Maths

By missblossom_

343K 34.6K 7.4K

γ€Ž COMPLETED 』 πŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY πŸ† πŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 β€’ Result
02 β€’ Bila mula?
03 β€’ First class
04 β€’ Homework
05 β€’ Special one
06 β€’ Lies
07 β€’ Abang
08 β€’ Advice
09 β€’ Visit
10 β€’ Perlu ke tipu?
11 β€’ f3: Polygons II
12 β€’ f3: Algebraic expressions III
13 β€’ f3: Linear equations II
14 β€’ f4: Quadratic expressions & equations
15 β€’ f4: Straight line
16 β€’ f5: Graph of function II
17 β€’ Weekend
18 β€’ SPM trial exam I
19 β€’ SPM trial exam II
20 β€’ SPM trial exam III
21 β€’ Something fishy
23 β€’ Life changed
24 β€’ Absent
25 β€’ Nasihat papa
26 β€’ Is he the one?
27 β€’ Hot gossip
28 β€’ Hidayah
29 β€’ Forgive me
30 β€’ Rival
31 β€’ Feelings
32 β€’ Masih sayang
33 β€’ Graduation day
34 β€’ Memories
35 β€’ Stay with you
36 β€’ His family
37 β€’ Second mom
38 β€’ Cat lover
39 β€’ Close friend
40 β€’ Alone together
41 β€’ His other side
42 β€’ Gaduh
43 β€’ That night
44 β€’ Getting closer
45 β€’ The day I
46 β€’ The day II
47 β€’ Good bye
48 β€’ Miss you
49 β€’ We did it!
50 β€’ New adventure awaits
☁︎ Ainril moments ☁︎
BOOK 2 is out!

22 β€’ Break up

5.9K 634 122
By missblossom_

— Maths —





          Tepat jam 1:20 petang, loceng sekolah berbunyi menandakan tiba waktu untuk pulang ke rumah. Ain, Izz dan Farah berjalan menuruni tangga blok sekolah.

          "Izz, hari ni kita keluar nak? Kan kita dah plan nak keluar lepas exam. Jom." Ajak Ain sambil berjalan beriringan dengan Izz.

          "Urm... okey, besok kita keluar. Hari ni I ada hal. Nak kena tolong parents I dengan kerja diorang." Izz membalas.

          "Oh, okay then. Good luck."

          "Thanks." Senyuman Ain dibalas Izz.

          Mereka bertiga berjalan menuju ke pagar utama sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Farah melihat kereta emak dia sudah terletak elok di depan sekolah. Dia pun berjalan menuju ke kereta Honda yang berwarna hitam tersebut.

          "Aku balik dulu weh. Bye~"

          "Weh kejap!" Ain menghalang Farah daripada terus berjalan.

          "Nanti kita keluar, nak tak? Kau takde buat apa-apa kan dekat rumah?" Tanya Ain.

          Farah mengerling ke arah Izz sekilas sebelum memandang gadis itu semula. Dia membisu seketika.

          "Ala, sorry weh. Mak aku tak kasi keluar. SPM dah dekat kan?"

          "Alah, dua bulan lagi kot. Lek ah, lama lagi. Takkan keluar sekali pun tak boleh?"

          "Itulah... tapi sorry do. Aku takleh. Aku pergi dululah. Bye."

          "Hurm bye.." Ain membalas lambaian Farah lalu kereta Honda tersebut laju membelah jalan raya setelah Farah menapak masuk ke dalamnya.

          Keluhan dilepaskan oleh Ain.

          "It's okay la, sayang. Lain kali kita keluar sama-sama. Lepas kerja I dah siap nanti, kita keluar eh?" Pujuk Izz lembut sambil bahu Ain dipeluknya.

          "Okey... I balik dulu. Papa dah sampai tu."

          "Alright. Bye, sayang."

          "Bye." Ain melangkah masuk ke dalam kereta papanya dan bergerak pulang ke rumah.

