ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔

By sueran_

170K 15.9K 1.3K

❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞ More

Our Mistake🍂
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 48
Bab 49
Bab 50 | Epilogue
New Story Fanfic

Bab 47

2.7K 297 41
By sueran_

" Hwayoung,  ada sorang costumer ni nak jumpa dengan kau."

Aku yang pada waktu itu sedang berada di dalam bilik staff  terkejut dengan kehadiran Yeri. 

" Hah?  Nak buat apa jumpa dengan aku?  "

" Dia nak jumpa dengan owner cafe ni. Dah tak mengaku pulak ke kau ni tauke kedai?  " malas Yeri bercakap. Dia ada banyak lagi kerja.

" Perempuan ke lelaki?  " aku mula bangkit dari duduk.  Mula bangun untuk keluar dari bilik. 

" Perempuan. Dia tunggu kat meja no 15."

Seusai Yeri berkata,  aku terus kearah hadapan cafe. Tercari-cari costumer yang Yeri maksudkan. 

Bila aku hampir sahaja dengan meja bernombor 15 itu,  aku lihat ada seorang gadis yang sedang duduk berseorangan.

Semakin aku hampir dengannya terasa berdebar pula.  Yalah,  tiba-tiba ada je costumer nak jumpa.  Aku ada buat salah ke?

" Cik,  nak jumpa saya ke?  "

Aku tak nampak dengan jelas wajahnya kerana dia sedang menunduk sambil tangannya sedang fokus menyentuh tablet di tangan.  

" Oh. Ya saya. "

Senyuman aku mula mengundur bila dia angkat wajah dan kami saling bertatapan mata.

" Saya Park Roseanne. Masih ingat saya Hwayoung?  " ucapnya sambil bibir tersenyum lebar. 

🍂🍂🍂


" First of all,  I nak mintak maaf because of me,  hubungan you dengan Jimin terganggu.  I'm sorry Hwayoung.  Jimin,  dia tak salah pun. At least you berikanlah dia peluang.  I yang hasut dia sampai dia jadi macam tu dulu. I yang bersalah. "

Kini, aku berjumpa dengan gadis yang mengaku bahawa dia adalah sepupu Jimin ataupun perempuan yang punca hubungan rumah tangga aku tercalar. Aku hanya membisukan diri. 

" Hwayoung.. kita sama-sama perempuan. You know dalam dunia ni manusia akan sanggup buat apa sahaja untuk impian dia tercapai.  And i waktu tu bodoh,  I salah.  You patut hukum I bukan Jimin seorang sahaja. "

" Rose, cukup.  Kalau awak datang kesini nak suruh saya berbaik semula dengan sepupu awak tu saya rasa baik awak batalkan saja niat awak tu.  Dan saya dah lama maafkan awak.  Manusia mana yang tak pernah buat silap. " bicara aku dengan nada mendatar. 

Rose mula buntu.  Dia jadi rasa terbeban. Angkara perbuatan dia dulu hubungan rumahtangga sepupunya mula goyah.

" Awak tahu Hwayoung?  Kenapa saya sukakan dengan sepupu sendiri dulu.  Jimin,  dia seorang lelaki yang baik.  Awak perempuan bertuah kerana dapat dia.  Dia lelaki yang baik Hwayoung. "

" Tetapi bukan suami yang baik.  Cukuplah Rose,  stop bercakap tentang ni.  Saya ada banyak lagi kerja nak buat. "

" Tunggu. " tangan aku segera dicapai oleh Rose.  Terhenti aku seketika daripada beredar dari situ. 

Rose mulai bangun dan pegang kedua tangan aku. Mukanya serius. 

" Saya kenal Jimin.  Dari kecil sampailah sekarang.  Saya tahu,  Jimin macam mana.  Dia bila dah dapat atau sentuh sesuatu yang dia suka,  dia takkan lepaskan. Never until his die. That's his attitude."

Aku jadi tergamam. Kata-kata yang keluar dari mulut Rose ada benarnya.
Sebab itu sehingga kini,  Jimin tak pernah untuk melepaskan aku.


🍂🍂🍂


" Awak,  kita kena buat sesuatu.  Takkan nak biarkan diorang macam tu je? "

Masuk telinga kanan,  keluar telinga kiri.  Jungkook tak ambil peduli sangat dengan apa yang Rose bebelkan.  Dari tadi matanya khusyuk tengok tv sambil mulut sedap mengunyah kuaci. 

Tiba-tiba rancangan televisyen di kaca tv terhenti.  Screen TV jadi gelap.Ada seseorang yang matikan.  Siapa lagi kalau bukan Rose.  Dia dah geram dengan perangai Jungkook yang suka buat tak endah saja sejak tadi.

" Saya tengah bercakap awak dengar tak ni? "

" Saya dengarlah. Dah tu nak buat apa. Saya tak berapa suka masuk campur hal rumahtangga orang. " jawab Jungkook serabut.

" Awak,  saya seriuslah.  Tolonglah saya ni. "

" You yang buat masalah dulu kan.  Bukan II just ngorat you je dulu.  Tak sangka tersangkut. "

Tak semena-mena telinga Jungkook mula dipulas perlahan dan semakin kuat.  Terjerit dia jadinya. 

" Sakitlah youYou nak I gigit you ke apa?  " marah Jungkook.  Habis kebas telinga. 

" I serius you main-main pulak.  Jungkook,  selagi hubungan diorang tak pulih selagi tu hati I tak senang. Kita pun dah nak kahwin nanti.  I rasa bersalah.  " 

Dia pergi berjumpa dengan Hwayoung tadi pun tanpa pengetahuan Jimin.  Dan tak sangka,  hati Hwayoung keras. Benci betul dia pada dirinya. 

Dah kalau aku perosak rumah tangga orang siapa je nak suka? 

" Sia-sia je. Taehyung pun pernah bagitahu.  Dua ekor tu memang ego tinggi melangit. Langit ke berapa tak tahu.  Sorang dengan perangai memaksa,  sorang lagi dengan perangai keras hati.  Itu dah ada anak tu tentu lagi keras. Ada dulu, anak dia pernah terpijak kaki I dulu,  sakit gila!  Dahlah mulut savage kalah Suga hyung. " sempat Jungkook mengutuk anak Jimin si Seojun.

" Habis tu takkan nak biarkan je?  Punca hubungan diorang tercalar disebabkan I.  " Rose gusar. 

" Sayang,  better you jangan buat apa-apa dah. You dah pergi jumpa,  dah explain pun dekat Hwayoung. Settle. You dah buat kerja you.  Sekarang ni just tinggal diorang yang tentukan sendiri hubungan diorang macam mana.  Fokus kat relationship kita lebih baik. "  nasihat Jungkook.

Lagipun Taehyung pernah pesankan hal ini.  Jangan masuk campur jika tak mahu apa-apa risiko.  Biar mereka uruskan sendiri. 

" But I.. "

" You cakap lagi soal ni I gigit you. " Jungkook bagi warning. Rose semakin menjauhkan diri bila sofa yang memuatkan dua orang itu semakin sempit. 

" I.. "

" You nak I gigit betul-betul ke apa? Tak tahu takut?  "

"I ..  I love you! ."

Satu kucupan mengejut singgah di pipi kanan Jungkook. Tak sempat Jungkook nak buat apa-apa,  Rose dah mula larikan diri masuk ke dalam bilik. 

" I gigit you betul-betul!  Biar lebam satu badan!  " Jungkook tersengih sambil mengikut Rose yang sudah sorokkan diri di bilik apartment kediaman milik Jungkook.


🍂🍂🍂


" Serius weh,  aku betul-betul urgent.  Aku tak boleh hantar delivery ni. "

" Habis kalau bukan kau,  siapa lagi nak hantar?  Kau jangan main-main.  Tinggal 1 kek je lagi ni."

