✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

577K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 20

11K 470 19
By keylasyaff

GELAK tawa besar yang keluar dari mulut Farhan membuatkan Medina mencebik dan menjeling tajam. Dia kini berpeluk tubuh memandang Farhan yang sudah ketawa berguling-guling di lantai biliknya. Rasa menyesal pula dia cerita dengan Farhan.

"Dahlah tu ketawakan kakak, Far! Tak baik tau," marah Medina. Farhan tidak mengendahkan kata-kata kakaknya. Dia masih lagi tidak berhenti dari ketawa. Perutnya ditekan-tekan apabila terasa senak.

"Tulah Medina Haura! Suka sangat perasan. Tak pasal-pasal termalu sendiri. Hahaha. Umi! Abi! Tolong Far, umi, abi!" Farhan ketawa sambil menjerit memanggil Eira dan Hanif.

"Senyaplah!" Akhirnya Medina mengalah. Dia duduk berpeluk tubuh membiarkan Farhan ketawa sampai senak perut. Dia teringat balik cerita semalam sewaktu di funfair.

Flashback...

Dia menolak tubuh Medina sehingga Medina tersandar ke dinding kabel itu. Khalid sudah membuka langkahnya.

"Khalid?! Apa you nak buat ni, Khalid. Please, jangan buat I macam ni!" Medina menghamburkan tangisannya. Tangan Khalid yang baru hendak mengusap pipi Medina terbantut. Dia mengalihkan tangannya kepada rambut Medina yang terlepas dari telinga lalu dia selitkan rambut itu ditepi telinga.

Dia kembali duduk seperti biasa disebelah Khalid. Dia berdehem perlahan. "I minta maaf, Med. I tak berniat pun nak buat you takut," kata Khalid sambil memandang kearah Medina.

Medina kembali duduk seperti biasa namun jaraknya dijauhkan sedikit dari Khalid. Dia memeluk tubuhnya sendiri.

"You... tak..."

"Duh! I takkan sesekali hancurkan maruah perempuan. Lagi-lagi you, Med. I pernah rasa bahagia sebab you. Takkanlah I nak hancurkan you semata-mata perasaan marah I ni." Khalid tergelak kecil.

Medina ketap gigi. "I yang patut minta maaf dekat you. I tak patut salah sangka dengan you dan I tak patut tolak cinta you," ucap Medina serbasalah. Dia meramas tangannya.

"Takpalah, Medina. Cinta tak semestinya memiliki kan? Lagipun, I dah tahu dah yang you takda perasaan dengan I dari pertama kali kita jumpa lagi. I tahu, you cuma nak jaga hati I aje. I juga tahu yang you sedang tunggu seseorang."

"Macam mana you tahu?"

"I boleh nampak dari cara you layan I. Jelas hati you hanya untuk dia dan bukan untuk sesiapa selain dia. I harap you tak layan dia macam mana you layan I. You nampak je kasar tapi sebenarnya you baik, Med. Hanya orang bodoh je yang tak pilih you." Khalid ukir senyum pahit. Sebaik sahaja kabel yang mereka berada tiba dibawah, Khalid perlahan bangun dari duduk lalu keluar dari kabel itu diikuti dengan Medina.

"I'm so sorry, Khalid." Medina masih lagi diselubungi perasaan serbasalah.

"No need to say sorry, Medina. I yang patut minta maaf pada you. I tak patut taruh harapan terlalu awal pada you. Maafkan I ya?"

Medina tersenyum. Lega hatinya. "Maaf you diterima. Tapi you kena terima maaf I juga."

"Hahaha. Maaf diterima," gelak Khalid seraya tertunduk. Dia membuka langkah untuk beredar dari situ, meninggalkan Medina. Namun, dia rasa ini bukan cara yang sopan. Dia kembali mendekati Medina yang masih statik berdiri disitu. "Jom balik dengan I," ajak Khalid.

"Eh, I boleh balik sendiri."

"I yang bawa you datang sini, biar I yang hantar you balik. I janji kalini I tak bawa laju-laju."

"Okay, fine!"

End flashback...

Medina duduk termenung diatas katilnya membuang pandangan ke luar tingkap. Farhan yang sudah puas ketawa itu merangkak mendekati kakaknya. Punggung dijatuhkan disebelah kakaknya tapi dia duduk dilantai.

Dapat dia lihat Medina termenung begitu jauh. Sampai kemana agaknya ya? Jari Farhan mencuit-cuit lengan Medina dan sekaligus Medina tersedar dari lamunannya.

"Okay tak?" Farhan menyoal prihatin.

"Kakak tak tahulah kenapa kakak tak boleh terima dia. Padahal dia okay je. Handsome ada, segak ada, pandai pun ada juga. Bak kata Que pun, full package lah!" luah Medina kepada Farhan. Farhan menggemam bibirnya sebelum bersuara.

"Far rasa, Far tahu kenapa kakak tak terima cinta dia."

Medina menunduk memandang Farhan yang sedang duduk dilantai itu. "Sebab apa?"

"Sebab dia bukan abang Louis."

Medina tersentak. Louis... Hatinya seakan-akan memanggil nama Louis. Pandangannya kembali keluar tingkap. Sampai bila dia nak tunggu Louis? Lima tahun bukan jangka masa yang sekejap.

Medina rasa, dia perlu move on!