          "Papa, nanti Ain nak ke rumah Farah kejap tau. Kalau boleh, nak pergi sebelum pukul dua." Kata Ain sebaik saja Encik Naem memusing stereng masuk ke sebuah selekoh jalan.

          "Okey. Balik pukul berapa?"

          "Urm... tak pasti. Tapi takpe. Ain balik naik Grab je."

          "Ha yelah."






          Aku yakin ada sesuatu yang tak kena. Dah berapa hari dah selepas habis exam, Izz macam tak mahu pun keluar dengan aku. Farah tu pun satu. Ugh, aku kena cari jugak jawapannya.





~~~~





          Pukul 1:49 petang lagi, Ain sudah sampai di rumah teres Farah. Dia bersalaman dengan papanya lalu melangkah keluar dari kereta. Encik Naem pun memandu pergi dari situ untuk ke tempat kerjanya semula. Ain memandang kereta papa dia sehingga hilang dari pandangan.





          Okey cun. Papa dah pergi. Now, kita tunggu.



          Dia menyorok di sebalik sebuah pokok besar berdekatan dengan rumah Farah.





~~~~





          Hampir 10 minit menunggu, sebuah kereta Jaguar tiba-tiba berhenti di hadapan rumah Farah. Ain yang leka bermain telefonnya terus menoleh memandang kereta tersebut. Hairan dia dibuatnya.




          Kereta Izz ke?

         Hatinya bertanya.

          Seketika kemudian, kelihatan Farah yang sudah elok bersiap melangkah keluar dari rumahnya. Dia berjalan menuju ke kereta Jaguar tersebut. Perasaan geram semakin membuak-buak dalam hati Ain lantas dia pun menunjukkan dirinya lalu berdiri di hadapan Farah. Langkah Farah terhenti serta-merta.

          "A-Ain? Kau... kau buat apa kat sini?" Tanya dia, terkejut dengan kehadiran sahabatnya.

          "Saja. Nak tengok kawan aku ni. Ni kau nak pergi mana ni? Bukan mak kau tak kasi keluar ke?? SPM dah dekat kan? Duduk rumah jelah weh. Study lagi bagus." Ain memerli.

          Farah mati kata. Dia tak tahu hendak membalas apa memikirkan apa yang dikatakannya pada Ain di sekolah tadi. Ain ketawa sinis.

          "Heheh. Oh? Keluar dengan laki aku rupanya. Patutlah selama ni kau lagak pelik bila aku selalu dengan dia. Ha? Kau tikam belakang aku eh perempuan?"

          "Tak weh. Bukan macam tu. Aku-"

          "Apa lagi weh? Kau memang selalu tak puas hati dengan aku kan? Kau geram, cakap dengan akulah! Boleh aku perbaiki diri ni! Bukannya talam dua muka dengan aku!" Suara Ain semakin meninggi.

          Mujurlah sekarang ni ibu bapa Farah tiada di rumah. Kalau tak, dah memalukan diri Ain sebagai teman baik Farah dah.

          "Tak weh. Aku takde perasaan dekat Izz pun sebenarnya. Aku cuma-"

          "Takde perasaan? Hahah. Weh lawak sial. Sumpah lawak. Kau dah takde perasaan, dah kenapa nak keluar dengan dia, Farah?! Weh, aku tak bodohlah. Lakonan korang tak mantap tahu tak? Ada hati nak menipu aku eh?" Ain ketawa sinis lagi.

          Farah mula panas hati. Dia mengetap bibir menahan geram lalu bersuara.

          "Ya. Memang aku tak puas hati dengan kau! Kau tak habis-habis layan Faizz sweet-sweet depan aku! Kau pikir aku ni apa ha?? Patung yang takde perasaan? Weh, aku pun boleh ada rasa cemburulah weh! Takkan kau tak faham?? Kita dah kawan dekat lima tahun!! Kau masih tak faham aku! Apa yang bengap sangat dengan kau ni, hah?!" Farah turut meninggikan suaranya.

