ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.8K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 44: Healing
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

Bab 2: Senior

1.2K 150 23
By shirxyvki

MALAM sudah menjelang menghiasi semesta yang gelap dengan bintang-bintang cerlang. Purnama yang penuh ditambah seri. Indah sekali.

Namun indahnya malam gagal meredakan gundah yang dipateri di hati sang hawa itu. Hingga sekarang pun masih dia gusar memikirkan keadaan seorang lelaki.

Bdzz!! Bdzz!!

Telefon berdering menandakan ada mesej yang masuk. Dia menyelukkan tangan ke dalam poket seluar, lalu dibuka telefon tersebut.

 

Iman
Malam ni umi balik lewat sikit
Ada hal dekat surau
Kamu balik dengan kawan yer
Jangan balik sorang
Bahaya

 

Iman membaca mesej uminya sepintas lalu dan menghelakan nafas perlahan di akhir ayat. Dia kemudiannya menaip sesuatu dan hantar.

Telefonnya ditatap lama. Balik dengan kawan? Kawan pun dah balik.

Iman mengeluh berat. Berapa kali sudah dia berlaku zalim dengan Tuhan. Iman mengatup matanya rapat dengan dahi yang berkerut. Istighfar diucap panjang di dalam hati.

Jangan mengeluh, Iman. Allah tak suka orang yang mengeluh. Desir hati hawa itu mengingatkan seketul dagingnya yang acap kali alpa.

Telefonnya disimpan semula ke dalam poket. Balik sajalah. Macam tak biasa pula balik sorang-sorang. Desis hati kecil Iman. Beg dibahunya digalas kemas sebelum dia membuka langkahnya kembali.

Mata Iman ditala ke depan dengan fikiran yang jauh melayang. Dia berhenti di bahu jalan menunggu lampu isyarat bertukar warna.

Dahi Iman masih berkerut tebal, teringatkan lelaki yang sudah lama tidak dilihat wajahnya. Dia semakin tak senang duduk. Gila tak risau? Entah makan ke tidak lelaki itu.

Manalah awak ni Rudy...

Beberapa minit kemudian, lampu isyarat sudah bertukar warna dan seraya itu juga kaki Iman diatur untuk berjalan ke seberang.

Pon! Pon!

Iman menoleh bersama matanya yang sudah terbuntang luas. Satu cahaya yang amat terang, menyuluh keseluruhan tubuhnya. Kenderaan besar yang laju itu nampaknya tidak menunjukkan apa-apa tanda untuk berhenti.

Iman sedar akan perkara tersebut namun entah mengapa kakinya seakan melekat pada jalan itu. Dia tak mampu untuk bergerak.

Jantung Iman berdegup kencang seperti hendak terkeluar. Semakin lama semakin dekat kenderaan itu. Matanya dikatup rapat, takut. Awak... tolong saya!

Tanpa dia sedari, dirinya direntap kuat dari belakang, membawanya ke bahu jalan sepantas kilat. Mata Iman terbuka semula, terkejut. Jantungnya masih lagi berdegup kencang dan nafasnya mula tidak teratur dek kerana terkejut yang amat.

"Woyh! Gila ke apa? Tak nampak ke lampu warna merah? Bodoh!" pekik pemuda itu pada lori yang sudah semakin jauh ke hadapan.

Mendengar suara yang datang dari belakangnya, Iman lantas penasaran. Lantaran dengan itu, dia terus memaling ke belakang berharap bahawa orang yang menyelamatkan dia itu adalah orang yang dia sangka.

Namun hampa. Riak Iman berubah menjadi kecewa dan sedih begitu saja. Bukan dialah, Iman.

"Kau okey tak? Ada sakit mana-mana?" tanya lelaki itu risau.

"Saya okey." Iman bingkas bangun dari tanah.

"Asal kau jalan sorang-sorang? Bahaya tau. Kau tu perempuan kalau jadi apa-apa, siapa yang susah? Tak sayang badan ke?" bebel pemuda itu pula.

Berdesing telinga Iman mendengar leteran penuh lelaki yang yang telah menyelamatkannya tadi. Sehabis baik dia cuba mengawal air mukanya.

"Ya... saya nak baliklah ni," kata Iman perlahan.

