Cikguku Suami Private πŸ’œjjk οΏ½...

By Miss_RoseGold

138K 13.5K 3.6K

πŸ‡¨ πŸ‡΄ πŸ‡² πŸ‡΅ πŸ‡± πŸ‡ͺ πŸ‡Ή πŸ‡ͺ πŸ‡© [Siri Bangtan x Readers] πŸ’„K-NovelπŸ’„ Suami hak milik persendirian. Sharing is not... More

🚧 NOTIS PEMBERITAHUAN
Prolog
πŸ’£1
πŸ’£2
πŸ’£3
πŸ’£4
πŸ’£5
πŸ’£6
πŸ’£7
πŸ’£8
πŸ’£9
πŸ’£10
πŸ’£11
πŸ’£12
πŸ’£13
πŸ’£14
πŸ’£15
πŸ’£16
πŸ’£17
πŸ’£18
πŸ’£19
πŸ’£20
πŸ’£21
πŸ’£22
πŸ’£23
πŸ’£24
πŸ’£25
πŸ’£26
πŸ’£27
πŸ’£28
πŸ’£29
πŸ’£30
πŸ’£31
πŸ’£32
πŸ’£33
πŸ’£34
πŸ’£35
πŸ’£36
πŸ“€ 37
πŸ“€ 38
πŸ“€ 39
πŸ“€ 40
πŸ“€ 41
πŸ“€ 43
πŸ“€ 44 🌑
πŸ“€ 45
πŸ“€ 46
πŸ“€ 47
πŸ“€ 48
πŸ“€ 49
πŸ“€ 50 🌑
πŸ“€ 51
πŸ“€ 52 🌑
πŸ“€ 53
πŸ“€ 54
πŸ“€ 55
πŸ“€ 56 🚫
πŸ“€ 57
πŸ“€ 58
🍁 Epilog 🍁
πŸ’ Appreciation Post πŸ’
Cikguku Suami Private S2

πŸ“€ 42

1K 126 40
By Miss_RoseGold

Aku menutup pintu bilik lalu bersandar padanya seketika. Tas tangan yang masih disilangkan pada dada aku lepaskan dan letakkan disebelahku. Kata-kata Namjoon sebentar tadi aku fikirkan semula.

"Hara, aku tahu kau masih remaja dan tak mampu berfikiran matang lebih-lebih lagi dalam perhubungan rumahtangga. Tapi, aku nak kau fikir betul-betul sebelum bertindak. Tanya pada hati kau, kau sayang pada Jungkook atau tak?"

"Aku sayang dia, Joon" tanpa aku sedari, airmata jatuh setitik demi setitik di pipi. Aku menangis semahu-mahunya. Sudah lama aku memendam pelbagai perasaan. Marah, cemburu, geram dan sakit hati. Semuanya aku hamburkan melalui tangisan kerana aku tidak mampu untuk mengungkapkannya melalui kata-kata.

🐛🐛🐛

Jungkook menyisip teh chamomilenya sambil menunggu Seokjin tiba di kafe itu. Sempat lagi dia membaca artikel-artikel berkaitan pendidikan di laman web milik Kementerian Pendidikan.

"Maaf, hyung lambat" ujar Seokjin sebaik tiba di meja yang dihuni oleh Jungkook. Lelaki itu melabuhkan punggung sebelum memesan minuman buat dirinya.

"Ada apa hyung ajak Kook jumpa dekat sini?"

"Amboi, nak ajak adik ipar sendiri minum-minum pun kena ajukan surat rasmi ke?" seloroh Seokjin. Mengekeh tawa dua orang lelaki kacak itu.

"Taklah. Kook cuma pelik. Hyung kan selalu sibuk dengan syarikat dan restoran"

"Aku sebenarnya ada perkara nak dibincangkan dengan kau Jungkook. Tadi, Hara ajak Namjoon berjumpa. Yalah, disebabkan aku tengking dia di sekolah tadi, dia masih berdiam diri dengan aku. Boleh aku tanya sesuatu?"

"Tanya pasal apa, hyung?"

"Korang bergaduh? Hara sampai minta tolong Namjoon uruskan kes perceraian korang berdua" Jungkook terdiam seketika. Cawan tehnya ditenung lama.

"Aku bukan nak masuk campur dalam hubungan kau dan Hara tapi Hara tetap adik aku" Jungkook mengangguk.

