Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
39
40
Epilog

38

6.7K 131 53
By syyisnn

Aku mengambil plastik berwarna putih yang berisi ubat-ubatan yang telah dikirimkan oleh Hilman.

"Banyak vitamin je ni." Keluhku seraya membaca arahan sebelum memakan ubat itu. Kebanyakannya menyuruhku makan ubat itu selepas makan.

Aku mengerling jam di dinding. Baru sahaja pukul 12 tengah hari. Mikhail juga mungkin pulang agak lewat sikit hari ini. Ellyda juga mungkin pulang lewat juga. Aku pelik juga dengan perilaku Elly sejak kebelakangan ni. Setahu aku, Ellyda tidak bekerja. Tapi, dia pulang ke rumah mengikut waktu pejabat. Yang peliknya lagi, dia cuma keluar hari ini sahaja. Hari yang sama Hilman curi-curi datang ke rumah ini untuk berjumpa dengan aku.

Aneh.

Dia berjumpa dengan siapa? Dia buat kerja apa?

"Jap! Aku nak sibuk pasal dia kenapa?"

Lantas aku mengusir topik Ellyda dari mindaku. Bahan-bahan untuk memasak sambal ayam dikeluarkan. Tiba-tiba aku tergelak kecil. Dulu waktu mula-mula kahwin, memasak pun aku tak pandai. Bukan itu sahaja, menamakan bahan-bahan juga kadang-kadang aku tersilap.

Tapi sejak aku berkahwin dengan Mikhail, serba serbi aku pandai. Mikhaillah yang banyak mengajar aku tentang tugas seorang isteri. Mikhail juga banyak mengajar aku erti cinta dan Mikhail jugalah yang mengajar aku erti kesakitan bercinta.

Jadi, bagaimana untuk aku melupakan cinta pertama aku? Selama ini, aku tidak pernah bercinta. Aku juga tidak mengenal apa itu erti cinta yang sebenarnya. Tapi, setelah aku mengenal Danish Mikhail, aku jadi tahu. Aku tahu semua tentang cinta.

Sampailah aku berkahwin dengan lelaki yang aku cinta, Mikhail. Setiap hari yang aku lalui dengannya begitu indah sehingga aku lupa bahawa manusia juga boleh berubah. Aku terlalu gembira sampai lupa bahawa jika terlalu gembira, duka yang hadir.

Disebabkan kelekaanku, Mikhail berpaling dariku. Cinta yang dahulunya milikku, kini telah dibahagikan dua bersama isteri barunya, Ellyda. Sejak detik itu, hatiku begitu hancur dan kebahagiaan yang aku punya hilang begitu sahaja. Mikhail yang mengajar aku erti bahagia kini mulai mengajarkan aku erti kedukaan.

Walaupun Mikhail punca aku sedih, tetap juga dia menjadi punca aku bahagia. Setiap satu salah yang dilakukannya akan aku tutup dengan setiap satu senyuman aku yang berjaya dibentuk olehnya. Setiap kesakitan yang Mikhail bagi akan cuba aku tutup dengan kebahagiaan yang Mikhail telah beri, termasuklah anak yang berada dalam kandunganku.

Aku pernah cuba membuang namanya dari hati ini. Aku juga pernah cuba membuang perasaan yang telah lama bertandang di hati ini. Aku juga pernah cuba untuk melarikan diri daripada sini. Tapi, itu cuma hanya angan-angan yang takkan aku mampu lakukan. Mikhail sudah memiliki aku sepenuhnya. Jiwa dan ragaku milik dia. Aku tak mampu kehilangan dia, dan aku juga tak mampu untuk meninggalkan dirinya.

Aku tersenyum sambil menumis bawang untuk membuat sambal. Aku sengaja memasak lebih supaya nanti Mikhail balik, dia boleh terus makan dan aku juga boleh berehat. Aku yakin, selepas aku mengambil ubat dan vitamin yang diberikan oleh doktor Ameer, pasti aku akan lali dan mengantuk. Mungkin itu sahaja caranya untuk aku berehat daripada sandiwara dunia.

Aku hanya mengambil masa dalam 6-8 minit sahaja untuk menyiapkan sambal ayam aku. Sambal ayam yang sudah pun masak, aku hidangkan di atas meja makan. Nasi yang sudah lama masak juga aku hidangkan.

"Masa untuk menjamu selera!" Ujarku seraya mencapai pinggan dan memulakan suapan yang pertama. Mungkin situasi aku tika ini tidak seperti isteri orang kerana makan tidak berteman, tapi aku bersyukur kerana aku dapat makan dengan tenang.