Debu-debu tanah pada pakaiannya ditepuk agar hilang. Sakit pula hatinya dengan abang entah siapa ini. Namun harus diakui kata-kata pemuda tersebut ada benarnya juga. Iman perempuan. Tak elok perempuan jalan seorang diri malam-malam begini.

"Sorang-sorang?" tanya dia lagi. Keningnya ternaik memandang Iman.

Tangan Iman terhenti daripada terus menepuk debu pada bajunya. Dia menengadah kepala memandang pemuda tersebut yang sudah ternaik kening.

Iman mengetap bibirnya spontan. Aduh... nak menjawab apa ni?

Perasan dengan reaksi Iman yang ketara, dia menjuling ke atas. "Aku teman kau balik. Mana rumah kau?"

Terbuntang kecil mata Iman.

"Tat... tak apalah. Saya okey je," tolak Iman sopan sambil tersenyum nipis.

Gila apa nak balik dengan orang yang tidak kenal? Bukannya Iman lemah sangat pun tak boleh jalan sorang-sorang. Malah dia lebih daripada kuat.

Lagi pula zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat dengan lelaki. Fikiran Iman mula memikirkan yang bukan-bukan. Bukannya dia ingin berburuk sangka tapi hanya mahu berjaga-jaga.

"Jangan degillah, cepat. Dah lewat ni." Pemuda itu tetap bertegas juga. Tengah malam gelap macam ini nak biarkan perempuan kecil ni balik sorang-sorang? Memang taklah.

"Takpa. Saya boleh..." Iman bersuara masih lagi mahu menolak.

"Tak payahlah kau nak takut sangat. Aku taulah mana dosa mana pahala," cantasnya, laju memotong ayat Iman. Dia melangkah terlebih dahulu ke hadapan.

Iman mencebik kecil seraya kakinya juga mula diatur perlahan-lahan mengikut lelaki itu dari belakang. Sudah habis menyampah muka dia tunjuk sekarang ini.

Tau dosa pahala konon. Habis yang berdua aje malam ni bukan dosa? Cantik lagi kalau jalan sorang-sorang. Takda lah nanti kena fitnah macam-macam. Omel Iman dalam hati.

"Kalau kau takut sangat dengan aku duduklah jauh sikit," kata pemuda itu lagi, tanpa memandang wajah Iman.

Semerta Iman mula terkedu. Liurnya diteguk perlahan lalu menjauhkan jaraknya sedikit dengan pemuda tersebut.

Hening mula memenuhi ruang di antara mereka. Hanya bunyi dedahan yang patah dipijak saja yang kedengaran. Perasan juga Iman yang lelaki tersebut akan menjeling ke belakang untuk memastikan langkahnya tidak terlalu laju agar jarak mereka tidak terlalu jauh.

Iman mula perhati pemuda tersebut daripada belakang. Sepanjang perjalanan ini, dia sekali pun tidak cuba berborak atau bersembang dengan Iman. Jelas membuktikan yang dia benar-benar menjaga batas.

Iman mula menyedari hakikat yang pahit ini. Nampaknya betullah lelaki ini hanya ingin membantu. Dia tidak berniat lebih daripada itu.

Tanpa disedari, bibirnya terukir senyuman. Senyuman yang gembira.

Tak lama senyuman Iman mula memudar tatkala benaknya menayangkan satu baris nama yang singkat. Iman lantas merengus kecil.

Macam mana dia boleh berharap agar Rudy untuk memunculkan diri tadi? Lelaki itu sudah lama tidak dilihatnya. Tegur pun tidak.

Entah-entah Rudy sudah lupa Iman. Tak mustahil jika difikirkan begitu. Sementelah Iman pun bukanlah sesiapa di dalam hidup Rudy andai Rudy tidak hilang ingatan pun.

Memikirkan hakikat itu, entah mengapa hati Iman dirudung perit. Sakit yang halus. Iman cuba membuang rasa itu jauh agar tidak mempengaruhinya seketika nanti.

"Kau dari mana?" soal pemuda tadi yang begitu lama mendiamkan diri.

Iman mengangkat kepalanya. Eh, baru saja tadi puji sebab menjaga batas. Ini dah terus ajak sembang ini, kenapa?

"Dari sekolah. Hari ini cikgu buat kelas malam," jawab Iman tanpa nada. Jujurnya malas dia mahu melayan.

Namun lama kelamaan, Iman mula sedar sesuatu yang biasa tentang pemuda ini. Cara berjalannya, suaranya, berdiri dia umpama seorang yang benar-benar Iman kenal. Iman cuba mengingati siapa orangnya namun gagal.

"Awak pula?" Iman menyoal pula. Tak mahulah nanti dia panggil Iman sombong.

"Ada seminar kat sekolah."

Seminar? Kotak fikiran Iman mula teringat akan sesuatu. Laju langkahnya diorak agar selari dengan lelaki itu.

"Awak form 5, ke?"

Pemuda itu menoleh ke arah Iman yang kini sudah berada di sebelahnya. "Mana tau?"

Iman menekup mulutnya, tak sangka. Patutlah suara macam kenal.

"Senior Hanzalah!"

Langkah pemuda tersebut terhenti. Dia memusingkan badannya menghadap Iman yang dapat meneka namanya dengan begitu mudah.

"Ohh, so kau junior akulah ni?" tebaknya, sudah dapat menangkap.

Dengan lajunya Iman mengangguk. Lega rasa hati dia. Nasib baik bukan orang lain. Rasa takut yang menyelubungi diri Iman tadi sudah pun terhakis sepenuhnya.

Kerana Iman tahu, dia boleh percayakan lelaki ini.

Hanzalah merupakan seorang ketua pengawas dan ketua pelajar di sekolah Iman. Baik, tegas dan matang. Juga seorang yang kuat agama. Setiap hari dia akan mengimamkan solat pelajar lelaki dan pada setiap hari jumaat pula, dia yang akan mengetuai bacaan yassin.

Patutlah malam ini Iman tak dapat mengecam lansung muka Senior Hanzalah. Lelaki ini tidak memakai songkok seperti mana yang dia selalu pakai di sekolah. Lain betul rupa dia.

"Nama kau apa?" tanya Hanzalah. Kakinya sudah sambung berjalan.

"Iman." Pantas Iman menjawab. Suaranya kini tidak lagi sekecil dan setakut tadi.

Hanzalah mengangguk kecil. Tak lama keningnya bertaut pula. Iman?

"Yang kawan Maria tu ke?" soal Hanzalah, inginkan kepastian.

Iman tersentak kecil. Pantas berderau juga adrenalin yang mengalir di dalam dirinya. Macam mana senior tahu? Dengan berlagak tenangnya, Iman menjawab.

"Haah, betullah tu."

Hanzalah mengangguk lagi. Dia menjeling Iman dari ekor matanya. Dia tahu Marla dan Iman bukan dalam keadaan yang baik sekarang ini. Kerana sejak dua menjak ini, tatkala dia bertanyakan tentang Iman pasti gadis itu akan melenting.

Apa yang terjadi dengan mereka berdua pun dia tak tau. Marla sekarang dah lain. Tak sama macam dulu. Asyik nak menengking je. Kalau tak menengking, menjawab. Itu jelah yang dia tahu.

"Dah sampai."

Iman berbunyi secara tak sengaja telah mengejutkan Hanzalah dari lamunan. Mata Hanzalah ditala pada deretan rumah yang tersusun kemas dan cantik di hadapannya.

"Kau okey ke sampai sini je?" Hanzalah bertanya inginkan kepastian. Sebab dia tak ada hal pun nak hantar lagi dekat sikit.

"Okey je. Ni kan tempat saya. Takda masalah pun," jawab Iman, meyakinkan Hanzalah.

"Okey la kalau macam tu. Aku balik dulu."

Iman mengangguk kecil. Dia mengukir senyuman kecil sambil melihat Senior Hanzalah sudah mula menukar langkah.

"Assalamualaikum," ucap Hanzalah memberi salam.

"Waalaikumussalam," jawab Iman.





















═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 1.4k

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 157 11
Dani Inayat X Fareehal Dahlia
178K 3.3K 59
ONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang be...
107K 11.4K 89
Ali, baru sahaja mendapat tahu yang dia memiliki sepupu, iaitu anak kepada kakak tiri ayahnya. Boboiboy, turut menghadapi perkara yang sama, bila ma...
1.2M 88.8K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...