Maths

By missblossom_

346K 34.6K 7.4K

γ€Ž COMPLETED 』 πŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY πŸ† πŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 β€’ Result
02 β€’ Bila mula?
03 β€’ First class
04 β€’ Homework
05 β€’ Special one
06 β€’ Lies
07 β€’ Abang
08 β€’ Advice
09 β€’ Visit
10 β€’ Perlu ke tipu?
11 β€’ f3: Polygons II
12 β€’ f3: Algebraic expressions III
13 β€’ f3: Linear equations II
14 β€’ f4: Quadratic expressions & equations
15 β€’ f4: Straight line
16 β€’ f5: Graph of function II
17 β€’ Weekend
18 β€’ SPM trial exam I
19 β€’ SPM trial exam II
20 β€’ SPM trial exam III
21 β€’ Something fishy
22 β€’ Break up
23 β€’ Life changed
24 β€’ Absent
25 β€’ Nasihat papa
27 β€’ Hot gossip
28 β€’ Hidayah
29 β€’ Forgive me
30 β€’ Rival
31 β€’ Feelings
32 β€’ Masih sayang
33 β€’ Graduation day
34 β€’ Memories
35 β€’ Stay with you
36 β€’ His family
37 β€’ Second mom
38 β€’ Cat lover
39 β€’ Close friend
40 β€’ Alone together
41 β€’ His other side
42 β€’ Gaduh
43 β€’ That night
44 β€’ Getting closer
45 β€’ The day I
46 β€’ The day II
47 β€’ Good bye
48 β€’ Miss you
49 β€’ We did it!
50 β€’ New adventure awaits
☁︎ Ainril moments ☁︎
BOOK 2 is out!

26 β€’ Is he the one?

5.9K 659 87
By missblossom_

— Maths —





Hari ini, semua cikgu sedang mengadakan perjumpaan di bilik mesyuarat. Jadi, ada latihan yang ditinggalkan untuk murid tingkatan lima untuk disiapkan tetapi pelajar-pelajar kelas 5 Usaha nampaknya sibuk dengan urusan masing-masing. Kebanyakannya cuma bersembang kosong saja. Suasana di belakang kelas riuh-rendah dengan gelak tawa sekumpulan pelajar lelaki yang berkumpul di situ. Entah apa yang mereka main di belakang sana.

Kecuali Airil.

Dia sibuk menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgu. Ada juga beberapa pelajar lain yang membuat latihan tersebut tetapi majoritinya pelajar perempuan.

Ain bangun dan menarik kerusinya duduk di sebelah Airil. Sebelah Airil sepatutnya tempat duduk kawannya, Syafiq tetapi lelaki itu sudah hilang, duduk di tempat duduk belakang, menyertai pelajar lain membuat bising.

          "Airil, tolong aku."  Kata Ain kepada Airil yang fokus membuat latihan esei Bahasa Inggeris.

          "Tolong apa? Aku sibuk ni." Balas Airil tanpa memandang Ain.

          "Alah, ni kerja Kimia ni aku tak faham. Tolonglahhh."

          "Nanti-nanti jelah. Halah kau ni."

          "Alaa weh tolonglahhh. Markah Kimia aku masih rendah tau untuk exam trial hari tu! Aku takutlah kalau dapat C lagi untuk SPM nanti."

          "Pergilah belajar sendiri. Ramai orang dalam kelas ni. Pergi mintak diorang ajarkan."

          "Ala, tak nakkkk. Nak kau yang ajarkan."

          "Tak nak sudah. Aku pun tak nak ajar kau."

          Ain memandang Airil tajam. Dari tadi dia bercakap dengan Airil, mata lelaki itu asyik memandang kertas latihan saja. Dia pun merampas kertas tersebut lalu menyimpannya di dalam laci meja.

          "Woi, kau pahal? Bagi balik!" Marah Airil.

          Habis renyuk kertas latihan dia bila Ain menariknya kasar tadi.

          "Kau ni takde life eh? Kerja belajaaaar je! Cuba buat benda lain sekali sekala."

          "Suka hati akulah. Life aku. Kau sibuk pahal?"

          "Airil tolonglahhh. Pleaseee! Tolong aku buat kerja ni. Aku tak fahammm." Rayu Ain.

          "Alah, kau ni. Pergilah mintak tolong orang lain. Semak ah. Aku nak siapkan esei tu."

          "Tak nak. Tolong aku dulu."

          "Eish, bak sini."

          Buku latihan Kimia dirampas oleh Airil dari tangan Ain. Terus bersinar mata gadis tersebut bila Airil sudi membantu dia.





