Maths

By missblossom_

343K 34.6K 7.4K

γ€Ž COMPLETED 』 πŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY πŸ† πŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 β€’ Result
02 β€’ Bila mula?
03 β€’ First class
04 β€’ Homework
05 β€’ Special one
06 β€’ Lies
07 β€’ Abang
08 β€’ Advice
09 β€’ Visit
10 β€’ Perlu ke tipu?
11 β€’ f3: Polygons II
12 β€’ f3: Algebraic expressions III
13 β€’ f3: Linear equations II
14 β€’ f4: Quadratic expressions & equations
15 β€’ f4: Straight line
16 β€’ f5: Graph of function II
17 β€’ Weekend
18 β€’ SPM trial exam I
19 β€’ SPM trial exam II
21 β€’ Something fishy
22 β€’ Break up
23 β€’ Life changed
24 β€’ Absent
25 β€’ Nasihat papa
26 β€’ Is he the one?
27 β€’ Hot gossip
28 β€’ Hidayah
29 β€’ Forgive me
30 β€’ Rival
31 β€’ Feelings
32 β€’ Masih sayang
33 β€’ Graduation day
34 β€’ Memories
35 β€’ Stay with you
36 β€’ His family
37 β€’ Second mom
38 β€’ Cat lover
39 β€’ Close friend
40 β€’ Alone together
41 β€’ His other side
42 β€’ Gaduh
43 β€’ That night
44 β€’ Getting closer
45 β€’ The day I
46 β€’ The day II
47 β€’ Good bye
48 β€’ Miss you
49 β€’ We did it!
50 β€’ New adventure awaits
☁︎ Ainril moments ☁︎
BOOK 2 is out!

20 β€’ SPM trial exam III

5K 702 117
By missblossom_

— Maths —





          Malam hari ketiga peperiksaan, Ain mendapat mesej di aplikasi Instagram daripada seseorang yang menghantar beberapa imej kepadanya. Dia pun melihat mesej tersebut.





xoxocomel_.

Hai Kak Ain
Sorry kacau ^^
Saya ternampak Izz keluar dengan perempuan lain hari tu
Saya ada bukti
[ imej ]
[ imej ]
Saya tahu sekarang akak tengah exam but I think you should know about this





          Kening Ain terus bertaut melihat imej yang dihantar itu. Gambar Izz bersama seorang wanita bertudung bawal sedang berbual-bual di sebuah kafe. Muka wanita tersebut tak dapat dikenal pasti kerana dia memakai cermin mata hitam. Cuaca panas mungkin.










          Tapi...

          Ain seperti mengenali wanita dalam gambar itu. Bentuk mukanya. Cara pemakaiannya. Malah, ciri-ciri kecil yang terdapat pada wanita tersebut sama dengan seseorang yang dikenali Ain.






          Takkanlah dia?


          Jari Ain mula menaip ingin membalas mesej tersebut. Kalau tak balas nanti kena cop sombong pula kan?





Mana dapat gambar ni?

Saya nampak sendiri
Masa tu saya lepak dengan kawan
Tetiba ternampak pulak diorang berdua
Saya pun snap la senyap-senyap hee.. 😅

Okay, thanks
Nanti I bincang dengan dia pasal ni

You're welcome, kak 🤧💞
Kalau ada apa-apa, saya akan sentiasa jadi kaki report akak

Hahahah takyah susah-susahlah..

Ehh tak susah pun, kak
Saya ni fanz akak so kena selalu tolog akak :3
Tolong*

Okey adik hahaha
Akak off dulu k nak study

Orait
Study baik-baik kak
Byeee! 💕💘💗

Bye~ 💓





          "Gila budak ni. Sengajalah tu nak ajak aku chat dengan dia ugh." Ain berkata sendiri, menyampah.

          Tak pasal-pasal rosak mood dia selepas melihat gambar tadi. Fikirannya kusut memikirkan sama ada gambar tersebut adalah sebuah edit ataupun gambar betul.





