ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.8K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 3: Keluar [EDITED]

1.2K 152 37
By shirxyvki

"WEYH, bangun!"

Rudy sekadar menggeliat sahaja apabila punggungnya dipukul dengan bantal peluk yang entah dari mana datangnya.

"Kau nak apa?" tanya Rudy serak-serak basah. Dia masih lagi berbalut dengan selimut.

"Aku nak kau bangun. Cepat!" arah Jet lagi, memukul punggung Rudy lagi dengan bantal yang masih berada di tangan.

"Awal lagi kot," rungut Rudy, memusingkan badannya ke arah bertentangan. Malas nak layan.

"Awal kepala lutut kau! Dah pukul 11, cerdik. 11!" pekik Jet, menekan perkataan terakhirnya.

Mata Rudy langsung terbuka seluasnya. Apa! Dia laju bangun daripada baringnya dan mencapai jam tangan yang berada di sebelah.

Rudy menghelakan nafas perlahan. Haahlah, dah pukul 11. Rudy meletakkan semula jam itu ke tepi, lalu meraup wajahnya perlahan.

Jet bergerak ke sisi bilik Rudy, lalu dibukanya tirai membenarkan cahaya menerangi segenap ruang yang tadinya gelap gelita macam lubang tikus. Cahaya nurlah katakan.

"Awalnya kau bangun." Rudy berkata dalam mamai. Dia menggosok matanya yang tidak gatal. Rambut dia jangan cakaplah, serabai sungguh!

Jet mengeluh, lalu mengurut batang hidungnya lembut.

"Awalnya aku bangun? Kau tu yang bangun lambat. Kau buat apa, semalam?" tanya Jet sambil bercekak pinggang.

"Tu." Tunjuk Rudy dengan kepalanya saja, di satu ruang bilik tersebut. Tangannya tidak lekang menenyeh-nenyeh mata. Apahal gatal lain macam ni?

Jet menoleh ke arah yang ditunjuk Rudy. Kelihatan buku yang sangat banyak bersepah di atas meja belajar. Jet menggelengkan kepala. Kau membaca buku sampai ke subuh ke weyh?

Jet memandang Rudy semula. Dia berjalan mendekati kawannya, lalu melabuhkan punggung di atas katil.

"Aku nak mintak tolong kau sikit ni. Boleh?" pinta Jet. Yang tadinya suara macam bapak-bapak asyik marah-marah, sekarang dah macam anak-anak diangah-angah pula.

Rudy sekadar mendongak kepalanya sekilas bersama matanya yang masih belum terbuka habis. Memang sah tidur waktu subuh ni.

"Kau pergi mandi, siap-siap pastu jumpa aku kat bawah dalam kereta. Okey?" terang Jet, dengan nada yang berbeza.

"Baju semua aku dah sediakan kau tinggal nak sarung je," katanya lagi, tersenyum di akhir kata seolah-olah memujuk.

Rudy memandang Jet dengan muka sebalnya. Loading kejap kepala otak dia memproses ayat-ayat yang keluar dari mulut kawannya itu. Mamat ni dah gila ke ape?

"Weyh, weekend ni orang nak rehatlah, nak tidur. Kau lagi mau keluar pergi jalan. Malaslah!" Rudy mengusap rambutnya kasar sebelum menghempaskan tubuh ke atas tilam yang empuk itu. Selimut ditarik menutupi keseluruhan badan. Aku nak tidur!

"Alaa weyh, bolehlah. Kejap je. Bukan kau pergi mana pun."

Melihat jawapan jelas yang diberikan Rudy, Jet tahu dia kena pujuk lebih sikit. Dia tidak akan berputus asa untuk memujuk landak beku ini. Badan Rudy beberapa kali digoncang, tak mahu mengalah.

"Aku kan dah tolong kau... kau tolonglah aku pulak," pujuk Jet. Nadanya tak serupa memujuk langsung. Lebih kepada mengungkit. Dasar tolong tak ikhlas!

Rudy mengangkat selimut sehingga ke paras dada. Dia menatap lama muka Jet. Ada betulnya juga. Kalau bukan sebab Jet, dia tak akan ada tempat nak berteduh.

Jet yang beri dia tempat tinggal. Dia sebenarnya kini tinggal di rumah gah Jet. Ibu bapa dia pun nampaknya tidak kisah sangat bila Rudy tinggal di sini.

Melihat muka Jet yang tidak lepas memandangnya, Rudy akhirnya mendengus kasar sebelum mengalah.

"Yalah, yalah aku tolong kau. Tunggu aku siap."

Dia bingkas bangun dari tempat tidurnya, lalu mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi dan pintu ditutup rapat.

Jet bersorak kemenangan. Ungkit adalah cara yang paling berkesan untuk memaksa orang. Walaupun dia tak ada la mengungkit sangat pun tapi lebih kepada menyatakan kebenaran.

"Cepat sikit tau. Aku tunggu kat luar," pesan Jet di luar bilik mandi.

"Ya! Dah keluar," arah Rudy dari dalam. Bergema suara dia dalam bilik mandi itu.

Jet menurut sahaja sambil terloncat gembira. Langkah pertama, selesai!

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

RUDY berjalan di taman. Kedua-dua tangannya, diseluk ke dalam poket. Telinga dia kini merah padam menahan malu.

Malu ada, marah ada, menyampah ada, meluat ada... ah! Semualah ada! Sehabis baik dia cuba untuk mengawal emosi dan ekspresi mukanya. Namun itulah... dah serupa kerbau tenat pun ada.

"Nak aiskrim?" minta gadis itu lembut, memandang ke dalam anak mata Jet.

"Nak aiskrim? Jom," ajak Jet sudah menukar langkah.

Rudy perhatikan sahaja merpati haram dua sejoli di hadapan matanya. Dia membuntuti mereka berdua dari belakang seperti yang dilakukannya sepanjang hari ini.

Ya! Rudy ikut Jet dan teman wanitanya dating sepanjang tengah hari ini. Gila tak gila? Kalau la kewarasan akal fikirannya ditarik, sudah lama dicekik cekiknya pakcik getah ni! Gatal!

Ajak aku keluar sebab nak minta teman dating. Heh! Patutlah beria kejut aku bangun. Kalau tidak, aku yang bangun dulu.

Motif ajak aku keluar, kalau asyik layan perempuan aje? Tak nak berduaan konon takut nanti mengundang fitnah. Acah couple islamic. Tuihh!

Bebel Rudy panjang lebar di dalam hati. Tambah pula dengan matahari yang memancarkan sinar teriknya. Lagi berganda panas yang dirasa hati Rudy.

Marah, dia sungguh marah. Menyampah pun ada. Terlentok-lentok suara, tak takut dosa ke?

"Nak aiskrim mana?" soal Jet memandang ke arah gadis yang di sebelahnya.

"Nak ni." Tunjuk gadis tersebut dengan jari telunjuknya yang kecil.

"Nak cup ke cone?"

"Hehe, nak cup lah. Sekali dengan coklat. Boleh?" minta gadis kecil itu dengan membuat muka comel.

"Boleh je. Untuk awak kan." Jet tersenyum ke arah gadis tersebut.

Berderau laju darah Rudy saat ini. Kalau bukan sebab mereka di luar, sudah dibelanjanya penampar sebijik dekat muka Jet. Gelilah, siot!

Rudy menarik nafas dalam sambil mengusap dadanya lembut secara mental. Tenang wahai diri... kau nak menasihat lebih kau bukan muslim. Sabar jelah.

"Berapa kak?" Jet menyeluk keluar dompetnya dari dalam poket.

"Dua setengah, dik," jawab penjual itu.

Jet mengangguk lalu dia mengeluar sekeping not berwarna hijau. Tatkala baki duitnya dihulur, Jet menggeleng kecil sambil tersenyum.

"Takpa, simpan je."

Penjual itu terima dengan hati terbuka. Tersenyum dia sampai ke telinga. Rezeki depan mata, siapa je tak suka. Bak kata orang tua, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

"Nak pergi mana pulak lepas ni?" tanya Jet sebaik sahaja aiskrim sudah berada di tangan gadis itu.

