Maths

By missblossom_

345K 34.6K 7.4K

怎 COMPLETED 怏 šŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY šŸ† šŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 ā€¢ Result
02 ā€¢ Bila mula?
03 ā€¢ First class
04 ā€¢ Homework
05 ā€¢ Special one
06 ā€¢ Lies
07 ā€¢ Abang
08 ā€¢ Advice
09 ā€¢ Visit
10 ā€¢ Perlu ke tipu?
11 ā€¢ f3: Polygons II
13 ā€¢ f3: Linear equations II
14 ā€¢ f4: Quadratic expressions & equations
15 ā€¢ f4: Straight line
16 ā€¢ f5: Graph of function II
17 ā€¢ Weekend
18 ā€¢ SPM trial exam I
19 ā€¢ SPM trial exam II
20 ā€¢ SPM trial exam III
21 ā€¢ Something fishy
22 ā€¢ Break up
23 ā€¢ Life changed
24 ā€¢ Absent
25 ā€¢ Nasihat papa
26 ā€¢ Is he the one?
27 ā€¢ Hot gossip
28 ā€¢ Hidayah
29 ā€¢ Forgive me
30 ā€¢ Rival
31 ā€¢ Feelings
32 ā€¢ Masih sayang
33 ā€¢ Graduation day
34 ā€¢ Memories
35 ā€¢ Stay with you
36 ā€¢ His family
37 ā€¢ Second mom
38 ā€¢ Cat lover
39 ā€¢ Close friend
40 ā€¢ Alone together
41 ā€¢ His other side
42 ā€¢ Gaduh
43 ā€¢ That night
44 ā€¢ Getting closer
45 ā€¢ The day I
46 ā€¢ The day II
47 ā€¢ Good bye
48 ā€¢ Miss you
49 ā€¢ We did it!
50 ā€¢ New adventure awaits
ā˜ļøŽ Ainril moments ā˜ļøŽ
BOOK 2 is out!

12 ā€¢ f3: Algebraic expressions III

7.5K 659 144
By missblossom_

— Maths —





          "Hari ni kita belajar Algebraic Expre-"

          "Alaaahhhh!" Ain tiba-tiba mengeluh sebelum sempat Airil menghabiskan ayatnya.

          "Dah kenapa kau?" Tanya Airil pelik.

          "Aku tak suka chapter niii."

          "Suka ke tak suka, kau kena belajar juga. Chapter ni selalu keluar dalam exam." Buku latihan dibuka oleh Airil ke muka surat topik Algebraic Expression III.


          "Okey, jom start." Airil mencapai sebatang pen dan mula mengajar Ain.

          "Tak boleh ke kita skip je chapter ni?" Ain bertanya, berharap lelaki itu kasihankan dia.

          "Jangan nak mengada." Balasan Airil membuatkan bibir gadis tersebut memuncung. Ish, garang sungguh cikgu ni.

          "Sebelum kita mula jawab soalan, kau kena tahu dulu cara-cara nak factorise equation. Kau tahu tak caranya?"

          "Tidak, cikgu." Ain menggeleng kepalanya.

          Mendengar balasan Ain, Airil turut menggelengkan kepalanya. Haih, apa nak jadilah dengan perempuan ni? Semua benda tak tahu.

          "Okey, contohlah soalan kata factorise nombor 55. Bila kau factorise dia, jadilah 11 x 5. Dia macam kau pecahkan dia jadi equation sebelum dapat jawapan 55 ni. Faham?"

          "Oh... aku rasa aku faham." Wajah Ain jelas menunjukkan bahawa dia masih tidak jelas dengan keterangan Airil.

          "Kita cuba buat soalan dulu, baru kau boleh faham."





          Soalan 1

Factorise:
          i) 18a + 3
          ii) 5m + 25
          iii) x² - 2x - 15
          iv) 7a + 9ab





          "Banyaknya..." rungut Ain bila melihat bilangan soalan yang perlu dijawab.

          "Banyak mende kau? Empat je. Bukannya susah pun."

          "Ish. Kau dah pandai, bolehlah cakap senang."

          "Dah sudah, meh aku ajar." Airil menarik buku agar dapat dilihat antara mereka berdua.

          "Firstly, tengok soalan. Dia bagi 18a + 3. Nak factorise, kau keluarkan satu-satu. Tulis 18a = 18 x a. Betul tak? Ke benda ni pun kau tak tahu juga?"

          "Aku tahulah. Aku takdelah bodoh sangat." Balas Ain sambil menjeling Airil.

          Airil membalas jelingannya. Macam mana agaknya suasana dalam bilik tu? Masing-masing kerja menjeling aje.

          "Lepas tu, 3 ni pula nak buat apa? Dia seorang je kan?"