          Habislah mereka kalau jiran terdengar. Boleh jadi viral ni gaduh sebab curi boyfriend.

          Terdiam Ain mendengar luahan Farah.

          Jadi memang dia berdengki dengan akulah ni?



          "Oh, sebab tu je? Weh, kalau kau cakap awal-awal, boleh aku stop layan dia macam tu. Tapi tak. Kau pilih untuk tikam belakang aku. Kenapa? Nak balas dendam? Hahah."

          "Perlu ke aku cakap? Kau dah besar weh, tak perlu kot aku nak bagitau. Otak tu boleh guna untuk berfikir. Bukan buat perhiasan dalam kepala kau yang tak bertutup tu!" Farah tiba-tiba mengejek Ain.

          Ain sungguh tak sangka teman baiknya sanggup berkata begitu terhadapnya. Perasaan marah semakin menggunung dalam hatinya.

          "Kau kurang ajar kan? Kau pikir kau pakai tudung ni, hati kau suci sangatlah? Hah?!!" Ain melangkah mendekati Farah.

          Nak saja dia tampar-tampar mulut Farah yang celupar tu. Tapi sabar... jangan melebih-lebih.

          "Apasal? Terasa ke?? Alololoo... maybe Faizz dah tak nak kat kau sebab kau tak reti nak jaga badan kau kot. Sibuk tayang kat semua orang. Murah betul kau-"

          Pap!

          Ain sudah hilang sabar dengan kawan baiknya yang melampaui batas. Pipi Farah ditamparnya. Terkaku gadis yang bertudung shawl itu.

          "Kau melampau eh, perempuan? Kau cakap orang tu, kau pun sama jelah!! Berkepit dengan laki orang! Tak malu ke?! Kau memang siallah, Farah! Sendiri yang murah, nak mengata orang!!" Balas Ain, geram yang amat.

          Farah memandangnya sinis.

          "Ada aku tampar kau ke? Aku cakap je kan?!" Tubuh Ain ditolak kasar oleh Farah.

          "Kau yang meminta! Memang layaklah kau makan pelempang aku ni!! Perasan diri tu mahal sangat!"

          "Eh engkau ni kan-" Farah mula menarik rambut Ain yang diikat satu itu. Terjerit gadis itu dengan tindakan kasar Farah.

          Mereka berbalas-balas memukul satu sama lain membuatkan Izz yang memerhati dari tadi terus melangkah keluar dari keretanya. Sempat kau jadi penonton eh, Faizz?

          "Eh eh! Apa main pukul-pukul ni? Sudah sudah!" Izz terus meleraikan mereka berdua.

          Tubuh Ain ditariknya menjauhi Farah. Habis calar wajah Farah akibat dicakar oleh Ain. Ain pun apa bezanya. Selekeh habis rambutnya ditarik kasar oleh Farah.

          Gadis itu terus membetulkan rambutnya dan mengikat satu semula.

          "Izz, apa semua ni? Kenapa you sanggup curang belakang I?? Apa I buat sampai you marahkan I?" Tanya Ain, geram bercampur kecewa.

          "Takde benda nak dijelaskan sekarang ni. You pergi balik, Sara." Balas Izz pendek.

          "No! I nak tahu sebabnya dulu! Kenapa, Izz? Please... explain to me.."

          "Aku dah kata. Engkau tu murah sangat sampai dia hilang perasaan kat kau." Farah menyampuk.

          "Eh engkau senyap! Aku tak cakap dengan kau pun!"

          Farah membuat muka mengejek bila Ain memandangnya tajam.

          "Sudahlah, Sara. Pergi balik." Kata Izz tegas.

