✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

575K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 22

9.6K 458 7
By keylasyaff

TEPAT jarum jam menunjukkan pukul 9 malam, Julian selamat sampai kerumahnya. Dia pulang lewat kerana keluar melepak dengan kenalan. Rumah agam itu diperhati lama. Tiada lagi seri dirumah ini kerana rumah ini banyak digunakan untuk mengurung orang sahaja. Sehari kalau tak dengar suara orang terpekik terlolong, memang tak sah. Nasib baiklah rumah mereka tersorok didalam hutan.

Dengan wajah yang dingin, Julian masuk kedalam rumah itu tanpa menyapa bodyguard yang berdiri seperti patung dimuka pintu. Masuk sahaja, dia lihat papanya, Dato Hyde sedang duduk disofa menonton televisyen. Disebelah papanya terdapat baju yang ada sedikit percikan darah.

"Ian, baru balik?"

Sapaan Dato Hyde langsung tidak dibalas oleh Julian. Dia terus melangkah ke dapur setelah meletakkan beg galasnya diatas sofa. Sebotol air sirap diambil dari dalam peti ais. Gelas pula dicapainya.

"Ian masih marah papa lagi ke?" Dato Hyde melangkah kearah Julian yang sedang sedap meneguk air sirap sejuk itu. Julian merenung wajah Dato Hyde dengan mata helangnya.

Setelah habis minum air sirap itu, Julian meletakkan semula botol itu kedalam peti ais manakala gelas kosong itu dibiarkan diatas meja. Pandai-pandailah pembantu rumah tu kemas. Hoodie yang tersemat dibadan dibuka. Baju T-shirt putih yang dipakai didalam hoodie itu dibiarkan tidak terbuka. Langkah dibawa ke tangga dan dia langsung tidak mengendahkan Dato Hyde.

"Kalau bukan Ian..."

Langkah Julian terhenti. Dia menanti Dato Hyde menyambung kata-katanya.

"...siapa lagi mahu jadi waris papa?"

Julian menghempas hoodienya ke lantai. Dia menjegil memandang Dato Hyde. Mukanya sudah berubah merah. Dadanya pula naik dan turun.

"Berapa kali Ian nak kena cakap? Ian taknak jadi waris papa! Ian taknak jadi macam papa! Ian taknak terlibat apa-apa pun dalam dunia papa! Biarlah Ian dengan dunia Ian dan papa dalam dunia papa yang bergelumang dengan dosa ni!" Jerkahan Julian bergema satu rumah itu. Timbul urat didahi Julian menandakan dia betul-betul marah.

"Kalau Ian taknak jadi waris papa, nampaknya, takda motif lagilah untuk Ian tinggal dirumah agam ini," kata Dato Hyde. Mata Julian sudah memerah dan berkaca. Hanya kerana hal waris itu, papanya sanggup membuangnya.

Julian mengangguk. Hoodienya yang dihempas dilantai tadi dikutip. Dia mendekati Dato Hyde yang sedang berdiri sambil tangan digenggam.

"Mulai saat ini, Julian Haidar bukan lagi anak Dato Hyde. Terima kasih kerana sanggup kutip saya dari jalanan dan besarkan saya sampailah sekarang. Saya minta maaf sebab tak dapat nak balas jasa Dato. Lepasni, saya taknak ada kena mengena dengan hal-hal mafia Dato Hyde. Anggap jelah saya tak pernah wujud. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Julian menyampaikan kata-kata akhirnya kepada ayah angkatnya. Dengan air mata yang mengalir laju, dia keluar dari rumah itu bersama beg galasnya.

Sekelip mata sahaja, dia hilang segala-galanya. Dia hilang kasih sayang seorang bapa. Dia kesal kerana sepanjang usianya bersama Dato Hyde, dia langsung tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap perbuatan keji dan kejam Dato Hyde. Kini, dia berasa lega kerana dia terlepas dari segala hal itu.

Baru sahaja dia hendak masuk kedalam kereta Audi, hasil titik peluhnya menjalankan bussiness, satu das tembakan dilepaskan kearahnya. Namun, tembakan itu tersasar. Bila dilihat, Dato Hyde sedang mengacukan pucuk pistol itu kearahnya dari muka pintu.

Dengan segera dia masuk kedalam kereta dan enjin kereta dihidupkan. Berdas-das lagi tembakan dilepaskan namun Julian pandai mengelak. Sebaik sahaja Julian keluar dari perkarangan rumah agam itu, ada sebuah trak hitam mengejarnya dari belakang.

Julian memecut laju keluar dari lebuh raya. Dia dan trak hitam itu saling kejar mengejar. Satu-satu das tembakan dilepaskan kearah Julian. Lampu merah semuanya dilanggar oleh Julian.

Tiba-tiba, entah apa silapnya, satu peluru itu tersasar terkena tayar belakang kereta Julian. Kereta Julian sekaligus hilang kawalan. Berpusing-pusing buat beberapa kali ditengah jalan itu. Mujurlah tiada kereta disitu. Kereta yang lalu lalang disitu langsung tidak berhenti untuk membantu Julian.

Dari jauh Julian nampak, trak hitam itu mula mengundur meninggalkan kereta Julian terbalik disitu. Pandangan Julian kini berbalam-balam. Pandangannya gelap sebelum terdengar suatu suara garau lelaki dan perempuan.

"Kakak! Mari datang sini!"

"Ya Allah, Julian!"

TERASA payah sangat mata hendak dibuka dek kerana cahaya yang memancar terang betul-betul di depan mata. Berkerut-kerut wajah Julian menahan sakit yang dirasainya seluruh badan. Dia menoleh kiri dan kanan. Jelas dia sedang berada di hospital. Dengan berpakaian baju putih hospital dan juga jarum dipergelangan tangannya.

Mata Julian tertancap kepada seorang lelaki muda yang tidak dikenalinya sedang tidur duduk diatas sofa. Julian hendak bersuara namun tekaknya terasa perit pula. Langsung dia terbatuk sehingga mengejutkan lelaki muda itu.

Terpisat-pisat Farhan memandang Julian yang telah sedar itu. Senyuman dilontarkan kepada Julian namun Julian tak membalas. Farhan mendekati Julian.

"Abang okay? Abang nak air?" soal Farhan prihatin sambil mengisi air mineral kedalam cawan plastik yang didapatkan di kantin hospital tadi. Cawan plastik itu dihulurkan kepada Julian dan Julian sambut. Dia meneguk air itu dengan rakus.

"Terima kasih," ucap Julian setelah habis meneguk air mineral itu. Cawan itu diberi semula kepada Farhan. Julian mengemam bibirnya apabila dia cuba untuk duduk. Lengannya dipegang oleh Farhan untuk membantu lelaki itu bangun. "Who are you?" Serak basah suara Julian bertanya.

"Saya Farhan. Saya dan kakak saya yang bawa abang kesini. Dasyat juga abang accident tadi," kata Farhan sambil keningnya terangkat. Julian mengangguk.

"Memang dasyat pun."

"Mujurlah abang tak cedera parah. Luka sikit-sikit je. Kuat juga abang ni." Kembang kempis hidung Farhan memuji Julian. Julian tersenyum sinis sebelum dia teringat akan sesuatu.

Beg dia! Dalam tu ada barang penting. Lengan Farhan dipegang secara tiba-tiba. Terkejut Farhan seketika.

"Kenapa, bang? Sakit ke?"

"Tak! Beg aku... dalam kereta."

"Oh, beg hitam ke?" Farhan menyoal seraya menghela nafas lega. Ingat apalah tadi. Setelah mendapat anggukan dari Julian sebagai jawapan, Farhan menyambung. "Ada tu ha dekat atas meja sana tu." Farhan memuncung kearah meja tidak jauh dari mereka itu.

"Okay."

"Abang..." Baru sahaja Farhan hendak membuka mulut, tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Muncul seorang gadis berbaju blause dengan plastik makanan ditangan. Dia menunduk memandang plastik itu sambil berkata.

