Maths

By missblossom_

343K 34.6K 7.4K

怎 COMPLETED 怏 šŸ† WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY šŸ† šŸ… THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HO... More

01 ā€¢ Result
02 ā€¢ Bila mula?
03 ā€¢ First class
04 ā€¢ Homework
05 ā€¢ Special one
06 ā€¢ Lies
07 ā€¢ Abang
08 ā€¢ Advice
09 ā€¢ Visit
10 ā€¢ Perlu ke tipu?
11 ā€¢ f3: Polygons II
12 ā€¢ f3: Algebraic expressions III
13 ā€¢ f3: Linear equations II
14 ā€¢ f4: Quadratic expressions & equations
15 ā€¢ f4: Straight line
17 ā€¢ Weekend
18 ā€¢ SPM trial exam I
19 ā€¢ SPM trial exam II
20 ā€¢ SPM trial exam III
21 ā€¢ Something fishy
22 ā€¢ Break up
23 ā€¢ Life changed
24 ā€¢ Absent
25 ā€¢ Nasihat papa
26 ā€¢ Is he the one?
27 ā€¢ Hot gossip
28 ā€¢ Hidayah
29 ā€¢ Forgive me
30 ā€¢ Rival
31 ā€¢ Feelings
32 ā€¢ Masih sayang
33 ā€¢ Graduation day
34 ā€¢ Memories
35 ā€¢ Stay with you
36 ā€¢ His family
37 ā€¢ Second mom
38 ā€¢ Cat lover
39 ā€¢ Close friend
40 ā€¢ Alone together
41 ā€¢ His other side
42 ā€¢ Gaduh
43 ā€¢ That night
44 ā€¢ Getting closer
45 ā€¢ The day I
46 ā€¢ The day II
47 ā€¢ Good bye
48 ā€¢ Miss you
49 ā€¢ We did it!
50 ā€¢ New adventure awaits
ā˜ļøŽ Ainril moments ā˜ļøŽ
BOOK 2 is out!

16 ā€¢ f5: Graph of function II

4.4K 579 103
By missblossom_

— Maths —





Dua hari berlalu...

Ain pergi ke sekolah seperti biasa. Dia melangkah ke kantin seraya matanya meliar mencari Izz. Puas dia cari tapi hampa. Tak nampak dia di mana-mana pun.



Takkan tak datang?

Bisik hatinya.

Loceng sekolah berbunyi menandakan pelajar perlu beratur mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan. Ain pun masuk ke barisan kelasnya.



Mana pula Farah ni? Tak pernah-pernah dia datang lewat ke sekolah.







"Buhh!"

Terhinjut bahu Ain bila seseorang menyergahnya dari belakang.

"Cari aku ke?" Farah tersenyum lebar.

"Yelah. Takut aku kalau kau tak datang."

"Elehhh, kau kan dah ada Izz. Apa nak takutnya?"

"Eh, cakap pasal Izz. Mana dia eh?"

"Erm... tahlah. Aku pun tak nampak dia." Mata Farah meliar cuba mencari Izz.

Ain mengeluh perlahan.


Janganlah tak datang...





~~~~





Kringggg!

Loceng waktu rehat berbunyi lalu Ain dan Farah pun keluar kelas untuk ke kantin.

"Kau jaga tempat, biar aku tolong belikan makanan. Macam biasa kan?"

Ain cuma mengangguk dengan pertanyaan Farah. Farah pun berlari anak ke kaunter kantin. Semakin ramai pelajar yang masuk ke barisan untuk membeli makanan.

Keluhan dilepaskan oleh Ain. Rasa bosan semacam saja hari ni.





"Sara~" seseorang datang dan duduk di hadapan Ain. Terus berseri wajah gadis itu melihat dia.

"Izz. Wehhh, I ingat you tak datang. Tak nampak pun you masa beratur tadi."

"Hahah sorrylah. Pagi tadi I pergi toilet kejap. Tak tahu pula time I pergi, you dah sampai. Sorry k?" Tangan kecil Ain digenggam Izz.

"It's okay." Balas Ain sambil tersenyum pendek.

Seketika kemudian, Farah tiba dengan dua pinggan makanan di tangannya.

"Eh, hai Izz." Senyum Farah lalu dia duduk bersebelahan dengan Ain.

"Hai." Balas Izz dan turut tersenyum padanya.

"Tak makan ke kau?" Farah menyoal sambil tangan kanannya memberikan satu pinggan yang berisi nasi putih dengan ayam goreng kepada Ain.

"Tak. Takde seleralah hari ni."

"Makanlah sikit. Nanti you lapar kang dalam kelas." Ain mencelah.

"Mm... nak you suapkan."

"Eh eh, mengada dia. Hahaha yelah." Ain pun menyuap Izz sesudu nasi dengan isi ayam.

Farah di sebelah cuma berdiam diri. Tak naklah kacau pasangan sweet tu kan?













Tapi siapa tahu... dalam diam, ada 1001 rahsianya.





