P S I K O [ 1 ]

By shaieraa

120K 6.3K 1.8K

Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidu... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
psiko
Special Bab I
Special Bab II
Special Bab III [ Last ]
Bidadari Abang

Bab 9

5.2K 298 101
By shaieraa

Keesokan harinya Melati bertolak ke hospital untuk melawat Haziq. Harini dia ke hospital seorang diri kerana Che Yah dan Hafizul tidak dapat menemaninya. Hafizul apabila mendapat tahu bahawa Melati ingin ke hospital seorang diri, terus menasihati Melati agar berhati-hati. Semalam ketika Melati dan Che Yah pulang, Haziq masih tidak sedarkan diri.

Hari ini Melati membawa buah-buahan ketika melawat Haziq. Dia berharap Haziq sudah sedar dan keadaan dia bertambah baik dari semalam. Dia sudah meminta izin doktor untuk masuk ke dalam wad bagi melawat Haziq hari ini.

Pintu wad ditolak dan dia melangkah masuk ke dalam. Kakinya mendekati katil dan dia meletakkan buah-buahan yang dibawa di atas kabinet kecil di tepi katik pesakit. Haziq kelihatannya masih tidak sedarkan diri.

"Maafkan saya, Haziq. Sebab saya, awak jadi macam ni.", gumam Melati.

Melati yang melihat Haziq terkejut apabila Haziq mengerakkan jari telunjuk kirinya. Tidak lama kemudian, Haziq mula membuka matanya perlahan-lahan dan merenung Siling.

"Ha..Haziq..awak dah sedar."

Haziq menoleh ke arah kirinya dengan perlahan apabila mendengar suara Melati. Dia tersenyum nipis kerana mukanya masih sakit dan lebam akibat ditumbuk semalam.

"Saya panggil doktor dulu.."

Melati yang bingkas bangun dari kerusinya menoleh ke belakang apabila Haziq memanggilnya.

"Du..duk..", kata Haziq dengan perlahan.

Melati akur dengan arahan Haziq. Matanya naik ke wajah Haziq. Muka itu lebam dan sedikit bengkak gara-gara tumbukan pada wajahnya. Bibirnya yang merah jambu itu juga pecah.

"Jangan lah tenung aku macam tu.. Malu lah aku.. ingat, kau tu dah ada tunang.", kata Haziq perlahan-lahan seraya menekankan perkataan tunang apabila menyedari Melati merenung wajahnya.

Melati tersentak. Darah menyerbu mukanya dan membuat kan mukanya merah padam menahan malu yang teramat.

"Err.. mana ada! Saya tengok muka awak tu..habis lebam.. Maafkan saya."

"Untuk?"

"Sebab saya, nyawa awak yang menjadi taruhan."

"Tch.. mengarut."

Haziq kemudiannya menceritakan dari mula apa yang sebenarnya berlaku kepada Melati. Melati yang mendengar sekejap mengerutkan dahinya dan mengangkat keningnya. Reaksinya kadang-kadang seperti berada dalam kesakitan apabila Haziq menceritakan bagaimana dia ditikam.

"Kau kena minta tunang kau tu supaya berhati-hati. Takut dia pula jadi mangsa seterusnya. MJ cakap, dia akan hapuskan semua orang yang rapat dengan kau."

"MJ?", tanya Melati.

"Psiko tu.. nama dia MJ"

Sedang bersembang, seorang doktor dan nurse masuk untuk memeriksa keadaan Haziq. Kata doktor, mungkin Haziq akan ditahan di hospital selama seminggu bergantung kepada keadaannya.

Sejurus selepas doktor keluar, Melati meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang, sempat dia ingatkan Haziq agar meminta bantuan nurse jika ingin ke tandas kerana tangannya yang patah sebelah mungkin akan menyukarkan urusan dia. Namun, jawapan Haziq membuatkan Melati melopong dan rasanya seperti ingin memberi pelempang pada muka Haziq.

"Err.. Hilang lah macho aku kalau nurse tolong."

"Mesti nurse akan ambil kesempatan dekat aku yang handsome ni."

Selepas membersihkan dirinya setelah pulang dari hospital tadi, Melati duduk di atas sofa dan menonton televisyen. Ketika ini, cerita kartun kegemarannya spongebob Squarepants ditayangkan.

Ketika melayan kartun itu, dia teringat kepada Hafizul. Dia mengambil telefon pintarnya yang berada di sebelahnya lalu dia menelefon Hafizul. Dia menunggu beberapa saat sebelum Hafizul mengangkat panggilannya.

"Hello, yang..", sapa Hafizul dengan suara yang tercungap-cungap.

"Kenapa abang tercungap-cungap ni?",tanya Melati.

"Abang baru balik kerja tadi.. Masa abang nak buka pagar rumah.. ada orang lempar batu kat abang.. besar juga lah batu tu..kena dahi abang, darah sikit."

"Apa?"

"Lepastu abang menoleh la ke arah orang yang lempar batu tu.. lepastu tak semena-mena dia toreh lengan abang.. sebelum dia pergi tu, dia cakap..."

"Dia cakap apa?", celah Melati.

"Abang nak cakap lah ni.. jangan lah menyampuk ishh.."

"Sorry.. sorry.."

"Aku MJ.. suka melihat orang terseksa dengan perlahan-lahan sampai dia mati.. dan ini permulaan untuk kau, Hafizul..orang tu cakap macam tu."

"MJ? abang, tu psiko yang kacau Melati.. semalam dia lah yang tikam Haziq!"

"Hah?!"

"Abang, hati-hati tau. Melati risau sangat ni.. apa-apa, abang update kat Melati tau."

Setelah itu, Melati menyuruh Hafizul membersihkan lukanya dan menyapu ubat. Kemudian, disuruhnya Hafizul berehat dan menjaga lukanya dengan baik. Takut luka itu menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan baik.

Malam itu, Melati mengemas dapur selepas makan malam. Dia mengelap kabinet dan mencuci tangan sebelum menuju ke ruang tamu.

Dia pelik. Sejak tiga bulan lepas, dia sering berasa dirinya diperhatikan ketika waktu malam. Kadang-kadang dia mempunyai perasaan itu sejak waktu petang sehinggalah malam. Namun, semuanya terasa mustahil kerana dia hanya bersendirian di rumah sewa itu.

Dia melabuhkan duduk di atas sofa. Patung beruang berwarna coklat susu yang agak besar disebelah diambil lalu dipeluk. Sekarang sejak mocha tiada, patung beruang itu lah yang selalu menemaninya.

Dia mencapai telefon yang berada di atas meja kopi apabila kedengaran bunyi mesej masuk. Dia membuka ruangan mesej.

Dia terkejut apabila membaca mesej itu. Lagipun, sudah dua kali dia memblock nombor orang gila itu. Sekarang orang itu menggunakan nombor lain pula.

Cantiknya sweet heart pakai baju tidur hello kitty. Warna pink pula tu baju tidur sweet heart.. Sweet heart tak bosan ke tengok cerita Cicak Terbang tu? Layan laa mesej abang ni..

Macam mana orang gila itu tahu dia pakai baju apa dan buat apa sekarang.
Baru sahaja ingin memblock nombor itu, satu lagi mesej baharu masuk ke dalam peti masuk mesejnya.

AA..AA..AA..Kalau sweet heart block nombor ni juga..abang akan bunuh Haziq malam ni juga.. dan tunang sweet heart pun akan menerima padah yang sama.. jadi, pilihan di tangan sweet heart. Jadilah pemilih yang bijak sweet..Bye، sweet heart..muahh..

Melati yang ingin memblock nombor itu berasa serba salah. Patut ke dia block? Kalau dia block, dia takut psiko tu betul-betul buat apa yang dikata tadi. Kalau tak block, dirinya yang akan sering diganggu. Melati meraup wajahnya. Tertekan!

Melati naik mendaki anak tangga lalu masuk ke bilik untuk tidur. Tidak guna jika berfikir panjang kalau akhirnya dia yang pening nanti sebab pilihan dia akan merisikokan nyawa dua orang yang rapat dengan dirinya.

Pagi itu, Melati yang sedang menyiapkan sarapan untuk dirinya terdengar seperti ada seseorang membaling pintu rumahnya dengan beberapa batu kecil. Dia menuju ke pintu rumahnya dan tiada sesiapa disitu. Yang ada, cumalah beberapa biji batu kecil dan sebuah kotak yang diselit dengan sekeping surat.

Dia mengambil kotak itu masuk ke dalam rumah lalu membuka kotak itu. Dia melempar kotak itu sebaik sahaja melihat isi di dalam kotak itu.

Seekor ayam yang dibunuh dan juga sekeping gambar Hafizul yang ditoreh di muka.

Dia membaca surat yang diselit bersama..

Sweet heart.. perlu ke abang buat tunang kesayangan sweet heart tu macam apa yang abang buat dekat ayam ni? Dia ni pesaing utama abang tau..

Di sebalik tembok tidak jauh dari rumah Melati, ada seorang lelaki ketawa. Dia menyarung helmet dan menunggang kembali motornya.

"Hmm.. perempuan di sebelah rumah sweet heart tu pun pengacau.. nanti aku kirim hadiah dekat perempuan tu. hahaha"

Sebelum dia berlalu pergi, dia sengaja memecahkan cermin kereta seorang penduduk di kawasan itu. Sah orang ini gila!


Continue Reading

You'll Also Like

290K 43.3K 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina dia...
20.8K 1.5K 15
Carlene Edora yang mempunyai trust issue dengan lelaki jadi benci dengan kaum itu. Bila bekas teman lelakinya curang di belakang dia 100 % dia tidak...
2M 68.6K 58
Amaran ⚠️ - CRINGE dan tak pernah edit sejak 2017. " Aku akan buat kau menyesal sebab tolak aku! Dhia. ". Wajah Ayyan sungguh menakutkan hati kecil...
obses By rwby_me

Short Story

198K 4K 20
cerita ini mengisahkan tentang Adam yang teramat obses kepada amanda, Lalu menculik Amanda dan melakukan perkara luar jangkaan. Amanda dipaksa tunang...