✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

577K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 19

8.7K 423 15
By keylasyaff

SEMINGGU sudah berlalu sejak Khalid dan Medina pertama kali berjumpa. Sejak waktu itulah, Khalid sedikit demi sedikit berubah dan hati Medina sedikit demi sedikit terbuka untuk Khalid. Medina juga sudah menukar panggilan yang kasar kepada lembut.

Kini, Medina baru sahaja habis kelas. Dia dan Qie keluar bersama-sama dari dewan kuliah.

"Que, bila kau nak bawa aku jumpa makwe kau? Kedekut sangatlah kau ni," tanya Medina kepada Que.

"Alah, nanti aku bawalah. Tak sabar-sabarlah kau ni," balas Que.

"Yelah. Aku nak tahu juga siapa je nak dekat mamat tingtong macam kau ni."

"Eleh, excuse me. Kau tu pun lebih kurang je tau. Harap muka je cantik tapi mulut takda insurans," tempik Que sambil menjeling manja kepada Medina. Wajah Medina sudah bertukar cemberut. Bibirnya memuncung seperti katak. "Tak payah nak muncung sangatlah. Malu pakwe kau tengok."

"Pakwe? Kitorang kawan jelah."

"Eh kau jangan macam-macam Med. Kesian Khalid tu, berharap sangat dengan kau. Kau nak dia berubah, dia berubah. Kau janganlah mainkan perasaan dia. Dia tu, dah banyak kali dah kena fakehope."

Medina menunduk menekur lantai. Keluhan kesah dilepaskan. "Habistu perasaan aku? Hati aku? Takkan taknak ambil kisah langsung?" soal Medina dengan suara yang melirih. Que sudah terdiam.

Seketika itu, Khalid muncul disebelah Medina. Medina pantas meraup wajahnya. Matanya digosok-gosok sedikit. Que pandang Medina lain macam. Dia menangis ke? Apa yang dah jadi sebenarnya?

"I lambat tak?" soal Khalid kepada Medina. Medina tersenyum seraya menggeleng.

"Tak pun. I yang lambat. Sorry," balas Medina dengan suara yang sengaja dileretkan. Que masih memandang tepat kearah Medina. "Kenapa kau pandang aku macam nak telan, Que?" Medina pelik melihat perangai Que yang tiba-tiba itu. Que pantas menggeleng.

"Korang datelah. Aku balik dulu."

"Kau jangan lupa tau bawa Yasmeen jumpa aku!"

"Ya!" Que pantas beredar dari situ.

"So, kita nak kemana?" soal Medina kepada Khalid. Khalid tayang senyuman lebar. Tangannya dihulurkan kepada Medina membuatkan Medina sedikit terdorong kebelakang. Lambat-lambat Medina menyambut huluran itu.

"Kita ke hati you. Jom?" Khalid sudah mula mengeluarkan ayat sweetnya. Medina tergelak kecil. Sepanjang perkenalan mereka, Khalid tidak penat untuk mendapat memberi dia ayat manis yang tahap sampai boleh potong kaki. Tak dapat Medina nafikan bahawa Khalid adalah lelaki yang bermulut manis dan baik.

Ingatannya tiba-tiba teringat akan Louis. Sejak dia berangkat ke Scotland, tak pernah sekalipun dia menelefon Medina. Lama juga dia menanti panggilan dari lelaki itu. Namun langsung tidak ada. Akhirnya, Medina sudah berputus asa untuk menanti.

"Med? Med? Are you okay?" Lamunan Medina terhenti apabila Khalid menggoncang bahunya kuat. Medina pandang wajah Khalid yang kerisauan itu sebelum dia menekur lantai. Mukanya diraup. "You okay tak ni, Med? You tak sihat ke? Kenapa muka you macam nak nangis? I ada salah cakap ke?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan kepada Medina.

Medina pula hanya menggelengkan kepalanya.