~~~~





Waktu balik tiba, Ain berjalan di antara Farah dengan Izz. Seperti biasa, mereka berborak kosong sambil melangkah menuju ke pagar utama sekolah.

"Weh, nervous do exam trial dah dekat." Keluh Ain.

"Itulah kan. Aku pun tengah takut ni. Sejarah aku asyik dapat E je. Nak jugak dapat tinggi macam kau." Balas Farah.

"It's okay. I boleh je ajar you- berdua... hee.." Izz mempamerkan sengihan. Alamak, hampir kantoi tadi.

Farah di sebelah Ain sedang mengawal riak wajahnya agar tidak nampak yang dia terkejut. Ain pula macam tak perasan bahawa mereka sedang menyorokkan sesuatu daripadanya.

"Thank you. Nanti ada masa, kita keluar buat study group k?" Ujar Ain.

"Alright~"




Ada masa tu bila ha? Lepas habis SPM? Haha. Lawaklah kau, Sara.

Desis hati Izz.

"Okey, aku dah kena pergi ni. Bye, jumpa nanti." Farah melambai ke arah Ain tetapi matanya memandang Izz melalui ekor mata.

"Bye. Jumpa mende kau? Aku tak keluar hari ni." Balas Ain sambil tertawa kecil.

"Hahahah. Yelah, aku balik dulu." Laju Farah melangkah menuju ke kereta emak dia dan memasukinya.




Siapa je nak keluar dengan kau? Perasan.

Desis hati Farah sinis.

Izz memandang kereta tersebut sehingga ia hilang dari pandangan. Ain pun perasan perkara itu.

"Oi, marah dengan I lagi ke?" Tegur Ain sayu.

Izz membisu sebentar.

"Takdelah. I faham you. Betullah you cakap, kena fokus belajar. I pun sebenarnya nervous jugak exam trial dah dekat."

"Haa... tahu pun. Thank you sebab faham I. Serius, I janji. Lepas exam, kita keluar k? Dah dua kali ni I janji and I never break my promises."

"Takpelah. Kalau you kena belajar, I don't mind actually." Izz seperti menolak pelawaan Ain lalu gadis tersebut hanya menguntumkan senyuman nipis dan mengangguk.





Dia tolak ajakan aku? Aku sangka dia akan happy or at least terkejut. Tapi dia macam... haih, kenapa ni?







"Okey, tu kereta papa kan? I balik dulu eh?" Kata Izz bersama senyuman.

"Yea. Bye, Izz." Ain melambai pada Izz lalu lelaki itu pun berpusing ke depan dan berjalan pulang ke rumahnya setelah membalas lambaian gadis tersebut.

Rumah dia tak adalah jauh mana dan disebabkan itulah dia cuma berjalan kaki. Malas nak pandu kereta.

Ain pula sudah menapak masuk ke dalam kereta Encik Naem lalu kereta tersebut membelah jalan raya pulang ke rumah. Ain memandang Izz yang sedang berjalan itu. Izz yang perasan Ain sedang memandangnya, melambai ke arah gadis itu lalu Ain membalasnya sambil tersenyum pendek.






Something's off about him...





~~~~





Tombol pintu ditolak ke bawah lalu pintu dibuka luas. Ain menapak masuk ke dalam bilik belajar dengan riak wajah sedih. Pintu bilik ditutup semula lantas dia pun duduk bersebelahan dengan Airil.

"Apasal? Merajuk lagi ke budak tu?" Tanya Airil apabila perasan wajah sayu wanita tersebut.

"Bukan..." Ain menggeleng.

"Habis tu?"

Ain berdiam diri sebelum bersuara.

"I don't know what's wrong with him. Dia kata dia dah tak merajuk dengan aku. Tapi..." Ain berjeda seketika dan melepaskan keluhan.

"Weh, kau rasa apa maksud lelaki tu bila dia nak sangat benda tu tapi tiba-tiba one day, dia tolak, cakap 'takpelah'?" Soal Ain.

Airil mengerutkan dahinya, pelik mendengar pertanyaan gadis tersebut.

"Ohh, ni mesti pasal dia ajak kau keluar tapi kau tolak. Then, dia tolak bila kau ajak dia pulak kan?" Pandai Airil meneka.

"Tch, jawab jelahhh."

"Entah. Maybe sebab dia dah penat dengan kau? Aku tak tahu. Tak semua lelaki sama k."

"Seriuslah? Weh, dia dah penat nak layan aku ke?? Macam mana nihhh? Airil, tolong akuuuu." Ain sudah mula gelisah.





Ah sudah... mula dah meroyan dia ni. Menyesal pula sakitkan hati dia.



"Weh, rileklah. Like I said, tak semua lelaki sama. Mungkin bagi aku, dia dah penat dengan kau tapi mungkin bagi dia, sebab yang lain ke? Chill ah." Kata-kata Airil membuatkan Ain terdiam.

"Tapi macam mana kalau dia betul-betul dah penat dengan aku? Huhuu.." Ain berpura-pura merintih lalu merehatkan kepalanya di atas meja, beralaskan lengannya.

Airil mengeluh perlahan.


Macam mana nak mula mengajar kalau dia sedih macam ni? Haihhh...


















Setelah lama berdiam diri, Airil berhenti menulis dan mengalihkan pandangan pada Ain yang masih berada dalam posisi sama. Dia mengerutkan dahi bila perasan Ain langsung tidak bergerak sejak tadi.



Tidur ke dia ni?

Bisik hatinya.

Tangan Airil lantas menggoyang-goyang bahu Ain bagi mengejutnya.

"Woi, kau tidur ke sia? Apa do, baringkan kepala sikit dah tidur. Bangun bangun."

Berkerut dahi Ain bila tidurnya diganggu.

"Apa kau nak ha? Kacau je." Tangan Airil ditepis olehnya.

"Bangun cepat. Kau datang sini semata-mata nak meroyan, lepas tu tidur, baik balik jelah."

"Ish, fine fine. Aku bangun. Tak perlulah nak marah-marah. Ugh." Ain menjeling. Wajahnya diraup perlahan bagi menghilangkan rasa ngantuk.

"Graph of Function kau dah faham kan? Takkan nak aku ajar lagi??" Soal Airil seraya tangannya menyelak helaian muka surat buku Matematik, mencari topik yang dikatakan.

"Memang pun. Tapi ada satu soalan tu aku asyik stuck. Yang soalan d untuk chapter tu." Balas Ain perlahan sambil menggosok matanya. Ngantuk lagi nampaknya. Rasa nak terlelap saja.

Airil menunggu angin gadis itu elok dahulu sebelum mula mengajar.

"Dah okey dah? Mood, okey? Emosi, okey? Akal, okey?" Tanya Airil sambil mengangkat ibu jari kirinya tanda 'ok tak'.

"Diamlah." Dijelingnya Airil lagi.

Airil membalas jelingan gadis tersebut. Memang mereka ni sentiasa ada perlawanan saling menjeling mungkin.





Soalan 1







"Soalan a, b dengan c kau dah reti buat kan?" Soal Airil.

"Ha'ah. Soalan d ni je aku tak faham."

"Benda senang pun susah sangat nak faham. Lembap."

Ain mengetap bibir mendengar kata-kata kejam lelaki di sebelahnya ini.

"Ya awak. Awak pandai sangat. Tolonglah ajar saya yang lembap ni." Kata Ain sambil mengukirkan senyuman palsu.

"Ha, sedar pun diri tu lembap. Sini sikit aku nak ajar. Macam mana nak ajar kalau kau jauh-jauh?"

Sekali lagi Ain mengetap bibirnya menahan geram.




Ish, nasib baik aku perlukan bantuan kau. Kalau tak, memang kena cepuk dengan aku! Ayat tu jahat betul!


Ain merapatkan kerusinya dengan Airil sedikit. Tak boleh dekat sangat. Nanti kena ceramah agama.

"Buat dulu soalan a, b, c. Aku nak tengok macam mana kau buat." Kata Airil mendatar.

"K.." Ain menarik buku rapat dengannya lalu mencapai pen biru sebelum mula menjawab soalan tersebut.

"Mula-mula, nak cari nilai untuk soalan a ni senang je. Kita tekan je kalkulator-"

"Buat diam-diam tak boleh ke kau ni? Aku suruh buat je, bukan suruh ajar-"

"Shhh! Diam k? Saya tengah mengajar ni, jangan bising." Jari telunjuk diletakkan pada bibir Ain sendiri mengarah Airil supaya senyap.

Airil menggulingkan mata.




Tak matang sungguh perangai budak ni.

Gumam hatinya.

"Okey, kita sambung. Tekan je kalkulator macam ni. Kita tengok equation yang diberi. y = 2x² - x - 3. Betul tak, anak murid?"

Airil tidak menjawab pertanyaan Ain sebaliknya cuma mendiamkan diri memandang gadis itu dengan pandangan dingin.

"Hei, dengar tak apa yang saya tanya ni?" Tanya Ain dengan muka garang yang dibuat-buat.

"Kau buat saja boleh tak? Eee, geram aku!" Marah Airil membuatkan Ain tertawa kecil.

"Heheheh, sorry sorry. Okey, aku buat."




"So dalam jadual ni dia ada nyatakan nilai x dan juga y."

Airil mengeluh sebaik sahaja Ain sambung mengajar. Budak ni memang tak faham bahasa betul.

"Cara nak tekan kalkulator ni senang je. Kita substitute je huruf x ni dengan nilai x dalam jadual ni. Jadi dalam jadual ni, kita tengok yang mana takde nilai lagi? Mestilah yang m dengan n ni kan? So tengoklah nilai x dekat atas huruf m dan n. Kita buat untuk m dulu."





2(-1)² - (-1) - 3
= 0





"Dapat jawapan kosong. Jadi tulislah dekat tempat m tu, kosong. Next, nilai n pulak."





2(4)² - 4 - 3
= 25





"Dapat nilai 25 untuk n. Tulislah 25 dekat ruangan n. Dah siap soalan a."

"Hm, buat soalan b pulak."

"Okey, soalan b ni tak susah pun. Kena guna kertas graf-"

"Tak payah bersuaraaa. Lambat! Aku nak kena ajar kau pulak untuk soalan d nanti!" Airil memarahi Ain sekali lagi.

"Eheheh, okay okay. Sorry."

Ain mengeluarkan kertas graf daripada fail berwarna ungu dia lalu mula melukis graf berdasarkan arahan yang diberi dalam soalan. Airil pula sibuk memerhati gadis itu membuat kerja. Senyap-senyap dia meneliti wajah bersih Ain.

          Dia akui bahawa wanita itu sememangnya cantik. Tak peliklah bila dia tengok ramai pelajar lelaki yang menyimpan perasaan terhadap gadis tersebut. Malangnya, Ain sudah berpunya.










"Haaaa. Dah siap soalan b." Ain tiba-tiba bersuara menyentakkan Airil dari lamunan.








(Abaikan garis lurus panjang tu.. itu untuk soalan d nanti haha)





"Senang aje~ aku dapat markah pun sebab soalan dekat seksyen B. Soalan topik ni dengan topik Statistik. Dua-dua tu soalan favourite aku." Sambung Ain.

"No one asked. Jangan buang masa please. Buat soalan c pulak." Airil membalas.

"Ish, kita nak citer-citer sikit pun tak boleh. Boringlah kau ni. Sebab tu aku lagi suka belajar dengan Izz."

"Nak belajar dengan dia sangat, pergilah. Apasal datang rumah aku jugak?"

"Dah cikgu yang suruh. Kalau tak, memang taklah aku nak belajar dengan kau." Ain menjawab.

"Habis sebelum ni apasal tak naik-naik pun markah kau? Betul ke belajar dengan dia? Ke sibuk dating je??" Kata-kata Airil membuatkan Ain panas hati.

"Eee, kau ni. Biarlah! Kau tak perlu tahu pun pasal aku. Ugh." Ain berhenti bertengkar lalu kembali menatap buku Matematik dengan riak wajah geram.





Yelah, kau menang kali ni!

Desis hati Ain tak puas hati.

Airil sudah tersenyum sinis.




Terasalah tu~



Tangan kanan Ain menulis-nulis jawapan bagi soalan c. Mukanya masih menunjukkan bahawa dia tak puas hati dengan Airil. Geram! Ada saja nak sakitkan hati orang.





c) i) y = 23.5
ii) x = 4.4





Ain berhenti menulis dan menunggu Airil untuk mengajar soalan seterusnya.

"Dah siap? Ha, buatlah soalan d pulak. Tunggu apa?" Sengaja Airil menguji kesabaran Ain.

Gadis itu memandang Airil dengan pandangan tak puas hati tapi kali ni 2.0 punya. Sumpah, rasa nak ketuk aje kepala Airil ni. Ain cuma mendiamkan diri.

Merajuk.

"Oh? Tak reti ke? Kalau tak reti, mintaklah orang ajarkan. Nak aku tolong tak?" Soal Airil sinis namun Ain masih membisu.

"Sebut jelah perkataan tu, baru aku tolong kau." Sambung Airil lagi bersama senyuman sinis.

Ain mencebik. Dia langsung tak mahu memandang wajah Airil. Kepalanya ditongkat dengan tangan kanan manakala matanya memandang meja dengan pandangan kosong.




Tak faham ke aku merajuk? Pujuklah, ish! Maths ni pun satu! Tak habis-habis suruh orang selesaikan masalah. Selesaikanlah sendiri! Masalah aku pun belum selesai lagi.



Airil ketawa menyindir.

"Heheh. Sombong sangat eh? Dah tak pandai pun tak nak mintak tolong? Ni namanya bodoh sombong tahu?"




Eyyy! Tak sedar ke diri tu sombong jugak? Ish! Hati, tolonglah bersabar.

Ain terpaksa menurunkan egonya dan bersuara. Lambat-lambat nanti, memang tak siap soalan ni.

"Tolong.." ujarnya perlahan. Mata masih memandang meja.

"Hah? Tolong apa? Tolong lempang kau?"




Kau jangan sampai aku yang lempang kau, Airil.

Gumam hati Ain, masih membara.

"Aku tak tahu kalau kau tak bagitahu." Kata Airil lagi. Suka pula dia usik Ain.

"Tolong aku buat soalan nilahhh. Ish, kau ni sejak bila lembap ha? Tulah. Suka sangat panggil orang lembap. Diri sendiri jadi lembap!" Ain berleter. Keningnya bertaut, menahan geram.

Airil pula sedang menahan tawa. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis selepas berjaya buat Ain bersuara dan pada masa yang sama, buat Ain panas hati.

"Boleh pun bukak mulut. Ingatkan dah takde suara."

"Diamlah."

Airil menarik buku Matematik dekat dengannya dan mula mengajar Ain.

"Mula-mula kau tengok equation yang diberi. Ada dua tau." Tutur lelaki itu sambil memandang Ain.

"Hm." Ain mengangguk perlahan dengan pandangan kosong.

"Muka tu elok sikitlah. Usik sikit, dah merajuk macam apa."

"Biarlah." Balas Ain dengan bibir dicebik.

"Muncung lagi bibir tu. Nanti aku tarik, lepas tu potong kang, baru tahu."

"Ish, sudahlah. Cepat ajar!"

Airil menggeleng perlahan.


Anak siapalah manja sangat ni?



"Kau tulis equation yang ada dulu."





y = 2x² - x - 3
2x² - 3x = 10





"Macam ni. Tapi kita kena susunlah, biar simbol equal ni dekat satu tempat je. And equation kedua ni kena sama dengan kosong. Faham tak?"

Ain menggeleng. Mukanya masih sama. Merajuk.

"Macam ni.."





y = 2x² - x - 3
0 = 2x² - 3x - 10





"Haa... tahu tak kenapa 10 tu jadi -10?" Soal Airil kepada Ain.

Gadis itu hanya mengangguk.

"Kenapa?" Tanya Airil lagi.

"Sebab dah pindah ke sebelah lainlah." Dingin suara Ain.

"Hm, pandai." Airil tersenyum palsu sambil menggulingkan mata ke atas.

Ain pula memandangnya dengan pandangan menyampah.




Tak nak puji, takyah pujilah.



"Lepas tu, selesaikan jelah macam topik Linear Equation tu. Ha, buat sendiri."

Tanpa membantah, Ain mencapai pen birunya lalu menjawab soalan tersebut. Malas dah nak bergaduh. Nanti Airil juga yang menang.





y = 2x² - x - 3
0 = 2x² - 3x - 10
y = 2x + 7





Pen diletakkan di atas meja setelah selesai menjawab. Berat pula mulut nak bersuara.

"Dah?" Soal Airil lalu Ain mengangguk sekilas.




Kuat merajuk betul dia ni. Selagi tak pujuk, selagi tulah dia nak merajuk. Heihhh.

Bisik hati Airil.

"So inilah equation yang kita nak guna untuk cari koordinat untuk buat garis lurus tu nanti. Baca soalan d tu. Dia kata nilai x mesti sekurang-kurangnya -2 sampai 5. Betul?"

Ain mengangguk saja mengiyakan pernyataan Airil.

"Betul tak?" Airil bertanya lagi, cuba membuat Ain bersuara. Namun, gadis itu cuma mengangguk lagi.

"Ada mulut kan? Cakaplah." Kata Airil dingin. Menyampah pula bila Ain merajuk lama-lama.

"Betul.." perlahan saja suaranya kedengaran.

Malas Airil nak tegur lagi, dia pun sambung mengajar.

"So bolehlah pilih nilai x daripada -2 sampai 5. Aku terus guna nombor -2 dengan 5. Tapi kena tengok jugak simbol diorang bagi tu. Kalau mesti lagi kurang, kau kena pilih yang lagi kuranglah nilainya. Also, kena pastikan garis yang kita buat nanti, tak keluar dari axis-x dan y ni. Faham?"

Ain mengangguk.

"Kau gantikan huruf x dengan nilai yang kau pilih tadi. Lepas tu, kiralah. Then, tulis macam ni."





y = 2(-2) + 7
= 3
When x = -2, y = 3

y = 2(5) + 7
= 17
When x = 5, y = 17





"Lepas tu, kau tandakan koordinat ikut nilai x dengan y yang kau dapat ni. Dah dapat dua titik, gariskan jelah. Dah siap."





(Tengok gambar jawapan untuk soalan b tadi untuk jawapan d)





"Boleh tak ni?" Tanya Airil bagi memastikan bahawa Ain faham dengan apa yang diajarnya.

Ain mengangguk saja.

"Boleh... thanks. Aku nak keluar jap." Katanya mendatar.

"Ke mana?"

"Luar." Ain bangun dan berjalan menuju ke pintu bilik lalu keluar.




Haihhh, dia nak aku pujuk ke ni? Ish, malas aku. Biarlah dia tenangkan diri sendiri.





~~~~





"You ni, Izz! Nasib baik tak kantoi tadi tau. Nak cakap tu fikirlah dulu."

"Sorrylah. I lupa yang kita kena sorokkan hubungan kita. Haha, sorry k?" Izz membuat muka meminta simpati terhadap Farah.

Mereka kini berada di sebuah pusat beli-belah, meluangkan masa bersama.

"Takpe, lain kali jangan buat lagi tau. Nasib baik dia tak perasan."

"Alright~"





Farah menyedut straw minuman yang dibelinya sambil berfikir sesuatu.


Macam mana agaknya Ain rasa bila dia nampak aku dengan Izz ni kan? Heheh kau tunggu, Ain.





❤️❤️❤️

Actually i nak explain chapter Matrices dgn Gradient and area under a graph tapi tulah.. susah nak explain dalam perkataan hm. Boleh tengok video dekat youtube channel "y=mx+c" namanya. Cikgu tu banyak bantu i untuk masalah maths dan add maths ☺️💓

Chapter seterusnya kita dah boleh masuk chapter di mana drama bermula hahahah 😂👌

Ingatkan nak update sebelum pukul 12 tapi dah pukul 3 pagi ni adoii.. please vote k. I sanggup tido lewat semata-mata nak update tau 😌💔💕

Continue Reading

You'll Also Like

188K 7.7K 52
Lapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka d...
Aris (3) By ė‹ˆģ—˜

Mystery / Thriller

126K 7.9K 33
Dia hilang tanpa khabar berita. Dia meninggalkan orang tersayang. Dia ingin menyendiri. Lari ke dunia luar. Hidup seperti manusia biasa. Menjalani ke...
1.6M 13.3K 7
jangan paksa cinta. biar cinta yang memaksa kita jatuh.
649K 36.5K 65
Beautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Mist...