"Far, ni kakak dah belikan makanan. Nanti dia bangun..." Medina mendongak dan sekaligus lidahnya kelu. Kedua lelaki dihadapannya memandangnya terkebil-kebil. Plastik makanan itu dihulur kepada Farhan.

"So, kau dah sedar?"

"Kau kakak dia?"

Serentak Julian dan Medina bersuara. Medina menjulingkan matanya keatas seraya melabuhkan punggungnya keatas sofa empuk yang telah disediakan itu.

"Taklah, kakak pesakit bilik sebelah." Sempat lagi Medina memerli Julian.

"Perempuan gila tu kakak kau?" Giliran Julian pula menyoal Farhan. Farhan menutup muka menahan ketawa apabila jelingan maut dihadiahkan oleh Medina kepadanya. Perlahan-lahan Farhan mengangguk.

Medina bangkit dari duduk. "Tu, ada dua nasi goreng. Patutnya satu untuk aku dan satu untuk adik aku. Tapi, alang-alang kau dah bangun, kau makanlah buat alas perut. Kejap lagi abi aku datang check kau," kata Medina sebelum keluar dari wad itu.

"Ayah kau doktor?" soal Julian kepada Farhan.

"Yup," balas Farhan seraya menghulur satu bungkusan makanan kepada Julian. "Abang ni kawan kakak ke? Kakak tak pernah cerita pun pasal kawan lelaki dia yang nama Julian. Yang dia pernah cerita pun, Que je."

"Kawan tapi lawan." Julian menjawab dengan nada yang dingin. Bungkusan makanan itu dibuka dan terserlah nasi goreng cili padi kegemarannya. Tanpa dia sedar, bibirnya terukir senyum nipis. Medina macam tahu-tahu je dia suka makan nasi goreng cili padi.

"Pandang nasi goreng pun boleh senyum ke? Handsome sangat ke nasi tu? Baik makan cepat. Nanti sejuk, dah tak sedap," pesan Farhan seraya menyumbat nasi goreng itu kedalam mulutnya sendiri. Julian mengangguk. "Abang?"

"Hm."

"Boleh abang cerita macan mana abang accident? Macam mana boleh hilang kawalan? Yelah, takkanlah boleh hilang kawalan secara tiba-tiba pula kan?"

Suapan Julian terhenti. Dia memandang Farhan dengan riak kosong. Nak bagitahu ke tak? Budak ni nampak macam boleh dipercayai.

"Kalau aku bagitahu, kau jangan bagitahu sesiapa pun tau. Kakak kau yang tingtong tu pun jangan." Julian memberi amaran. Farhan mengangguk laju. Justeru itu, Julian terus menceritakan segalanya kepada Farhan. Riak wajah Farhan jelas terkejut.

"Tapi abang bukan..."

"Sebab tu lah aku lari. Aku taknak terlibat langsung pun dalam hal-hal tu. Tak tahu pula boleh jadi macam ni. Mesti papa angkat aku tu nak aku mati."

"So, macam mana sekarang? Abang hidup je lagi. Macam mana kalau papa abang tahu?"

"Pandailah aku hidup. Kau tak perlu risau. Dah, sekarang ni, makan. Nanti sejuk, tak sedap." Julian menyambung menjamah makanannya manakala Farhan masih lagi cuba memahami apa yang cuba dikatakan oleh Julian tadi.

"Hm, baiklah... Far harap lepasni hidup abang lebih bahagia berbanding sebelum ni."

"Terima kasih."

TBC.

Okay kita terangkan sikit latar belakang Julian ni. Hohoho. Lepas ni taknak lengah-lengah, nak terus skip beberapa tahun selepas itu... Ha! Mesti tak sabar kan nak tahu apa yang bakal terjadi? Hohoho.

Apapun, stay tuned dan saya nak ucapkan terimakasih juga sebab tolong saya cecah 3K readers! Saya hargai sangat-sangat! ❤

Continue Reading

You'll Also Like

875K 35.3K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
11.4K 627 58
Sikap panas barannya itu membuatkan kebanyakan orang merasakan dirinya menjengkelkan. Namun tidak di mata Rahzain Daniel. Sikap panas baran dan garan...
1.1M 39.9K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...
607K 24.1K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...