Us ✔

Galing kay FaryoonaHana

37.6K 2.8K 337

BOOK 1 Pemalu, ayu, sopan santun, lemah lembut? Semuanya ada pada gadis lain tapi tidak pada gadis yang seor... Higit pa

Watak
Prolog
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Epilog
NEW BOOK!

Chapter 58

432 33 5
Galing kay FaryoonaHana







KASUT FLAT tapak rata yang tersarung pada kaki dipandang tanpa sebarang riak. Kaki menguis-nguis rumput. Tak ada kerja.

Besi buaian di tangan digenggam erat. Aku betulkan duduk. Perlahan badan melonjak ke hadapan, menghayun buaian. Badan turut bergerak mengikut ayunan.

Mataku pula tajam memandang ke tanah. Kalau ada lazer ni, boleh timbus sampai lapisan ke berapa pun tak tahu.

Kosong

Rasa kosong sangat hati ini. Memikirkan apa yang aku lakukan di rumah tadi..

Aku berdecit.

Bodohnya aku. Berdosanya aku. Anak jenis apa kau ni Zulaikha?

Aku menghela nafas berat.

Kenapa hidup ni sangat complicated dan penuh ketidaklogikan?

Tangan dikepal penuh perasaan. Kaki menghentak-hentak tanah rata itu. Bebal.
Penat menahan rasa yang menjerut di tekak.

Rasa macam nak jerit je sekarang ni!

Ika oh Ika..

Dah 17, tapi perangai tak matured langsung. Kepala digeleng perlahan memikirkan apa lagi yang akan aku buat pada masa akan datang.

Hujung bibir ternaik. Aku gelak sinis. Gelakkan diri sendiri.

Beberapa detik kemudian, aku mengangkat kepala. Memandang sekeliling. Dah makin gelap.

Aku nak pergi mana ni?

Agaknya dah pukul berapa eh. Solat Maghrib pun belum lagi ni

"Allahu akbar allahu akbar!"

Aku memalingkan wajah, mencari arah laungan azan tersebut. Entah kenapa, hatiku terasa tenang apabila mendengar kalimah itu.

Ia seolah-olah memanggil aku

Ya

Aku masih punya Tuhan untuk meluah. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani. Allah Maha Berkuasa. Aku masih lagi punya tempat mengadu.

Allah..

Maafkan aku. Aku lupa. Aku leka.

Only in God you can find the peace and relief that you're searching for

Bibir mengukir senyum nipis. Maghrib baru je masuk ni.

Aku bingkas bangun, lalu menepuk-nepuk telapak tangan membuang debu dan kotoran. Kaki kemudiannya melangkah meninggalkan taman permainan ini.

Jom solat!






+++++++++++




"Asssalamualaikum warahmatullah.." Imam memberi salam pertama.

"Assalamualaikum warahmatullah.." Diikuti salam kedua.

Kalimah zikir dialunkan dan diikuti bacaan doa selepasnya. Panjang imam ni baca doa. Mendayu-dayu. Sebak makmum yang mendengarnya.

Kalaulah aku belajar Bahasa Arab. Bolehlah lebih menghayati.

Kemudian, aku bersalam-salaman bersama makcik-makcik yang hadir solat jemaah Maghrib di masjid ini.

Itulah..

Yang hadir solat jemaah hanyalah makcik-makcik dalam lingkungan 30-an hingga 50-an dan ke atas. Kanak-kanak ada la seorang dua yang ikut mak tu. Remaja macam aku ni tak ada langsung!

Senang kata aku je lah belia remaja muslimat yang hadir solat jemaah ni. Belah lelaki pun aku sempat usya kejap tadi. Adalah dalam tiga empat orang.

Sedih nak cakap tapi hakikatnya memang macam tu lah.

Golongan remaja sekarang, kalau bab berhibur memang nombor satu. Muka-muka yang penuh dekat mall, arcade, bowling, cinema..

Muka budak-budak remaja belia lah.

Kalau bab-bab keagamaan, cukup susah. Boleh bilang dengan jari je. Kurang sangat sekarang remaja yang libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti masjid, solat jemaah, halaqah ilmu, ceramah..

Jarang sangatlah !

Eleh yang aku pun sembang je lebih. Kali ni pun sebab aku lari rumah je baru nak datang masjid.

*tampar diri sendiri

Langsir yang membahagikan saf muslimin dan muslimat dibuka untuk sesi ceramah selepas solat Maghrib.

Aku yang masih kemas bertelekung mengambil tempat di hadapan. Menyelit dekat makcik-makcik.

Bukan boleh duduk sorang-sorang. Mengantuk!

Sepanjang sesi ceramah berjalan, mataku tak lepas dari memandang ustaz yang memberi ceramah.

Muda lagi wei. Baru 25. Sudah la penuh dengan ilmu agama di dada, berkemampuan juga untuk menyebarkan di khalayak ramai. Alhamdulillah.

Dah la segak ustaz tu. Tapi tu lah nakal-nakal sikit tengok caranya. Brutal. Jenis kasi ayat deep dan pedas punya.

Makin lama memerhati si penceramah, terus mengingatkan aku kepada Eiz.

Eiz pun sometimes macam tu

Personaliti memang nakal. Jahat.

Tapi dalam jiwanya penuh dengan ilmu dan pengajaran. Banyak benda dah dia ajar aku.

Huhu rindu Eiz 😭😭

Kepala digeleng.

Hm dah melencong mana dah ni. Dengar ceramah ke berangan?









#/#/#/#/#/#/#/#/#/#/#





Cuaca semakin sejuk ditambah dengan angin malam yang kuat. Guruh pula selang-selang berbunyi. Tapi tu lah sampai sekarang masih tak turun hujan.

Haihh mengantuknya..

"Weh Luth besar nanti kau nak jadi apa?" Dzar bertanya tiba-tiba. Buku ditutup. Bosan baca lama-lama.

Saja nak kacau. Nak hilangkan mengantuk.

Luth tergelak kecil mendengar soalan mengejut Dzar.

"Entah. Tak tahu lah. Tak ada cita-cita." Kepala ditundukkan semula untuk menulis.

"Tapi aku rasa aku akan sambung ambil alih kelas taekwondo ayah aku kot. Aku pula handle kelas tu. Itu pun kalau ayah aku dah stop nak mengajar." Sambung Luth lagi.

"Kira kau nak jadi cikgu lah ni?" Naufal menyampuk.

"Itu yang sambil-sambil. Main ambition aku tak ada. Entah. Tak terfikir nak jadi apa besar nanti. Follow the flow je." Balas Luth.

"Kau Naufal?" Dzar menyoal lagi.

"Aku?" Naufal sengih.

"Engineer."

Semua mata di situ kalih melihat Naufal. Tayang muka tak percaya.

"Engineer?"

Rafiqy menyakat. "Kau pandai ke lukis-lukis ni. Kau lukis dah la buruk."

"Kau ingat engineer ni kerja dia lukis-lukis je ke?" Naufal kembang hidung.

"Ya lah dah tu? Buat apa je?"

"Aku plan nak apply electrical engineering. Nak ikut Paksu aku. Macam best je. Tak adalah fokus sangat yang outdoor punya kerja."

"Sejak bila kau tukar cita-cita ni? Bukan kau nak jadi lecturer ke?" Eiz kerut dahi.

"Itu dulu.. Aku dah fikir masak-masak dah sekarang. Kalau tak boleh jadi engineer pun, aku jadilah lecturer bahagian engineering."

Yang lain hanya mengangguk.

"Kau pula Eiz?" Soal Luth dan Dzar serentak.

"Tentera."

"Serious la Eiz?" Naufal pandang tak percaya.

"Botaklah kau nanti.." Luth usap rambut Eiz.

"Hangitlah kau. Hitam legam. Nanti bila-bila jumpa dah tak kenal. Rupa orang pun dah tak nampak." Rafiqy provok.

