Mawar Milik Raid[C]✅

By AizackMesle

1.7M 89.3K 8.3K

Known as, His Obsession ⚠️Toxic relationship alert. Mawar, cantik dipandang, namun sakit apabila dipegang. I... More

PROLOGUE
MMR|1
MMR|2
MMR|3
MMR|4
MMR|5
MMR|6
MMR|7
MMR|8
MMR|9
MMR|10
MMR|11
MMR|12
MMR|13
MMR|14
MMR|15
MMR|16
MMR|17
MMR|18
MMR|19
MMR|20
MMR|21
MMR|22
MMR|23
MMR|24
MMR|25
MMR|26
MMR|27
MMR|28
MMR|29
MMR|30
MMR|31
MMR|32
MMR|33
MMR|34
MMR|35
MMR|36
MMR|37
MMR|38
MMR|39
MMR|41
MMR|42
MMR|43
MMR|44- LAST
EPILOGUE
TERIMA KASIH+NEW STORY

MMR|40

31.8K 1.6K 159
By AizackMesle

Kisah lama

⚜⚜⚜












"ARGHHH!

Buk!

Buk!

"Lemah! Bangunlah!" Kolar baju Engku Raid ditarik kasar. Memaksa lelaki itu supaya berdiri berhadapan dengannya.

Engku Raid pula, menggunakan gumpalan tenaga yang masih tersisa, terus menepis tangan tua itu. Tubuh lelaki itu ditendang tanpa sebarang amaran.

Bibir melepaskan ludah. Darah pekat yang mengalir melalui tepi bibir, dikesat menggunakan ibu jari. Lalu senyuman sinis ditampal ke wajah.

Kali ini gerakannya sedikit pantas, menyelar tangan lelaki itu lalu memulas ke belakang. Menjadikan lelaki itu membelakanginya. Pergerakan lelaki tua itu dikunci erat.

"Aku tak selemah yang kau sangkakan, orang tua! Kalau dulu mungkin kau boleh pijak aku, tapi kau tengok sekarang, apa yang kau mampu buat? Kau patut sedar diri, dah tua-tua perangai macam setan lagi!" jerkah Engku Raid.

Peluh dingin menitik-menitik ke dahi, lalu turun ke leher, membasahi seluruh tubuh kekarnya. Sekali lagi, tubuh lelaki itu disepak kasar. Kemeja yang tersarung di tubuh, dia buka. Butang-butang yang tertanggal, dia kerling sekilas.

"Kau nak aku mati? Okey, kita tengok siapa yang akan ke neraka dulu, Assir. Aku ke engkau..." Sepucuk pistol yang sudah dari awal tersisip di pinggang, dia bawa keluar. Lalu dilempar ke lantai.

"Lawan cara jantan, letak senjata kau." provoknya.

Termakan dengan provokasi Engku Raid, lelaki bernama Assir itu terus meluru pantas ke arah lelaki itu. Tangan sudah naik untuk melayangkan tumbukan. Namun Engku Raid lebih cekap mengelak.

Tumbukan demi tumbukan, hanya sesekali saja terkena wajah Engku Raid. Lelaki itu menjongket bibir, miring. Tubuh Assir yang nampaknya semakin lemah, dia kerling dengan ekor mata.

Dasar lelaki tua. Ada hati nak berlawan dengan dia.

Senyuman miring sempat diukir sesaat sebelum kaki naik menendang perut Assir. Melihatkan Assir yang sudah membongkok, impak tendangannya, tangan dilingkarkan ke leher lelaki itu.

Rengkuhan dikuatkan dan dengan sekali rentapan, dia memulas batang leher Arris. Tubuh Assir rebah ke lantai bersama jeritan sakit. Lah, takdalah kuat mana pun. Dia berdecit.

Setelah berpuas hati melihat keadaan Assir, dia bersedia untuk berpusing ke belakang. Dengan niat ingin mencari figura sang isteri. Tetapi pemandangan yang menyapa ruang mata membuatkan dia membuang keluh kasar.

Kira-kira lebih 20 orang lelaki berbadan gempal mengepung di belakang sambil memegang senjata masing-masing. Mengelap peluh di dahi dan leher, cepat-cepat Engku Raid mencapai kembali pistolnya.

Tapi tak sempat apabila pelipat kakinya ditendang dari arah belakang membuatkan dia terjatuh melutut. Tindakan yang begitu pantas. Belum sempat berbuat apa-apa, kepalanya telah diketuk terlebih dahulu.

Buk!

Keningnya berkerut. Merasakan titik-titik gelap yang mulai memenuhi ruangan mata, tahulah bahawa mungkin selepas ini dia akan pengsan. Pandangannya samar-samar.

"Arghhhh!"








































"Lepaslah setan!" Tubuh yang sudah terikat kemas di atas kerusi, dia goyang kasar. Dengan harapan ikatan tersebut akan terlerai. Namun ianya hanya mengundang senyuman sinis milik Assir.

"Bukan main lagi kau kutuk aku dengan mulut busuk kau tadi ya?" Assir bangkit daripada duduk lalu berjalan mengelilingi kerusi yang diduduki oleh Engku Raid.

Pistol yang berada di celahan jari, dia pusing-pusing beberapa kali. Kemudian, kaki berhenti menghayun tepat-tepat di belakang Engku Raid. Menekan muncung pistol di belakang kepala lelaki itu.

Engku Raid pula, dia sekadar senyum sinis. Langsung tiada riak gentar mahupun takut tercetak di wajah. Meskipun dadanya kini berdentum maha hebat.

Dia cuma mahu tahu, di mana Mawar. Dia cuma mahu lihat wajah Mawar, meskipun buat kali yang terakhir. Harapannya agar Mawar berjaya lepas dari tempat ini. Tapi sehingga kini, dia masih tidak nampak bayang Mawar.

"Mana bini aku, Assir. Lepaskan bini aku. Kau nak bunuh aku, bunuh jelah. Tapi jangan libatkan anak bini aku dalam hal ni!" Rahangnya mengeras tatkala Assir menekan makin kuat muncung pistol ke belakang kepalanya.

"Sayang betul kau dekat perempuan tu eh?" Assir ketawa yang dibuat-buat.

"Orang bodoh je tak sayang bini, gila!" Bisik Engku Raid keras, suaranya kedengaran tertahan. Sedetik, matanya melirik ke arah satu arah. Dia terdengar suara seorang perempuan sedang memaki hamun entah siapa-siapa.

"Lepaslah bodoh! Lelaki psiko, gila! Urghh!"

Dan suara itu semakin lama, makin kedengaran lantang. Tanda jarak mereka sudah tidak jauh. Dia kenal sangat suara itu. Itu suara Mawar. Rahangnya bergemeletuk tajam.

Renungannya tajam dipasakkan kepada Assir yang masih ketawa. Ikutkan hati, memang dia mahu humban Assir ke lautan paling dalam. Biar ditelan kerak bumi.

"Kau boleh diam tak perempuan? Nak makan penampar aku lagi ke?!" Suara itu pula memetir kuat. Tak salah lagi, itu suara Anas pula.

Makin kuat rontaan Engku Raid. Entah apalah Anas telah lakukan kepada Mawar. Demi Tuhan, dia mahu bunuh saja Assir dan Anas. Dadanya berombak laju. Turun naik dadanya bernafas kencang.

Bahang amarah makin menggelegak naik ke seluruh tubuh apabila dengar kata-kata Anas. Berani betul lelaki itu mengasari Mawar.

"Nah, nak sangat jumpa laki kau kan. Nah jumpa!" Tubuh Mawar ditolak kasar ke depan.

Buntang mata Mawar melihat suaminya telah diikat di atas sebuah kerusi kayu. Kolam air matanya pecah tanpa dapat ditahan. Keadaan tubuh sang suami, dia tilik menggunakan mata.

Ada darah yang mengalir di dahi Engku Raid. Bibir pecah dan ada kesan darah beku. Wajah suaminya juga penuh dengan kesan tumbukan, lebam habis satu muka.

"Raid..." Mawar cuba mendekati Engku Raid, namun apabila Assir mencerlung tajam Anas yang berdiri di sebelah Mawar, mungkin tanda memberikan amaran. Anas terus menahan langkah gadis itu.

"Lepaslah!" Mawar meronta. Tapi tenaganya juga makin lemah, impak berlaku sedikit pergelutan dengan Anas tadi. Lantaran itu, Mawar hanya mampu memandang lemah.

Ya Allah, ini semua salah dia. Kerana tindakan bodohnya yang terlalu mempercayai Anna, dia telah meletakkan nyawa dia dan Engku Raid di hujung tanduk. Tak tahu sama ada mereka mampu keluar dari tempat ini atau tidak.

"Mawar..."

Assir menggulingkan bebola mata. Meluat apabila melihat pasangan suami isteri itu membuat jejak kasih di depan matanya. Berdecit kasar, dia arahkan Anas supaya menarik Mawar jauh daripada Engku Raid.

Kini dia membuka langkah kembali. Kaki dihayun sehingga berhenti di depan Engku Raid. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar.

"Kau dengan bapak kau sama aje. Lemah sebab perempuan! Rimas, meluat kau tahu tak?!" Wajah Engku Raid ditumbuk.

"Apa sebenarnya masalah kau dengan bapak aku hah? Apa yang kau tak puas hati dengan keluarga kami?!"

Engku Raid juga tidak mahu kalah. Dia turut menaikkan oktaf suaranya. Wajah dia menegang. Urat-urat jantan mulai kelihatan di sekeliling dahi. Hati mendongkol geram.

Sejak dulu, dia sendiri tak tahu apa motif Assir melakukan semua ini. Apa sebenarnya yang Assir mahukan?

"Apa yang aku tak puas hati? Sini, biar aku ceritakan ya?" Assir senyum sinis. Kaki Engku Raid ditendang membuatkan lelaki itu menjelingkan tajam.

Assir menarik sebuah kerusi berhampiran lalu duduk berdepan dengan Engku Raid. Kaki disilang gaya bossy. Tangan dilipat, menyilang ke dada. Pandangan kini tertancap ke wajah Engku Raid.

"Raihan, dulu dia tu kawan baik aku. Kami usahakan syarikat tu sama-sama sampailah nama syarikat kami naik. Susah senang sepanjang kami usahakan syarikat tu, aku yang selalu ada untuk dia. Aku yang selalu tolong dia."

"Tapi bila dia jumpa dengan mak kau-dia jadi lupa diri. Dia lupakan aku. Dia lupa jasa yang aku sumbangkan untuk syarikat tu. Dia beli semua saham aku supaya dia dapat pegang syarikat tu sepenuhnya. Bapak kau tu tamak!"

Yang sebetulnya, semua itu berlaku adalah kerana salah Assir sendiri. Assir yang tidak menggalas tanggungjawab dengan cara yang betul. Sehinggakan Engku Raihan membuat keputusan untuk membuang Assir daripada syarikat mereka kerana Assir telah menggelapkan wang syarikat.

Tapi Assir tak dapat terima kenyataan bila dapat tahu Engku Raihan akan berkahwin dengan Engku Naima setelah dia dibuang daripada syarikat tersebut. Assir fikir, Engku Raihan membuangnya kerana ingin menikahi Engku Naima.

"Sepatutnya syarikat tu, aku yang punya! Semua harta keluarga kau, aku punya! Kau faham tak, semua aku punyalah!" Assir menendang kaki kerusi Engku Raid.

"Aku fikir bila aku culik kau dengan adik kau dulu, bapak kau tu akan datang. Tapi dia pengecut. Dia bawa polis sekali untuk jumpa aku. Hahaha! Tapi aku kagum dengan kau sebab berani datang sini, tak macam bapak kau tu."

Tajam mata hazel Engku Raid mengikut setiap pergerakan Assir yang kini sudah berdiri. Rahang diketap apabila Assir menarik kasar tubuh Mawar supaya berdiri di depannya.

'Don't cry please, Mawar...' batinnya rasa sesak. Jiwanya tak sanggup menatap Mawar yang menangis di hadapan dia. Jiwa dia lemah melihat air mata berharga milik sang belahan jantungnya.

"Kau nampak parut ni?" Assir menyoal Mawar. Kesan parut timbul yang tercetak di pipinya, diperlihatkan kepada Mawar dalam jarak yang dekat. "Kau tahu tak, parut ni aku dapat daripada siapa?" soalnya lagi. Kali ini Mawar menggeleng.

"Ni suami si*l kau punya pasallah!" Tubuh Mawar ditolak ke lantai. Mawar memegang perutnya yang terasa sedikit mencucuk. Keningnya berkerut.

"Arghh!"

"Jangan sentuh bini aku Assir!" Engku Raid dah tak boleh duduk diam. Bila melihat diperlakukan begitu, rasa ringan saja kaki tangannya ingin naik bertubi-tubi ke tubuh Assir.

"Aku akan pastikan keturunan kau orang, sorang pun takkan hidup!" Assir melakar dendam. Senyuman sinis diukir. Dia sudah bernekad. Walau apapun yang berlaku, keturunan Engku Raihan, seorang pun tak boleh hidup.

"Sepatutnya kau dah pergi neraka, sama macam adik kau tu! Tapi aku tak tahulah kenapa kau ni liat sangat."

Assir melangkah ke arah Engku Raid. Tubuh dicondongkan supaya rapat ke wajah lelaki itu. Senyuman sinisnya masih tidak luntur. Mereka berbalas pandangan.

Anas pula sekadar memandang. Bukan dia kesah sangat pun hal itu. Dia hanya mahukan Mawar dan Anna pula mahukan Engku Raid. Sudahnya, dia menggunakan Anna untuk memerangkap Mawar ke sini.

Janji ditabur kepada Anna. Apabila Mawar sudah datang ke sini, Engku Raid akan menjadi milik gadis itu. Tapi mana tidak tumpahnya ke kuah kalau tidak ke nasi, ya tak? Ternyata dia licik sama seperti Assir.

Engku Raid berdecit. Earpiece yang dipasang ke telinganya sudah jatuh entah ke mana. Dia pun tak perasan. Serasanya sudah hampir satu jam berlalu sejak dia berada di dalam bangunan ini.

Harapnya Tengku Fayyadh masih ada bersama. Hanya lelaki itu saja harapannya untuk membawa Mawar keluar dari sini. Apa-apa pun, Mawar dan anak mereka harus selamat.

















Dah jelas?

Okay, ada 4 bab saja lagi. Nak happy ending or sad ending? Author tengok asyik happy ending aje. Tak bosan ke? Tak nak cuba sad ending?


Continue Reading

You'll Also Like

278K 18.2K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1M 39.3K 56
BOOK 1 || MARCUS SERIES || MARCUS GENERATION RAFAEL MARCUS | MY SWEETHEART'S MAFIA My first book. Don't expect too much. There have a lot of error i...
569K 21.8K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
19K 1.1K 54
Berkahwin atas dasar mahu tutup aib keluarga bagi pihak perempuan? Itu sungguh mengejutkan Haider kerana dirinya perlu menerima hakikat ini. Kenapa p...