Maths

By missblossom_

346K 34.6K 7.4K

怎 COMPLETED 怏 šŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY šŸ† šŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 ā€¢ Result
02 ā€¢ Bila mula?
03 ā€¢ First class
04 ā€¢ Homework
05 ā€¢ Special one
06 ā€¢ Lies
07 ā€¢ Abang
08 ā€¢ Advice
09 ā€¢ Visit
10 ā€¢ Perlu ke tipu?
11 ā€¢ f3: Polygons II
12 ā€¢ f3: Algebraic expressions III
13 ā€¢ f3: Linear equations II
14 ā€¢ f4: Quadratic expressions & equations
15 ā€¢ f4: Straight line
16 ā€¢ f5: Graph of function II
17 ā€¢ Weekend
18 ā€¢ SPM trial exam I
19 ā€¢ SPM trial exam II
20 ā€¢ SPM trial exam III
21 ā€¢ Something fishy
22 ā€¢ Break up
23 ā€¢ Life changed
24 ā€¢ Absent
25 ā€¢ Nasihat papa
26 ā€¢ Is he the one?
27 ā€¢ Hot gossip
28 ā€¢ Hidayah
30 ā€¢ Rival
31 ā€¢ Feelings
32 ā€¢ Masih sayang
33 ā€¢ Graduation day
34 ā€¢ Memories
35 ā€¢ Stay with you
36 ā€¢ His family
37 ā€¢ Second mom
38 ā€¢ Cat lover
39 ā€¢ Close friend
40 ā€¢ Alone together
41 ā€¢ His other side
42 ā€¢ Gaduh
43 ā€¢ That night
44 ā€¢ Getting closer
45 ā€¢ The day I
46 ā€¢ The day II
47 ā€¢ Good bye
48 ā€¢ Miss you
49 ā€¢ We did it!
50 ā€¢ New adventure awaits
ā˜ļøŽ Ainril moments ā˜ļøŽ
BOOK 2 is out!

29 ā€¢ Forgive me

5.9K 607 229
By missblossom_

— Maths —





Sudah hampir sebulan Izz bersama Farah. Tiga minggu selepas putus hubungan dengan Ain, entah apa yang menjentik hati lelaki itu. Dia seperti baru sedar akan kesilapan yang dilakukannya. Otaknya hanya memikirkan satu saja.

Ain.

Ya, dia sedar bahawa dia sudah membuat kesilapan besar dalam hidupnya. Melepaskan kekasihnya. Yang dulunya teman rapat yang sentiasa bersamanya saat susah dan senang. Sentiasa menemaninya tatkala dia keseorangan.

Sekarang sudah tiada.




What were you thinking, Faizz? Kenapa kau perlu curang dengan dia??

Hati Izz geram dengan tindakannya sendiri.

Sebab tu orang kata, fikir dulu sebelum bertindak. Jangan ikut perasaan saja. Nanti menyesal, dah tiada guna. Jangan buat suatu keputusan sewaktu berasa sedih atau marah. Sebab bila emosi tak stabil, kita tak dapat nak berfikir secara rasional.

Izz sekarang berada di dalam biliknya, memikirkan kesalahan yang dilakukannya. Dia rasa sangat bersalah melihat Ain menangis bila dapati dia curang terhadap gadis itu tapi pada yang sama, dia marah bila Ain memerlinya. Menggelarnya keanak-anakan. Jadi Izz teruskan untuk bersama Farah, masih berasa geram terhadap bekas teman wanitanya pada hari itu.



Kau kena minta maaf pada dia, Izz. Turunkan ego kau.

