Who Are You? [C]

Da FanficSkill01

132K 11.2K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... Altro

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
πŸ’Q&AπŸ’
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
βœ¨πŸ’–Thank YouπŸ’–βœ¨

Fight!

2.7K 270 119
Da FanficSkill01

Tok Aba: Dah sampai masanya untuk kita tutup kedai. Hali, tolong atok kemas kedai ni, ya?

Hali: Baik tok.

Halilintar berjalan menghampiri Tok Aba sambil di tangannya membawa sehelai kain buruk yang baru sahaja digunakannya untuk mengelap meja tadi. Segala meja makan sudah dia menterbalikkannya dan menyusunnya di tempat berdekatan dengan gerai Tok Aba. Manakala kerusi-kerusi pula dia sudah menyatakannya dan menyimpannya bersebelahan dengan meja-meja tadi.

Gempa: B-betullah! Aku tak tipu!

Halilintar terdengar suara Gempa di sebalik belakang gerai. Terus dia menoleh ke arah suara tadi dan melihat rakan-rakannya sedang mentertawakan Gempa yang kini sudah kemerahan wajahnya. Yaya dan Ying menepuk-nepuk bahu Gempa seolah-olah berharap agar dia bertabah manakala Taufan dan yang lain masih mentertawakan Gempa.

Hali: Ckh! Kolot...

Halilintar kembali dengan tugasannya. Tidak mahu melibatkan diri dalam perbualan antara rakan-rakannya dan adik-adiknya. Memang stail dia yang jenis introvert pada yang lain. Mujur yang lain juga tidak terlalu mempersoalkannya.

💕💎◆♥◆°•(‘∀’●)♡•°◆♥◆💎💕

Malam itu, semua orang menikmati makan malam dengan tenang. Seperti biasa, Taufan, Blaze dan Thorn sentiasa ada untuk menceriakan suasana makan malam mereka yang diikuti dengan gelak tawa Tok Aba, Gempa, Ais dan Solar kecuali Halilintar. Dia sedari tadi lagi mendiamkan dirinya sambil makan nasi yang dimasak oleh Gempa dan Tok Aba.

Blaze: Yaaahh... Kenyangnya! Terima kasih Tok Aba! Gempa! Masakan korang memang terbaik!

Blaze menunjukkan ibu jarinya sebagai memuji masakan yang dimasak oleh Tok Aba dan Gempa. Tok Aba hanya menggeleng sahaja sambil tersenyum manakala Gempa pula menundukkan kepalanya kerana malu dipuji.

Gempa: S-sama-sama.

Taufan: Kau ni malu-malu betullah, Gempa. Tak payah lah malu-malu. Kita kan dah jadi keluarga?

Taufan berkata sambil mengusap kepala Gempa dengan lembut. Gempa yang menerima usapan tersebut pun tersenyum. Membuatkan suasana di tempat makan itu mula hangat dan tenang.

Thorn: Atok, bila mak dan ayah nak balik?

Thorn mula membuka sesi perbualan untuk mengelakkan suasana menjadi sunyi. Tok Aba yang menerima soalan tadi terus teringatkannya.

Tok Aba: Hmm.. Kalau tak silap waktu korang nak buka sekolah nanti.

Thorn: Oh, jadi tinggal 3 minggu lagi lah? Hmm.. Lambat lagi lah kiranya.

Thorn mencebik sedih. Ais yang berada di sebelah Thorn cuba menyemangatkan adiknya itu dengan menepuk-nepuk kepalanya dengan lembut.

Ais: Alah, takpe Thorn. Kalau kita rindu, kita video call jelah dekat diorang. Lagipun, mak dan ayah ada dekat luar negara sebab kerja, kan?

Thorn: Tau... Tapi... Lama sangat diorang pergi. Thorn rindu pelukan mak. Nak main dengan ayah juga.

Blaze: Semua orang rindu dengan mak dan ayah, Thorn. Tapi kita kenalah bersabar. Kan Gempa, kan? Eh, Alamak..

Blaze yang baru tersedar akan kata-katanya terus menutup mulutnya. Taufan memberikan pandangan amaran pada Blaze dan mereka semua (kecuali Halilintar) terus melihat ke arah Gempa yang sedari tadi mendiamkan diri.

Gempa yang perasan dirinya menjadi tumpuan terus memandang setiap wajah di hadapannya.

Gempa: Uh? Ah, t-takpe! Saya faham perasaan semua! Jangan risau tentang saya! S-saya tak kisah pun!

Gempa terus menggelengkan kepalanya bersama dengan kedua belah tangannya bagi menafikan apa yang sedang disangkakan dan difikirkan oleh yang lain. Dia tahu, pasti mereka rasa serba salah kerana tersilap berkata demikian.

Sebenarnya, memang Gempa agak terkilan di saat Thorn bertanya tentang kepulangan ibubapa mereka, kerana dia tahu bahawa dia tidak akan ada kesempatan untuk bertanya seperti itu. Dan bermula dari itu dia mendiamkan diri dengan mengingat kembali saat-saat dia menunggu kepulangan ibubapanya dari kerja. Sebuah memori yang menikam jiwa.