"Nak balik."

Jet dan si gadis itu memaling, memandang Rudy yang sudah masam mencuka mukanya.

Jet berjalan mendekati Rudy lalu dia berbisik, "Kau ni, sabarlah."

Rudy menggerakkan rahangnya. Dia mengecilkan mata, merenung Jet tajam. Sabar? Kau nak aku sabar dengan maksiat?! Memang taklah!

"Aku nak balik." Rudy tetap berkeras juga. Setiap katanya ditekan.

"Kenapa awak tak kasi je dia balik?" tanya si gadis itu pula kepada Jet.

Jet hanya tersenyum pahit pada teman wanitanya itu sebelum memandang ke arah Rudy semula.

"Okey, kita pergi makan dulu. Pastu kalau kau nak balik, kau balik. Okey?" pujuk Jet. Dia kalau boleh tak mahu Rudy pulang sekarang.

Rudy menjeling sahaja Jet dengan ekor matanya sebelum mendengus, setuju. Dia lantas berjalan ke hadapan meninggalkan mereka berdua di belakang.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

SELESAI sahaja makan, Rudy bangun ingin bergerak ke sinki. Mereka berdua masih lagi rancak bersembang. Siapa lagi kalau bukan manusia yang di dalam situasi haram itu. Huh!

Berborak macam Rudy ni tak ada kat sebelah. Bukan main mesra lagi bertepuk tampar, bergurau senda, berhuha sana huha sini.

Bingit Rudy rasa. Sakit hati, sakit dada, sakit telinga. Tak sabar betul dia nak balik.

Selesai saja membasuh tangan, Rudy mengambil tisu yang tersedia lalu mengeringkan tangannya.


Seusai itu, dia bergerak semula ke meja makan mereka tadi. Di fikirannya kini hanya terbayangkan rumah aja. Walaupun itu rumah Jet, peduli apa dia?

Bukk!

Seorang lelaki yang sedang bergegas, terlagakan bahunya dengan seorang gadis yang bertudung kuning emas. Lelaki tersebut dengan rasa tak bersalahnya, laju meninggalkan gadis yang sudah hilang imbangan itu di belakang.

Gadis tersebut hampir terjatuh dan lebih malang, kakinya tersadung pula pada kaki kerusi. Rudy yang perasan pantas memaut lengan gadis itu demi menghalang dia daripada terus terjatuh tersembam tanah.

Mata mereka bersabung tiba-tiba membuatkan Rudy tergamam. Bukan dia saja, malah dia yang berhijab kuning itu juga turut sama terkejut. Tak sangka.

"Rudy?" gumam gadis bertudung kuning itu, merenung ke dalam anak mata Rudy.

"Kau..." Tanpa Rudy sedari, mulutnya berbicara sendiri. Tangannya yang memaut lengan gadis itu, terus dilepaskan.

"Rudy! Kau tunggu apa lagi, cepatlah," panggil Jet yang berada tidak jauh darinya.

Kata-kata Jet langsung dipedulikannya. Dengan pantas, kaki Rudy melangkah meninggalkan kedai itu.

Panggilan namanya yang beberapa kali diseru oleh gadis bertubuh kecil itu juga dihiraukan. Kakinya terus sahaja berjalan. Ke mana? Entah. Dia pun tak tahu.











═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 1.3k

Apa benda ni 😭

Continue Reading

You'll Also Like

1.3K 137 9
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
14.4K 2.1K 48
[Babymonster story #1] la.fam-i-lle la/ˈfam(ə)lē/ -a group of all the descendants of the common parents living together as a unit. *** Perihal sekisa...
3.5K 532 42
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
191K 10.6K 47
[COMPLETE] [SIRI KEDUA] 📍'𝐂𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐞𝐥𝐥 𝐟𝐨𝐫 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐨𝐫 𝐜𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐟𝐞𝐥𝐥 𝐟𝐨𝐫 𝐥𝐨𝐬𝐞' ____________________...