Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
35
36
37
38
39
40
Epilog

34

4K 105 42
By syyisnn

"Saya dah balik." Ujar Mikhail sambil menguakkan pintu. Belum sempat aku ingin menyambutnya, Ellyda terlebih dahulu berlari anak ke arah muka pintu.

Hipokritnya.

"You dah balik? Meh sini beg you, I bawakkan." Beg bimbit yang berada di genggaman Mikha mula berubah pemiliknya. Matanya melilau mencari sesuatu. Mungkinkah Mikhail mencari aku?

Ayra, stopped it please..

Aku tersenyum hambar lalu melangkah masuk menuju ke bilikku untuk membersihkan diri. Belum sempat aku memulas tombol pintu, Mikhail terlebih dahulu memanggil namaku. "Ayra.."

Aku menoleh dan memandangnya. "Asal tidur bawah? Kenapa tak tidur kat atas?"

Belum sempat aku ingin menjawab, isteri kedua Mikhail terlebih dahulu membuka mulut. Dan semua kata-kata yang dikeluarkan di bibirnya dusta semata-mata. Sampai bila aku nak tengok lakonan dia ye?

"You, kak Ayra kan mengandung. Dah 4 bulan dah, jadi kak Ayra mesti akan lebih penat lepasni kalau dia asyik turun naik tangga je. So, kak Ayra ambil keputusan nak tidur je kat bilik bawah. Lagipun dekat dengan dapur. Mana tahu, bila malam kak Ayra lapar ke, senang nak turun makan."

'So, kak Ayra ambil keputusan nak tidur je kat bilik bawah.'

Sejak bila aku ambil keputusan macam tu? Bukan ke dia yang tiba-tiba herdik aku? Ya Allah.. Aku memandang wajah Mikhail untuk memberi jawapan melalui mata bahawa semua kata-kata Elly dusta. Tapi, aku silap. Pandangan mataku tidak lagi bermakna untuk Mikhail.

"Oh macamtu ye? Haa takpelah. Awak berehatlah. Saya nak naik mandi, nanti kita makan sama-sama ye. Malam ni saya tidur dengan awak, okay?" Ujar Mikhail seraya mencium dahiku.

Tak perlulah berjanji untuk tidur dengan aku, Mikha. Elly pasti akan buat seribu cara untuk halang kau. Aku sekadar tersenyum malas dan melanjutkan perbuatanku yang tergendala sebentar tadi.

***

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, figura Mikhail muncul di hadapan pintu bilik yang sedikit terkuak. Kenapalah aku tak kunci pintu tadi?

"Assalamualaikum." Ujar Mikhail seraya menutup kembali pintu dan menekan tombol kunci.

"Waalaikumussalam." Aku bangkit dari pembaringanku dan duduk di birai katil. Tiba-tiba situasi ini menjadi sangat janggal untuk aku. Bukannya aku tidak pernah berdua dengannya sepanjang aku kahwin dengan dia. Tapi entah kenapa malam ini aku rasa tidak nyaman berada dekat dengan suamiku sendiri.

"Awak tak tidur dengan Elly ke?" Akhirnya aku memecahkan sunyi yang sudah berdurasi hampir 2 minit. Mikhail menghampiriku dan seraya membaringkan badannya di sampingku. "Kalau saya tidur dengan dia, buat apa pulak saya kat sini kan?"

Aku mengangguk lembut. Bukan itu jawapan yang aku mahukan, Mikha. Baru sahaja aku ingin bangun, Mikhail menarik tanganku menyebabkan aku kembali terduduk.

"Kenapa awak diam je ni? Awak tak suka ke saya tidur dengan awak?"

Aku menggeleng seraya membuatkan dirinya bangun semula dan duduk menghadapku.

"Habistu? Awak tak suka tinggal dalam rumah ni dengan saya?"

Ya Rabbi, kenapa dia ni? Aku menggeleng lagi.

"Habistu? Ayra, awak ada mulut, ada suara. Rasanya awak boleh bagitahu saya kenapa awak diam kan? Say something, Ayra Sophia." Ujar Mikhail serentak mengenggam tanganku. Aku tahu, dia sudah sampai had kesabarannya pabila dia menyebut nama panjangku.

"Saya okay je. Saya tak cakap pun saya tak suka kan?" Kataku sambil cuba meloloskan tanganku dalam genggamannya. "Cara awak dah jelas menunjukkan awak tak suka dengan semua ni, sayang."

Dah tahu kenapa tanya lagi?

"Awak je fikir macamtu. Saya tak fikir sampai macamtu pun."

"Dan awak pun tak pandai nak menipu saya, Ayra. Awak lupa ke? Awak dengan saya dah lama jadi suami isteri. Riak wajah awak, cara awak, saya dah lama hadam. Bukan sehari dua kita kongsi cerita, tapi dah berminggu-minggu, bukan takat minggu. Berbulan-bulan lamanya kita berdua."

Aku menghembus nafas perlahan. Tapi tetap awak tak faham hati saya, Mikha. Awak tetap seksa hati saya. Pelbagai cara awak buat untuk seksa jiwa saya. Tak cukup dengan tu, awak buat saya macam patung awak je.

"Ayra."

"Saya okay je, Mikha. Kalau saya tak suka pun dengan apa awak buat, saya boleh bantah ke? Tak kan? Jadi untuk apa saya bantah? Untuk apa saya suarakan ketidakpuasan hati saya? Awak boleh buat apa? Awak boleh ubah ke semua tu kembali kepada asal? Tak boleh kan? Jadi, jangan persoalkan semuanya."

Mikhail mencari anak mataku yang sudah bergenang. Aku tak tahu kenapa, tapi aku kecewa sangat dengan diri dia. Seolah-olah dia cuba nak cari salah aku, padahal semua ni idea gila dia!

"Tapi awak masih boleh pujuk saya untuk tak buat keputusan macamtu kan? Awak tak boleh berdiam macamni je, sayang. Awak kena bagitahu saya supaya saya faham keadaan awak. Saya cuma ikut apa yang saya rasa betul. Dan awak sebagai seorang isteri, awak pasti faham dan awak pasti tahu baik buruknya."

Wah, senang sungguh Danish Mikhail berbicara malam ini. Seolah-olah macam aku yang salah sebab tak halang dia.

"Awak mungkin lupa kot. Awak gunakan agama dalam semua hal. Termasuk keputusan awak yang awak baru buat. Awak suruh saya dengan Elly tinggal sebumbung supaya awak boleh jaga dua-dua, sebab kedua-duannya mengandung. Kalau awak rasa awak tak boleh nak jaga kedua-duanya sekali, awak tak perlu buat benda bodoh dengan kahwin dengan dia."

Amarahku kian memuncak. Ye, mungkin dulu aku redha dengan semua takdir ini. Mungkin aku ikhlas terima bahawa Mikha telah memadukan aku. Tapi, selepas aku lihat perangai syaitan Elly, mustahil aku nak terima semua ni. Aku takkan mungkin tertipu dengan permainan licik perempuan tu. Salah oranglah kalau nak ajak 'main'.

"Oh, jadi awak nak bangkang cakap saya?"

"Kejap. Tadi awak cakap, saya sepatutnya isteri tahu baik buruknya kan? Tapi sekarang kenapa awak cari salah saya? Okay, Mikhail. Awak cakap sekarang awak nak apa?"

"Saya bukan nak apa-apa pun. Saya cuma tak suka awak diam macamni. Seolah-olah saya tak wujud pun. Kalau saya tahu, baik saya tidur dengan Ellyda."

Aku ketawa perlahan. "Jadi kenapa awak nak tidur dengan saya? Pergilah dekat Ellyda. Saya tak paksa awak pun."

Kalini Mikhail pula ketawa. Lama-lama aku rasa, aku bakal gila kalau macam ni. "Awak jealous dengan madu awak ke? Oh, baru saya faham kenapa awak tiba-tiba nak melenting macam ni. Yelah, tadi kat meja makan pun, dia je layan saya kan? Ambilkan makanan untuk saya, tapi awak tak. Kan? Lepastu dia duduk sebelah saya, tapi awak duduk jauh daripada saya. Disebabkan semua tu, awak jealous dan awak nak jauhkan diri daripada saya."

MasyaAllah, jauhnya sangkaan dia. Aku tak jealous pun dengan kemesraan yang mereka berdua tunjuk dekat meja makan. Benda tu aku memang dah agak akan berlaku. Almaklumlah, madu aku tu kan gedik, hipokrit, pelakon terbaik. Manakan tidak kalau dia tak manfaatkan semuanya.

"Jauhnya awak fikir. Saya tak terfikir macamtu pun. For your informationlah, saya tak jealous pun dengan awak. Saya mungkin masih isteri awak, tapi cinta saya pada awak dah kurang dah, Mikha. Sejak awak buat keputusan awak untuk bawa saya ke sini, saya tak rasa apa-apa. Sekarang ni pun, saya rasa awkward sangat dengan awak. Rasa macam kita tak ada apa-apa ikatan. Ini semua terjadi sebabkan awak buat keputusan bodoh ni. Awak buatkan saya rasa, awak cuma nak sakitkan dan mainkan hati saya macam awak buat sebelum ni."

Aku mencari nafas sambil mengelap air mataku yang ralit mengalir di pipi.

"Saya tahu, saya tak ada hak nak mempersoalkan apa yang awak buat. Tapi saya nak awak pun tahu, saya masih ada hati dan perasaan. Tapi awak? Awak buatkan saya rasa saya tiada hati yang perlu dijaga. Jadi untuk apa saya simpan rasa cinta saya lagi kalau awak sendiripun tak nak hargai? Saya buat semua benda untuk awak, Mikha. Sampaikan saya bertahan semua ni, semua sebab awak. Tapi awak buat apa untuk bahagiakan saya?"

Aku tersenyum sinis. "Saya ingatkan awak bawa saya bercuti haritu, awak dah faham cara untuk hargai saya. Tapi tak, awak buat hal lagi. Awak tinggalkan saya dengan anak awak seorang diri lagi. Awak buat macam saya dengan anak saya ni dah tak ada sesiapa nak bergantung. Seolah-olah saya tak ada suami. Awak langsung tak khabarkan apa-apa pada saya. Jadi, atas alasan apa untuk saya terus mencintai awak? Sekarang pun awak seksa hati saya, Mikha. Awak bawa saya duduk sebumbung. Tanyalah perempuan mana pun, takkan ada seorangpun yang sudi tinggal sebumbung dengan madunya sendiri. Bukan soal cemburu atau soal perlukan kasih sayang, tapi soal hati yang awak langsung tak pandai nak hargai."

Mikhail mengalihkan selimut ke tepi dan berdiri sambil membelakangiku. Dikuakkan rambutnya sambil memicit kepalanya. Aku tahu, dia marah. Tapi aku tak peduli soal itu. Dia yang mulakan, jadi kenapa dia nak melenting?

"Saya tahu, semua tu pilihan awak dan bukan kehendak saya. Saya tak ada hak langsung nak bantah atau bangkang kata-kata suami saya. Tapi kalau awak masih ada ihsan di hati awak, tolong fikir baik buruk keputusan ni. Awak dan Elly mungkin takkan terseksa, tapi saya, Mikha. Saya yang terseksa. Saya terseksa dengan semua tingkahlaku awak. Sampai bila ye awak nak sakitkan saya? Sampai saya mati ke? Bila saya mati nanti baru awak nak berhenti ke?"

"Ayra!!" Mikhail menjerit seraya membuatkan aku tersentak. Aku lantak bangun dan menghadapnya. "Please, Mikha. Saya ada hati, bukan saya tak ada hati. Kita pernah saling mencinta. Awak pasti faham apa itu cinta bagi saya. Saya tak minta banyak pun dari awak. Saya cuma minta tolong ubah keputusan awak."

"No, Ayra. Saya takkan ubah. Saya dah ambil keputusan ni, saya akan tetap dengan keputusan ni sampailah awak bersalin. Waktu tu baru saya akan buat keputusan baru."

Aku tersenyum. "Waktu tu Mikha, saya dah tak ada. Awak tak perlu ubah apa-apa pun, Mikha. Saya dah tak ada. Awak pun tak payah buang masa nak fikir cara nak sakitkan hati saya."

Mikhail memegang bahuku. "Awak kenapa ni? Tiba-tiba nak tuduh saya bukan-bukan."

Aku menggeleng. Aku memandang tepat pada anak matanya. "Saya tak tuduh, tapi itu fakta yang ditunjukkan oleh mata awak. Cara awak menunjukkan awak akan seksa saya sampai saya mati. Go on, saya tak nak halang. Saya cuma minta awak jangan menyesal dengan apa yang awak buat."

Mikhail ketawa. "Menyesal apa pulak ni? Saya tak buat apa-apa. Jadi kenapa saya nak menyesal." Aku menjauhkan diriku daripadanya. "Awak akan menyesal dengan kehilangan saya, Mikha. Saya dah tak macam dulu. Ayra Sophia yang dulu dah tak ada. Saya cuma rasa kosong dengan awak, saya jadi tawar hati dengan awak. Cuma saya akan habiskan sisa masa yang ada dengan suami macam awak. Suami yang langsung tak pernah faham apa yang isterinya mahukan."

Dan satu tamparan hinggap di pipi kiriku. Aku tahu ini bakal menjadi. "Terima kasih, Mikhail. Terima kasih." Aku menguakkan pintu bilikku dan aku memandang wajahnya dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Perit di pipi aku biarkan. Yang penting, figura manusia ini terlebih dahulu perlu diusir keluar dari pandangan mataku.

"Dipersilakan keluar dan pergilah kepada bahagia awak. Terima kasih 'bahagiakan' saya selama 10 minit kita berbincang. Awak takkan pernah berubah. Lagi lama awak dalam ni, lagi cepat saya mati nanti. Tolong keluar, encik suami." Aku menundukkan kepalaku. Setelah beberapa saat menunggu, aku melihat bayang-bayangnya berjalan keluar dari bilikku dan seraya itu aku menutup pintu dan menguncinya.

Kemudian, aku menyandarkan badanku dan aku biarkan diriku jatuh sambil bersandar dengan muka pintu. Tangisanku pecah. Aku tidak dapat mengawal diriku. Aku menangis semahunya sambil memegang pipiku yang masih kebas.

"How dare you, Mikhail."

Continue Reading

You'll Also Like

99K 898 11
As known as Kerana Dia Milikku Apabila persahabatan yang dibina sejak kecil mula renggang dek halangan jarak, tinggallah Iman dan Faliq. Timbulnya ma...
807K 19.6K 90
[ C O M P L E T E. ] Hatinya remuk apabila mengetahui hubungan rahsia yang dijalinkan oleh si suami. Hatinya semakin bertambah remuk taktala si suami...
246K 9.2K 45
Apakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembu...
6.9K 198 20
Melepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihi persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat...