Cikguku Suami Private πŸ’œjjk οΏ½...

By Miss_RoseGold

138K 13.5K 3.6K

πŸ‡¨ πŸ‡΄ πŸ‡² πŸ‡΅ πŸ‡± πŸ‡ͺ πŸ‡Ή πŸ‡ͺ πŸ‡© [Siri Bangtan x Readers] πŸ’„K-NovelπŸ’„ Suami hak milik persendirian. Sharing is not... More

🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN
Prolog
πŸ’£1
πŸ’£2
πŸ’£3
πŸ’£4
πŸ’£5
πŸ’£6
πŸ’£7
πŸ’£8
πŸ’£9
πŸ’£10
πŸ’£11
πŸ’£12
πŸ’£13
πŸ’£14
πŸ’£15
πŸ’£16
πŸ’£17
πŸ’£18
πŸ’£19
πŸ’£20
πŸ’£21
πŸ’£22
πŸ’£23
πŸ’£24
πŸ’£25
πŸ’£26
πŸ’£27
πŸ’£28
πŸ’£29
πŸ’£30
πŸ’£31
πŸ’£32
πŸ’£33
πŸ’£34
πŸ’£35
πŸ’£36
πŸ“€ 37
πŸ“€ 38
πŸ“€ 39
πŸ“€ 40
πŸ“€ 41
πŸ“€ 42
πŸ“€ 44 🌑
πŸ“€ 45
πŸ“€ 46
πŸ“€ 47
πŸ“€ 48
πŸ“€ 49
πŸ“€ 50 🌑
πŸ“€ 51
πŸ“€ 52 🌑
πŸ“€ 53
πŸ“€ 54
πŸ“€ 55
πŸ“€ 56 🚫
πŸ“€ 57
πŸ“€ 58
🍁 Epilog 🍁
πŸ’ Appreciation Post πŸ’
Cikguku Suami Private S2

πŸ“€ 43

1K 123 29
By Miss_RoseGold

"Argh! Sial!" Daniel membuka topeng yang menutupi identitinya. Kunci kondominium yang disalin dari kunci asal Hwayoung dilempar ke lantai. Lelaki itu terjelopok ke lantai dan meraung sekuat hati.

"Bodoh! Kenapa kau selamatkan jantan tak guna tu hah?! Kenapa!" Daniel menghentam pintu bilik dengan buku limanya. Tak semena-mena darah mengalir membasahi lengan bajunya yang serba hitam.

Perhiasan seramik yang berada di atas meja dilempar ke bawah dengan kasar. Serpihan seramik itu diambil lalu digoreskan pada lengannya.

Satu goresan.

Dua goresan.

Tiga goresan.

Darah yang membasahi lantai kamarnya langsung tidal diendahkan. Lelaki itu hilang kawalan, hilang kewarasan kerana terlalu melayan perasaannya.

"Sepatutnya aku yang jaga kau, Hara. Kalau kau tak berkahwin dengan lelaki pembawa malang tu, kau takkan hidup susah macam ni. Kau sendiri yang meletakkan nyawa kau di ambang maut"

💣💣💣

Jungkook menguak daun pintu perlahan-lahan dari luar. Kelibat dua orang abang iparnya terpampang jelas di korneanya. Masing-masing hanya memandang sepi gadis yang terbaring lemah di situ.

"Ah, Kook. Apa kata doktor?" soal Seokjin sebaik melihat wajah sugul milik Jungkook.

"Hara disuntik dengan bisa ular tedung. Doktor Choi berpendapat bahawa kes ni ada kaitan dengan dendam atau khianat" Seokjin meraup rambutnya kasar.

"Dah buat laporan polis?"

"Belum, hyung. Kes pecah masuk rumah tempoh hari pun masih belum selesai. Lagi pun Kook tak nak proses siasatan mengganggu kesihatan mental dan fizikal Hara nanti" dua lelaki bermarga Kim itu mengangguk setuju. Seokjin mengajak adiknya keluar dari wad untuk memberi sedikit privasi kepada pasangan tersebut.

Jungkook melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan. Tangan kanan Hara yang diinfus itu digenggam lembut dan diletakkan pada pipinya.

"Saya minta maaf, sayang. Kalau kita tak bergaduh, mesti perkara macam ni takkan jadi" tangan pucat itu dikecup perlahan. Airmata lelakinya yang jatuh di pipi segera diseka menggunakan belakang tangan.

"J-jungkook" lirih Hara perlahan. Jungkook yang menangkap suara halus milik gadis itu segera memeriksa matanya. Doktor Choi dipanggil untuk memeriksa keadaan isterinya. Sementara berada di luar wad, Jungkook telah mengabarkan perkara itu pada abang ipar sulungnya.

🔮🔮🔮

Sedikit air aku hirup dari cawan yang dipegang oleh Jungkook. Lelaki itu membantu aku berbaring kembali. Letihnya bukan kepalang. Kesan ubat membuatkan tubuhku tidak bermaya untuk duduk dalam jangka masa yang panjang. Lima minit sudah cukup menyeksakan.

"Awak okey? Ada rasa sakit-sakit, nak muntah--?" jari telunjukku aku letakkan lembut pada bibir Jungkook membuatkan celoteh lelaki itu terhenti.

"Stay like this for a while. Saya nak pandang wajah yang saya rindu sepuas-puasnya" tanganku diraih lalu dikucup lembut.

"Wajah ni milik awak. Tataplah selama mana yang awak mahu. Saya sayangkan awak. Saya takut awak tinggalkan saya" airmata yang hampir jatuh itu aku seka menggunakan ibu jari. Pipi mulusnya aku usap sebentar.

"Saya takkan tinggalkan awak. Sebab saya pun terlalu cintakan awak. Saya dah tak mampu untuk nafikan perasaan saya. Semakin hari, perasaan ni makin mekar untuk awak" Jungkook tersenyum bahagia saat cintanya dibalas olehku.

"Jadi, kita bolehlah berhubungan macam suami isteri yang lain mulai sekarang?" kedua-dua jari telunjuknya ditemukan 👉👈. Ingat comellah tu?

"Amboi, ke situ pula dia. Saya ni masih sakit dan terlantar di sini" jelingku pada Jungkook. Lelaki itu memuncungkan mulutnya kecil. Pipi tembamnya aku cubit.

"Mestilah boleh" Jungkook membulatkan matanya lalu bibirku dicium sekilas. Memerah wajahku dibuatnya. Dasar orang tua!

"Tak sangka bibir awak lembut macam gula-gula kapas. Kalau saya tahu, dah lama saya buat macam tu. Nak lagi boleh?"

"Tak payah mengada. Cubit baru tahu" deraian tawa kami berdua menghiasi atmosfera wad eksklusif itu.

"Amboi, gelak sakan ya orang sakit?" perli Seokjin yang baru tiba bersama manisan kesukaanku. Créme Brulee itu dicapai oleh Jungkook lalu disuapkan ke dalam mulutku.

"Aku benci korang berdua. Tak hormat orang single" Seokjin berpura-pura merajuk dan melangkah keluar dari wad itu. Aku tahu, dia ingin memberi kami lebih banyak ruang selepas apa yang terjadi minggu ini.

S

K

I

P

Jungkook melangkah masuk ke dalam balai disiplin. Berat hatinya untuk meninggalkan gadis kecil kesayangannya di rumah bersendirian. Namun, dia terpaksa kembali bertugas kerana cutinya telah tamat.

Kelibat Hoseok dan Yoongi yang turut kembali bertugas menceriakan suasana balai tersebut.

"Rindunya Kook pada hyung berdua. Lepas ni, Kook dah tak sunyi di sini" Hoseok dan Yoongi hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Aku rasa kita perlu periksa rakaman kamera litar tertutup untuk pastikan sama ada juul itu milik Hara atau bukan. Zaman sekarang ni, ramai saja yang busuk hati melihat orang lain bahagia" ayat terakhir Yoongi yang 'makan dalam' itu membuatkan Hwayoung sakit hati. Sedari tadi dia memasang telinga untuk mendengar perbualan tiga jejaka itu.