" Kasihan la aku.  Adik aku accident. Aku kena tengok dia juga. "

" Lepas kau hantar kek ni tak boleh?  "
" Area tu jauh.  Kau nak adik aku mati ke apa?  "

" Ehh asal ni bertekak?  Gaduh pasal apa ni?  "

Aku menghentikan pertengkaran di antara pekerja aku.  Aku lihat Yeri dengan Mark tengah bergaduh. 

" Ni mamat ni. Tinggal 1 kek je nak dia kena hantar.  Bagi reason adik dia kena masuk wad.  Siapa nak hantar kek? "

" Dah tu kau nak adik aku mati?  Dia excident bodoh!  " Mark sudah hilang sabar.  Cepat-cepat aku menghalang dia dari berdiri dekat dengan Yeri. 

" Takpe,  biar aku yang hantar. Kau Mark,  pergi cepat hospital. " ucap aku. 

" Thankyou bos. " ucap Mark lega dan terus mengambil topi keledar lalu keluar dari cafe.

" Baik sangat dengan pekerja nanti dia pijak kepala kau baru tahu.  Adik dia jatuh basikal je pun.  Kena langgar kereta." ujar Yeri.

" Teruklah tu.  Kau kalau ada orang yang kau sayang cedera,  kau nak biarkan sampai mati?  Tak kan?  " perli aku. Yeri buat muka.

" Sure ke ni kau nak hantar sendiri?  "

" Yalah, lagipun kedai dah nak tutup. Mana alamatnya?  " tanya aku.

Cepat-cepat Yeri ambil satu kotak sederhana besar yang didalamya ada satu kek tempahan.  Dihulurkannya kepada aku dan aku sambut. 

" Nah ini alamatnya. " Yeri menghulurkan aku satu kertas note kecil.

Park Holdings

" Park Holdings?  " bicara aku perlahan tanpa sedar.  Macam banyak kali aku dengar akan nama syarikat ni.  Familiar.

Bila sahaja aku dapat tangkap dimana,  hampir nak terlepas note ditangan aku.

" Wei,  kau okay tak ni Hwayoung?  " tegur Yeri bila Hwayoung tak lepas pandang pada note yang dia hulur tadi.

" Ha ya."

Aku terus keluar bersama dengan kotak cake ditangan.  Enjin kereta mula dihidupkan dan kereta yang dipandu oleh aku itu terus meninggalkan kawasan cafe.

Dalam hati aku berdoa agar tidak terserempak dengannya. 

Park Holdings dimana syarikat itu yang Jimin berkerja selama ini. 


🍂🍂🍂



Mengambil masa kira-kira 45 minit dari cafe aku untuk ke sini.  Bangunan bertingkat tinggi dihadapan aku kini renung.  Park Holdings,  ini adalah kali kedua aku jejakkan kaki disini. 

Lupakan tentang masalah peribadi,  kerja tetap kerja Hwayoung. 

Dengan berat hati,  Hwayoung gagahkan juga dirinya untuk masuk ke dalam. 

" Maaf cik,  saya dari cafe Bless Roll nak hantar pesanan delivery kepada Puan Ruby. Dia ada?  " tanyaku pada wanita yang berada di meja kaunter hadapan.

" Oh ya,  Puan Ruby ada di tingkat 15. Masuk sahaja ke office. "

" Okay, terima kasih. "

Setelah mengucapkan terima kasih, kaki aku laju bergerak ke arah lif.  Sesampai sahaja di tingkat 15, baru aku tersedar aku pernah sampai di tingkat ini. 

Ini dimana office Jimin berada!

Aku ingat-ingat lupa awalnya,  tapi bila lihat sekeliling kawasan office ini aku yakin ini adalah berhampiran dengan bilik kerja Jimin. 

" Maaf menganggu,  Puan Ruby ada?  "
Seorang lelaki yang sedang leka dengan komputer riba dihadapan terkejut dengan teguran aku. 

" Puan Ruby ada di bilik meeting sekarang.  Puan boleh tunggu disitu. " katanya sekilas sambil tangan menunjuk ke arah bilik menunggu.

Aku tanpa sedar mengeluh sekejap.  Bukan apa, kalau dia dah bayar boleh je letakkan aku cake ini dan terus blah. Tapi disebabkan boleh dapat payment lagi, aku kena tunggu. 

Kira-kira dekat 20 minit menunggu akhirnya Puan Ruby keluar dari bilik meeting. Mukanya kusut. Mungkin sibuk fikirkan tentang kerja. 

" cik Hwayoung kan? Dari cafe Bless Roll? " aku ditegur secara tiba-tiba.  Pantas aku bangun dan berjabat tangan dengannya.

" Ya saya hantar delivery cake ni. " kataku dengan senyuman dibibir.  Aku lihat dia menepuk dahi sendiri.  Mungkin terlupa.

" Sorry cik Hwayoung, saya ada meeting habis lambat tadi. Ini bayarannya. Thankyou hantar cake ni.  Tak sangka owner kedai sendiri yang hantarkan. " ucap Puan Ruby sambil menghulur sampul berwarna putih yang ada duit didalamnya.  Aku sambut dengan senyuman tak lekang di bibir. 

" Most welcome. Saya pulang dulu. Saya jual ya. " kataku lega.  Tak sabar-sabar nak blah dari sini.

" Eh nanti dulu, Cik."

Tangan aku di tahan.  Aku lihat Puan Ruby pandang aku lama sambil matanya dikecilkan.  Dah kenapa pulak dia pandang aku macam tu? 

" Awak ni wife Tuan Jimin kan?  "

" Bwo? " Terkejut aku.  Darimana dia dapat tahu?

" Yalah ni!  Saya pernah nampak gambar awak dengan Tuan kat bilik office dia. Oh my God. Sorry Puan!  Saya tak cam awak dari awal lagi. Saya PA Tuan Jimin. " katanya lagi. 

" Ouh er ya. " kataku tak tahu nak bagi respon apa. 

" Tuan tak ada sekarang ni.  Dia sedang ada appoiment dengan client di luar.  Nak saya call dia ke Puan datang sini?  "

" Ehh jangan!  " kataku segera menghalang.  Ini namanya cari maut! 
" Tapi-"

" Saya.. Saya jumpa dia kat rumah jelah.  Okay Puan Ruby,  thankyou ya. " aku terus pergi dari sini.  Lagi lama aku kat sini makin tak tentu arah aku jadinya. 

Fuh lega.  Nasib baik dia tak ada.

Punat lif aku tekan.

Aku tunggu sehingga lif itu bergerak naik ke arah tingkat 15.

Ting! 

Pintu lif mula terbuka dengan sendiri.
Niat dihati ingin masuk kedalam lif
tapi hati aku mula teragak-agak bila aku nampak ada seorang manusia di dalam lif tu.

Encik Suami,

Park Jimin. 





Our Mistake🍂
Bersambung..










Pengumuman.

Dukacita dimaklumkan bahawa,
 
Lagi beberapa bab sahaja lagi story
Our Mistake akan menemui ending.

Thanks for your support!♥

Goodnight🌙

Continue Reading

You'll Also Like

8.2K 901 49
Apa yang Han Yeoreum mahukan hanyalah kehidupan yang normal, menyara hidupnya sebagai pelajar universiti tahun akhir dengan bekerja separuh masa di k...
1M 147K 78
2017 [completed] + she forgot to silent phone while trying to snap her crush
14K 2.6K 44
❝ since when did this magic book exist ? ❞ ─ malay fanfic
230K 35.1K 38
Rupa kacaknya langsung tidak mengusik hatiku. Kerana perangai gilanya yang mencecah level maksimum. Start: 12/1/2019 End: 02/05/2019 Photo [Using For...