          "Huh? You back up dia, Izz? Kenapa weh? Faizz, tolong jelaskan sekarang!" Hampir menangis Ain bila Izz mempertahankan Farah dan bukannya dia. Perasaan sebak timbul dalam hatinya. Air mata mula bergenang di tubir mata.

          "Sudah Saraaa. Pergi balik!"

          "Izz, kenapa..? Kenapa you perlu tipu I? Apa I buat ha??" Ain cuba menahan air mata daripada menitis namun gagal. Air matanya menitis di pipi bila teman lelakinya bersuara keras pada dia.

          "Sampai hati betul kau, Faizz. Boyfriend jenis apa kau sampai nak back up perempuan tu? Kau memang teruklah. Ini ke maksud kerja kau tu? Kerja parents la konon." Serak basah suara Ain kedengaran walaupun dia begitu marah tika ini.

          "Sara, I tak nak banyak cakap sekarang ni. You balik please. Jangan buat kecoh lagi kat rumah orang." Balasan Izz membuatkan Ain tertawa sinis. Macam orang psiko pun ada bila tengok. Pipi basah sebab mengalirkan air mata manakala bibir menguntumkan senyuman.

          "Okay fine, I pergi. Mulai hari ni, kita break ya, sayang? I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi."

          Sebelum meninggalkan tempat itu, Ain memandang dingin ke arah Farah yang sedang berpeluk tubuh.

          "Dan kau perempuan... kau jangan cakap dengan aku lagi! Aku tak nak tengok muka kau dah lepas ni! Kau ingat eh?!" Usai berkata begitu, Ain berjalan laju meninggalkan pekarangan rumah Farah. Air mata yang menitis lagi diseka kasar.

          Izz melepaskan keluhan berat. Dia memandang Ain yang semakin menjauh itu.




          "Weh, hari ni tak payah keluarlah. Takde mood dah I. Sorry, you boleh balik." Farah tiba-tiba bersuara memecahkan suasana janggal tersebut.

          "Takpe, I faham. I pergi dululah kalau macam tu."

          Farah mengangguk lalu dia dan Izz pun berjalan ke hala yang berbeza. Dia masuk ke dalam rumahnya manakala Izz menapak masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta masih lagi hidup memandangkan niatnya tadi hendak keluar lepak dengan Farah.

          Sebelum memandu pergi, Izz berkira-kira sama ada ingin membawa Ain pulang ke rumah atau tidak.



          Should I bring her to her house? Maybe no... sekarang bukan masanya untuk berbaik. Dia mesti tengah sakit hati dengan aku. Haihhh...



          Gear kereta ditukar lalu dia pun memandu pulang ke rumah sendiri.

          Ain melihat kereta Jaguar Izz yang bergerak melepasinya. Sayu hatinya melihat Izz yang meninggalkannya.





          Tak tergerak langsung ke hati dia nak pujuk aku? Nampaknya dia memang dah tak sayangkan aku dah.

          Bisik hati Ain.

          Dia duduk di atas bangku di sebuah taman yang biasa dikunjunginya untuk bersenam atau lepak. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg sandangnya.



          Takkan la aku nak naik Grab dengan muka macam ni? Nanti macam-macam soalan Pak Cik Grab tanya. Kenapa itu, kenapa ini.





          Satu nama dalam senarai kenalan WhatsApp menjadi tatapan lalu dia menekannya untuk menghantar mesej kepadanya.





Airil

Datang ke Taman Indah kejap

Aku takde transport nak balik :(





          Selang beberapa minit, Ain mendapat balasan daripada pemuda itu.





Airil: kau buat apa kat sana

Entah

Tetiba je sampai sini

Airil: gilalah kau ni

Airil: kau pergi sana boleh, apasal takleh balik pulak?

Tak tahuuuu! 😭😭😭😭

Sinilah datang ambik aku!

Aku seorang je ni :(

Airil: malas ah

Airil: naik Grab jelah. Apa susah?

Takmooooo 😭😭

Nanti aku kena culik kang. Ha, siapa nak cari aku?