Dan di saat Blaze bertanya kepadanya, dia terpaksa menyembunyikan perasaannya. Walaupun dia ingin memarahi Blaze dan Thorn kerana telah melukakan perasaannya, tetapi dia tiada hak untuk berbuat demikian. Macamlah mereka kehilangan ibubapa macam dia. Jadi sudah tentu mereka tidak akan faham jika Gempa tiba-tiba marah.

Gempa bangun dari tempat duduknya lalu segera mencuci pinggan yang digunakannya untuk makan tadi.

Gempa: Sudah lewat ni. S-saya rasa saya nak naik ke atas. M-makan lah, ya? Kalau mengantuk... Tinggal sahaja pinggan semua di dalam singki, esok saya basuh. Selamat malam.

Gempa menundukkan badannya sedikit sebelum beredar untuk naik ke tingkat atas. Meninggalkan suasana canggung di ruang dapur tadi.

Taufan: Ish, kau lah ni, Blaze. Kan Gempa dah terasa hati tu?

Blaze: Aku tak sengaja lah! ...tapi macam mana sekarang? Aku tak nak Gempa benci aku!

Thorn: Kalau Gemgem nangis macam mana?

Halilintar menghela nafas apabila melihat adik-adiknya yang mula panik dengan keadaan Gempa.

'Apahal nak risau sangat pasal lelaki tu? Bukannya dia akan menangis pun. Apa dia perempuan ke apa sebab benda macam tu nak menangis? Lemah.. '

Halilintar menghabiskan makanannya sebelum dia bangun dari tempatnya dan terus meninggalkan pinggannya di dalam singki. Selepas itu, dia pun keluar dari ruang dapur dan terus menuju ke tingkat atas untuk ke biliknya.

🍒⭐◆°•°┌(˘ ˘)ʃ °•°◆⭐🍒

Hali: Fwaahh~...huh?

Halilintar berhenti dari langkah kakinya tatkala iris rubynya menatap pintu bilik hujung lorong terjuka. Dia pada awalnya ingin mengabaikannya dan ingin terus pergi ke biliknya, tapi disebabkan hatinya yang tiba-tiba memaksanya untuk ke sana membuatkan dia secara tidak sedar berjalan menghampiri bilik tersebut.

Dari jarak yang 1 meter sahaja (kerana PKP ok gurau..) Halilintar dapat mendengar bunyi suara tangisan seseorang di dalam bilik tersebut.

'Kejap. Dia betul-betul menangis ke? '

Lalu Halilintar pun mendekatkan dirinya untuk melihat apa yang sedang terjadi di dalam. Dan seperti sangkaan Halilintar. Gempa sedang memeluk lututnya dan menangis sambil melihat album gambar keluarganya. Atau lebih tepat, gambar arwah ibu bapanya.

'Ceh, budak ni! Asal mention mak ayah dia je menangis! Manja! '

Halilintar berdecih kesal. Dan tanpa berfikir dua kali, dia pun menerjah masuk ke dalam bilik Gempa tanpa mengetuk pintu dan berjalan ke arah Gempa. Gempa yang terkejut dengan terjahan itu sudah tentu memandang Halilintar dengan pandangan yang takut. Ditambah pula melihat wajah Halilintar yang seolah-olah ingin menerkamnya pula!

Hali: Woi, kau ni memang manja, kan? Menangis je kerja kau!

Gempa: Ha-Halilintar ini-

Hali: DIAM!

Gempa terdiam. Dia takut. Dia takut dengan Halilintar yang jenis cepat baran itu. Dia sering trauma dengan hal itu kerana kisah silamnya yang sering dibuli oleh kawan-kawannya di sekolah. Jadi tidak hairanlah Gempa sering ketakutan saat bersama Halilintar.

Halilintar pula tanpa apa-apa terus menarik buku album di tangan Gempa dengan kasar dan memegangnya. Gempa bangun dari duduknya dan dia mencuba untuk mendapatkan semula buku tadi tapi dihalang oleh Halilintar.

Hali: Ini kerja kau 24 jam, kan?! Menangis macam perempuan! Itu je kan kerja kau?! Lemah! Lelaki jenis apa kau ni lemah sampai macam ni sekali?!

Halilintar menengking kasar ke arah Gempa. Namun Gempa sama sekali tidak mempedulikannya. Dia terus cuba untuk mendapatkan buku album itu walaupun pandangannya sedikit kabur kerana air matanya yang belum dikesat.

Gempa: Halilintar tolong! Pulangkan album tu!

Hali: Buat apa?! Kau nak menangis lagi?! Sampah! Kau ni memang manja, kan?! Mak bapak dah mati tapi sempat berlakon minta belas kasihan dekat keluarga aku!

Gempa terkedu mendengar tengkingan Halilintar. Dia tidak pernah terfikir bahawa Halilintar akan berkata sedemikian rupa kepadanya.

Melihat keadaan Gempa yang mula untuk runtuh, Halilintar terus mengambil peluang tersebut untuk melukakan lagi perasaan Gempa.