Desis hati lelaki itu.





~~~~





Esoknya di sekolah, Izz dan Farah rehat bersama-sama seperti biasa di kantin.

"Eh, tak makan ke Izz?" Tanya Farah bila melihat Izz tidak membeli apa-apa.

Izz hanya menggeleng sebagai respon. Farah yang memandang pun dah mula bimbang.

"Kenapa ni? Ada masalah ceritalah. I cuba tolong apa yang boleh." Kata Farah lembut.

Izz membisu sebentar.

"Takdelah. I tetiba terfikir. You sebenarnya ada perasaan dekat I ke? Or you cuma couple dengan I untuk suka-suka?" Pertanyaan Izz membuatkan Farah terpempan.

"I tahu ini macam soalan mengejut untuk you. Tapi I perlukan penjelasan daripada you. I pun ada benda nak terus terang kat you sebenarnya." Sambung Izz lagi.

Farah mengangguk faham. Dia menarik nafas dan menghembusnya sebelum bersuara.

"Okay, first of all... I nak minta maaf dulu. I tahu, sebabkan I, you dengan Ain berpisah. I sebenarnya... nak balas dendam pada Ain. I'm so sorry. I geram bila tengok dia layan you sweet-sweet depan I macam I ni takde perasaan pula. I pun boleh rasa jealous and lonely juga. So I... I nak bagi dia jealous juga. Actually I takde pun perasaan dekat you. Well, I admit it yang you handsome but sumpah I takde perasaan kat you. I bersama you sebab nak bagi dia rasa apa yang I rasa je. I'm very sorry, Izz..." jelas Farah panjang lebar.

Otak Izz cuba mencerna sepenuhnya kata-kata gadis di depannya ini. Perasaannya bercampur-baur saat ini. Kecil hati ada, lega pun ada.

"It's alright. Bukan salah you pun. Sebab I sendiri yang tinggalkan Ain. So salah I sendiri. I sepatutnya fikir akibatnya dulu sebelum buat sesuatu. Haih..." Izz melepaskan keluhan berat. Menyesal sungguh akan tindakan bodohnya.

Farah berasa simpati terhadap pemuda itu. Dia tahu Izz betul-betul sayangkan Ain memandangkan mereka banyak meluangkan masa sejak kecil.

"So... I guess we should just stop until here?" Kata Izz setelah membisu buat beberapa ketika.

"Stop? Apa?? Maksud you... hubungan kita?"

Izz mengangguk.

"Actually I keluar dengan you pun sebab... I don't know. I just want attention. I nak tengok kalau orang sekeliling I sayangkan I atau diorang cuma pergunakan I. Sebab- haihhh... tak tahulah. I wasn't thinking straight. I don't know what was wrong with me." Terang Izz.

"It's okay, I faham. If you say so, then I'm okay with it. I feel so sorry towards the both of you." Farah berkata dengan nada serba salah.

"Nah.. it's fine."

Mereka berdua mendiamkan diri selepas itu. Walaupun kantin tersebut dipenuhi dengan suara pelajar-pelajar membuat bising, suasana antara mereka terasa sepi saja. Suasana janggal mulai terasa.

Farah cuba menghilangkan perasaan janggal itu lalu bangun untuk membuang plastik kuihnya ke dalam tong sampah berdekatan.

Baru saja dia ingin duduk berhadapan Izz semula, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat tamat.

Mereka berdua bangun dan berjalan menuju ke kelas masing-masing yang terletak di tingkat dua. Sedang berjalan ke tangga, mereka terserempak dengan Ain dan Airil yang baru saja ingin mendaki tangga di blok yang sama. Mereka baru balik dari pusat sumber di blok D.

Langkah Izz dan Farah terhenti. Begitu juga Ain. Airil turut berhenti bila melihat Ain berhenti berjalan.




Dah kenapa dia ni?

Desis hati lelaki itu hairan.

Dia memandang orang di hadapannya itu.



Oh, patutlah.


Mata Ain dan Izz bertembung. Masa seakan-akan berjeda seketika. Perasaan sakit hati timbul dalam hati Ain melihat Izz dan Farah. Situasi di mana dia dan lelaki itu putus hubungan mulai bermain dalam fikiran Ain. Geram yang amat bila memikirkannya.















"Ni nak tenung sampai bila ni? Nak naik ke tak??" Airil memecahkan suasana janggal itu.

Nak tenung-tenung, lepas sekolah nantilah. Sekarang orang nak naik kelas, nak belajar. Adoi...

Ain tidak bersuara, sebaliknya terus mendaki tangga meninggalkan mereka semua. Airil pun mengikut jejak langkahnya.

Aduhai... bila ex-ex bertemu, macam ni ke situasinya? Awkward gila.

Izz dan Farah menaiki tangga setelah Ain dan Airil hilang dari pandangan. Sampai di tingkat dua, mereka berjalan di koridor menuju ke kelas masing-masing.

"Okey, I uhh.. I masuk dulu." Kata Izz bila tiba di depan kelasnya.

"Alright, bye."

Farah meneruskan perjalanan menuju ke kelasnya yang cumalah di sebelah kelas Izz. Dia melangkah masuk ke dalam kelas dan melihat Ain sedang duduk di meja, sibuk membuat kerja.

Ain perasan Farah yang masuk ke dalam kelas itu tetapi dia langsung tak mahu memandangnya. Menyampah.