          10 minit mengajar...

          "Dah, faham tak?" Soal Airil setelah menjelaskan bab lapan, subjek Kimia.

          "Erm... sikit je aku faham. Heheh. Laju sangat kau ajar." Ain tersengih.

          "Kau ni buang masa aku jelah." Buku Kimia ditolak oleh Airil di depan Ain semula.

          "Ala, sorrylahhh. Jap jap, aku baca balik biar faham."

          Ain membuka buku rujukan Kimia topik bab lapan, tingkatan empat dan mula membaca. Airil pula menarik keluar semula kertas latihan eseinya tadi lalu sambung menyiapkannya.





~~~~





          Kringggg!

          Dengar saja bunyi loceng waktu rehat, Airil mengemas barangnya lalu membawa buku rujukan Fizik untuk ke pusat sumber.

          "Airil, tunggu aku!" Kata Ain sambil menyimpan barang-barangnya ke dalam laci meja. Kelam-kabut dia.

          Airil hanya memekakkan telinga dan keluar meninggalkan Ain di dalam kelas. Pelajar lain turut meninggalkan kelas untuk ke kantin. Ain terus berlari anak mengejar Airil yang semakin menjauh. Bahu lelaki itu ditepuk kasar.

          "Eish, aku suruh kau tunggu kan!" Marah Ain. Mukanya cemberut.

          "Buat apa aku nak kena tunggu kau?"

          "Eyy, kenapalah kau ni kejam sangat?" Soal Ain.

          Airil tidak membalas apa-apa. Dia terfikir kenapa wanita itu suka rapat dengannya padahal dia selalu bersikap dingin terhadap Ain. Hatinya mula berasa lain.

          "Weh, teman aku pergi kantin jap."

          "Malas. Kau ajaklah kawan kau tu." Balas Airil.

          "Siapa? Farah? Ugh, aku dah tak kawan dengan dia."

          "Apasal? Sebab dia rampas boyfriend kau, sanggup eh nak putus kawan? Apa yang special sangat dengan budak tu sampai korang berebut dia?" Soal Airil pelik. Keningnya bertaut.

          "Selama tiga tahun kitorang bersama, takde pun Farah tunjukkan yang dia tak suka or tak puas hati dengan hubungan aku dengan Izz. Tiba-tiba je tahun ni dia- haih..." Ain menunduk. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedih dan kecewa terhadap Farah dan Izz.

          "Tak payah la kau buang masa fikir pasal diorang. Tak dapat apa pun kalau berdendam." Ujar Airil.

          "Habis tu nak buat macam mana lagi?"

          "Maafkan jelah. Apa susah?"

          Ain memandang Airil bagaikan tak percaya. Ternganga mulutnya.

          "Weh, aku dahlah sakit hati gila-gila! Kau fikir senang ke aku nak maafkan diorang? Eyy, memang taklah."

          "Hm, suka hati kaulah."

          Airil sememangnya tak kisah dengan masalah orang lain. Malas nak masuk campur dengan drama mereka.

          "Jomlah gi kantin. Kejap je. Nak beli roti."

          "Fine. Tapi kalau beratur panjang, aku tinggal kau."

          "Kau ni boleh tak jadi baik sikit? Ish."

          Mereka berdua pun menyusun langkah menuju ke kantin sekolah.





~~~~





          "Masheh, bang."

          Ain membayar seringgit untuk harga roti jagung yang dibelinya lalu berjalan ke arah Airil yang berdiri tak jauh darinya.

          "Jom. Kita gi-"

          Tak sempat Ain ingin menghabiskan ayatnya, dia ternampak Farah dan Izz masuk ke kantin bersama-sama sambil bergelak ketawa.

          Airil yang perasan air muka Ain berubah terus memandang ke arah yang dipandang gadis tersebut. Dia mengeluh sambil menggulingkan mata bila melihat pasangan harom di depan mata.

          "Jomlah cepat." Katanya mendatar lalu berjalan meninggalkan kawasan itu.

          Ain pun mengikut langkah Airil ke pusat sumber sekolah.

Masuk saja pusat sumber, dia duduk berhadapan dengan Airil sambil menunduk. Bunyi plastik kedengaran menandakan Ain sedang membuka paket roti tadi sambil menyoroknya di bawah meja. Dia pun menggigit roti tersebut dan mengunyah perlahan. Kalau ikutkan, tak boleh makan dalam pusat sumber tapi selamba dia makan.

Airil senyap-senyap memandang gadis di hadapannya melalui ekor mata. Nampak sedih saja Ain ni.