"Eh ingat aku ni puteri lilin macam kau ke? Masuk kawad pun tak nak. Panaslah. Penat lah. Nak pengsan lah. Lembik!" Ambik kau sekali Eiz balas.

Rafiqy menjeling. "Biarlah. Aku malaslah kawad-kawad ni. Boring."

"Ceh, boring kepala hotak kau. Cakap je lah kau takut hitam." Dzar tampar bahu Rafiqy.

"Kau ni jantan jenis apa sia?"

Luth menggeleng. "Ini bukan jantan. Ini sajat."

Berdekah satu meja gelak. Termasuklah Ayyad yang mendiamkan diri dari tadi. Dia tu pasang telinga je.

Ayyad memang macam tu. Jenis tak banyak cakap sangat plus 'serious'. Tapi sekali naik gila, hm kalah mulut murai.

"Bab* la korang ni." Gumam Rafiqy perlahan sambil ketawa kecil. Tak guna betul ada kawan-kawan hanat macam ni.

"Lepas ni gelaplah kau Eiz." Sambung Dzar.

"Gelap macho apa. Putih sangat macam bapok." Jawab Eiz cover diri sendiri.

"Tentera bukan ada physical test ke? Kalau kau tak layak macam mana?" Kata-kata Luth mendapat perhatian.

Betul juga tu.

"Aku masuklah polis pula." Jawab Eiz yakin.

"Kalau aku tak lepas tentera at least aku kena juga dapat polis. Nak jadi Pasukan Gerakan Awam. Dia macam polis hutan ah, separa tentera tapi under polis."

"Oouhhh.." Yang lain hanya mengangguk faham.

"Tapi tak apa. Muka kau ni harap juga la nak jadi pewira negara. Lainlah kalau Fiqy, seribu tahun pun aku pun tak percaya." Naufal memandang Rafiqy bersama senyuman mengejek.

Fiqy menghadiahkan sebuah jelingan dan muka menyampah. Malas nak gaduh.

"Tapi kesian la anak bini kau nanti kena tinggal." Ujar Naufal lagi.

"Kan?" Dzar angkat kening sambil memandang ke arah Naufal. Turut bersetuju.

"Haah. Kesian Ika nanti weh." Rafiqy ketawa. Begitu juga yang lain.

Saja nak sakat Eiz.

Riak wajah Eiz dari gembira perlahan-lahan berubah serious. Terkedu.

"Betul juga apa yang diorang cakap. Takkan aku nak tinggalkan Ika?"

Termenung.

"Wei kau nama Ika jangan sebut-sebut. Kawan tu dah tak sabar tu nak jumpa kekasih hati. Rindu.. Dua minggu beb dah tak jumpa." Naufal menambah.

"Haah la aku lupa yang kes Ika tu. Dia tak bersalah en?" balas Rafiqy.

"Serious la? Mana kau tahu?" Luth memandang Naufal sekilas. Ayyad dan Dzar juga turut memandang ke arahnya.

"Eiz bagitahu aku tadi."

"Wehh kau bagitahu Fal dengan Fiqy je? Sampai hati.." Dzar cebik mulut. Merajuk.

"Dah diorang je dorm sekali dengan aku. Mana sempat nak bagitahu korang. Lagipun baru pagi tadi je tahu pasal ni." Jawab Eiz bersahaja.

"Cerita la weh apa jadii.."

"Nanti la aku story. Panjang cerita dia."

"Hummm.. Ya lah ya lah.." Pasrah je geng tiga orang yang bukan pengawas tu. Dzar, Luth dan Ayyad.

"Tapi itulah.. Pengetua tak maklum lagi dekat parents dia." Eiz menggumam perlahan.

"Alahh, esok pengetua bagitahu la tu." Dzar senyum mengusik. Yang lain juga turut mengangguk setuju.

Bibir Eiz perlahan menarik senyum. Wajah ditundukkan supaya tak ada siapa yang perasan. Tiba-tiba hati ini teringatkan Ika.

Yup, nanti lusa ni dapatlah nak tengok muka dia lagi...

Haih rindunya kat budak garang tu..!