~~~~





Kringggg!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu balik tiba. Ain cepat-cepat mengemas barangnya masuk ke dalam beg sekolah. Dia menggalas beg tersebut dan berjalan ke arah Airil.

"Weh, hari ni aku tumpang kau kan?" Tanya Ain mendatar.

"Yelah. Semalam kau yang bagitahu aku, ayah kau ada kerja hari ni kan?" Balas Airil.

Ain mengangguk sebagai respon. Dia menunggu Airil menyimpan buku-buku ke dalam beg.

"Cepat sikit weh. Jangan lembap sangat." Katanya bila hilang sabar pula menunggu Airil.

"Amboi, rileklah. Yang kau gelabah sangat ni kenapa? Aku yang bawa kereta." Ujar Airil sambil menggalas begnya.

Ain tidak membalas apa-apa lalu berjalan keluar kelas melepasi kelas Izz. Airil hanya mengikut jejak langkahnya melalui koridor itu.

Izz yang baru saja melangkah keluar dari kelasnya ternampak Ain dan Airil berjalan bersama.




Eish, aku baru nak jumpa dia. Budak tu ikut pula. Ugh.

Bisik hati Izz sambil mata masih memandang mereka yang sedang menuruni tangga.

"Izz? You... erm.. okay, this is getting so awkward. Aku rasa kita kena tukar panggilan kita baliklah kot? Kan?" Kata Farah agak kekok.

Izz mengangguk saja.

"Alright then. Jomlah turun." Ajak Farah.

Izz pun mengiyakan saja dan berjalan beriringan gadis itu menuruni tangga. Keluar saja dari pekarangan sekolah, Farah mengucapkan selamat tinggal kepada Izz sebelum masuk ke dalam kereta emaknya.

Langkah disusun oleh Izz untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sebuah kereta BMW merah. Kelihatan Ain baru saja melangkah masuk ke dalam kereta lalu pintu kereta tersebut ditutup. Pelik Izz melihatnya.



Itu kereta Airil kan? Kenapa dia balik dengan budak tu?

Hati Izz tertanya-tanya.