"Buatlah kerja tu cepat. Tadi beria suruh aku tolong. Kau sendiri tak usaha." Tutur Airil cuba jadikan ayatnya sebagai alasan untuk membuka bicara.

Ain pun membuka buku Kimia dengan tangan kirinya lalu membaca soalan tadi. Tangan kanan masih memegang roti jagung Gardenia.

Tiba-tiba, datang dua orang pustakawan ke arah mereka. Nampak macam baru bertingkatan tiga. Takut-takut mereka menegur.

"Um... excuse me. You can't eat in the library." Kata pustakawan Cina itu.

Ain macam tak perasan akan kehadiran mereka berdua dan sambung menggigit rotinya.

"Woi, pekak ke? Diorang cakap dengan kau tu." Buku Kimia Ain diketuk oleh Airil menyentakkan wanita itu.

"Hm?" Ain memandang Airil sekilas dan ke arah dua orang pustakawan itu.

"You tak boleh bawa makanan dalam library." Kata pustakawan satu lagi yang berbangsa India.

"Oh k.."

Dengan muka tak bersalah, Ain bangun lalu keluar dari pusat sumber. Dia menghabiskan roti lalu plastik roti jagung itu dibuang ke dalam tong sampah berdekatan. Gadis tersebut kembali masuk dan duduk di tempatnya tadi. Dia memandang Airil yang sedang membuat latihan Fizik itu.






Ya Allah, naik menyampah aku dengan Airil ni. Kerjanya belajar je. Tak penat ke dia?

Hatinya berbicara.

"Apa pandang-pandang?" Tegur Airil bila perasan Ain tenung ke arah dia.

"Takde apa. Kau tak penat ke do? Belajar sepanjang masa je." Ain bertanya.

"Tak." Jawab Airil ringkas membuatkan Ain menjelingnya. Nak ajak bersembang kejap pun susah.




Mestilah penat. Tapi demi masa depan, terpaksalah aku gagahkan diri ni untuk terus belajar.

Airil cuma berkata dalam hati.





~~~~





"Airil, hari ni takyah belajar boleh? Aku takde mood laa.." ujar Ain sambil memeluk lututnya di atas kerusi.

Sekarang ni mereka berada di rumah Airil untuk mengulang kaji pelajaran bersama. Tapi tak bersemangat pula Ain.

"Yelah. Dah tu buat apa kau datang rumah aku?" Buku aktiviti ditutup oleh Airil lalu dia memandang Ain.

Gadis itu membisu seketika.

"Entah. Rasa nak duduk sini je. Hee.." Ain tersenyum nipis dan kembali termenung.

Airil melepaskan keluhan melihat Ain yang sedih saja hari ni. Dia tahu wanita itu bersedih kerana melihat Izz dan Farah bersama tadi.

"Kau mesti fikir pasal Si Faizz dengan Farah tu kan?" Soal Airil tetapi Ain hanya berdiam diri. Dagunya direhatkan di atas kedua-dua lutut yang dipeluk itu.

"Lek ah weh. Mesti ada hikmah lepas apa yang terjadi. Takyah la sedih-sedih. Allah pisahkan korang mungkin sebab budak tu bukan yang terbaik untuk kau. Kau kena terima seadanya sebab Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa budak Faizz tu buat belakang kau. Allah nakkan yang terbaik untuk hamba-Nya, so bersabar jelah." Nasihat Airil. Tak sampai hati dia melihat kawannya bersedih lama-lama.

Ain mula berasa sebak mendengar nasihat lelaki di hadapannya ini. Pada masa yang sama, dia teringat akan Izz lalu air matanya pun bertakung di tubir mata.

"Aku sayang dia wehhh... aku suka dia sejak sekolah rendah tau. Kau tak tahu, kitorang kenal sejak darjah dua lagi." Air mata dikesat oleh Ain sebelum ia menitis. Pernafasannya yang terasa berat cuba dikawal. Rasa nak nangis aje sekarang tapi tak mahulah depan kawan lelakinya. Memalukan.

"Halah, cinta monyet je tuuu." Kata Airil malas.

"Mana adaaaa! Aku betul-betul sayang dia, okey? Ish, kau ni. Tak membantu langsung."

Airil tersenyum. Terhibur dia tengok muka cemberut Ain selepas mendengar balasannya.





~~~~





Malam pun tiba. Ain baring sambil memeluk bantalnya di atas katil di dalam biliknya yang hanya ditemani dengan cahaya lampu katil saja. Lubang telinganya disumbat dengan earphone lalu sebuah lagu dipasang. Lagu yang menepati mood dan situasinya tika ini.

Bahagia daripada Eza Edmond.





Setiap yang ku lakukan untuk dirimu.
Terasa bagaikan angin berlalu.
Bila dirimu tiada, hatiku rasa hiba.
Kau tanda bahagia, kaulah duniaaa~

Walaupun aku tahu, kau bukan milikku.
Kau perlu tahu sedihnya novel cintaku.
Biarlah yang fahami, hanya diriku saja.
Ku tetap berdoa agar kau bahagia,
Agar kau bahagiaaa~





Ain membiarkan air matanya mengalir perlahan-lahan di pipinya. Dia ingin melepaskan semuanya. Lirik lagu tersebut betul-betul menepati apa yang dirasainya sekarang ni.

Fikirannya mula melayang memikirkan seorang lelaki iaitu Airil. Teringat dia akan nasihat lelaki tersebut petang tadi.





• Flashback •





"Dengar ni weh. Kau rasa... betul ke dia pilihan kau? Kau yakin ke dia yang terbaik buat kau? Kalau ya, kau cuba fikir balik. Kau pasti ke hubungan korang dapat keredhaan Allah kalau sekarang pun korang buat benda yang Allah larang? Sayang ke tu? Buat dosa sama-sama, aku tak rasa itu sayang kot. Entahlah. Mungkin bagi kau, iyalah. Tapi kau pasti yang dia boleh bimbing kau ke jalan Allah? Pasti??"

Ain cuma mendiamkan diri sambil menunduk.

"Weh, tak perlulah kau buang masa bersedih sebab orang yang tinggalkan kau. Buat apa do? Buat sakit hati je. Baik kau duduk rumah, sembahyang, menangis atas sejadah, doa elok-elok untuk masa depan kau. Lantak pi la dekat diorang tu. Takkan tahan lamalah hubungan diorang. Kau tengoklah nanti. Lama-lama diorang bosan, lepas tu break. Sebab apa? Terlalu awal bercinta. Jodoh belum sampai lagi, kau dah menggatal dengan jodoh orang lain. Gila tak? Hahah. Heih, sudahlah Ain. Jangan sedih-sedih lagi eh? Menyampah la aku tengok kau menangis sebab budak tu aje. Result hancur takde pun kau nangis. Sengih adalah."





• End of flashback •





Walaupun pedas tetapi menusuk hati Ain, menyedarkan diri gadis itu untuk berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik. Kata-kata Airil memang tak bertapis. Straightforward saja dia cakap. Lantaklah nak terasa ke apa, kisah apa dia kan?





Ya Allah, berdosanya aku.

          Desis hati Ain dalam kesal.

          Dia bangun dari baring dan menanggalkan earphone dari telinga. Tergerak hati ingin menunaikan solat sunat memandangkan hatinya berasa kosong tika ini. Ain membentangkan sejadah dan menyarungkan telekungnya setelah wuduk diambil. Lamanya tak buat solat sunat. Kali terakhir dia buat, semasa UPSR dulu. Alhamdulillah, doanya termakbul ingin mendapatkan 5A dalam UPSR.

Tapi kini, dia berasa malu dengan Tuhannya sendiri. Jarang sekali dia menunaikan solat sunat selepas darjah enam dahulu.



Astaghfirullah. Apa masih layakkah aku diampuni dosa-dosaku?





Ain menangis sepuasnya dalam sujud apabila mengenangkan nasib hidupnya. Memikirkan berapa lama dia telah menjauhkan dirinya dari Allah dan hanya hidup dengan hiburan dunia. Banyak mengalirkan air mata kerana seorang lelaki namun bukan kerana Allah yang telah banyak memberi nikmat kepadanya.

Dia sepatutnya bersyukur. Allah pisahkan seseorang dari kita mesti ada sebab yang baik. Bukan saja-saja. Allah akan buat apa saja untuk beri yang terbaik untuk kita sebab Dia sayang setiap hamba-Nya.



Ya Allah, sekiranya ini yang terbaik buatku, aku cuba untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan Maha Penyayang. Aku tahu Kau mahukan yang terbaik buatku. Jadi aku redha dengan ketentuan-Mu. Ampunilah dosa-dosaku wahai Tuhan Maha Pengampun.

Ain berdoa dalam sujudnya.

Air mata tidak henti menitis. Sedikit demi sedikit hatinya berasa tenang apabila berbuat demikian.

