P S I K O [ 1 ]

By shaieraa

118K 6.3K 1.8K

Apa kau rasa kalau ada seseorang yang selalu memerhatikan gerak geri kau? "sweetheart.. nak pergi mana?" Hidu... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
psiko
Special Bab I
Special Bab II
Special Bab III [ Last ]
Bidadari Abang

Bab 2

8.3K 479 175
By shaieraa

      Melati yang bekerja sebagai pelayan di Cafe RoseVan membuat kerja seperti biasa. Mujur shift kerjanya pada siang hari, dia takut memikirkan kejadian semalam. Takut kalau kejadian tersebut akan berulang jika dia bekerja pada shift malam. Mujur dia hanya menggantikan shift kawannya itu pada satu hari sahaja.

Bunyi loceng di pintu Cafe yang berbunyi menyentakkan lamunan Melati. Loceng berbunyi menandakan ada pelanggan baru yang menjejakkan kaki ke dalam Cafe tersebut.

Melati mengambil kertas menu dan menuju ke pelanggan lelaki yang baru sahaja duduk di meja nombor 7.

“ Ini menunya Encik. ”, Melati meletakkan kertas menu di atas meja.

Lelaki tersebut yang menundukkan kepala melihat telefonnya mengangkat kepala melihat muka Melati.

“Eh Haziq.”, Melati terkejut apabila pelanggan tersebut merupakan Haziq yang menolongnya semalam.

Haziq pula wajahnya beku tanpa riak. Kelakuannya seolah-olah dia tidak mengenali Melati.

“Chicken chop and Orange juice”

Setelah mengambil pesanan, Melati berlalu pergi dan menuju ke bahagian dapur untuk memberikan pesanan makanan.

Oleh kerana tiada pelanggan di dalam cafe kecuali Haziq, Melati duduk di meja berdekatan kaunter.

Telefon pintar Melati mengeluarkan ringtone yang menandakan ada panggilan masuk. Melati mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluarnya.

Dia tersenyum melihat nama pemanggil.

Hello Abang.”

“Sayang.. tengah kerja ke?”

“Ya, Melati tengah kerja ni. Jadi ke kita jumpa petang nanti bang?”

“Erm.. Abang rasa tak boleh la sayang.”

“Alaa.. kenapa pulak? Abang dah janji kan.”

“Abang tak sihat sikit la. Pening kepala dan sakit tekak.”

“Oh ye ke? Abang nak Melati hantar makanan untuk abang?”

“Eh tak perlu. Okay lah Melati, abang nak rehat lah. Baru lepas makan ubat.”

Sebaik sahaja menamatkan panggilan, Melati mengangkat mukanya melihat ke depan. Matanya bertentang mata dengan Haziq yang merenungnya sedari tadi. Melati cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan berlalu ke dapur untuk melihat jika pesanan Haziq sudah siap atau belum.

Semasa menghantar pesanan Haziq, Melati ditanya satu soalan oleh Haziq dengan suara yang keras tak beriak.

“Siapa call?”

Melati mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan Haziq yang tiba-tiba sahaja ingin masuk campur urusan peribadinya.

Pardon?”

“Aku tanya siapa call?”, suara Haziq sedikit meninggi.

“Tunang saya call. Awak tak perlu sibuk urusan saya.”, ujar Melati lalu berlalu pergi dari situ.

Okay..”

Haziq mula menyuap makanan yang dipesan ke dalam mulutnya. Sesekali dia menyedut jus oren untuk menghilangkan dahaganya.

Sedang makan, Telefonnya berbunyi.
Haziq mengangkat telefonnya yang berbunyi apabila ada panggilan masuk.

“Ya tuan.”

“Ada. Baru sahaja sebentar tadi.”

“Saya rasa tak jadi tuan.. mungkin kita perlu teliti balik perkara ni”

“Nampak gayanya, macam tulah.. Nanti saya update dekat tuan.”

Haziq menyambung kembali makannya yang terganggu dek panggilan tadi. Matanya sesekali melirik ke arah Melati yang sedang mengambil pesanan makanan pelanggan yang baru datang.

     

          Melati yang sedang mengambil pesanan makanan pelanggan berasa tidak selesa apabila menyedari Haziq sedari tadi merenung diri dirinya dengan tajam seperti dia telah melakukan kesalahan. Sesungguhnya dia tidak faham dengan Haziq.

Melati mengangguk dan tersenyum manis kepada pelanggannya selepas selesai mengambil pesanan makanan lalu bergerak pergi dari situ.

Melati mendekati kawannya, Maria yang bertugas di bahagian kaunter. Riak wajah Maria seakan terkandung seribu satu soalan.

“Kau ada nak tanya aku apa-apa ke? Tanya jelah.”, kata Melati kepada Maria.

Maria tersengih mendengar kata-kata Melati.

“Kau kenal ke lelaki yang duduk kat meja nombor 7 tu?”, soal Maria seraya memuncungkan mulutnya ke arah meja tersebut.

Melati tahu, lelaki yang dimaksudkan oleh Maria ialah Haziq.

“Kenapa kau tanya? Aku kenal nama dia sahaja”

“Aku tengok dia asyik perhatikan kau jer. Aku ingat dia kawan lama kau ke kan?”

Melati hanya mengangkat bahu dan menjuihkan bibirnya tanda tidak mengetahui sebab Haziq berkelakuan begitu.

Melati kemudiannya segera mengalihkan topik perbualan mereka. Dia tidak ingin Maria terus menerus mendesak dirinya dengan soalan berkaitan Haziq.