Kereta itu pun mula membelah jalan raya meninggalkan kawasan sekolah. Izz pun sambung berjalan sehingga tiba di rumahnya iaitu sebuah kondominium.





~~~~





Tiba waktu malam, Izz menatap skrin telefonnya yang tertera ruangan mesej seseorang. Dari pukul 8:10 malam tadi dia berfikir sama ada ingin menghantar mesej kepada Ain atau tidak. Sekarang sudah pukul 8:32 malam. Izz masih berkira-kira ingin mesej wanita itu atau tidak.



Dia mesti tak nak cakap dengan aku dah. Aish, lantaklah. Belum cuba belum tahu.


Akhirnya Izz mula menaip pada ruangan mesej dan menghantar kepada Ain.





Izz: Sara

Izz: I'm so sorry for leaving you

Izz: please forgive me 🥺🥺

Izz: I miss you so much

Izz: I can't live without you





Ain menerima mesej daripada seseorang. Dia membaca notifikasi yang keluar dari atas skrin. Daripada Izz.

Tak nak dia buka mesej itu. Nanti Izz tahu yang dia baca mesej tersebut.





Izz: Saraaaa!

Izz: I tahu you tak buat apa-apa sekarang ni kan?

Izz: biasanya waktu macam ni, you akan main phone je

Izz: I know you're reading this

Izz: reply pleaseee! 🤧💘

Izz: I kenal you macam mana. You selalu baca noti dulu sebelum buka mesej

Izz: kita dah kenal sejak sekolah rendah kan? So yea.. 🤧

Izz: forgive me please.. ☹️

Izz: Saraaaaaa! 😭😭😭

Izz: I'm gonna keep on spamming until you reply

Izz: Ain Qaisara, I'm so sorryyyyy!

Izz: sorrylah Saraaaaa 🥺🥺🥺🥺

Izz: I still sayangkan you 🤧🤧😭

Izz: I minta maaf

Izz: I tahu I childish. Tak dapat cukup perhatian, dah sampai bertindak macam tu sekali

Izz: I sincerely apologise 🥺🥺💓💕💘





Ain semakin menyampah mendengar telefonnya berbunyi dari tadi, menerima mesej daripada Izz. Geram dia bila Izz spam mesej. Lagi menyampah bila lelaki itu guna kata-kata sayang.

Dia pun membuka mesej tersebut dan terus menaip.





F*ck off





Terkejut Izz membaca balasan Ain. Mula-mula, terkejut bila mesejnya dah blue tick. Lepas tu, terkejut bila nampak Ain typing. Lagi terkejut bila Ain sampai guna kata-kata mencarut.





Izz: omg, you replied

Izz: kan I dah cakap. I kenal you ni macam mana ehee..

Izz: sampai hati you carut dekat I? 😔

Izz: belajar mana ni ha? Apa yang budak Airil tu ajar kat you?

Tak perlu nak menuduh

Izz: okay, sorry

Izz: I'm sorry ya sayang 🤧❤️

Izz: I want you back. I miss youuuuu

Izz: I tahu you rindukan I juga kan? 🥺🥺🤧

I don't need you anymore

Izz: jangan cakap macam tuuu :(

Izz: besok I nak jumpa you tau

Izz: I nak get back dengan youuu 😭😭😭

Izz: rindu sangat-sangat

seen





Tergelak sinis Ain membaca mesej lelaki itu.


Heh, bodoh. Pikir aku nak terima kau ke lepas kau sakitkan hati aku? Mimpi jelah.


Dia menunggu apa lagi yang Izz nak mesej memandangkan status menunjukkan Izz typing.





Izz: I know you need some time. I bagi you masa untuk tenangkan diri k? 🥺

Izz: I am truly sorry, Sara

Izz: serius, I harap you dapat terima I semula

Izz: okey, dah lewat ni

Izz: gudnite sayang 🥺💖

seen





Keluhan dilepaskan sebaik saja dia keluar dari ruangan mesej Izz.


Macam mana ni? Aku tak nak bertembung dengan dia ergh.





~~~~





Kringggg!

Waktu persekolahan berjalan seperti biasa. Sekarang waktu rehat. Ain membawa buku novel fantasy yang selalu dibacanya dan melangkah keluar kelas bersama Airil untuk ke perpustakaan.

"Aku nak pergi koperasi jap. Kau pergilah dulu." Ujar Airil.

"Oh okey. Tak nak aku teman ke?" Tanya Ain.

"Tak payah. Nanti orang tengok kang, diorang fikir lain pula."

"Fine." Ain menggulingkan matanya ke atas. "Meh sini buku kau, aku bawakan." Katanya, menghulurkan bantuan.

Airil pun memberi buku rujukan dan bekas penselnya kepada gadis tersebut lalu melangkah pergi. Ain pula meneruskan perjalanannya ke perpustakaan sekolah yang terletak di blok D.














"Ain!"

Sedang berjalan tu, seseorang memanggil nama Ain dari belakang. Langkahnya dengan spontan terhenti bila namanya dilaung. Dia kenal akan suara ni.



Takkan la dia?


Perlahan-lahan Ain menoleh dan mendapati Farah sedang berjalan mendekatinya. Automatik muka Ain memaparkan riak wajah dingin.

"Erm... kau.. kau nak pergi mana?" Tanya Farah sebaik saja tiba di depan Ain.

"Kau nak apa? Cakap jelah. Takyah nak tanya macam-macam." Balas Ain dingin.

Farah senyap seketika. Tak tahu nak mula macam mana.

"Aku... aku nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Aku tak patut buat macam tu pada kawan baik sendiri. Disebabkan aku, kau dengan Izz berpisah. Aku betul-betul rasa bersalah sekarang ni weh, sumpah. Aku harap kau dapat maafkan akulah. Aku tak nak simpan dendam dah. Aku minta maaf sangat-sangat weh." Ucap Farah ikhlas. Hatinya berdoa agar sahabat di depannya ini akan memaafkannya.

Ain cuma membisu mendengar kata-kata Farah. Terkelu dia.


Minta maaf? Apasal tiba-tiba ni??

Desis hatinya.

"Oh, okey. Aku... aku perlukan masa kejap. Sorry." Balas Ain sedikit kekok.

"Aku faham. Tapi serius, aku minta maaf sangat-sangat weh. Aku rasa berdosa kat kawan baik aku sendiri. Sorry tau."

Ain cuma mengangguk sambil mengukirkan senyuman nipis. Farah membalas senyumannya.

"Okey... aku.. aku pergi kantin dululah. Kau tak makan ke?" Tanya Farah.

"Tak, aku duduk library je."

"Oh, alright then. Jumpa nanti."

"Okey."

Farah melangkah pergi meninggalkan Ain di tengah jalan itu. Dia melepaskan nafas lega. Akhirnya, dapat juga minta maaf pada sahabatnya. Harap sangat Allah melembutkan hati Ain supaya dapat memaafkannya.

Ain meneruskan perjalanannya menuju ke blok D. Tangga didakinya. Dia menanggalkan kasut sekolah dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan setelah meletaknya di atas rak kasut yang disediakan.

Termenung kejap dia selepas duduk di tempat yang biasa didudukinya dengan Airil.






Pelik... kenapa tiba-tiba dia minta maaf? Izz pun tiba-tiba je mesej aku semalam, minta maaf bagai. Diorang dah break ke? Haih, should I forgive them?

Sedang Ain dalam fikirannya, teringat dia dengan ayat Airil.





"Tak payah la kau buang masa fikir pasal diorang. Tak dapat apa pun kalau berdendam."

"Maafkan jelah. Apa susah?"




Ain mengeluh perlahan.


Tapi aku masih tak puas hati dengan dioranglah. Sanggup betul buat macam tu pada aku. Sanggup tikam belakang aku. Ergh, geram geram! Bencilahhhh huhuuu.










Drrrr..!

Bunyi kerusi ditarik menyentakkan Ain lantas dia memandang orang yang baru duduk di hadapannya itu.

"Menung apa tu sampai masam muka?" Tegur Airil.

Ain menggeleng. Dia membuka novelnya dan mula membaca. Airil pula mengulang kaji pelajaran subjek Biologi.

Suasana sunyi saja dalam pusat sumber itu sehinggalah Ain bersuara. Dia tak dapat nak fokus membaca. Nak saja dia ceritakan pada Airil tentang apa yang dipendamnya.

"Weh, aku nak cerita sikit ni." Kata dia.

"Apa dia?" Airil menyoal tanpa memandang Ain.

"Ni haa.. tadi... Farah datang minta maaf kat aku."

Airil masih menunjukkan reaksi tenang mendengar kata-kata Ain. Matanya fokus pada buku rujukan Biologinya.

"Hm eloklah. Kau cakap apa kat dia?" Soal Airil.

"Erm... aku cakap aku perlukan masa. Aku masih geram dengan dioranglahhh. Dahlah disebabkan dia, aku dengan Izz break. Ish, menyampah tau!"

"Shhhh!" Seorang pustakawan menyuruh Ain supaya senyap.

Tulah, bising lagi.

Reaksi Airil masih tenang.

"Dah kenapa perlu masa pula? Tak cukup lagi ke dah dekat sebulan korang tak berkawan? Bukannya susah pun maafkan orang."

"Ish, kau tak faham weh. Kau tunggulah nanti. Bila ada orang curi awek kau, baru kau tahu macam mana rasa."

"Okey." Pendek saja Airil membalas.


Aku ada awek? Heh, no.


Ain menjelingnya. Tak best betul bercakap dengan dia ni.



"Lepas tu kan... semalam Izz mesej aku tau."

Terus saja Airil berhenti membaca. Perlahan-lahan dia mendongak memandang Ain di depannya itu.