KELAS Medina pada harini berjalan seperti biasa. Namun, pensyarah mereka ada tinggalkan kerja khusus secara berkumpulan yang pertama buat pelajarnya. Yang paling Medina pantang adalah pensyarah separuh abad tu main tunding jari sahaja untuk rakan sekumpulan pelajarnya.

Medina, Que dan... seorang lelaki yang agak pelik memakai hoodie hitam dan terpencil di hujung dewan kuliah itu. Medina dan Que sendiri pun tidak tahu siapa lelaki pelik itu. Mereka berdua saling berbisik memandang lelaki berhoodie hitam itu sementara pelajar yang lain sudah bergerak membentuk satu kumpulan.

"Que, siapa dia tu? Aku tak pernah tahu pun yang dia wujud," bisik Medina sambil memandang tepat kearah lelaki berhoodie itu. Lelaki itu langsung tidak bergerak kearah mereka.

Que mengangkat bahu. "Aku pun tak kenal dia."

"Dia tak gerak-gerak pun. Nampaknya kita nak kena pergi dekat dialah tu," sambung Medina lagi. Que dan Medina saling berpandangan. Entah kenapa bulu roma mereka menegak. Seram sejuk pula tiba-tiba.

"Qayyum dan Medina! Apa lagi kamu tercegat dekat situ? Mana partner kamu lagi seorang?" Suara perempuan yang memetir itu membuatkan Medina dan Que pantas bergerak kearah lelaki berhoodie itu. Que menarik kerusi disebelah lelaki berhoodie itu dengan perasaan kekok manakala Medina menarik kerusi dari tempatnya ke hadapan lelaki berhoodie itu.

Medina dan Que saling berpandangan. Mereka berbisik secara senyap. Lelaki itu masih berdiam diri. Que menyuruh Medina menegur tapi Medina suruh Que yang menegur kerana dia lelaki.

"Aku malulah!" kata Que perlahan.

"Kepala otak kau malu!" marah Medina, juga dengan nada yang perlahan.

"Tegurlah! Kau kan senang bergaul."

"Apa aku pula? Kau tu lelaki kan?"

"Kau lah..."

"Nak tegur orang pun susah ke? Macam aku ni alien dari planet Marikh pula payah nau nak tegur." Akhirnya lelaki hoodie itu bersuara. Terkejut Que dan Medina yang sedang berkelahi. Medina mula mengcekak pinggang.

"Ada pula suara! Ingatkan bisu!" sindir Medina pedas. Seraya itu, lelaki itu mendongak menunjukkan wajahnya yang putih bersih, memandang kearah Medina. Medina teguk air liur. Apahal hensem sangat ni weh!

"Kalau aku bisu, aku takkan ada dekat sini," sindir lelaki itu semula. Senyum sinis terukir dibibir apabila melihat Medina sendiri terdiam tidak membalas. Medina bukan apa, Medina terpegun melihat makhluk kacak dihadapannya yang kononnya berasal dari Marikh ni!

Que menghulurkan tangannya kepada lelaki itu. "Aku Qayyum. Panggil aku Que je. Kau?" Huluran Que disambut lelaki itu lambat.

"Aku Julian. Julian Haidar," balas Julian dingin. Dia menoleh kearah Medina yang sedang membatu itu. "Kau pula?"

"Medina! Orang panggil, Med."

Julian tergelak sinis. "Patutlah gila."

"Med lah! Bukan Mad!"

"Whatever. I'll call you 'mad'." Sengaja Julian menaikkan api kemarahan Medina. Baru sahaja Medina hendak membuka mulut, Que pantas menahan.

"Sudah! Kita baru je kenal. Lagipun, kita ada tugas yang nak dibuat sama-sama. Janganlah gaduh-gaduh, nanti tak sehaluan. Jauh lagi perjalanan kita ni," kata Que. Julian dan Medina masing-masing masih lagi berpandangan. Medina mengecilkan mata manakala Julian tersenyum sinis. Dia kembali menyorokkan wajahnya dari balik hoodienya.

Harap muka je hensem, tapi perangai... urgh! Marah Medina didalam hati.

TBC.

Sorry kalau bab ni agak hambar. Memang hambar pun HAHAHA.

Okay, dengan kesempatan yang saya ada, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa pada esok hari ❤ sebelum itu saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada anda yang sedang membaca. Puasa elok-elok tau korang. Jangan lupa nak sahur pula nanti tak pasal-pasal berbuka awal pula 😂❤ Okaylah panjang-panjang buat apa kan? Nak panjang-panjang nanti nak raya HAHAHAHHAA. Sekali lagi saya mengucapkan selamat berpuasa kepada yang muslim! Muah, muah, muah <3

P/S: Jangan risau, walaupun puasa, saya akan tetap update Cinta Medina Haura hari-hari. Stay tuned ya gais! Kalau dapat habis dalam jangka masa yang terdekat ni pun okay juga sebab saya nak fokus pada Ayesha Camilla pula!

Continue Reading

You'll Also Like

366K 13.9K 44
1st Teenfiction Story Tengku Hakimi Bin Tengku Mikael seorang jejaka idaman para gadis diluar sana.Seorang yang kacak dan bergaya malangnya dia terp...
236K 11.3K 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga...
77.7K 3.1K 58
We never lose by loving. We only lose by holding back while waiting for the impossible to happen. 🍀 kandungan mungkin tidak sesuai dengan ibu mengan...
277K 15.9K 52
Adwa Sofea dan Aakiff Muhammad Cliche! Do. Not. Read if you Hate Grammatical Errors and Typos