          Takkan la Izz curang dengan aku kot? Ehh kitorang dah kenal bertahun-tahun tau. Dia takkan buat benda macam tu pada aku kan? Aku percayakan dia. Kitorang mula kawan pun sejak kecil. Ish, taklah. Dia takkan buat macam tu pada kau, Ain. Kau je yang overthink. Ni mesti edit ni. Biasalah... budak-budak.

          Ain meyakinkan diri lalu dia menggelengkan kepalanya laju.

          "Ergh... Ain, kau kena study, Ainnn! Besok ada exam agama. Dah dah, lupakan jelah pasal gambar tu. Edit je tuuu!"

          Tubuh Ain dihempaskan di atas katilnya yang bersaiz queen itu. Dia menekup mukanya dengan bantal. Perasaan risau muncul tiba-tiba. Mindanya mula memikirkan perkara bukan-bukan.

          Lama dia berkeadaan begitu sehinggakan dia terbuai mimpi.





~~~~





          Keesokannya, Ain pergi ke sekolah seperti biasa. Dia cuma menayangkan riak wajah kosong walaupun hatinya berasa sedih semacam. Mungkin sebab gambar semalam yang membuatkan mood dia masih tak okay. Langkah Ain dihayunkan menuju ke kantin. Kelihatan Izz dan Farah sedang mengulang kaji pelajaran bersama. Ulang kaji ke berbual, entahlah.



          Jangan sangka buruk, Ain. Dapat dosa aje.

          Bisik hati gadis itu lalu dia terus berjalan dan tiba di kantin.

          "Hahahahah! Amende sia..!"

          Sampai di tempat duduk Farah dan Izz, Ain terdengar mereka ketawa. Seronok semacam nampak? Dia meletak beg galasnya di atas bangku lalu duduk bersebelahan Izz.

          "Sembang apa? Seronok sangat nampaknya?" Tanya Ain bersama riak wajah kosongnya.

          Farah kelihatan terkejut dengan kehadiran Ain di hadapannya. Dia cuba untuk menyorok riak terkejutnya lalu bersuara.

          "Eh, Ain. Sampai pun kau. Takdelah, kitorang tengah gosip pasal... ni haa.. um... cikgu zombi tu. Ha, dengar citer dia terjatuh longkang sebab tak perasan longkang kat depan dia. Hahahah." Farah melepaskan tawa palsu.

          Izz turut ketawa.

          "Ha'ah, takleh blah betul cara dia jatuh do. Hahahaha." Sokongnya.

          Ain cuma mengukirkan senyuman pendek.



          Yelah tu.



          "Ni korang study apa ni?" Soal gadis itu.

          Buku rujukan Pendidikan Islam di tangannya diselak ke bahagian kandungan. Semalam tertidur awal pula. Nasib baik terjaga pukul 4 pagi tadi. Dapat juga ulang kaji sikit.

          "Oh, kau belajar yang bahagian Sirah je. Sebab kalau topik Adab dengan Akidah, tak susah pun aku rasa." Ujar Farah.

          "Bagi kau jelah tak susah. Aku ni lembap bab agama. Asyik dapat C je." Tutur Ain mendatar lalu Farah pun tergelak kecil.

          "It's okay, kawan. Exam kali ni mesti kau boleh buat punya. Betul tak, Izz?" Farah memandang Izz di depannya.

          "Yep. I trust you, sayang. You can do it." Kepala Ain diusap lembut oleh Izz lalu gadis itu tersenyum nipis.

          "Thanks."





~~~~





          Skip selepas waktu rehat

          Peperiksaan Pendidikan Islam kertas dua telah pun bermula. Ain selesai menjawab 20 minit awal. Itu pun sebab ada beberapa soalan yang ditinggalkannya sebab otak tak tahu nak jawab apa. Sekurang-kurangnya jawablah sikit. Mana tahu dapat markah ke. Adoi, Ain ni.

          Ain merehatkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengannya. Mata dipejam. Otaknya penat sedikit kerana memikirkan hubungan antaranya dengan Izz secara berterusan.




          Kitorang akan break ke? Ish...


          Ain meraup wajahnya lalu membaringkan semula kepalanya di atas meja. Nak tidurlah. Dah alang-alang ada masa lagi ni, bolehlah rehat sekejap.













          Airil selesai menjawab lalu menutup kertas ujian. Dia menilik jam tangannya yang berjenama Rolex itu. Tinggal 10 minit lagi nak habis masa. Kepalanya spontan menoleh ke arah Ain yang sedang tidur di sebelahnya. Muka Ain yang menghadap ke arahnya ditenung seketika.




          Awal gila dia siap. Entah jawab ke tak semua soalan.

          Airil menggeleng perlahan lalu kembali memandang ke depan. Dia menyemak kertas jawapannya bagi memastikan dia telah menjawab kesemua soalan.





~~~~





          "Okey, kelas. Masa tinggal lima minit. Sila check nama dan pastikan semua soalan dah dijawab." Cikgu memberi arahan menyebabkan Ain terjaga dari tidurnya.

          Dia menggosok-gosok mata lalu memakai cermin mata bulatnya dan terus menyemak kertas soalan.




          Selesai saja cikgu mengutip kertas jawapan, semua pelajar dibenarkan mengambil beg mereka di luar kelas. Ain bangun dari duduk lalu meregangkan badannya seketika. Kemudian, langkah diatur keluar dari kelas bagi mengambil beg sekolahnya. Dia menapak masuk ke dalam kelas semula setelah mencapai beg miliknya dan terserempak dengan Airil.

          "Tidur je kerja." Airil bersuara saat matanya bertembung dengan mata layu Ain. Masih mengantuk lagi nampaknya Ain ni.

          "Biarlah. Ada ganggu kau ke? Takde kan? Hak alah..." langkah diteruskan masuk ke dalam kelas setelah Ain memberikan jelingan tajam kepada Airil.

          Lelaki itu membalas jelingannya.



          Orang tegur sikit dah nak menjeling bagai.

          Airil masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatnya. Tunggu masa nak balik saja.








          Kringggg!

          Airil berjalan keluar dari kelas bersama rakan-rakannya. Ramai pelajar berjalan laju ingin menuruni tangga terlebih dahulu sampai berlanggar dengan orang lain.

          Tiba di tingkat bawah, Airil mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya sebelum dia melangkah menuju ke tempat letak motosikal pelajar. Helmet dipakai lalu enjin motor dihidupkan.

          "Airil! Airil..!" Suara Ain memanggil-manggil nama Airil menghentikan perbuatan lelaki itu ingin menunggang motornya.

          Dia menolak cermin helmetnya ke atas memandang Ain yang tercungap-cungap mencari nafas setelah berlari mengejarnya dari kelas tadi. Panjang betul kaki Airil sampai berjalan pun dah macam berlari.

          "Nak apa kau? Tadi bukan main jeling-jeling orang." Kata Airil menyampah.

          "Heheh sorrylah. Aku tak suka orang kacau aku lepas tidur ni. Lagi-lagi kalau kacau masa aku tidur. Memang mintak pelempang."

          "Sudahlah. Aku tak nak tahu pun pasal kau. Kau nak apa ni? Cepat cakap."

          "Hahah. Erm... hari ni ada kelas kan?"

          "Berapa kali lagi kau nak aku cakap? Iyaaa. Ada kelas hari ni!" Suara Airil agak mengeras. Malas betul dia kena ulang benda sama.

          "Rileklah bang. Jangan marah-marah." Kecut hati Ain bila Airil tiba-tiba marah.

          "Suka hati akulah. Dah, aku nak balik. Kau jangan lambat nanti."

          "Okey~"

          Airil menurunkan cermin helmetnya dan mula bertolak pulang ke rumahnya. Ain hanya memandang sehinggalah jejaka itu hilang dari pandangan. Dia melangkah ke arah Izz dan Farah yang berada di kantin.

          "Ain, kitorang cadang nak stay back hari ni untuk study Maths. Kau nak join tak?" Tanya Farah.

          "Ha? Stay back?? Kenapa tak bagitahu aku semalam?? Boleh aku cancel kelas aku dengan Airil hari ni." Balas Ain agak sedih.

          "Laa... kau ada kelas dengan dia ke? Bukan minggu exam kau kata takde kelas ke?"

          "Memang pun. Tapi besok kan exam Maths. Dia kata kalau esok exam Maths, baru ada kelas sama-sama."

          "Alaa... tak boleh ke you cancel kelas tu? Takkan you lebih rela join kelas dia daripada kitorang?" Izz bersuara.

          "Ish, kalau you bagitahu semalam, bolehlah I cancel. Sorrylah... I tak dapat nak join you. Kalau I cancel last minute, nanti dia marah."

          "Dia marah you? Ehhh, berani betul budak tu. Meh aku marah dia balik." Izz dah melonggarkan tali lehernya.

          "Weh weh, rilek weh hahaha!" Farah tergelak melihat gelagat Izz. Ain turut melepaskan tawa kecil.

          "I'm sorry tapi korang jelah stay back hari ni. Aku rasa ayah aku dah sampai dah tu."

          "Ohh k lah. Bye.." ucap Farah sayu sambil mencebik. Tangannya melambai ke arah Ain.

          "Bye Sara.." Izz turut melambai pada Ain.

          "Bye."

          Ain melangkah pergi meninggalkan kawasan kantin menuju ke pagar utama sekolah. Kelihatan kereta Toyota Encik Naem sudah pun berada di depan sekolah. Langkahnya dilajukan masuk ke dalam kereta itu. Takut pula kalau terlewat untuk kelas Airil nanti.





~~~~





          "Kau masih sayangkan Ain ke, Izz?" Farah tiba-tiba bertanya sewaktu mereka sedang mengulang kaji.

          Izz membisu sebentar.

          "Entahlah. Aku macam... dah kurang yakin dengan hubungan kitorang. Dia pun macam tak ambil kisah pun aku tengok. Rasanya dia dah tak sayangkan aku. Tapi aku... aku tak tahulah weh. Dia tu jenis yang kalau dah sayang tu, memang sayang yang itu je. Dia takkan pandang yang lain. Tapi entah kenapa aku rasa... aku macam tiba-tiba ragu-ragu dengan hubungan kitorang. Macam ada yang tak kena sejak dia ada kelas dengan budak Airil tu." Jelas Izz dengan riak wajah keliru. Dia kelihatan agak sedih pada masa yang sama.

          Farah terdiam mendengar kata-kata lelaki itu. Dia dapat mengagak bahawa Izz masih menyayangi Ain. Tapi kenapa dia sanggup curang dengan gadis itu?

          Mereka mendiamkan diri seketika sehinggalah Farah bersuara memecahkan suasana sunyi di kantin pada petang itu.

          "It's okay. Aku kan ada? Aku boleh teman kau. Aku boleh gantikan tempat Ain. Dia pernah cerita sikit pasal kau and aku tumpang simpati kat kau." Farah menguntumkan senyuman ikhlas.

          Izz pun membalas senyumannya.

          "Thanks."





~~~~





          Ain melabuhkan punggung bersebelahan dengan Airil. Wajahnya muram. Perlahan-lahan tangannya membuka zip beg lalu mengeluarkan buku latihan Matematik.

          Airil perasan Ain macam senyap saja sejak gadis itu menapak masuk ke dalam rumahnya. Dia pun bersuara.

          "Kau ni hari-hari moody je. Macam mana aku nak ajar?" Matanya memandang Ain yang sedang mencebik.

          Ain masih membisu membuatkan perasaan ingin tahu Airil membuak-buak.

          "Kau okey tak ni? Takpelah, kalau kau tak nak belajar, pergi baliklah. Aku tak paksa pun. Kau yang perlukan bantuan sekarang ni. Bukan aku." Ujar Airil malas.

          "Eee, kau ni. Kalau perempuan sedih, kau kena jadi baik tau. Cubalah sedapkan hati aku sikit. Ugh, itu pun tak faham." Ain berpeluk tubuh pula.

          "Nak faham macam mana kalau kau yang tak cerita? Halamak..." balas Airil lalu Ain melepaskan keluhan berat.

          "Takde ah.. Izz..."

          "Pasal budak tu lagi? Apasal dengan dia? Sampai bila lagi nak merajuk??"

          "Ish, bukanlah. Aku pelik tengok Izz sekarang. Dia dah lain dari yang dulu."

          "Kenapa? Dia simpan jambang ke apa sampai kau tak kenal dia?"

          "Weh, kau serius sikit boleh tak?" Ain memandang Airil tajam. Orang tengah marah, dia boleh pula main-main.

          "Yelah. Apahal dengan dia?" Tanya Airil lagi.

          "Dia tu... entahlah. Kau rasa kitorang... kitorang akan break ke?" Soal Ain penuh kerisauan.

          Airil menatap wajah gadis yang kebimbangan itu.





          Sedih semacam dia ni. Sayang sangat ke kau kat dia?



          "Manalah aku tahu. Kemungkinan besar akan terjadi kot." Balas Airil bersahaja.

          "Ish, jahatlah kau ni. Betul-betullahhh."

          "Betullah. Dahlah, berhenti cakap pasal ni. Sekarang ni kalau kau nak belajar, cakap sekarang. Kalau tak, kau boleh balik." Kata Airil membuatkan Ain membisu seketika.




          Kalau aku balik kang, rugi je aku tak join study group Farah dengan Izz. Baik study je dengan dia.

          "Ye ye, aku belajar.. ugh." Buku latihan Matematik dibuka dengan malas seraya mata Ain menjeling Airil.

          Lelaki itu pula cuma menayangkan muka tiada perasaan. Tengah minggu peperiksaan pun masih sibuk dengan hal cinta, Si Ain ni.





~~~~





          Malam hari keempat peperiksaan menjelma. Ain sibuk mengulang kaji pelajaran Matematik. Semasa mengulang kaji, ada satu soalan yang tak difahaminya.





          Aduh... macam mana ni? Dah macam-macam cara aku buat, still tak dapat jawapannya. Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena call Airil jugak.

          Telefon dicapai lalu nama Airil dalam senarai kenalan dicari sebelum Ain menekannya.





          Tut.. tutt... tut.. tutt...


          Lama Ain menunggu tetapi Airil tak menjawab pun panggilan tersebut.

          "Eyyy, mana dia ni? Angkatlah oi. Baru pukul 9:45 takkan nak tidur dah?"



          Ting!

          Tiba-tiba Ain menerima sebuah mesej daripada Airil. Pantas dia membukanya.





Airil: dah kenapa nak FaceTime?

Aku ada soalan nak tanya ni

Tolong akuuuu

Airil: soalan apa pulak? Aku nak tidur ni

AWAL LAGILAH NAK TIDUR HALAH KAU NI RILEK AH

Airil: aku tidur awal. Tak macam kau

Ish tolong jelah saya 🥺🤧

Soalan matriks weh

Airil: kau tanya jelah laki kau

Airil: apa susah?

Takmo kacau dia

Biar kau tak cukup tidur, jangan dia yang tak cukup tidur :3

seen

Ok ok sorry awak~ tolonglah ajar saya ni huhu 🥺💕

Airil: apa dia? Cepat

Okey! Aku FaceTime tau! Jap jap 🤪





          Laju jari Ain menekan butang untuk FaceTime Airil.

          Airil di sebelah lain sudah mengeluh. Perlu ke sampai nak video call?

          Dia membetulkan rambutnya sedikit sebelum menjawab panggilan Ain. Kamera diterbalikkan menampakkan dinding biliknya saja.

          "Uit~ hai cikguuu. Buat apa tu? Heheh." Suara Ain dalam talian kedengaran. Telefonnya diletakkan di atas meja belajar, merakam dirinya sendiri.

          "Mana soalannya? Cepatlah."

          "Cikgu ni... nak tengok muka cikgu boleh? Ni namanya FaceTime tau. Bukan DindingTime. Saya takmo tengok dinding bilik cikgu yang kosong tu."

          "Aku tak kisah. Cepat bagitahu soalan. Kalau tak, aku off."