          "Hm." Ain mengangguk.

          "Jadi kau tengoklah nombor 18 ni sebab dia nombor besar. Kita kena kecilkan nilai dia. 18 bahagi berapa dapat 3?"

          "Enam."

          "Ha, tukarlah equation ni jadi 18a = (6 x 3)a. Betul?"

          "Betul betul." Ain mengiyakan saja semua yang dikatakan oleh Airil.

          "Lepas tu, nombor 3 ni kau tulis je dekat bawah ni. 3 = 3 x 1. Macam ni."





18a = (6 x 3)a
3 = 3 x 1





          "Now, cuba tengok. Dalam equation ni, nombor mana yang ada lebih dari satu?" Soal Airil.

          "3." Ain menjawab.

          "Kau kena bulatkan atau gariskan nombor tu supaya kau tak confuse dengan nombor lain."





18a = (6 x 3)a
3 = 3 x 1





          "Kau letaklah 3 tu dekat luar bracket macam ni. 18a + 3 = 3(          ). Kena letak bracket tau sebab nanti nak expand."

          "Expand tu apa pula?"

          "Ah, nanti aku explain. Selesaikan yang ni dulu."

          "K.."

          "Lepas tu, kau masukkan maklumat yang lain dalam kurungan tu."





18a + 3 = 3(6a + 1)





          "Nilah jawapannya. Kalau kau tak pasti, kau boleh expand dia sendiri-"

          "Expand tu apaaa?" Ain memotong percakapan Airil.

          "Inilah aku nak buat. Halah, kau ni. Sabarlah." Marah Airil.

          "Expand tu... kau kena darab nombor yang luar kurungan ni dengan yang dalam kurungan. Jadi, 3 darab dengan 6a. Berapa?"

          "18a la. 3 x 1 dapat 3. Ha, dah betul. Okey tapi saya masih tak faham, cikgu." Balas Ain terus-terang.

          "Part mana pula kau tak faham?"

          "Entah. Aku macam faham tapi kurang jelas."

          "Haih... takpe, kita buat soalan lain."

          "Alright~"


          "Okey, 5m + 25. Macam aku cakap tadi, asingkan diorang. Tulislah macam tadi."





5m = 5 x m
25 = 5 x 5





          "Then, nombor mana yang sa-"

          "Lima."




          Dia ni suka sangat potong ayat orang.

          Desis hati Airil geram.

          "Bulatkan dia." Airil sambung mengajar.





5m = 5 x m
25 = 5 x 5





          "Tulislah macam ni."





5m + 25 = 5(          )





          "Masukkan maklumat yang tinggal. Ha, dapatlah jawapan. 5m + 25 = 5(m + 5). Faham tak?"

          "Hmm... aku rasa aku dah faham."

          "Kau tak payah nak rasa-rasalah. Benda ni takde rasa."

          "Eheheh. Sebab aku tak pasti lagi sama ada aku faham betul-betul ataupun tak."

          "Ish, kau ni. Apasal lembap sangat eh otak kau ni? Dahlah, jawab soalan seterusnya!" Pen hitam dicapai oleh Airil.

          "Eleh dia ni. Habis otak dia tu bijak sangatlah? Halamakkk."

          "Memang pun. Dah, jangan nak memekak."

          Ain menyumpah seranah Airil dalam hati bila lelaki itu membalas sebegitu.



          Ish, dia ni riak sungguh!


          "Soalan ketiga ni dia lain sikit. x² - 2x - 15. Actually dia sama je. Cuma jawapannya ada dua kurungan. So nak mudahkan kerja, kau guna je kalkulator. Mana kalkulator kau?"

          "Kat sini.. eh-" Ain tercari-cari kalkulatornya. Dia mula menyelongkar beg galasnya.





          "Hmm... aku rasa aku tertinggal hahahah."

          "Takpelah, guna aku punya je." Airil mencapai kalkulator berjenama Casio dia dan menekan butang on.

          "Firstly, kau tekan mode sampailah kau jumpa perkataan EQN. Tu maksudnya equation. Kau tekan nombor 1. Then, tekan arrow ke kanan. Kau akan nampak dia tulis degree. Tekan je nombor 2."

          "Kenapa kena tekan 2? Kalau aku tekan 3 jadi apa?"

          "Kau ikut je apa aku buat. Jangan nak banyak tanya." Balas Airil dingin.

          "Ish, aku nak tahu je." Muka Ain mencuka bila soalannya tak dijawab.

         "Lepas tu, kau akan nampak huruf a ni. Masa form 4, kau dah belajar kan benda alah general form tu? Dalam topik Quadratic Equation."

          "Yang itu pun saya tak faham, cikgu."

          "Dah agak dah. Okey, yang a ni sebenarnya dalam equation yang ax² + bx + c = 0 tu. Kau tengok equation soalan ni. x² - 2x - 15. Kau tahu kan kalau saja, maksudnya 1?"

          "Ohh, ya aku tahu."

          "Okey kalau tak nak confuse, kau tulis je macam ni."





ax² + bx + c
1x² - 2x - 15





          "Ha, macam ni. Maksudnya, yang x ni adalah unknown. Nanti bila tekan dalam kalkulator, kau tekan nombor je. x tak perlu tekan."

          "Okeyy..?" Ain dah mula tayangkan muka blur dia.

          "Macam nihhh." Kalkulator dipandang oleh Airil dan Ain.

          "Ni dia tunjuk a kan? Kau tekan jelah 1 sebab dalam equation kan 1x². Lepas tu, tekan =. Dia akan muncul b pula. Tekanlah nilai seterusnya, -2. Then, c, -15. Tekan = lagi. Dia akan tunjuk x1 = 5. Bila kau tekan = lagi, dia tunjuk x2 = -3. So kau tulislah.."

          Tangan kiri Airil mula menulis di ruangan jawapan dalam buku latihan tersebut.





x² - 2x - 15 = 0
(x       )(x       ) = 0
x = 5 , x = -3





          "Kau tinggalkan dulu x dalam bracket tu. Okey, tengok x yang kat bawah ni. Yang ni x = 5. Nombor 5 ni positif kan?"

          "Iyaa.."

          "So kau tulis dalam bracket pertama, -5. Yang x kedua pula, -3 kan?"

          "Iyaa.."

        "Ha, tulis positif 3 kat dalam bracket kedua. Jadi macam ni."





x² - 2x - 15 = 0
(x - 5)(x + 3) = 0
x = 5 , x = -3





          "Dah siap. Faham tak?" Airil memandang Ain yang hanya memerhati dari tadi.

          "Erm... mungkin. Hahahah." Ain ketawa.

          "Faham ke tidak?" Soal Airil lagi, meminta kepastian.

          "Eheheh. Masa mula-mula tu aku dah nak faham dah. Tapi bila masuk je general form apa benda tu, aku blank terus." Jawab Ain sambil tersengih.

          "Hm, takpelah. Mula-mula memang confusing sikit. Nanti aku bagi homework banyak-banyak."

          "Ala, weh. Kesiankan la aku yang comel ni. Kerja sekolah dah banyak, kau nak tambah lagi banyak pula."

          "Dah, jawab soalan ni pula. Aku nak kau cuba buat sendiri. Asyik aku je yang buat, memang tak fahamlah kau."

          Airil seakan-akan tidak mendengar kata-kata Ain menyebabkan gadis itu menjelingnya tajam.




          Palau kita pula dia ni.



          "Okey... kalau salah jangan marah ya, awak? Takut saya."

          "Suka hati akulah nak marah ke nak lempang kau ke.. aku yang mengajar."

          "Eyy! Kalau kau pukul aku, aku bagitau mak kau eh?"

          "Sudahlah..! Cepat jawab."

          Ain dengan muka terpaksa mula menjawab soalan seterusnya.





7a + 9ab

7a = 7 x a
9ab = 9 x a x b

7a + 9ab = a(7 + 9b)





          "Betul ke?" Takut-takut Ain bertanya.

          "Hm." Airil membalas dengan anggukan. Melopong mulut Ain.

          "Okey, aku dah faham! Aku dah faham! Huahahah~ Cikgu Airil ni bijak siot. Sumpah weh memang-"

          "Senyap, bodo. Bingitlah telinga ni kena dengar kau memekak."

          "Ish, biarlah. Kita tengah happy ni hoho." Ain tersenyum sendiri.

          "Ada banyak lagi yang kau kena belajar. Itu baru sepertiga topik ni." Balasan Airil mematikan senyuman Ain.

          "Haaaaa? Apa lagi wehhh?? Huhu, aku dah penatlahhh."

          "Soalan expand. Senang aje."

          "Ish. Kalau dia, semua senang." Kata Ain perlahan.

          Airil hanya mengabaikan dia dan menyelak helaian muka surat ke latihan lain.





          Soalan 2

Expand:
          i) -3(-y + 5)
          ii) 6(-a + c)
          iii) (2e + 3)(h - 1)
          iv) -5(x - y)





          "Macam yang aku cakap tadi. Expand ni kau kena darab yang luar bracket dengan yang dalam bracket. So senang je. Darab jelah macam biasa."

          Tangan Airil menulis jawapan bagi soalan pertama.





-3(-y + 5)
= 3y - 15





          "Ha, dah siap."

          "Eik? Itu je?"

           "Yelah. Nah, buat soalan kedua." Buku latihan ditolak oleh Airil dekat dengan Ain.

          "Erm..." Ain memandang lelaki itu dengan dahi berkerut. Masih kurang keyakinan sama ada dia boleh menjawab soalan tersebut atau tidak.

            "Jawab jelah. Halah kau ni, takut apa?"

            "Aku tak sure dengan diri sendiri lagilah..."

            "Boleh, kau boleh. Dah, buat cepat." Airil berkata dengan muka malasnya.

            Ain pun dengan tak rela mula membaca soalan kedua dan cuba menjawabnya.





6(-a + c)
= 6a + 6c





          "Betul?" Tanya Ain, meminta kepastian daripada cikgu peribadinya.

            Airil menggeleng.

            "Haaa? Salah ke?? Weh, seriuslah?"

            "6a tu. Negatif ke positif?" Soal Airil lalu Ain pun menyemak semula jawapan yang ditulis.



            "Ohh... negatif negatif. Hehe." Kata dia lalu membetulkan jawapannya.

           "Kau ni. Kesalahan kecil macam ni pun kau boleh buat. Heihhh."

           "Saya budak baru belajar, cikgu."

            "Benda ni topik tingkatan 3 weh. Baru belajar kebende?"

            "Hehehe. Sorry, cikgu. Okey, soalan seterusnya." Ain memandang buku latihan semula. Matanya membaca soalan ketiga.









           "Urm... cikgulah jawab. Heheh." Ain tersengih lagi.

            Keluhan dilepaskan oleh Airil. Semua nak harapkan dekat dia.

            "Soalan ketiga ni sama aje. Kau darab jelah semua each other. Firstly, darab sebelah sini dulu."





(2e + 3)(h - 1)
= 2eh - 2e





          "Ha, dapat jawapan untuk ni. Lepas tu yang sini pula."





(2e + 3)(h - 1)
= 2eh - 2e + 3h - 3





          "Dah selesai. Apa yang susah sangat?"

          "Woah, kenapa cikgu buat nampak senang? Saya buat- ya Allah..."

          "Kau kena buat banyak latihan. Aku tengok kau ni pemalas orangnya."

          "Eyyy, cikgu ni memandai je. Mana ada saya malas."

          "Iya, kau pemalas. Hari-hari Puan Rosha marah kau sebab tak siap homework."

          Terdiam Ain mendengar kata-kata Airil lalu gadis itu pun tertawa.

          "Okeylah, cikgu menang kali ni. Hahahahah."

          "Kau banyak sangat gelak ni. Patutlah makin bodoh." Balasan Airil menghentikan tawa Ain. Bibir gadis itu memuncung.

          "Amboi kau. Engkau tu pandai sangat ke?" Soal Ain geram.

          "Dah sudah. Kalau kau pandai sangat, jawab soalan ni." Ujar Airil, cuba mengelak daripada bergaduh dengan Ain.

          Wanita itu menjelingnya dan dengan terpaksa dia mencapai pen hitam lalu menjawab soalan seterusnya.





-5(x - y)
= -5x - 5y





            "Hm... nampaknya kau masih bodoh." Kata Airil setelah melihat jawapan Ain.

            "Ish, apa lagi yang salahnyaaa?"

            "Kau checklah sendiri. Kesalahan sama je kau ulang."

            Mata Ain cuba mencari apa kesalahannya pada jawapan yang ditulis tadi.


            "Ohhhh~!" Jumpa sahaja kesalahan tersebut, Ain pantas membetulkannya.

            "Hahahahaha. Aku tak perasan sebenarnya."

            "Gelak aje kerjanya. Dah, aku nak keluar kejap. Kau buat soalan yang lain."

            "Baik, cikgu."

            Airil bangun lalu melangkah keluar dari bilik belajar.



            Pelik-pelik je perangainya.

            Bisik hati dia.





❤️❤️❤️

Ada lagi satu sub-topik untuk chapter ni. Dia kena simplify.. tapi malaslah nak buat hahahha panjang sangat chapter kali ni 😂

Continue Reading

You'll Also Like

73.9K 6.7K 53
[Pemenang Bagi Kategori 'The Kpoppers'] "Kenapa tak pakai sabun bau strawberry yang aku beli tu ?" "Maaf . Aku tak suka bau strawberry , so aku pakai...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
Quotes By -

Spiritual

25.2K 1.6K 200
YOUR DAILY SPIRITUAL PILLS āœØ Compilation of Islamic quotes & advices that I've found. Enjoy. āœ“ Doa āœ“ Hadith āœ“ Quran verse āœ“ English/Malay Islamic Qu...
1.6M 119K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...