P S I K O [ 1 ]

By shaieraa

118K 6.3K 1.8K

Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidu... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
psiko
Special Bab I
Special Bab II
Special Bab III [ Last ]
Bidadari Abang

Bab 15

6.3K 301 133
By shaieraa


“Hye sweet heart, dah sedar?”

Melati masih memejam rapatnya matanya. Badannya menggigil dan air mata yang sedari tadi mengalir masih tidak berhenti menunjukkan betapa takutnya diri dia.

“Jangan nangis! Abang benci tengok sweet heart nangis.”, bisik lelaki itu di tepi telinga Melati.

Melati yang mendengar bisikan itu mula teresak. Kepalanya digeleng dengan mata tertutup.

“Tak dengar ke abang cakap? Jangan nangis lah!”, jerkah lelaki itu sambil menyepak kerusi kosong yang berada di sebelah Melati sehingga terbalik.

Melati mengetap bibirnya untuk tidak mengeluarkan esakan. Takut jika lelaki itu mengapa-apakan dia.

Sweet heart, kenapa pejam mata? Buka lah mata sweet heart.”

Melati menginjak sedikit tubuhnya ke belakang apabila tangan lelaki itu naik mengusap pipinya dengan lembut. Lelaki itu menyelit rambutnya yang jatuh ke celah telinga. Kemudian, dia menyeka air mata Melati dengan ibu jarinya.

“Maafkan abang kalau abang buat sweet heart takut. Abang cuma nak sweet heart berhenti menangis jer.”

Lelaki itu membelai wajah Melati yang tiada cacat cela. Wajahnya didekatkan dengan leher Melati.

“Wanginya sweet heart.”

“Okay, sekarang ni abang nak sweet heart buka mata dulu. Kalau tak nak buka... ”, Lelaki itu tidak menyambung kata-katanya sebaliknya mengelus wajah Melati dengan pisau yang berada di tangannya.

Melati yang masih tersedu-sedan menahan tangisan mula membuka matanya dengan perlahan-lahan.

Lelaki yang memakai hoodie hitam, mask hitam dan juga kaca mata hitam  menghadap Melati. Dia mendekati Melati lalu dia mencangkung di depan Melati. Wajah Melati yang menunduk di angkat supaya melihatnya.

Sweet heart tak suka jumpa abang?”

Melati hanya diam tidak bersuara malah badannya keras tidak bergerak sedikit pun.

“Jawablah! Abang tanya soalan senang macam tu pun, tak boleh jawab ke?”, jerkah lelaki itu.

Melati tersentak mendengar jerkahan yang kuat itu sehingga bergema bilik itu.

Lelaki itu mencengkam rambut Melati kuat dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Melati.

“Lain kali, abang tanya jawab. Jangan buat macam diri tu bisu!”, Lelaki itu melepaskan rambut Melati dengan kasar.

Melihat Melati yang seakan takut dengannya, dia mengundur setapak.

“Maafkan abang, abang tak sengaja nak marah sweet heart.”

“Ma.. mana tunang Melati?”, soal Melati perlahan seakan berbisik.

“Ouh, baru abang tahu.. Sweet heart nak jumpa Hafizul rupanya. Tapi, MJ kan dah ada depan sayang. Tak nak?”

Melati menggelengkan kepalanya.

“Hafi..zul.. mana?”, bergetar suara Melati menanyakan soalan itu.

   

          Lelaki itu mengeluh kasar apabila mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut Melati.

Wajah manis gadis itu dipandang sayu. Kelihatan air mata masih bergenang di tubir mata gadis itu.

'Maaf', desis lelaki itu di dalam hati.

      
           Melati membuntangkan matanya tatkala lelaki itu membuka kaca mata hitam itu. Kemudian, lelaki itu mencabut mask yang dipakainya.

Melati menggelengkan kepalanya dan ketawa. Tidak mempercayai dengan apa yang dilihat dengan matanya.

“Kenapa! Kenapa perlu buat begini?”, jerit Melati.

“Melati tanya abang ni, kenapa abang buat Melati macam ni? Melati tunang abang!”, jerit Melati kuat.

Air matanya merembes keluar. Kepalanya masih digelengkan masih tidak percaya.