"Sepatutnya kau mati saja malam tu. Tak adalah kau menyusahkan kerja aku" Hwayoung berlalu ke pondok pengawal dan cuba memujuk pengawal sekolah untuk menunjukkan rakaman pada hari kejadian.

"Maaf, cik. Rakaman ini hanya boleh diakses oleh ketua guru disiplin, guru kanan, kaunselor dan pengetua sahaja"

"Young buat apa di sini" sapa Jungkook membuatkan bahu Hwayoung terjungkit. Hoseok dan Yoongi turut serta untuk melihat rakaman tersebut.

"Young cuma nak tengok rakaman kamera litar tertutup berkaitan kes pelajar tahun akhir minggu lalu" Yoongi memutarkan bebola matanya sebelum berbicara.

"Kau tak perlu menyusahkan diri. Aku dan pasukan aku akan uruskan kes berprofil tinggi. Kau cuma urus masalah disiplin biasa. Jadi, sila keluar dari sini sebab kau menyempitkan ruangan ni" Hwayoung tersenyum nipis sebelum meninggalkan ruangan itu. Riak wajahnya seolah-oleh dia memegang watak gadis teraniaya saja.

"Hyung ni tak baik tahu? Kecil hati dia"

"Biarkan saja, Kook. Mak lampir macam tu bukan patut dilayan. Merungsingkan aku saja"

"Daripada korang bergaduh, lebih baik kita tengok rakaman secepat mungkin. Lepas ni, kita dah boleh tutup kes ni" dua lelaki itu mengangguk dengan cadangan Hoseok dan meminta pengawal untuk memutarkan rakaman pada tarikh kejadian.

Rakaman tersebut dihentikan apabila imej seorang gadis bertocang memegang beg galas merah hati milik Hara dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.

"Tak salah lagi. Itu beg galas Hara. Encik, boleh besarkan imej ni?" pengawal itu membesarkan imej ke tahap maksimum dan ya! Wajah Seolha jelas kelihatan pada layar komputer tersebut.

"Seolha. Dia pelajar gred 10, junior kepada Hara. Jadi, tak hairanlah kalau dia pelakunya. Aku pernah selamatkan Hara semasa mereka berdua bergaduh seusai waktu sekolah. Boleh tahan psiko budak ni. Dicakarnya dahi Hara sampai terluka" Jungkook teringat kembali kesan luka cakaran pada dahi Hara beberapa bulan lalu.

"Tapi, Hara beritahu Kook yang dia dicakar kucing gila" Hoseok berdecit sebelum mengekeh ketawa.

"Kau percaya?" Jungkook mengangguk.

"Ya Tuhan, lurusnya kau ni. Itu semua angkara Seolha. Dia tergila-gilakan kau dan mengamuk bila kau turunkan Hara dalam kawasan sekolah setiap pagi" barulah Jungkook memahami alasan Hara yang mahu dihantar di perhentian bas sahaja.

"Aku akan sediakan surat penggantungan mandatori" ujar Yoongi.

"Tak terlalu kasar ke tindakan kita" Jungkook tahu bahawa surat tersebut tidak membolehkan sebarang rayuan dibuat. Ianya mungkin menjejaskan reputasi dan prestasi pelajar itu kelak.

"Kalau kau nak bentuk remaja liar sebegini, tiada jalan terbaik selain berkeras"

"Lega hati Kook mendengarnya. Bolehlah Hara kembali ke sekolah dan  sertai kem perdana tahun ni"






































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍





























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Continue Reading

You'll Also Like

126K 14K 41
Kerana cinta bukan untuk kita.
9K 632 38
Kisah dua orang sahabat yang mula berkawan sejak tingkatan 1 sehingga kini mereka berada di tingkatan 6 dan masih bersahabat baik.Selain daripada sah...
EVERISA By liz

Teen Fiction

115K 7.2K 81
Completed βœ“ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
150K 6.5K 87
"RASA BENCI YANG MENDALAM TERHADAP KAU" "PLEASE LEPAS KAN SAYA .. "BODOH PUNYA PEREMPUAN" "SIAL" "HATE YOU" "I AM SORRY.. I REALLY LOVE YOU" "MARRY...