"Dia cakap apa?" Tanya lelaki itu ingin tahu.

"Dia pun minta maaf kat aku. Dia cakap nak get back dengan aku. Aku pun- aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Kau rasa aku kena buat apa?"

"Buat apa lagi? Kau nak ke get back dengan dia?"

Ain mendiamkan diri mendengar soalan Airil.



Okey, macam mana nak jawab ni?

Ain dah kecut hati bila Airil merenung tajam ke arahnya.

"Kau masih simpan perasaan pada dia ke tak? Jawab."

Terkelu Ain.


Aduh... dia dah buat soal siasat pula kat sini.


Perlahan-lahan Ain menggeleng.

"T-tak..? Kenapa kau... tetiba tanya macam tu?" Tanya Ain gugup.

"Tu gagap tu kenapa? Ada la tu kan?"

"Takkk. Mana ada. Eee, dia ni. Tak caye pula dia."

"Cara kau cakap tu nampak sangat kau masih suka dia kan? Kan?"

"Weh, aku cakap tak tu taklah. Ish, susahlah cakap dengan kau ni."

Ain membuka novelnya semula dan sambung membaca di mana dia berhenti tadi. Airil memandangnya tak puas hati.



Nak mengelak pula dia ni.





~~~~





Kringggg!

Waktu rehat telah pun tamat. Ain bangun dan ingin melangkah keluar dari perpustakaan tetapi Airil tak menunjukkan tanda-tanda nak keluar pun.

"Weh, dah bunyi loceng dah. Takkan tak dengar? Bangunlah." Kata Ain kepada Airil yang masih membaca itu.

"Kau pergilah dulu. Aku nak habiskan baca bab ni dulu." Airil membalas tanpa memandang gadis itu.

"Eee, dia ni. Semangat betul belajar. SPM lagi sebulan kot. Lek ah." Ucap Ain tetapi Airil tidak membalas apa-apa. Malas dia nak bergaduh. Nanti makin galak gadis itu melawan.

Langkah disusun oleh Ain menuju ke pintu utama untuk melangkah keluar dari pusat sumber. Dia berjalan menuruni tangga dan melangkah ke blok B pula. Baru saja dia ingin mendaki tangga, tiba-tiba dia terserempak dengan Izz dan Farah. Terhenti langkah gadis tersebut lantas dia berpatah balik dan berjalan tanpa hala tuju.

"Sara. Sara, tunggulah kejap." Izz memaut pergelangan tangan Ain tetapi ditepis oleh gadis itu.

"Kau nak apa lagi weh? Aku dah kata kan, aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi." Kata Ain keras.

"Sara, please... I'm so sorry. Please maafkan I. I rindu you tau. Semalam I tak boleh tidur lena sebab rindu you sangat."

Mendengar kata-kata Izz, Ain melepaskan tawa sinis.

"Oh? Dah buang aku, baru tahu nak rindu bagai? Weh, cukuplah dengan lakonan kau, Izz. Aku dah penat nak layan. Move on jelah k?"

"Move on? No no.. ingat senang ke nak move on macam tu je? Kita dah kenal selama sembilan tahun, Sara. Lama tu. Memang taklah I boleh lupakan semua kenangan kita bersama."

"Hahah. Masalah aku ke? No. Aku tak kisah pasal kau dah weh. Kau lupa ke apa yang kau buat sebelum ni? Hah? Dah bosan dengan aku, cari yang baru. Wow~ hebat eh kau? Mentang-mentanglah ada rupa, macam ni eh kau?"

"Sara, tolonglah... I tak nak bergaduh lagi. Please forgive me."

"Ew, no. Sudahlah weh, aku nak naik kelas. Tepi sikit."

Ain ingin berlalu pergi tetapi Izz menghalang.

"I'm not letting you go sampai you maafkan I."

"Ya Allah... weh, tepilah. Nanti cikgu nampak kita berdua kat sini kang."

"Maafkan I dulu."

"Aku takkan maafkan kaulah. Ish, sanalah!" Ain cuba menepis tangan Izz yang menggenggam pergelangan tangan kirinya itu.

Dahlah semua pelajar dah masuk ke dalam kelas masing-masing. Farah juga sudah naik ke kelasnya. Tak mahu mereka semua kacau pasangan yang sedang bergaduh. Bahaya.