Bila tak mampu nak luahkan segalanya, kita hanya mampu menangis. Dengan itu, kita dapat melepaskan segala perasaan kita ketika itu.





~~~~





"Okey semuaaa. Mula-mula sekali, saya nak minta maaf sebab lambat serahkan kertas ujian percubaan awak ni. Saya banyak terlibat dengan event luar sekolah dan mesyuarat lagi. So sekarang, saya akan pulangkan balik kertas Matematik awak ni ya?" Ujar Puan Rosha sambil memegang kertas-kertas Matematik Ujian Percubaan SPM pelajar 5 Usaha.

"Nurul Aina. 73%"

          "Muhammad Khairul. 85%"

"Syafiq Haiqal. 79%"

"Ain Qaisara."

Cikgu berjeda seketika melihat markah Ain. Senyuman terukir di bibirnya lalu beliau memandang Ain yang sedang ketakutan itu.

"Tahniah. Satu peningkatan yang besar ya? Daripada gagal kepada A-. 74%"

Kata-kata cikgu membuatkan mulut Ain melopong. Pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut turut terkejut. Biar betul?

"Cikgu tipu kan? Ni mesti terbalik ni. 47% je kan markah saya??" Kata Ain sambil berjalan ke arah cikgu dengan terujanya.

Airil cuma memandangnya. Bibirnya tanpa sedar mengukirkan senyuman pendek melihat Ain yang teruja itu.

"Betuuul~ tak caye, tengoklah sendiri."

Kertas peperiksaan bertukar tangan. Ain melihat markah yang ditulis pada kertas tersebut. Sememangnya 74%. Dia melepaskan tawa.

"Hahahahah! Wehh seriuslah? Ahahahah!"

Entah apa yang kelakar pun tak tahulah. Mungkin sebab dia tak percaya bahawa dia boleh lulus subjek Matematik. Dapat A terus pula tu.

"Nampaknya awak suka ya belajar dengan Airil?" Cikgu bersuara mematikan gelak Ain.

Pelajar lelaki pun dah mula mengusik, cakap "wooohhh~ wuit wuit!" bagai.

          Ain cuma tersenyum nipis. Dia berjalan menuju ke tempat duduknya. Sempat dia singgah di tempat duduk Airil sekejap untuk mengacau lelaki itu.

"Tengok. Result I meningkat 40% you know. Tengok markah kau." Ain memandang kertas ujian Airil. Ternganga dia. "Oh wow... okay bye."

Ain terus berjalan ke tempat duduknya. Terkejut dia bila melihat markah Airil. 99%? Masha-Allah. Nak nangis rasa.

"Pandai awak mengajar, ya Airil? Ain ni otak dia lambat sikit bab Matematik ni tapi awak boleh juga bagi dia mahir. Nanti saya nak mintak tips awak boleh?" Gurau cikgu.

Airil hanya menguntumkan senyuman. Cikgu pun sambung menyebut nama-nama pelajar dan menyerah kembali kertas ujian mereka.

          Farah di tempat duduknya hanya senyap saja. Dia melihat kertas ujiannya. Markahnya cuma meningkat 10% saja. Dia mendapat gred B. Bukannya dia tak bersyukur tetapi bila dibandingkan dengan keputusan Ain, entah kenapa dia berasa malu.





~~~~





          Ain keluar rumah untuk ke pusat beli-belah sebentar. Nak ambil angin sekejap. Dah lama tak keluar jalan-jalan.

          Sedang meronda satu kawasan tu, tiba-tiba mata Ain terpaku pada seorang jejaka tinggi di sebuah kedai dalam pusat beli-belah itu.

          Chad.

          Dia bersama seorang wanita. Tangannya memeluk pinggang ramping wanita tersebut. Ain pantas masuk ke dalam sebuah kedai bagi menyorok dirinya daripada Chad.



          Heh. Hari tu kemain confess, kata akan sayang dan appreciate aku bagai. Sekali keluar dengan perempuan lain. Dasar buaya darat!





❤️❤️❤️

Yayyyy! Hasil usaha Ain dan didikan Airil berbaloiiii. Nampaknya tak sesia mereka meluang masa belajar bersama kan? Ehehheheh. Nantikan part seterusnya k! Ada hot gossip 😬🤪

Continue Reading

You'll Also Like

321K 13.2K 48
Sebaik sahaja 8 orang wanita memasuki Sekolah Kebangsaan Diraja Malaysia,mereka menjadi sahabat baik dan menubuhkan satu grup yang bernama 'Young Lad...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
44K 3K 72
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
137K 12.7K 57
[Budak Setan : Farish Adham] Aku budak setan. Kebanyakkan orang di Golden Teen memandang hina terhadap aku kerana gelaranku. Bagi mereka, aku ini b...