Airil: kisah pulak aku

Ish

Please Airil... 🥺❤️

Pleaseeeee!

Airil: haih lecehlah kau ni

Airil: yelah yelah. Tunggu jap

Thanks :3

Sayang kau

seen





          Ain tersenyum tanpa sedar. Entah kenapa dia mudah terhibur dengan Airil walaupun membaca balasan mesej daripada jejaka itu.





~~~~





          Lebih kurang 10 minit Ain menunggu, Airil akhirnya tiba di Taman Indah. Dia menghentikan kereta di hadapan taman tersebut, menunggu Ain untuk keluar. Sebuah mesej dihantar kepada wanita itu.





Mana kau?

Ain: oh? Dah sampai?

Ain: jap jap





          Seketika kemudian, pintu kereta sebelah pemandu dibuka seseorang. Ain melangkah masuk ke dalam dengan hoodie yang dipakainya menutup kepalanya yang menunduk.

          "Thanks. Balik terus rumah aku tau." Katanya dengan kepala masih menunduk.

          Airil memandang dia pelik. Dah kenapa nak menunduk ni?

          "Kau dah kenapa tunduk-tunduk ni? Apasal dengan muka tu?" Tanya dia.

          "Takde apa. Hehe cepatlah gerak." Balasan Ain membuatkan Airil bertambah keliru. Suara dia pun dingin semacam aje.

          Malas Airil nak ambil tahu, dia pun mula memandu meninggalkan taman itu.





~~~~





          "Dah sampai." Airil bersuara sebaik saja tiba di hadapan rumah teres Ain.

          "Oh? Sampai dah? Okay okay, thank you weh. Bye." Pintu kereta dibuka Ain, sedia untuk melangkah keluar.

          "Weh."

          Ain menoleh bila Airil memanggil. Pelik lelaki itu melihat wajah Ain yang agak kemerahan.

          "Apa?" Tanya gadis itu keliru.

          "Kau nangis ke?"

          Tergamam Ain mendengar pertanyaan Airil. Aduh, lupa pula nak tutup muka.

          "Mana ada. Akuuu... entahlah. Bye weh. Muah." Selamba badak Ain bagi flying kiss dekat Airil lantas pintu kereta ditutup setelah dia keluar. Rasa gementar tak pasal-pasal.

          Pagar rumah dibuka lalu Ain melangkah masuk ke halaman rumahnya. Setelah melihat gadis itu masuk ke dalam rumah, Airil memandu pulang ke rumah banglo dia.







          Kenapa dengan dia tu?

          Hati Airil mula tertanya-tanya.





❤️❤️❤️

Dalam hubungan, kita mesti sama-sama berusaha untuk mengekalkan hubungan tersebut agar bertahan lama. Jikalau salah seorang telah putus asa dan seorang lagi saja yang berusaha untuk mengekalkan hubungan tersebut, akan timbul kehilangan kepercayaan satu sama lain dan perasaan sayang akan mula pudar. Mulalah macam-macam konflik.

Kunci hubungan untuk berkekalan adalah kejujuran dan kesetiaan. Always think that your partner is better than anyone else. Sebab dalam dunia ni memang akan ada orang yang lebih baik daripada kita, yang lebih cantik atau kacak daripada kita, yang lebih berkemampuan daripada kita. Kita manusia. We're not perfect, dear.




















Yang masih muda jangan gatal sangat nk couple eh.. baling seterika kang

Continue Reading

You'll Also Like

6.7M 332K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
Lanets By /zu:/

Teen Fiction

2.9M 303K 86
γ€Œ completed 」 γ€Œ inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...
34.1K 2.4K 27
4 kata aku nak cakap "Aku benci perkahwin ni" 2 kata.. "Bagaikan neraka" Tapi 3 kata aku tak mahu lafazkan "Aku ceraikan kau" -pcy
1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...