Sedang elok rancak berbual, ada seorang lelaki muda datang ke kaunter dan mencari Melati.

“Ya saya, Melati.”

Lelaki muda tersebut menghulurkan satu jambangan bunga kepada Melati.

“Ini ada kiriman bunga untuk Cik Melati.”

Maria dan Melati berpandangan antara satu sama lain. Siapa pula yang baik hati mengirim bunga kepada dia ni.

“Err.. boleh saya tahu siapa yang mengirim bunga ini?”

“Maaf cik, saya tak boleh beritahu siapa pengirimnya.”

“Tunang kau kut, si Hafizul tu.”, celah Maria.

“Ye la kut.”, Melati mengangkat bahunya.

Usai sahaja lelaki muda tadi meninggalkan cafe tersebut, Melati mencari sesuatu di dalam jambangan bunga tersebut.

“Ala.. pengirim dia tak letak kad la. Macam mana aku nak tahu siapa yang kirimkan bunga ni.”

Melati mendekatkan bunga itu pada hidungnya. Wangi.

   

            Shift kerja Melati sudah tamat. Dia melambai tangannya pada Maria sebelum keluar dari Cafe RoseVan itu. Jika diikutkan pada perancangan asalnya, dia dan tunangnya yang bernama Hafizul itu akan berjumpa selepas dia habis waktu kerja. Tetapi, keadaan kesihatan Hafizul pula tidak mengizinkan, jadi mereka menangguhkan pertemuan mereka selepas Hafizul sihat.

Melati mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah sementara hari masih cerah. Sekurang-kurangnya, masih ada kenderaan yang lalu lalang di jalan yang akan dilaluinya itu berbanding pada waktu malam seperti semalam yang sunyi sepi.

Melati berjalan untuk pulang ke rumah dan sebaik sahaja dia tiba di persimpangan untuk masuk kerumahnya, dia ternampak satu bungkusan yang terdapat di dalam plastik berada dia atas lantai di depan pagar rumahnya.

Melati mempercepatkan langkahnya untuk sampai ke rumah. Sampai di depan pagar, Melati mengambil bungkusan tersebut dan membuka bungkusan itu. Bungkusan berbentuk hati itu mengandungi coklat.

Kepalanya memainkan tanda tanya. Siapa yang memberi coklat ini kepadanya. Kalau nak dikata Hafizul, kenapa tidak diberi bersama dengan bunga tadi?

Tetapi memikirkan yang Hafizul belum pernah memberi hadiah termasuk bunga kepadanya, membuatkan dia menolak kemungkinan itu. Jika bunga yang diberi tadi sebagai tanda maaf kerana tidak dapat berjumpa, akal dia masih menerima. Tetapi coklat?

Dia melihat ke dalam plastik untuk melihat jika ada surat atau klu tentang siapa yang memberi coklat itu kepadanya. Ada sehelai kertas berwarna pink yang dilipat empat.

Tangannya mengeluarkan kertas itu dan membuka lipatan tersebut. Matanya tiba-tiba membulat seakan terkejut sebaik sahaja membaca tulisan yang terdapat di atas kertas itu.

Dia segera melihat ke arah sekeliling untuk melihat jika ada orang lain di kawasan itu. Namun tiada sesiapa melainkan dirinya seorang.

Dia menuju ke tong sampah yang terletak elok di tepi pagar rumahnya dan membuang coklat termasuk bunga yang diterimanya tadi. Sejurus itu, dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumah.

Tanpa disedarinya, ada seseorang yang berselindung di sebalik tembok memerhatikan tingkah lakunya yang membuang barangan tersebut. Orang itu mengetap bibir marah dan tangannya mengepal penumbuk.

Melati berpusing ke sana ke mari di dalam rumahnya memikirkan gerangan yang mengganggunya. Matanya melirik kembali pada kandungan tulisan di atas kertas itu.

“Sweetheart dah dapat bunga tadi? Sekarang abang nak beri coklat untuk sweetheart. Hahahaha.. sweetheart, abang akan tetap memerhatikan sweetheart.”

Tiba-tiba ringtone telefon Melati berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan itu tanpa melihat nombor pemanggil.

Kenapa sweetheart buang bunga dan coklat yang abang beri? Sweetheart nak abang mengamuk ke?”

Melati terkejut. Dia segera melihat nombor pemanggil tersebut. Nombor tersebut merupakan nombor yang sama dengan nombor yang menghantar mesej kepadanya semalam.

Dengan pantas, dia mematikan panggilan tersebut dan menuju ke arah tingkap. Dia mengintai di celah tingkap untuk melihat jika ada orang memerhatikannya tadi tetapi tidak ada satu orang pun di luar.

Manusia mana pulak yang mengintip pergerakannya ini. Gila!

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 55 5
"Aku suka kau!" "Awak cakap apa ni? Jangan merepek boleh tak? Saya nak tidur." "Aku tak merepek, sayang." *Gulp* Siapa sangka pertengkaran bagai anji...
14.2K 2.5K 16
Dia nakal ! Dia sweet ! Dia caring ! Dia penyayang ! Dia annoying ! Dia , aku suka ! Sebab dia aku punya ! Bermula dari balingan tin milo kekepala ak...
38.5K 1.7K 22
'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan gadis itu berada di...
2.4K 68 9
( on going ) "My beloved Feria ร€lish Adriana if I caught you try to run away from me again, you will regret it."- Feoral Zyin Gabriel 13+