“Abang tipu kan. Abang bukan MJ lelaki psiko tu. Abang ialah Hafizul kan? Hafizul tunang Melati?”,tanya Melati perlahan.

Mj yang berada di hadapan Melati sudah menahan marah. Tangannya mengepal penumbuk.

“Diam! Abang cakap diam!”

“Tak, Abang jawab Melati dulu. Apa tujuan abang buat macam ni? Melati masih tak percaya dengan apa yang Melati nampak.

Abang.. jawablah. Apa yang Melati nampak ni semua lakonan kan? Abang tak tergamak kan nak buat semua ni. Hafizul yang Melati kenal tak macam ni. Hafizul yang Melati kenal, lelaki yang baik dan sopan.”

MJ meraup wajah dan rambutnya dengan kasar.

“Ya! Abang Hafizul! Abang juga MJ yang selama ni mengintip segala pergerakan sayang! Puas hati?!”, jerit Hafizul.

Melati ketawa kecil mendengar balasan Hafizul.

“Tak. Abang tipu.. Melati tahu, MJ yang suruh Abang buat semua ni kan? Mana MJ? Abang!”

Hafizul meletakkan jari telunjuknya pada bibir. “shhh.. Diam.. abang tak nak dengar apa-apa.”

Hafizul memalingkan badannya membelakangi Melati. Tangannya mencekak pinggan.

“Abang lah MJ tu. Selama ni, semua kecederaan yang menimpa abang hanyalah sebuah lakonan dan sebahagian daripada rancangan abang. Abang buat semua ni.. sebab abang sayangkan sayang. Abang tak nak kehilangan sayang. Abang terlalu cintakan sayang.”, kata Hafizul perlahan.

Hafizul mendekati Melati dan membuka mangga yang meliliti tubuh Melati. Melati hanya melihat Hafizul membuka dan mengalihkan rantai itu daripada tubuhnya.

Sebaik sahaja Hafizul mengalihkan rantai besi itu, Melati cepat meluru ke arah pisau yang berada di atas lantai berdekatan baju kemeja Hafizul yang koyak rabak itu. Dia mencapai pisau itu lalu diacu kepada Hafizul.

“Ab..Abang jangan dekat..kalau tak, Melati..Melati..”

Hafizul ketawa mendengar ugutan Melati.

“Kalau tak apa?”

Hafizul mendekati Melati lalu merampas pisau itu daripada tangan Melati dan diletakkan di leher Melati.

“Abang tak akan teragak-agak untuk cederakan sweet heart kalini.”,bisik Hafizul di tepi telinga Melati.

Hafizul mengheret Melati ke arah meja yang disediakan semalam. Di atas meja itu terdapat hidangan yang berupa ayam.

“Duduk, sweet heart.”, Hafizul membuka kerusi lalu mempersilakan Melati duduk.

Selepas itu, dia duduk di kerusi yabg berhadapan dengan Melati. Sebelum itu, dia menyalakan lilin yang berada di atas meja dan juga di atas lantai yang mengelilingi kelopak bunga yang telah ditabur supaya membentuk corak hati semalam.

sweet heart.. tengok ni, abang buat semua ni untuk sweet heart tau.", Hafizul tersenyum manis seraya menunjukkan ke arah lantai.

Melati memaksa dirinya untuk tersenyum.

sweet heart makanlah. Tadi abang sembelih sendiri ayam tu. Sebab tu sweet heart nampak kemeja abang koyak tadi sebab abang yang koyakkan selepas terkena percikan darah.”

Hafizul mula menyuap isi ayam itu ke dalam mulutnya. Dia mengangkat wajahnya dan melihat Melati hanya merenung makanan di hadapan matanya dan belum mula makan.

Hafizul menyentuh perlahan tangan Melati. “sweet heart, makanlah.”

Melati tersentak dengan sentuhan itu. Dia melepaskan tangannya dari genggaman Hafizul lalu menyuap isi ayam itu ke dalam mulutnya. Dia tersenyum melihat ke arah Hafizul dan air matanya mengalir.

“Eh, kenapa sweet heart menangis? Abang minta maaf kalau sweet heart takut dengan abang ”, kata Hafizul seraya menyeka air mata Melati yang menitis.

Melati hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum. “Sedap.”

Hafizul memulakan bicara dan tersenyum. Sesekali dia bergurau dengan Melati. Melati juga tersenyum dan sesekali ketawa dengan gurauan Hafizul. Buat seketika dia terlupa dengan masalah yang dihadapi olehnya.

Sweet heart, kalau abang jadi cincin. Sweet heart nak jadi apa?”, tanya Hafizul.

Melati hanya menggelengkan kepalanya. Tahu sangat yang Hafizul ingin membuat pickup line.

Sweet heart jadilah permata cincin. Kan sesuai tu.. kita akan sentiasa bersama.”

Melati tersenyum nipis mendengar kata-kata Hafizul. Wajah lembut tunang nya dipandang. Apa yang membuatkan lelaki itu bertindak seperti ini? Lelaki itulah yang satu-satunya bertakhta di hatinya sehingga kini.

Sweet heart, nanti bila dah kahwin kan. Abang nak ada anak ramai. Mesti comel kan anak kita nanti.”

Melati hanya mengangguk.

Sweet heart kenapa diam je dari tadi? Sweet heart tak suka MJ depan sweet heart ni?”

“Melati nak Hafizul yang dulu. Yang tak pernah sakitkan Melati. Yang tak pernah kecewakan Melati boleh? Boleh abang hilangkan MJ dan kembali sebagai Hafizul?”, tanya Melati takut-takut.

Riak wajah Hafizul berubah sebaik sahaja mendengar permintaan Melati. Bibirnya diketap rapat.

“Tak boleh ke a..abang?”

Hafizul cepat-cepat mengubah riak wajahnya dan tersenyum. Dia menggangguk sebelum membuka mulut.

“Un...”

Namun, belum sempat dia habiskan ayatnya, bunyi pintu ditendang dari luar mengejutkan mereka berdua.

Hafizul yang terkejut terus merangkul leher Melati dan tangannya mencapai pisau yang diletakkan di atas meja tadi lalu diacu ke leher Melati.

“Lepaskan Melati!”, jerit Haziq.

Melati yang lemas dalam rangkulan Hafizul cuba melepaskan dirinya namun Hafizul semakin mengemaskan rangkulan di lehernya.

“Kalau kau cuba dekat, aku tak teragak-agak nak cederakan Melati.”,kata Hafizul dan mengundur ke belakang sambil mengheret Melati.

Haziq melepaskan tembakan di atas lantai berdekatan dengan kaki Hafizul lalu Melati terlepas dari tangan Hafizul. Melati cepat-cepat berlari ke arah belakang Haziq.

Sweet heart, nak pergi mana tu? Sweet heart cakap tak nak tinggalkan abang.”

Hafizul yang melihat Melati hanya diam tak menjawab meluru ke arah Haziq. Dia cuba menerkam Haziq tetapi Haziq berundur ke belakang.

“Melati, pergi! Sini berbahaya.”,kata Haziq seraya menoleh ke belakang sedikit.

Hafizul mengambil peluang ini lalu menyepak pistol yang berada dalam genggaman Haziq sehingga tercampak jauh di atas lantai.

“Sekarang, kita lawan macam anak jantan.”, kata Hafizul lalu meletakkan pisau di atas lantai.

Haziq yang mendengar, terus meluru ke arah Hafizul lalu menyepak mukanya tetapi sempat ditahan oleh Hafizul. Mereka bergelut dan Haziq dapat menumbuk muka Hafizul.

Darah tersembur dari mulut Hafizul. Hafizul mengesat bibirnya. “Tch..”

Haziq mendekati Hafizul lalu menyepak kaki Hafizul sehingga dia jatuh melutut di atas lantai. Tanpa membuang masa, Haziq menyepak dagu Hafizul dengan kuat dan memijak bahu Hafizul apabila dia jatuh terlentang. Haziq mencangkung dan mencengkam rambut Hafizul.

“Kau tu yang loser. Kau, dasar jantan pengecut!”, kemudian Haziq menumbuk wajah Hafizul berulang kali.

Hafizul cuba berdiri dan dia memegang kepalanya yang pening. Bajunya yang berwarna hitam itu basah sudah dipenuhi dengan darah. Dia bergerak huyung-hayang mendekati Haziq lalu memegang tangan Haziq kejap.