Aku tersenyum dan menambahkan lagi nasi di pingganku. Sedap dan mungkin lebih sedap kalau makan berdua? Sudahlah, Ayra..

Usai memenuhkan perutku, aku mengambil ubat-ubatan yang sedari tadi ada di atas meja. Aku mengambil segelas air dan membawanya ke ruang tamu. Habis sahaja ubat-ubatan dan vitamin yang dibekalkan, aku membaringkan diriku di atas sofa. Entah bagaimana, aku mulai terlena dibuai mimpi.

***

"You ni, mengadanya."

Terdengar gelak tawa seorang perempuan yang berlatarkan bunyi gril yang sedang dibuka. Siapa pula?

Baru sahaja aku berkira-kira untuk bangun, tiba-tiba sahaja perempuan itu berjalan memasuki rumah. "Ye you. Ni I baru je masuk rumah I ni. You janganlah mengada sayang."

Sayang? Ellyda call siapa? Mikhail? Kalau Mikhail takkanlah dia sebut 'rumah I'?

"Iye sayang. I love you, I love you so much. Okay? Done?" Ujar Ellyda dengan suara yang dilembutkannya.

"Elly?" Sapaku membuatkan riak wajahnya berubah. Lantas dia menoleh ke kanan sambil aku membangunkan diriku.

Ellyda juga terus mematikan panggilan tanpa memberi kata pamit. "Sejak bila kau ada dekat sini?"

Aku mendekatinya. "Aku memang dah lama baring kat situ. Kau call siapa tadi?"

Ellyda menjeling aku. "Kau sibuk kenapa? Kau ada masalah?"

Ewah perempuan ni. Aku pun tak nak sibuk kalau tak libatkan suami aku.

"Kau call Mikhail ke? Ke kau call jantan lain?"

Aku perasan akan wajahnya yang berubah riak apabila aku menyebut 'jantan lain'. Dia tidak menjawab malah menolakku ke tepi. Aku masih berkeras memintanya jawapan, lantas aku menarik tangannya agar menghadap aku. "Jawablah soalan aku, siapa jantan tu? Skandal kau? Kau dah rampas suami aku, sekarang ni kau nak main kayu tiga pulak ke?"

Ellyda merengus geram. Dia masih berjalan menuju ke tangga dan aku pantas menarik tangannya. "Betullahkan kau ada skandal? Kalau tak betul takkanlah kau nak lari daripada aku kan? Kesian, Mikha. Aku ingatkan kau ni lebih baik daripada aku, tapi kau lagi teruk rupanya."

Ellyda memandangku tajam. "For your information, yes. Aku ada skandal. So, kau ada masalah ke? Please, Ayra. Mind your own business."

Lantas aku menampar pipinya. "Masalah Mikha, masalah aku jugak. Kau tahu tak? Mikhail sayangkan kau, tapi ni kau balas? Kau curang belakang dia dan kau panggil jantan lain sayang?! How dare you?!"

Ellyda ketawa sambil mengusap lenganku. "Ayra.. kau ni baik sangatlah. Kau sepatutnya balas apa yang Mikha buat dekat kau. Tengok aku. Aku belajar curang daripada Mikhail. Dia curang dengan kau dan kau masih dekat sini? Please, Ayra. Mikhail tak layak disayangi langsung." Dan, Ellyda ditampar lagi. Kali ini lebih kuat dan menyebabkan berdarah sedikit di tepi bibirnya.

"Kau tu bodoh, Ayra. Kau tu bodoh!" Herdik Ellyda sambil menolakku seraya suara Mikhail menerpa gegendang telinga kami dan ketika itu Ellyda menarik tanganku agar kembali berdiri dan Ellyda pula berpura-pura jatuh.

"Ya Allah!" Mikhail datang lalu menerpa ke arah Ellyda yang sudah pun terjatuh di tepi anak tangga. Mungkin Ellyda menghentakkan dirinya terlalu kuat sehingga kakinya mengalirkan darah. Aku pasti anak dalam kandungannya dalam bahaya.

"Apa kau buat ni, Ayra?"

Aku? Aku tak buat apa-apa pun.

Belum sempat aku ingin membidas, Ellyda meraung kesakitan dan air matanya deras mengalir. Mikhail berdiri lalu mencempung Ellyda dan seraya itu Mikhail memarahi aku lagi. "Kau keluar dari rumah ni sekarang! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Keluar!"