Hali: Kau ingat aku tak tahu?! Kau sengaja nak dapatkan kasih sayang keluarga aku sebab mak bapak kau dah mati, kan?! Eh, sedarlah sikit! Kau tu anak yatim je! Anak yatim bila mak ayah dah takde memang bermaksud dia akan selamanya anak yatim! Kau dengar tak?!

Gempa mula menutup kedua belah telinganya dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Dia tak nak dengar kata-kata kesat Halilintar. Ia terlalu menyakitkan!

Hali: Apahal kau tutup telinga!? Tak nak terima kenyataan?! Weyh, sedarlah! Kau tu menumpang je dekat sini! Tak payah nak berlakon kau ni baik bagai! Kau tu cuma sampah! Faham?! SAMPAH! TAKDE YANG NAK KUTIP KAU!

Gempa: Tidak... TIDAK!! HENTIKANNYA!

Hali: Apa?! Kau nak aku berhenti!? Kau tak nak terima kenyataan?!

Gempa: Tidak! Tolonglah hentikan!! Saya tak nak dengarnya!!

Hali: Hah?! Apa?! Kau nak dengar aku kutuk kau lagi?!

Tok Aba: Halilintar!!

Halilintar terus menoleh ke arah muka pintu. Dan dia dikejutkan dengan ketibaan Tok Aba dan adik-adiknya yang lain di sana. Blaze, yang berada di sebelah Tok Aba tidak menunggu lama. Dia terus mendekati Halilintar dan menumbuk muka Halilintar sekeras yang boleh sehingga mengakibatkan Halilintar serta-merta pengsan.

Halilintar rebah ke atas lantai dan tidak menyedarkan diri. Manakala Gempa pula sudah mula menangis teresak-esak. Dia masih menutup telinganya. Dia seolah-olah trauma dengan segala kata-kata kesat Halilintar tadi.

Thorn segera mendekati Gempa dan memeluk Gempa dengan erat. Dia cuba menenangkan Gempa namun semakin dia cuba, semakin kuat Gempa menangis.

Taufan segera mendekati Halilintar dan Blaze. Dia melihat keadaan abangnya yang masih tidak sedarkan diri lalu dia menoleh pula ke arah Blaze. Solar juga mendekati mereka.

Solar: Kita kena angkat Hali ke katil.

Baru sahaja Blaze dan Taufan mengangguk dan ingin mengangkat badan Halilintar, mereka dikejutkan dengan jeritan Thorn yang tiba-tiba memanggil nama Gempa.

Sebaik sahaja mereka menoleh, Taufan, Blaze dan Solar terus melihat Gempa berlari keluar dari bilik tanpa sempat Tok Aba dan Ais menghentikannya.

Ais, sebagai yang terdekat terus cuba untuk mengejar Gempa namun kerana dirinya yang mudah penat dia tidak dapat menuruni tangga dengan kelajuan yang cepat. Ais sempat mengutuk dirinya sendiri kerana terlalu lambat dan sebaik sahaja dia tiba di muka pintu rumah, Gempa sudah pun pergi dan hilang.

Ais: Tsk..! Tak guna...






TO BE CONTINUE

Maaf kerana makin lama makin lambat update! (T▽T)

Rasa macam nak stop buat cerita ni pun ada. Tapi haih... Rasa Best pula bila baca ulang kali.

Apa pendapat korang dengan chap kali ni?
Btw korang ada pertanyaan tak untuk character dalam cerita ni? Di chapter akan datang author akan prepare ruang untuk korang tanya soalan jadi jangan tanya lagi tau untuk chap kali ni! Tunggu di chap akan datang sebab korang akan temui satu kejutan besar! (´゜艸゜)

Continua a leggere

Ti piacerΓ  anche

1.4M 102K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
14.8K 1.8K 44
Tinggal sikit sahaja dimensi lagi yang perlu Boboiboy lalu untuk kembali ke dunianya semula. Tapi, selepas dia keluar, keadaan tidak seperti yang dia...
73K 6.7K 24
"I'm so sorry Boboiboy, but it's all... fake love..." Aku tak percaya. Kawan kawan aku, keluarga aku, semuanya. Semua tu palsu. Diorang berkawan den...
3K 342 7
*β‚©α΄€Κ€Ι΄ΙͺΙ΄Ι’ YᴀᴏΙͺ* (α΄€ΚŸΚŸΓ—Ι’α΄‡α΄) "β„Žπ‘Žπ‘–π‘ β„Ž! π‘‡π‘’π‘π‘–π‘™π‘Žβ„Ž π‘ π‘’π‘‘π‘Žπ‘›! πΎπ‘’π‘Ÿπ‘—π‘Ž π‘ π‘’π‘›π‘Žπ‘›π‘” 𝑝𝑒𝑛, π‘šπ‘Žπ‘ π‘–β„Ž π‘™π‘Žπ‘”π‘– π‘™π‘’π‘šπ‘Žβ„Ž! π΅π‘œπ‘‘π‘œβ„Ž!!" ...... "𝑇𝑒...