Tak semena-mena badan Eiz ditolak Dzar di sebelah. Membuatkan dia tersedar dari angan-angan.

"Kau ni en pantang orang sebut sikit, cepat je angau!"

"Hehe.." Eiz sengih tayang gigi.

"Kau ni Dzar duk tanya-tanya orang. Kau nak jadi apa?" giliran Eiz menyoal pula.

"Ustaz kot. Aku tak nampak benda lain dah." Jawab Dzar sambil angkat bahu.

Naufal senyum. "Kau punya aku boleh agak."

"Kau Ayyad?" Semua berpaling melihat Ayyad yang berada paling hujung.

"Doktor." Mulut menjawab sambil tangan masih menulis.

"Fuhh.."

"Oh ada juga eh yang nak jadi doktor dalam geng kita ni."

"Boleh ah wei nanti kalau aku sakit, aku jumpa kau terus la."

"Jadi doktor cinta rawat hati Syaf ke.." Luth menjongket kedua kening. Sengaja.

Ayyad dah angkat kepala. Pandang Luth macam nak telan.

Luth pantas menekup mulutnya sambil tergelak kecil. 

Upss! Terlepas cakap la pulak.

"Kau syok kat Syaf ke, Yad?" Yang lain dah terlopong.

Ayyad tunduk sambil menggigit dalam bibir. Cuba sembunyikan senyum. Tangan mengusap-usap dahi.

Bodohla Luth habis kantoi rahsia terbesar aku!

"Wah tak sangka Ayyad ni ada perasaan juga rupanya."

Ayyad kembali mengangkat kepala. "Kenapa? Aku tak boleh nak bercinta? Aku pun manusia juga aduh korang ni. Fikir aku binatang ke apa tak ada perasaan."

"Acecececey.. Abang Ayyad kita jatuh cinta la." Rafiqy berbisik di telinga Ayyad.

"Ku butuh doktor cinta.." Luth menyanyi di tepi telinga Ayyad dan akhirnya dia mendapat balingan sebuah kotak pensel di muka.

Ayyad baling.

"But** kau."

Semua mereka di situ ketawa bagai nak rak.

Tak lama kemudian, suasana kembali normal. Rafiqy memandang kawan-kawannya yang kembali membuka buku.

"Korang tak nak tahu ke cita-cita aku apa?" Rafiqy bersuara di tengah-tengah kesunyian.

Yang lain usya Fiqy atas bawah.

"Kau..?"

"Orang macam kau ada cita-cita ke?" Naufal gelak.

"Lah.. Aku ingat kau dah give up dengan masa depan kau. Ya lah nampak macam gelap je masa depan." Ujar Naufal lagi mengundang tawa semua orang.

Berdekah gelak.

"Aku tahu kau mesti nak jadi tiktokers berjaya. Kau kan active tik tok sekarang." Eiz jongket kening sambil menahan sengih.

"Eiii Fiqy main tik tok."

"Shuh shuh gi sana. Tiktokers are not allowed in this group." Ujar Naufal. Tangan dah mengusir.

Suka sungguh la cari pasal.

"BBNU." Sepatah kata dari Ayyad menambah lagi tawa semua.

"Kurang ajar." Rafiqy pasrah. "Mentang-mentang la aku macam ni.. Korang ingat aku tak boleh berjaya ke?"

"Aku nak jadi.."

Rafiqy senyap beberapa saat. Nak buat suspen. Yang lain dah diam menunggu.

"Pilot."

"Pftt!"

Semua di situ memandang sesama sendiri. Mereka kemudiannya tunduk tahan gelak.

Sekali lagi, Rafiqy dibahan buat entah kali ke berapa. Akhirnya letuslah gelak tawa dari kelima-lima orang lelaki di situ. Bising suara mereka memenuhi ruang kelas.

Satu kelas usya.

Tabah la ya Qalish Rafiqy.

"Bapak ah!"

"Muka ni pilot?"

"Aku harap flight kau tak terhempas la."

"Bukan setakat terhempas weh, hilang dari radar macam MH370. Sebab tak tahu hala tuju. Kan gelap masa depan."