          "Okey okey okey. Sat sat." Kelam-kabut Ain mencapai telefonnya lalu terbalikkan kamera bagi merakam latihan Matematiknya pula.





~~~~





          "Dah faham?" Soal Airil malas.

          "Ohhh... faham faham." Balas Ain sambil menggerakkan telefonnya ke atas dan ke bawah lagak macam dia yang sedang mengangguk.

          "K, aku off dulu."

          "Eh kejap kejap!"

          "Tch, apa lagiii..?"

          "Ada satu lagi soalan aku tak tahuuu. Jap jap, aku cari." Ain meletak telefon di depannya lalu menyelak buku latihannya.

          Airil mengeluh buat kali yang ke-berapa entah. Matanya beralih memandang jam yang tertera pada bahagian atas skrinnya. Dah nak pukul 10 malam.





~~~~





         "Ohhhh begitu sihh? Okey okey. Aku dah faham dah." Kata Ain tersenyum gembira.

          "Soalan apa lagi kau nak tanya? Sudahlahhh. Aku nak tidur weh." Kata Airil menyampah lalu menguap perlahan. Dah tujuh soalan Ain tanya ni. Jam pada skrin telefonnya ditilik sekali lagi.

          Pukul 10:39 malam. Dah dekat sejam mereka video call.

         "Yelah yelahhh. Shian awak. Ngantuk eh? Okey okey, tidurlah. Tapi sebelum kita off, aku nak tengok muka kau dulu."

          "Tak cukup ke kau tengok muka aku kat sekolah ha? Pergi tengok muka laki kau jelah kalau dah sangap sangat."

         "Ish, kau ni. Apa cakap macam tu? Aku nak tengok je. Itu pun susah sangat ke ha? Kau dah tengok muka aku yang lawa ni, bagilah aku tengok muka kau jugak."

          "Aku tak mintak pun nak FaceTime. Engkau yang beria sangat."

          "Fine fine. Tapi bolehlahhh. Nanti bolehlah saya mimpikan awak heheh."

          Airil mendiamkan diri saja mendengar kata-kata Ain. Lidah ditolak ke pipi menahan sabar. Perangai gatal Ain ni memang tahap lain.

         "Hahahah okey, tak tak. Please Airil... sekali je."

          Airil melepaskan keluhan. Jarinya perlahan-lahan menekan simbol kamera bagi menterbalikkan kamera untuk merakam wajahnya. Pada masa yang sama, dia menghalakan pandangan ke tempat lain. Entah kenapa dia berasa malu untuk menunjuk wajahnya.

          "Puas?" Tanya dia sambil mata dialihkan pada skrin telefonnya semula.

          Ain tertawa kecil.

          "Comellah kau ni hahaha. Ya, saya puas hahah. Okey, saya nak kemas-kemas dulu. Nanti kalau rindu, call je saya, okey? Bye, good night! Muah." Selamba Ain bagi flying kiss dan melambai pada Airil.

          Airil tanpa memberi apa-apa respon, terus menamatkan panggilan dan mencampak telefon ke tepi.



          Gatal sungguh perempuan ni ugh.





~~~~





          Keesokan harinya, peperiksaan Matematik berlangsung. Ujian Matematik kertas satu bermula tepat jam 7:30 pagi. Semua pelajar menjawab soalan ujian tersebut dengan tekun sekali. Ada yang bermain dengan alat tulis setelah siap menjawab. Ada juga yang tidur.

          Airil senyap-senyap memandang Ain melalui ekor matanya bagi melihat keadaan gadis tersebut. Tenang saja dia menjawab. Sesekali dahi wanita itu berkerut tatkala membaca beberapa soalan. Tak faham soalanlah tu.

          Tapi nasib baiklah gadis itu tidak menggunakan idea bijaknya lagi untuk meminta jawapan daripada Airil. Bukan apa. Dia tahu bahawa Airil takkan bagi jawapan pun kalau dia minta.





~~~~





          "Okey, kelas. Awak boleh ambil beg sekarang." Kata-kata cikgu membuatkan pelajar di dalam kelas itu automatik berdiri dan melangkah keluar.

          Ain mencapai begnya yang berada tidak jauh dari beg Airil. Kemudian, dia menapak masuk dan menyimpan alat tulisnya ke dalam beg.

          "Weh, yang nombor 24 tu jawapannya B kan?"

          "Ha, aku pun jawab B. Aku rasa B do."

          "Tak, sekarang ni nombor 36 ni. Aku confused dengan jawapan C ke D. Masa mula-mula kira, aku dapat jawapan D. Lepas tu aku kira balik, dapat C pulak. So aku pilih jelah C."

          "Kannn. Aku jawab je C."

          "Aku pun pilih C."

          Ain terdengar perbualan rakan sekelasnya yang sedang membincang jawapan.




          Ish la diorang ni. Nak bincang pun perlu ke kuat-kuat sampai orang lain dengar? Baru sekarang nak bincang? Orang bincanglah masa exam tadi.

          Gumam hati Ain geram.

          Tak pasal-pasal dia mula berfikir bukan-bukan tentang keputusan ujian Matematiknya nanti.









          Kringggg!

          Semua pelajar pun melangkah keluar kelas untuk rehat. Peperiksaan Matematik kertas dua akan bermula setengah jam saja lagi. Ain berlari anak ke arah Airil yang sedang berjalan dengan rakan-rakannya.

          "Airiiilll..! Tunggu tunggu!"

          Langkah Airil terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Kawan-kawannya juga turut berhenti berjalan.

          "Korang pergilah dulu. Nanti aku ikut sekali." Kata Airil.

          "Okey."

          Airil menghalakan pandangan pada Ain yang baru tiba di hadapannya.

          "Nak apa?" Soal dia.

          "Takde apa pun sebenarnya. Actually aku tak nak bincang jawapan tapi aku terdengar ada orang bincang so aku nak mintak pendapat kau sebab kau budak pandai hee.. nombor 36 tadi kau jawab apa eh? Aku rasa aku salahlahhh. Aku dengar ramai jawab C. Aku seorang je ke jawab D??" Ain mula beriak sedih.

          "Dah salah, salah jelah."

          "Hish, kau ni. Aku takut wehhh. Kalau result tak bagus lagi macam mana?"

          "Macam tulah."




          Aku bunuh jugak dia ni kang. ಠ_ಠ


          Airil mula berjalan menuruni tangga lalu Ain pun mengikuti langkahnya.

          "Aku banyak hentam tau wehhh. Tak cukup masaaa. Matilah akuuuu! Kalau gagal lagi, memang aku nangis."

          Airil cuma diam mendengar bebelan Ain.





          Dia ni kalau takde peningkatan langsung, memang aku give up mengajar dia.


          "Oi, kau dengar tak aku cakap ni?"

          Bahu Airil ditepuk oleh Ain.

          "Dengar.."

          "Weh, nombor 36 tadi kau jawab apa? Cakaplah."

          "D."

          "Seriuslah? Kau tak tipu kan?" Tanya Ain teruja.

          "Iya.. aku pun confused antara C dengan D tapi bila kira balik, jawapannya D." Balas Airil mendatar.

          "Wahahah~ okey! Aku pergi makan dulu. Bye." Ain berlari anak ke kantin meninggalkan Airil di belakang.

          Lelaki itu hanya menggeleng kepala perlahan.





❤️❤️❤️

Sampai 3000 patah perkataan ni hahahha jarang i tulis sampai banyak ni. Mohon vote k hurm ;)

Continue Reading

You'll Also Like

1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
30.8K 1.8K 14
𝓐𝓻π“ͺ𝓡𝔂𝓷 𝓀𝓢π“ͺ𝓲𝓻π“ͺ ~ 𝓑𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻π“ͺ𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3
88.4K 8.5K 46
[Option : Yes or Yes] "Sudi tak awak jadi boyfriend saya?" "No." "Tett.. Dalam soal ni, tak ada perkataan No. Yang ada hanyalah Yes or Yes." "Wha...
64.2K 8.2K 67
Suhu badan dibawah 27 darjah. Degupan jantung perlahan ekoran suhu badan yang rendah. Mempunyai keistimewaan dimana tidak dapat merasai sebarang ob...