Sedang Airil berjalan dari blok D sekolah, dia ternampak Ain dan Izz di kaki lima blok C. Nampak gayanya macam mereka tengah bergaduh.


Haih, budak-budak. Ni kalau cikgu nampak ni, mahu masuk ke bilik disiplin ni. Couple kat sekolah. Heih, teruk teruk.

Bisik hatinya.

Airil berjalan ke arah mereka berdua.

"Bro bro, apahal ni? Hah?? Kau sentuh-sentuh anak orang ni, tak tahu malu ke? Tak reti nak hormat orang eh?" Sindir Airil sebaik saja tiba di depan mereka.

Izz memandang Airil, terus dia melepaskan genggamannya pada pergelangan tangan Ain. Ain terus mengusap pergelangan tangannya yang terasa sedikit sakit.

"Eh, kau budak yang mengajar Sara kan? Kau ajar apa kat dia ha?" Tanya Izz dengan muka garang.

"Sara? Siapa Sara??" Airil menayangkan muka hairan.

"Ain laaa! Adumakkk, boleh tahan lembap jugak eh kau ni? Budak pandailah konon." Berang pula Izz jadinya.

"Ohh, Ain? Wow, orang lain panggil dia Ain, kau nak macam-macam pula, panggil dia Sara."

"Suka hati akulah. Yang kau nak banyak tanya apahal? Aku tanya ni, jawablah!"

"Rilek weh, rilek. Aku tak tinggi suara pun, hak alahhh." Airil diam seketika. "Kau tanya apa eh?"

"Ah sudahlah kau!" Izz mengalihkan pandangan ke arah Ain. "Sara, ini ke budak yang ajar you? Budak bengap macam ni, cikgu suruh ajar you?" Tanya Izz pelik.

Ain tak tahu nak balas apa.

Aduhhh, kalau cikgu lalu kat kawasan ni, malu aku! Nanti cikgu ingat diorang berdua berebut aku pula. Aish...


"Oh, aku dah ingat dah. Apa aku ajar Ain? Aku ajar Maths la. Kau dah tahu markah awek kau rendah, bukan nak tolong ajar dia. Lagi nak buang masa, ajak keluar bagai."

"Weh, bahasa kau elok sikit eh? Aku tahulah apa aku buat."

Izz mula mendekati Airil. Panas pula hatinya bila Airil makin giat menyindirnya. Airil langsung tak berganjak dari posisinya. Ain pula sudah menggelabah lalu terus memujuk Izz.

"Izz, jangan macam ni. Dah dah, jom masuk kelas. Ish, nak gaduh jangan kat sini. Cikgu nampak kang." Kata Ain agak geram dengan perangai Izz yang tiba-tiba panas baran.

Izz memandang gadis tersebut dengan pandangan dingin lalu meraup rambutnya ke belakang dan melangkah pergi.

Airil ketawa sinis sambil pandangan dialihkan ke arah lain.


Bodoh, cepat betul naik angin.


Ain yang sedang memandang Izz yang semakin menjauh itu dipandang oleh Airil.

"Tunggu apa lagi ni? Jomlah naik kelas." Katanya lalu melangkah pergi.

Ain mengikut jejak langkah pemuda itu perlahan.





Izz marah sebab aku lagi ke?





❤️❤️❤️

Actuallyyy.. ada lagi idea nak sambung tapi erm... tak sempatlah nak tambah eheheh bacalah yang ni dulu. Okay tarawih lu~ ahahaha pastu tidur, nak sahur besok k 😌✨

Continue Reading

You'll Also Like

949 418 53
KARYA PERTAMA , COVER BY ME ! (on going) Tersalah orang? Itulah yang dihadapi oleh abang rider Go Mamam, Khai. Tapi kerana kesalahannya itulah dia be...
867K 35K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
469K 26.4K 33
Arisya Liana, gadis form 4 yang egonya lebih tinggi dari dirinya. Tengku Aierel Mikael, school's headboy yang tegas. Mulut puaka Aierel sering memba...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 304K 86
怌 completed 怍 怌 inspired by Ouran Highschool Host Club 怍 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...