"Ha ha ha!"

Rafiqy menumbuk bahu Naufal, Luth dan Eiz. Sebab diorang je paling dekat.

"Tak apa tak apa. Korang tengoklah nanti."
Rafiqy bebal. Dia kembali membuka buku.

"Eiz! Adik kau datang weh." Seseorang di dalam kelas itu menyeru.

Hah?

Eiz berpaling ke muka pintu. Begitu juga kawan-kawannya yang lain.

Apa hal lah Izzah ni datang malam-malam kacau orang. Dia tak tahu ke aku nak exam lusa ni. Mentang-mentang lah PT3 dah habis.

Eiz bingkas bangun lalu bergerak malas ke pintu. Dia mendapatkan Izzah yang sedang mundar-mandir di kaki lima.

"Oi Izzah. Dah kenapa tu?" Eiz tergelak kecil. Hairan tengok adik dia jalan ke hulu ke hilir. Dah macam orang tak tahan nak kencing.

"Along, kak Ika ada tak?" Soal Izzah kelam- kabut.

"Kau dah kenapa Izzah? Ika mana ada. Dia duduk rumah la."

Izzah berdecit. "Haishh.. Tak ada la pula." Keluhan berat dilepaskan.

Eiz mula berkerut. Dia dapat menangkap ada sesuatu yang telah berlaku.

"Kenapa? Kenapa dengan Ika?"

Izzah gigit bibir sambil sebelah kaki dihentak-hentak perlahan. Tak tahu nak bagitahu ke tidak.

"Izzah, bagitahu along apa jadi." Serious. Eiz berdiri tegak. Membetulkan posturnya.

Izzah menghela nafas panjang. Seketika dia mengemam bibirnya.

"Izzah." Panggil Eiz lagi. Nada sudah berubah mendatar.

"Umi pesan kat Izzah jangan bagitahu along pasal ni tapi I don't know what to do. I can't think properly right now."

"Apadia? Bagitahu je la."

"Kak Ika lari dari rumah."

"What?!" Bertambah kerutan di dahi Eiz. Tak keruan jadinya.

"Haah. Umi call warden tadi sebab nak cakap dengan Izzah. Umi tanya kak Ika ada datang sini ke tak. Then Umi bagitahu la yang kak Ika lari rumah. Izzah pun terkejut dengar."

"Bila Umi call ?"

"Baru je tadi. Baru sangat. Lepas call tadi Izzah datang terus sini."

"Then warden tahu tak pasal ni?"

"Tak." Izzah menggeleng.

"Umi suruh Izzah jangan bagitahu along sebab tak nak along risau. Ya lah, along kan nak exam lusa ni tapi entah.. Izzah blank sangat ni tak tahu nak buat apa! Tu yang Izzah cari along juga tu." Izzah mencebik sambil meramas-ramas kedua tangannya. Kaki dan tangan tu memang tak boleh nak duduk diam dah.

Eiz mencekak pinggang. Sebelah tangan diangkat menggaru kepala.

"Ya Allah Ika.. Apa lagi kau nak buat ni."

Kerutan di dahi semakin bertambah. Dia tak boleh duduk saja and biarkan benda ni. Nanti jadi apa-apa kat Ika macam mana?

"Macam mana ni along? Izzah risaulah.."

Eiz memejam mata buat beberapa saat. Berfikir.

Ada isteri yang terlebih berani sangat ni pun bahaya juga. Apa nak buat eh?

Dia kembali membuka mata. Mata merenung Izzah tajam.

"Izzah, sekarang ni Izzah kena tolong along."













Hohooo chap ni boring saya tahu! 🤣 Maaflah sebab mood malas dh datang plus idea tersangkut di tgh jalan. Blank. Hoho

Apa2 pun stay tuned and keep reading okey 😘😘😘

Luv youuu

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

1.5M 78.3K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
3M 304K 86
「 completed 」 「 inspired by Ouran Highschool Host Club 」 [AMARAN: bab awal awal sedikit cringe dan karakteristik kurang konsisten. kalau nak versi y...