar jeans keluar dari kereta. Jam tangan berjenama Rolex terletak elok di tangan. Senyumannya.. tak pernah berubah.

"Haziq..", gumam Melati perlahan.

Haziq tersenyum manis mendekati keluarga bahagia itu. Tangan Pak Cik Leman disalam dan Amin juga menyalami tangan Haziq.

"Rindu abang Haziq.. lama tak jumpa."

"Abang pun rindu juga.. tapi ada orang tu tak rindu pun kat abang."

"Siapa bang?",tanya Amin.

"Adalah orang tu yang pakai blouse warna ungu.",balas Haziq seraya menjeling ke arah Melati.

Melati yang mendengar terus mengetap bibirnya."Eh siapa cakap?"

Tersungging sengihan di bibir merah Haziq."Habistu, awak rindu saya ke? Auww.. I miss you too.",Haziq mengenyit matanya ke arah Melati.

"Dah lah bang, nanti abang sambung ngorat akak. Sekarang ni, Amin dah lewat ni.",kata Amin.

Haziq membantu Amin memasukkan beg bajunya di dalam kereta dan menyuruh mereka masuk ke dalam kereta terlebih dahulu. Selesai menutup bonet kereta, Haziq ingin berlalu ke bahagian pemandu namun dia menuju semula ke arah Melati yang duduk di bahagian belakang.

"Melati, duduk depan.",kata Haziq lalu berlalu pergi.

Melati yang mendengar terus menggeleng. Che Yah juga menyuruh Melati duduk di bahagian penumpang disebelah pemandu itu. Melati mencebik apabila Che Yah mendesak.

"Yelah mak.."

Sepanjang perjalanan, Melati hanya diam membatu hanya Che Yah dan Pak Cik Leman sahaja yang berbual dengan Haziq. Melati melihat di luar tingkap kereta.

Imbas kembali

-3 tahun sebelum-

"Hai budak gemok", tegur Haziq.

"Eish suka hati dia je panggil orang gemok.",Melati menjeling Haziq.

Ketika itu, mereka sedang menyambut hari jadi Amin di rumah Che Yah. Seperti biasa, apabila berjumpa jer mesti dia dan Hazi akan bertekak seperti anjing dan kucing.

"Aku nak cakap sikit boleh?", suara Haziq tidak lagi kasar seperti sebelumnya.

"Cakap je lah.",Melati memeluk tubuh sambil memandang Haziq.

"Kat luar jom.",Haziq bangkit dari duduknya lalu menuju ke luar rumah. Melati hanya mengekor langkah Haziq.

Melati melabuhkan duduk di atas kerusi dekat luar rumah Che Yah berhadapan dengan Haziq. Dia menanti dengan sabar apa yang ingin diperkatakan oleh Haziq.

Haziq merenung Melati lama sebelum mengalihkan pandangannya. Dia menggosok kedua belah tapak tangannya.

"Aku suka kau."

Melati tersentak. "Kau buat lawak apa ni Haziq?" Dia cuba menutup gugup dengan ketawa kecil.

"No, aku tak gurau. Aku serius suka kau.",Haziq bersuara serius.

Tawa Melati kian mengendur apabila Haziq mula serius. "Sejak bila?"

"Hmm.. Dua tahun lepas? Sejak aku tolong kau daripada..Hafizul?"

Melati hanya diam tidak bersuara. Kepalanya ditundukkan.

"Maaf. Aku tak sengaja nak sebut nama dia. Aku tahu kau belum lupakan dia, jadi aku tak paksa pun kau terima aku."

Melati mengangkat mukanya melihat wajah Haziq. Haziq masih tersenyum seperti tiada apa yang berlaku.

"Tapi.. aku takkan mengalah macam tu jer.. Aku akan mengorat kau sampai kau nak kahwin dengan aku. Well, aku tahu.. aku terlalu jujur. Tapi apa salahnya?"

Melati terkedu mendengar pengakuan jujur oleh Haziq. Dia tidak tahu ingin menjawab apa sekarang ni. Bibir bawahnya digigit untuk menghilangkan rasa gementar.

"Haipp.. Jangan gigit bibir macam tu.",tegur Haziq.

"Kenapa?",tanya Melati bingung.

"You look sexy..",Haziq ketawa kecil.

Sejak hari itu, Haziq selalu cuba untuk memenangi hatinya walaupun dia tidak mengendahkan layanan mesra Haziq.

"kalau saya jadi bintang, awak nak buat apa?",tanya Haziq.

"Buat apa? Buat bodoh jelah. Takkan saya nak gi petik bintang pulak. Tsk..mengarut..",balas Melati.

"Auchh sakitnya hati kita awak cakap macam tu.",Haziq memegang dadanya.

"Habistu, awak nak saya balas apa? Oh of course lah saya akan petik bintang tu. Macam tu?"

"Ishh awak ni tak sweet lah."

"So? Saya kesah apa.."

"Hmm.. cakap pasal bintang kan, saya nak nyanyi lah untuk awak.",kata Haziq. "Dengar tau..",sambungnya.

Ingin ku gapai bulan dan
Ku petik bintang
Ingin ku berikan semua

Hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya
Cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang
Perasaanku
Ku ingin kau tahu besar

Cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku
Sampai mati

"Sweet tak?",tanya Haziq sambil tersengih.

"Sweet apa macam tu. Dahla nyanyi sikit jer lepastu ada hati nak gapai bintang.. Jangan mimpilah nak buat perkara yang mustahil.",balas Melati bersahaja.

"Ishh awak ni, saya merajuk karang.",Haziq mencebik.

"Merajuk lah. Siapa nak pujuk? Tak malu nak merajuk, cakap kat orang. Dah la, orang balik. Bosan layan awak ni.",kata Melati.

Tamat imbas kembali

Melati tersentak apabila ada orang mengetuk tingkap kereta dari luar. Dia menoleh ke arah bahagian pemandu namun tiada orang. Dia memusingkan badannya untuk melihat ke arah bahagian penumpang, juga tiada orang.

Melati membuka pintu kereta dan sebaik sahaja keluar, dia melihat Haziq sedang menyandar di hadapan kereta sambil melihat ke arahnya. Haziq tersenyum sebelum mendekati dirinya.

"Puas berangan pasal saya? Sampai kita dah sampai pun, awak tak sedar. Tahu lah rindu saya sebab dah 3 tahun berlalu kan? Tapi awak jangan risau, perasaan saya pada awak tak pernah berlalu begitu sahaja.",Kata Haziq tersenyum.

"By the way, cantik awak pakai tudung. Saya suka macam ni.",sambung Haziq lalu memakai cermin mata hitamnya.

Melati terkedu mendengar pujian Haziq. Lambat-lambat dia mengukir senyuman.

"Jom, mak dan ayah dah tunggu kat dewan tu. Tengah daftar Amin."

Continue Reading

You'll Also Like

HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

22.4K 2K 29
#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...
190K 7.4K 54
The BEST HIGHEST Ranking 🏅 #1 Twin (6 Julai 2018) #2 Korea (6 Julai 2018) #3 Jealousy (1 Julai 2018) #4 Travel (1 Julai 2018) #7 Short Story (8 Jula...
PSIKOPAT By wolfrose

Mystery / Thriller

99.6K 3.5K 13
Puteri Dayana,gadis 16 tahun yang boleh dikatakan sebagai 'beauty with brain'. Hidupnya yang kurang kasih sayang daripada ibu bapanya sudah cukup me...
47.5K 1.5K 16
TML #2/5 | Red's Lily Series Red's Lily Series Vol 01 : Mysterious Girl ╰┈➤ Her Secret Protector "Siapa kau? siapa kau Harriz? Apa motif kau dekat de...