"I okaylah, Khal. You jangan risau sangatlah. Jomlah. Kata nak pergi ke hati I?" Medina tukar topik namun Khalid masih lagi memberi pandangan risau kepada Medina. "I cakap I okay, I okaylah, Amzar Khalid. You jangan risau sangat boleh tak?" Medina sudah naik berang. Itulah satu yang masih Medina tidak berkenan kepada Khalid. Khalid seperti tidak percayakan dia sahaja.

"Okay, fine. Kita ke funfair nak? I belanja." Khalid memberi cadangan. Senyuman serta-merta terlakar dibibir Medina. Dia mengangguk laju. Khalid menarik tangannya ke tempat parkir motor. Mereka menuju ke superbike milik Khalid.

Helmet hitam yang menutup seluruh muka itu dihulurkan kepada Medina. Medina menyambut dengan perasaan separuh tidak rela. Sebenarnya, dia takut nak naik superbike bersama Khalid. Kali pertama dia menaiki superbike ini, Khalid bawa kemain laju lagi.

"Pakailah cepat." Melihat Medina lambat-lambat menyarungkan helmet ke kepala membuatkan Khalid hairan.

"You jangan bawa laju-laju tau, Khalid?" Medina sempat memesan kepada Khalid. Khalid tergelak besar. Tangan kecil Medina menepuk perut Khalid yang terlebih dahulu menaiki motor itu. "I tak main-main tau! Janji jangan bawa laju-laju." Jari kelingkingnya dihala kearah Khalid.

Khalid masih lagi ketawa. Namun, sambil itu jari kecil Medina disambut. Comel pula buat pinky promise. Setelah berpuas hati, Medina memanjat motor itu. Tangannya memegang erat bahu Khalid.

"Bukan superbikelah namanya kalau tak bawa laju-laju, sayang," kata Khalid sebelum enjin motornya berderum kuat. Dia menekan minyak dan motor itu berdesup laju keluar dari perkarangan universiti itu.

"Khalid! Jangan laju sangat!"

"Enjoy your ride, sayang!" Khalid ketawa kuat disebalik helmet itu apabila terasa tangan Medina kuat memeluk tubuhnya. Ini yang dia suka ni.

BEBERAPA minit kemudian, mereka tiba di perkarangan taman riang ria. Superbike Khalid berderum sebaik sahaja enjin dimatikan. Medina pantas melompat turun dari motor itu. Helmet segera dibuka dengan kasar.

Khalid yang baru hendak turun dari motor itu dipukul-pukul Medina dengan tangan. Nasib bukan dengan helmet. Khalid mengaduh sakit.

"Med! Apa ni? Kalau I jatuh dengan motor ni macam mana? Motor ni dahlah berat. Tak pasal-pasal I masuk hospital karang." Khalid mencebik memandang Medina yang sedang tunjuk muka garang. Tangannya menggosok tempat Medina pukul dia tadi.

"Baguslah masuk hospital daripada masuk lubang kubur! You dah banyak sangat ke pahala sampai nak bawa motor laju-laju macam tu. Dengan lampu merah main langgar je. Kotnya kalau ada kereta dekat situ, tak ke nahas jadinya! Dengan I sekali masuk lubang kubur tau tak!" marah Medina panjang lebar. Turun naik dadanya menahan marah.

"You, janganlah macam ni. I minta maaf. Lepasni, I janji I takkan bawa macam tu lagi." Kedua bahu Medina dipegang Khalid. Jelingan maut dilontarkan kepada Khalid sebelum dia menepis tangan Khalid daripada bahunya.

"Betul ni you janji," soal Medina meminta kepastian.

"Ya, sayang." Khalid membalas dengan suara yang menggoda. Panggilan 'sayang' itu membuatkan bulu romanya tiba-tiba naik. Asal tiba-tiba geli pula ni? Time Louis panggil dia 'sayang' dulu, takdalah geli macam ni.

"Jomlah masuk. Tercegat lagi buat apa?" Medina menonong jalan mendahului Khalid. Namun, tangannya sempat ditaut oleh Khalid dengan selamba. Medina cuba untuk lepaskan tautan itu tapi makin kemas pula Khalid menggenggam tangannya. Tiba-tiba dia jadi tidak selesa.