"Kook faham apa yang hyung cuba katakan. Kami bergaduh tentang kes juul tu. Dia tuduh Kook sengaja nak gantung persekolahan dia. Dia cemburukan seorang guru baru, Park Hwayoung. Dia anak angkat dalam keluarga Jeon" Seokjin mengangguk faham.

"Aku juga dengar perkara yang sama dari mulut Hara tadi. Tapi Kook tak bermaksud macam tu kan?" Jungkook menggeleng.

"Tak sama sekali. Tapi, Kook pun tak pasti dengan perasaan Kook. Kook tak tahu sama ada Kook cuma rasa bertanggungjawab dengan janji Kook pada eomma atau Kook betul-betul cintakan dia" Seokjin menepuk bahu Jungkook lembut.

"Apa-apa pun, selesaikan dengan cara baik. Kalau kau pun rasakan perkara yang sama dengan Hara, lepaskan dia dengan cara baik. Aku tak mahu sesiapa pun terluka dalam hal ni" Jungkook hanya mengangguk kecil tanda faham.

Setelah hampir sejam mereka berjumpa, akhirnya mereka memutuskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Setibanya di kondominiumnya, Jungkook memarkir Bentley Mulsanne S miliknya di lot parkir yang ditandai dengan namanya.

Dentingan lif menandakan dia telah tiba di tingkat 5, iaitu tempat letaknya unit kondominium miliknya. Suasana suram menyapanya tatkala pintu kondominium terkuak dari luar. Langkah kakinya diatur ke bilik isterinya lantas daun pintu bilik itu ditolak olehnya namun gagal dibuka.

"Kenapa berat sangat pintu ni?" cubaan kali keduanya berhasil. Kelibat Hara yang terbaring di atas lantai itu diperiksanya. Suhu badan gadis itu agak suam berbanding biasa. Tubuh genit itu lantas digendong lalu diletakkan di atas katil bersaiz queen yang terletak di tengah ruangan itu.

"Saya minta maaf pasal siang tadi. Saya tak bermaksud untuk lukakan hati awak. Saya sepatutnya lebih dewasa dalam hal-hal begini" dahi gadis itu dikucup perlahan. Hara membuka sedikit matanya. Alangkah terkejutnya dia apabila ada sesosok tubuh hitam sedang berdiri tepat di belakang Jungkook.

"Jungkook!" Hara lantas menarik lelaki sehingga tersembam di atas tilam. Secara refleks, tubuhnya melindungi lelaki itu.

Bahunya terasa seperti ditusuk dengan objek tajam. Figura itu segera melarikan diri apabila tersilap sasaran. Hara rebah di atas katil, bersebelahan dengan Jungkook. Lampu bilik dihidupkan oleh Jungkook seraya nombor telefon Seokjin didail pantas.

"H-hyung. Datang kondominium Kook, hyung. Hara" panggilannya terus dimatikan. Wajah isterinya pucat seolah-olah tiada darah yang mengalir di dalam tubuhnya.

S

K

I

P

Seokjin dan Namjoon terus masuk ke dalam kondominium kerana pintu terbuka luas.

"H-hyung, Hara tak bernafas" airmata mula bertakung di tubir mata lelaki itu.

"Kau gendong dia ke bawah. Kita terus ke hospital" Jungkook menggendong tubuh kecil yang semakin lemah itu ke kenderaan MPV hitam milik Seokjin. Kepala gadis itu dipangkunya.

Tiba-tiba, Hara mengalami kekejangan. Tubuhnya dipeluk erat oleh Jungkook. Tangisan lelaki itu semakin menjadi-jadi apabila busa putih mengalir keluar dari mulut gadis itu.

"Hyung! Hara kenapa ni?"

"Pegang dia kuat-kuat. Kita dah hampir sampai"

☕☕☕

Jungkook tersandar lemah pada kerusi yang disediakan di ruang menunggu Hospital Mugunghwa. Seokjun dan Namjoon hanya mendiamkan diri sambil melayan perasaan masing-masing.

"Kenapa dia selamatkan Kook? Sepatutnya Kook yang berada di tempat Hara, bukannya dia" Seokjin dan Namjoon memberi perhatian kepada Jungkook. Tubuhnya terus dipeluk erat oleh Namjoon.

"Aku tahu kau perlukan seseorang untuk tenangkan kau. Mungkin pelukan ni sedikit sebanyak boleh tenteramkan kau" Jungkook membalas pelukan abang iparnya lantas kepalanya direhatkan di atas bahu lelaki itu.

"Terima kasih, hyung"

Telefon pintar milik Seokjin bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Nama Taehyung terpapar pada layar telefon pintarnya. Ikon berwarna hijau digeser untuk menjawab panggilan tersebut.

"Hyung, aku baru baca pesanan dari kau. Hara macam mana? Jungkook mana? Aku nak bercakap dengan dia" telefon itu diserahkan kepada Jungkook. Sebaik sahaja Jungkook melekapkan telefon pintar itu pada telinga kirinya, Taehyung mula menghamburkan amarah pada dirinya.

"Kau memang tak boleh diharapkan langsung. Adik aku pun kau tak boleh jaga dengan baik. Suami jenis apa kau ni? Kalau kau tak boleh jaga adik aku, pulangkan dia pada keluarga Kim" Seokjin terus menarik telefon pintar itu daripada tangan Jungkook apabila suara amukan Taehyung jelas kedengaran di gegendang telinganya.

"Tae, jangan serabutkan fikiran dia lagi. Dia pun kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku. Kita tak boleh salahkan dia semata-mata. Ini kemalangan, bukannya dirancang. Tak apalah, kau tenangkan fikiran kau dulu. Aku akan beritahu kau kalau ada perkembangan tentang Hara"

"Keluarga Hara Kim?" pandangan mereka bertiga tertumpu pada seorang jururawat yang baru saja keluar dari wad kecemasan yang menempatkan Hara. Jungkook bingkas bangun dari kerusi itu.

"Saya suami Hara Kim"

"Boleh encik ikut saya ke pejabat Dr. Choi?" Jungkook mengangguk dan terus membontoti langkah jururawat tersebut.

"Dr. Choi, ini suami pesakit tadi"

"Ya, silakan masuk encik" doktor lelaki dengan tanda nama Choi Sunwoo itu membetulkan kaca matanya sebelum membuka laporan kesihatan milik Hara.

"Maaf encik--" lelaki itu berjeda seketika. Jungkook yang memahami kehendak doktor itu terus menyatakan namanya.

"Jeon Jungkook"

"Ya, Encik Jeon. Boleh saya tahu apa yang berlaku? Di mana kedudukan encik dan isteri encik ketika kejadian ni berlaku?"

"Saya pun tak jelas dengan apa yang berlaku. Isteri saya cuba lindungi saya dari seseorang yang memasuki rumah kami. Dalam masa beberapa minit selepas itu, dia mengerang kesakitan dan terus tak sedarkan diri" Dr. Choi mengangguk dan meneliti semula laporan kesihatan itu.

"Menurut pendapat pakar-pakar di hospital ini, Kim Hara telah disuntik dengan bisa ular tedung. Kami juga menjumpai kesan suntikan pada bahagian bahu Puan Hara. Mujurlah encik bertindak pantas. Sekiranya encik terlewat beberapa minit saja lagi, kemungkinan untuk kami selamatkan Puan Hara amatlah tipis. Kalau seperti yang encik ceritakan, mungkin ada unsur khianat dalam kes ini. Keputusan untuk melaporkan kes ini pada pihak polis bergantung pada encik" Jungkook mendengar dengan teliti setiap bait bicara doktor itu.

"Isteri saya macam mana?"

"Encik jangan risau. Isteri encik selamat dan kami akan tempatkan isteri encik di wad eksekutif seperti yang ahli keluarganya inginkan. Rasanya, itu saja yang saya ingin sampaikan" kedua-dua mereka berdiri lalu berjabat tangan antara satu sama lain.

"Apa lagi ujian dalam hubungan kami ni, Tuhan? Adakah Kau tak merestui aku dan dia bersama?"









































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍

























Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Continue Reading

You'll Also Like

405K 42K 57
"yeom, kamu jangan pernah bagi jungkook makan benda manis." "kenapa pun mak ?" "sebab nanti kamu takkan tahan dengan perangai hyper manja dia." tapi...
240K 15.7K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
7.9K 626 24
+ Hanya disebabkan sebuah ciuman, Min Yoona dipaksa menjadi bodyguard kepada Jeon Jungkook? Keadaan bertukar riuh rendah serta menjadi berita hangat...
39.3K 2.6K 39
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...