Aku cuba untuk menghalang Mikhail daripada pergi, tapi perutku yang sakit itu membatalkan niatku. Figura Mikhail mulai hilang dari pandanganku. Lantas aku menghampiri sofa yang menjadi tempatku beradu tadi untuk mengurangkan rasa sakit di perutku. Lama-kelamaan aku merasakan sakit itu makin bertambah dan merasa ada lendiran di celah kakiku.

"MasyaAllah!"

Perlahan-lahan aku menghampiri telefon rumah yang berada di sisi televisyen. Aku mulai menekan nombor Hilman. Aku berharap agar Mikhail membohongi aku bahawa dia memblock nombor selain daripada nombor yang penting.

Apabila bunyi 'tut..tut..tut' bergema di gegendang telingaku, aku tersenyum sambil menahan sakit di perutku. "Hello. Ni siapa ye?" Suara Hilman menyapa telingaku.

"Ayra ni. Izz, tolong saya, Izz. Saya sakit." Ujarku perlahan dengan suara yang bercampur erangan.

"Sakit? Okay, okay. Awak tunggu situ."

Panggilan itu dimatikan. Aku memandang kakiku yang semakin banyak mengeluarkan darah. Ya Allah.. janganlah jadi apa-apa pada anak aku.

Gelas yang berada di atas meja, aku minum sehingga habis. Rasa sakit yang aku rasakan makin mencucuk-cucuk di bawah perutku.

Aku gugur?

Nauzubillahiminzalik..

Sedang ralit memikirkan tentang kandunganku, bunyi hon kereta di luar menganggu mindaku. Lantas, wajah Hilman muncul di muka pintu.

"Ya Allah, Ayra!"

"Izz, awak tolong kemaskan baju saya. Saya dah lipat dalam almari. Awak cuma masukkan dalam bagasi je. Buku-buku atas meja solek pun awak masukkan juga. Semua barang saya, awak masukkan dalam beg tangan saya. Please, Izz. Saya sakit ni."

"Tapi-"

"Tak ada tapi-tapi. Cepat Izz, saya sakit ni."

Lantas Hilman berlari menuju ke bilikku. Aku menunggu Hilman dengan sabar. Rasa sakit yang semakin menikam perutku, aku cuba tahan selagi boleh. Aku berharap Hilman tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengemas barang-barangku.

Baru sahaja aku ingin membaringkan diriku, Hilman muncul dengan wajah yang tergesa-gesa. Aku lihat beg tanganku sudah berada di bahunya. Dua bagasi juga berada di kiri dan kanannya.

"Saya letak dulu barang-barang ni ye?"

Aku mengangguk. Aku juga cuba berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu. Mungkin aku berjalan agak lambat sehinggakan Hilman sudah pun muncul kembali di hadapanku. Dia memandangku seolah-olah ingin meminta sesuatu. Belum sempat aku memerah otak untuk memahami bahasa matanya, mulutnya mulai mengeluarkan kata-kata. "Let me carry you?" Dengan keadaan darurat macam ni, aku terpaksa mengangguk dan membenarkannya mengangkatku.

Dalam perjalanan menuju ke hospital, aku sekadar berdiam diri. Kadang-kadang aku memegang perutku untuk mengurangkan rasa sakit.

"Sabar ye, Ara. Kejap lagi sampai." Ujar Hilman seraya memandu keretanya dengan agak laju daripada biasa. Aku tidak peduli soal itu, asalkan aku sampai di hospital dengan kadar segera.

"Boleh saya pinjam telefon awak? Saya nak mesej Maya."

Hilman mengangguk lembut dan menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan telefonnya. "Nah."

Assalamualaikum, Maya. Ni aku, Ayra. Aku on the way nak ke hospital. Datanglah.

-IzzHilman

Setelah itu aku menyandarkan kepalaku ke seat kereta dan entah bagaimana pandanganku menjadi gelap dan aku tidak lagi melihat atau mendengar apa-apa.

Continue Reading

You'll Also Like

91.2K 5.6K 101
Berdasarkan kisah cinta yang mengikut cara Islam. Ia mengandungi lapan kisah yang digabungkan dalam cerita ini dan masing-masing saling berkaitan. Se...
385K 14.5K 33
"Kenapa you kembali? Kenapa you kembali setelah you buang I dari hidup you?" - DR MAWAR ELENA. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terhenti sek...
79.4K 9.8K 32
[2.0 UNDER HIS SERIES] Afeef X Wildad Pernah dengar hijab terbuka atau lebih selalu didengari sebagai sixth sense? Afeef Benjamin. Dia insan terpilih...
688K 43.6K 103
Psychopath ialah seorang manusia yang bijak dan genius tetapi terlalu banyak berfikir sehingga jatuh sakit. -Take this test before its end your life...