Dia membalas tumbukan Haziq di muka dan di perut. “Kau, tak ada hak nak campur urusan aku!”

“Me.. Melati tunang aku!”

Hafizul menyepak lutut Haziq sehingga Haziq jatuh ke lantai. Matanya menangkap sesuatu yang berada di atas lantai lalu dia mengambilnya sebelum meluru ke arah Haziq yang cuba berdiri itu.

'BBAMMM!!'

Bunyi tembakan membuatkan Melati yang sedari tadi menutup matanya tersentak. Dia membuka matanya dan melihat ke arah dua orang lelaki di hadapannya.

“Arghh!!”, jerit Melati.

Dia berlari mendapatkan Hafizul yang terlentang di atas lantai. Tangannya naik menekap dada Hafizul yang ditembak sebelah kiri. Dia menangis lalu memegang tangan Hafizul.

“Abang.. Abang.. jangan tinggal Melati..”

Walaupun Hafizul telah mengucar kacirkan hidupnya buat beberapa bulan belakangan ini, namun Hafizul tetap tunangnya yang pernah singgah di hati dia.

Hafizul yang melihat Melati yang menangis teresak-esak tersenyum lemah. Setitis air matanya mengalir.

Tangannya yang lemah naik menyeka air mata Melati yang mengalir.

“Ma.. maafkan abang.. Sweet heart jangan nangis. Nanti abang dah tak ada nak.. usap air mata sayang.. abang sakit.. tengok sweet heart nangis..”, tangan Hafizul yang mengusap air mata Melati terkulai dan matanya perlahan-lahan ditutup.

Melati yang mendengar dan melihat Hafizul makin galak menangis. Dia menggeleng kepalanya.

“Abang.. tak, abang.. Abang tak boleh mati.. abang tak boleh tinggal saya..”

Melati memandang ke arah Haziq yang merenungnya sayu. Bibir Haziq seakan-akan terkunci dan tidak mengeluarkan suara.

Di situ juga ada beberapa orang polis yang standby di tempat itu sebaik sahaja Haziq memecah masuk ke bilik itu sebentar tadi. Polis itu lah yang menembak Hafizul semasa dia ingin menikam Haziq.

Beberapa kenangan bersama Hafizul mula terlayar di depan mata. Tidak menyangka semua ini berlaku dalam hidupnya.

           Melati menoleh ke belakang. Hatinya dipagut sayu dan kalau boleh, dia tidak ingin pulang.

“Melati.. jom balik. Nanti kita datang melawat dia lagi.”

Suara Che Yah membuatkan Melati menoleh ke depan. Melati tersenyum nipis lalu mendekati Che Yah.

Che Yah merangkul tubuh gadis manis itu dan Melati melentokkan kepalanya di atas bahu Che Yah. Mereka mula berjalan meninggalkan tanah perkuburan itu.

Setitis air mata mengalir ke pipinya.

Cinta tidak seharusnya memiliki..
Kerana cinta.. merupakan suatu perjuangan yang belum pasti.

-TAMAT-

Okay, maaf kalau ending tak best sebab rase memang tak best. korang boleh ke next chap. Ade something nak cakap. Huhu

Continue Reading

You'll Also Like

43.3K 3.4K 68
1st series of Darkness. ๐๐š๐ข๐ซ๐š ๐„๐ฅ๐ข๐ง๐š ๐ฑ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ/๐€๐ซ๐ข๐ณ ๐‹๐ฎ๐ญ๐Ÿ๐ฒ ๐Š๐ฒ๐ญ๐จ๐ซ- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu...
2.5K 69 9
( on going ) "My beloved Feria ร€lish Adriana if I caught you try to run away from me again, you will regret it."- Feoral Zyin Gabriel 13+
190K 7.4K 54
The BEST HIGHEST Ranking ๐Ÿ… #1 Twin (6 Julai 2018) #2 Korea (6 Julai 2018) #3 Jealousy (1 Julai 2018) #4 Travel (1 Julai 2018) #7 Short Story (8 Jula...
5K 323 20
he loves that woman but his psycho always controls him!