"Dua tiket ya?" pinta Louis kepada penjual tiket di muka pintu gerbang taman riang ria itu. Terikut-ikut tangan Medina apabila Louis mengangkat tangannya untuk membuka poket. Tersenyum penjual tiket itu memandang kearah Medina. Medina membalas dengan senyuman kekok.

Selepas itu, Khalid menarik tangan Medina masuk kedalam. Jakun sekejap Medina jadinya. Diajaknya Khalid untuk menaiki kuda terbang yang berpusing, masuk ke rumah hantu, naik kapal berayun ekstrim dan macam-macam lagi.

Ketika dia dan Khalid masuk kedalam rumah hantu, awal-awal lagi jeritan Medina kuat bergema didalam rumah hantu itu diselangi dengan ketawa besar Khalid. Habis Khalid dipeluknya erat dek kerana takut yang terlalu. Tercungap-cungap dia apabila keluar dari rumah hantu itu sementara Khalid masih lagi menekan-nekan perutnya akibat ketawa terlalu kuat.

Setelah puas bermain Sky Rider, Dogmem Car dan Challenger, Khalid mengajak Medina untuk naik Sky Wheels iaitu benda yang bulat yang berpusing perlahan itu.

Medina dan Khalid duduk bersebelahan. Medina pula terpegun melihat pemandangan dari atas. Semuanya kelihatan sangat kecil. Tanpa dia sedar, tangan Khalid merayap memeluk bahunya. Terhinjut bahu Medina apabila terasa seperti disentuh. Dia menoleh kearah Khalid yang sedang tersenyum.

Wajah Khalid perlahan-lahan mendekati wajah Medina membuatkan Medina teguk air liur. Bisikan "I love you" menerpa ketelinga Medina. Dengan itu, Medina pantas menepis muka Khalid dari terus mendekatinya. Khalid pandang Medina tidak puas hati. Habis cermin matanya kotor.

"I'm so sorry, Khalid. I tak boleh balas cinta you. I anggap you macam kawan I je. Macam Que. I tak pernah cintakan you, Khalid. I minta maaf sangat-sangat." Perlahan nada suara Medina menerpa telinga Khalid membuatkan wajah Khalid berubah serta-merta. Wajahnya juga sudah kemerah-merahan.

"After all of this, baru you nak cakap pasal ni? Lepas I dah taruh harapan dekat you, baru you nak cakap yang you tak boleh balas cinta I? Why Medina? I tak cukup ke untuk you? Tell me, Medina?!" Rahang Medina ditekup oleh kedua tangan besar dengan kasar. Terkejut Medina dengan perbuatan Khalid.

Tangannya naik ingin menepis tangan Khalid daripada terus menekup rahangnya sehingga menampakkan gelang pemberian Louis. Khalid menerkam tangan kanan Medina yang tersarung elok dengan gelang itu.

'MarDina'

"Sebab ni ke you tak balas cinta I? You cakap you single kan? Ni apa, Medina? Sampai hati you mainkan perasaan I? Lepas apa yang you dah dapat dari I, you nak blah macam tu je?" soal Khalid dengan nada suara yang melonjak tinggi. Tangan Medina digenggam kuat. Dia menolak tubuh Medina sehingga Medina tersandar ke dinding kabel itu. Khalid sudah membuka langkahnya.

"Khalid?! Apa you nak buat ni, Khalid. Please, jangan buat I macam ni!" Medina menghamburkan tangisannya.

Sesiapa tolong!

TBC.

Uh-oh, apa yang Khalid buat dekat Medina tu? Jangan macam-macam sudah. Dahlah kat funfair tu hm. Hm, kesian dekat Khalid ke Medina? Lagipun, memang cerita ni Medina kasar dan playgirl sikit je. Tak banyak pun. Huhuhu. Jangan marah saiya!

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 55.3K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
511K 12.5K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...
343K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
236K 11.3K 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga...