✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 �...

By keylasyaff

576K 23.9K 1.9K

⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kana... More

Sinopsis, Prolog, Watak
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Watak Tambahan
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Epilog
Special Chapter I
Special Chapter II

Bab 8

9.3K 475 10
By keylasyaff

SETAHUN KEMUDIAN,

Kelihatan dibaris taman perumahan keluarga Hanif dan Eira itu, rumah mereka sahaja yang masih bercahaya terang. Rumah lain semua sudah gelap gelita. Sudah tentulah gelap kerana waktu sekarang ini sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Semua orang sudah tentu sedang diulit mimpi kecuali Medina, Louis dan Farhan.

Ketiga beradik itu masih sibuk mengulang kaji sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan angka 2 pagi.

"Far, kenapa terang sangat eh? Pergi tutup lampu dapur dengan lampu dekat meja makan. Tinggalkan lampu ruang tamu aje," arah Medina setelah sedar yang suasana rumah mereka terang-benderang. Keadaan pula sunyi belaka.

Tanpa membantah, Farhan meletakkan pennya keatas meja dan melangkah ke suis. Kepalanya sempat mengerling kearah jam sebelum dia menutup suis lampu seperti yang disuruh Medina.

"Pukul berapa dah, Far?" soal Louis pula. Suara garaunya yang serak basak itu membuatkan Medina jatuh suka akan suaranya. Suara je eh? Orangnya... tak!

"Pukul 2," balas Farhan seraya kembali ke meja mereka bertiga duduk. Medina dan Louis mengangguk sebelum masing-masing terdiam. Louis pandang Medina, Medina pandang Louis manakala Farhan pandang Medina dan Louis.

"It's 2 am, Louis. Esok sekolah kan?"

"Sekolah."

Medina menoleh kearah Farhan. "Kenapa kau tak tengok jam, Farhan!" marah Medina.

"Eh, kenapa Far pula?"

"It's 2 am, Farhan! We dont have enough time to sleep!" Medina sudah terhulur-hilir disekitar meja belajar mereka. Louis sudah garu kepala. Mula dah panic attack tak tentu pasal dia tu. Louis mendekati Medina dan kedua bahu Medina dipegangnya. Seraya itu, langkah Medina terhenti.

"Relax. It's gonna be fine. 4 jam quite enough. Lagipun, kita stay up bukan sebab benda yang tak berfaedah. Kita belajar! Kita ulangkaji. Jangan panik, okay? It's gonna be alright." Louis memujuk Medina sambil matanya tepat menikam anak mata hazel Medina.

Medina mengangguk. "Tunggu apa lagi? Marilah kita tidur. Kalau umi dan abi tahu kita stay up sampai pukul 2 pagi ni, mesti diorang marah." Medina, Louis dan Farhan mula mengemas buku-buku mereka yang berselerak diatas meja.

"Itulah. Janganlah kantoi. Lagi-lagi umi," balas Farhan sambil mereka bertiga berjalan kearah tangga.

"Yeah," sokong Louis dan Medina.

"Ehem." Langkah mereka bertiga terhenti apabila terdengar deheman dari seseorang. Bila kepala mereka mendongak, kelihatan Hanif sedang elok berdiri diakhir tangga itu. "Dari mana? Kenapa tak tidur lagi?" Hanif menyoal dengan nada tegas.

"Kitorang baru lepas ulangkaji, abi. Maaflah. Kitorang tak perasan dah pukul berapa. Tahu-tahu dah pukul 2 pagi je." Louis mewakili adik-adiknya menjawab soalan Hanif.

"Kan abi dah pesan, jangan study hard. Tapi study....?" Ayatnya sengaja digantungkan.

"Smart," jawab mereka bertiga.

"Pandai pun. Dah, baik pergi tidur. Bak kata korang pun, kalau umi tahu, mahunya bising. Tak pasal-pasal abi kena tempias. Dah, naik," arah Hanif sambil menuruni anak tangga itu manakala ketiga mereka meniti anak tangga ke bilik mereka. Sempat dia mengenyit mata kearah anak gadisnya. Medina hanya tersenyum.

"No wonder umi fall in love dengan abi," bisik Farhan ditelinga Medina. Medina mengangguk, setuju dengan kata-kata Farhan.

"Selamat malam, adik-adik abang!" Louis mengucapkan selamat malam setelah mereka tiba di depan pintu bilik masing-masing.

"Selamat malam!" Medina dan Farhan membalas serentak sebelum ketiga mereka masuk kedalam bilik dan pintu ditutup rapat.

HARI persekolahan sudah tamat. Namun, Louis dan Medina tidak balik. Mereka perlu pulang kerumah pada pukul 5 petang nanti dek kerana kelas mereka perlu dikemas dan dihias semula. Medina masih lagi duduk dikerusinya sambil tersenggut-senggut.

Tanpa berlengah, Louis mendekati Medina. Meja Medina ditepuk bagi mengejutkan gadis itu daripada terus terlena.

"Jangan nak curi tulang eh? Aku pun mengantuk juga. Tapi takdalah over sangat macam kau," kata Louis kepada Medina. Medina pantas bangun dari duduk. Batang penyapu yang berada ditangan Louis, diambilnya. "Eh..."

"Bagi aku sapu sampah. Kau tu manalah terer sangat menyapu sampah."

Louis membuat muka. "Yelah." Louis melangkah kearah sekumpulan pelajar perempuan kelasnya itu untuk bertanyakan tugas apa yang boleh dibuat olehnya. "Guys, ada apa-apa aku boleh tolong?" Louis menyoal kepada pelajar perempuan itu.

Salah seorang daripada mereka sudah tersengih dan pandang antara satu sama lain. Louis jadi kekok. Medina yang sedang menyapu sampah dipandangnya. Gadis itu jelas tidak menghiraukan Louis.

"Sure. Nah mop. Awak boleh mop lantai." Batang mop dan baldi yang berisi air sabun itu dihulurkan kepada Louis. Louis tidah membantah, malah dia pantas membawa baldi mop itu menjauhi kumpulan pelajar itu.

"Medina, mari ikut kami ambil barang dekat bilik guru." Kirana mengajak Medina.

"Kenapa pula aku kena ikut? Barang tu bukan banyak mana pun, korang jelah pergi ambil," bantah Medina malas.

"Takkanlah kau nak tinggal dalam kelas sorang-sorang dengan Louis? Walaupun korang ni adik-beradik, tapi korang tetap bukan muhrim tau. Kotnya kena tangkap dengan cikgu, mahunya kau yang malu nanti."

Medina menjulingkan matanya. Penyapu disandarkan kedinding sebelum dia mengikuti Kirana dan rakan-rakannya. Sewaktu dia hendak turun dari tangga, dia lihat Wawa tiada dengan mereka. Itu membuatkan Medina terbau sesuatu yang tidak kena bakal berlaku.

Medina naik semula keatas. Namun, dia hanya menghendap melalui celah tangga sahaja. Kelihatan dalam kelas itu hanya ada Louis dan Wawa berdua. Louis pasti tidak sedar akan kehadiran Wawa.

Setelah menarik lengan bajunya sehingga paras siku, Louis mula mengelap lantai kelasnya. Pelajar lelaki yang lain entah kemana. Hanya dia sahaja pelajar lelaki yang tinggal. Nak buat macam mana, kalau dia balik, Medina pun kena balik. Masalahnya, Medina taknak balik. Dan secara tak langsung, dia pun kena ikut Medina sebab Medina paksa. Faham?

Sedang dia mengelap, tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh dari belakangnya membuatkan dia terkejut. Dia pantas menoleh apabila lihat seorang daripada pelajar perempuan tadi sudah tergolek diatas lantai. Nama gadis itu ialah Wawa.

"Auu." Wawa mengaduh sakit. Louis tiba-tiba menggelabah. Dia tak tahu hendak buat apa. Lengan Wawa dipimpin untuk membantu Wawa bangkit dari duduk.

Baru sahaja Louis hendak menarik tangan Wawa, Wawa terlebih dahulu menarik Louis kearahnya sehingga Louis jatuh tertindih keatas tubuhnya. Medina menutup mulutnya, tidak percaya apa yang berlaku dihadapan matanya sekarang.

Baru sahaja dia hendak masuk kedalam kelas, Kirana dan rakan-rakannya kembali bersama guru kelas mereka. Tika itu, Wawa buat-buat meronta dan menangis pura-pura.

"Marlouis! Apa kamu buat ni?!" tengking Cikgu Umar kepada Louis. Louis pantas bangun dari menindih Wawa.

"Cikgu, ini semua salah faham. Sumpah demi Allah saya tak buat semua ni." Louis cuba mempertahankan dirinya.

"Jumpa saya di pejabat. Sekarang!" jerkah Cikgu Umran lagi. Medina pantas memunculkan diri dari celahan tangga itu.

"Cikgu! Nanti dulu! Louis tak bersalah. Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Wawa yang tarik dia!" Medina cuba membela Louis namun kedengaran suara Kirana membantah.

"Cikgu jangan percaya cakap dia, cikgu! Entah-entah dia pun bersubahat dengan Louis. Tengoklah dia keluar dari mana tadi. Dari celah tangga. Nampak sangat dia nak ambil gambar Louis dan Wawa tapi tak sempat. Bawa mereka berdua sekali cikgu!"

Medina dan Louis saling berpandangan. Medina sudah tayang muka garang kepada Kirana. "Kau ni memang dasar..." Baru sahaja Medina hendak menerkam kearah Kirana, Louis pantas menahannya. Namun, Medina sempat menepis tangan Louis.

Medina menerkam Kirana dan tudung Kirana ditarik sehingga terbuka dari kepala.

"Apa masalah kau hah? Aku dengan Louis takda kacau pun hidup korang kan! Sengaja je kan. Eh perempuan macam kau, tak sesuai pakai tudunglah! Manusia bertopengkan syaitan!" jerkah Medina dengan geram. Esakan Kirana langsung tidak diendahkannya. Lagi hatinya terasa puas. Namun, dalam kepuasan hatinya, dia tak sedar yang dia sedang menempah masalah.

"Sudah! Marlouis! Medina! Wawa dan Kirana! Kamu semua ikut cikgu sekarang! Korang ni memang dah melampau!" Louis pantas menarik tangan Medina mengekor Cikgu Umar sementara yang lain terkedek-kedek dibelakang.

"Kau memang suka besarkan masalah kan, Medina?" bisik Louis.

"Aku nak tolong kau aje. Lagipun, kau difitnah."

"Buat apa kau nak tolong aku? Kau lagi besarkan masalah ni adalah. Apa kita nak jawab dengan umi dan abi nanti? Mereka mesti marah teruk dengan kita berdua."

"Kita kena berani kerana benar, Louis. Walau macam mana sekalipun mereka menipu, kebenaran yang sebenar akan terbongkar juga suatu hari nanti."

"What if kalau kita berdua kena gantung sekolah? Paling teruk lagi kena buang sekolah? Lepastu jawatan kita sebagai penolong dan ketua pengawas dilucut?"

Medina terdiam. Dia tertunduk seketika. "It's okay! Biarlah kita kena maki ke, jawatan kita kena lucut ke, kita dipandang hina ke, apa-apapun yang bakal terjadi selepas ni. Asalkan kita sentiasa hadapinya bersama." Entah apa yang merasuk Medina sehingga dia masih boleh berfikiran positif walaupun dalam keadaan begini.

Kata-kata Medina membuatkan Louis tersenyum. Semangatnya kembali ada untuk menegakkan kebenaran.

Medina dan Louis saling berpandangan. Medina sudah tayang muka garang kepada Kirana. "Kau ni memang dasar..." Baru sahaja Medina hendak menerkam kearah Kirana, Louis pantas menahannya. Namun, Medina sempat menepis tangan Louis.

Medina menerkam Kirana dan tudung Kirana ditarik sehingga terbuka dari kepala.

"Perempuan macam kau, tak sesuai pakai tudunglah! Manusia bertopengkan syaitan!" jerkah Medina dengan geram. Esakan Kirana langsung tidak diendahkannya. Lagi hatinya terasa puas. Namun, dalam kepuasan hatinya, dia tak sedar yang dia sedang menempah masalah.

"Sudah! Marlouis! Medina! Wawa dan Kirana! Kamu semua ikut cikgu sekarang! Korang ni memang dah melampau!" Louis pantas menarik tangan Medina mengekor Cikgu Umar sementara yang lain terkedek-kedek dibelakang.

"Kau memang suka besarkan masalah kan, Medina?" bisik Louis.

"Aku nak tolong kau aje. Lagipun, kau difitnah."

"Buat apa kau nak tolong aku? Kau lagi besarkan masalah ni adalah. Apa kita nak jawab dengan umi dan abi nanti? Mereka mesti marah teruk dengan kita berdua."

"Kita kena berani kerana benar, Louis. Walau macam mana sekalipun mereka menipu, kebenaran yang sebenar akan terbongkar juga suatu hari nanti."

"What if kalau kita berdua kena gantung sekolah? Paling teruk lagi kena buang sekolah?"

Medina terdiam. Dia tertunduk seketika. "It's okay! Biarlah kita kena maki ke, jawatan kita terlucut ke, kita dipandang hina ke. Asalkan kita sentiasa bersama." Entah apa yang merasuk Medina sehingga dia masih boleh berfikiran positif walaupun dalam keadaan begini.

Kata-kata Medina membuatkan Louis tersenyum. Semangatnya kembali ada untuk menegakkan kebenaran.

TBC.

Hohohoho double update! Dah lama rasanya saya tak bagi double update. Hehehe. Kesian Louis dan Medina. Apalah reaksi Eira dan Hanif lepasni. Hmm. Takoddd 😣.

Continue Reading

You'll Also Like

151K 6.9K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...
11.4K 627 58
Sikap panas barannya itu membuatkan kebanyakan orang merasakan dirinya menjengkelkan. Namun tidak di mata Rahzain Daniel. Sikap panas baran dan garan...
343K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
325K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...