Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

I Am Here

3K 262 12
By FanficSkill01

Gempa masih memandang wajah Halilintar. Entah kenapa melihat sahaja wajah lelaki di hadapannya itu seolah-olah membuatkan dirinya menjadi tenang. Mungkinkah kerana Halilintar yang menemaninya semalam?

'Walaupun dia cepat menengking dan mudah naik marah, tapi dia sebenarnya baik hati. Kenapa orang macam dia harus diuji macam ni? '

Sayu tatapan wajah Gempa berikan pada Halilintar. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengusap wajah lelaki itu sekadar untuk memberikan kasih sayang walaupun ia tidak akan sebanyak seperti arwah ibu bapanya.

Hali: Lama mana lagi kau nak tenung muka aku?

Gempa: Eh?

Dengan perlahan-lahan Halilintar mencelikkan matanya dan mata mereka berdua bertemu.

Kaku seketika Gempa jadinya sebelum wajahnya mula bertukar kemerahan dan dia pun secara spontan terundur ke belakang.

Gempa: Uwaahh!! Ma-maafkan saya!! Saya tak sengajaaa!!

Halilintar bangkit dari pembaringannya dengan masih menatap ke arah Gempa. Dia menggaru-garu kepalanya membuatkan rambutnya yang sudah kusut bertambah kusut jadinya.

Hali: Hmmh... Maaf tu je? Yang maaf semalam sebab kau pergi tumpang badan aku untuk tidur takde?

Gempa: Eh?!! S-sejak bila?! Macam mana??

Hali: Ceh! Jangan cakap yang kau lupa pulak!

Gempa terkumat-kamit cuba memerah otaknya bagi mengimbau kembali akan memorinya yang lama tadi. Entah apa yang terjadi sehingga membuatkan dirinya itu seolah-olah amnesia dengan perkara semalam. Selain dari ingatannya yang sipi-sipi yang mana dia rasa dia ada berbual dengan Halilintar, sehinggalah sedar-sedar saja dia sudah bangun dalam dakapan Halilintar.

Halilintar yang melihat Gempa seperti sudah hilang ingatan hanya mampu mendengus kesal.

Hali: Semalam kau bukan main lagi menangis macam orang putus cinta. Dah lupa?

Gempa: Y-ya ke..? M-maaf...

Halilintar diam sahaja sambil memandang ke arah Gempa. Entah kenapa tiba-tiba tidak sampai hati pula ingin terus memberikan layanan dinginnya pada Gempa. Tapi dia tidak mahu terlalu ambil mudah ke atas remaja di sebelahnya itu.

Halilintar terdiam sambil menggosok belakang kepalanya.

Hali: Kau... Betul-betul tak ingat ke..?

Gempa menggeleng kecil menjawab pertanyaan Halilintar. Satu dengusan halus keluar dari mulut Halilintar.

Hali: Takpelah. Aku pun tak kisah sangat. Cuma...

Terdiam Gempa jadinya apabila Halilintar secara tiba-tiba menarik kepalanya lalu diletakkan kepala Gempa di atas bahunya. Halilintar mengelus lembut surai rambut pendek Gempa yang panjangnya hanya paras belakang leher itu.

Hali: Kau... Kalau nak luahkan apa-apa, cerita jelah dekat kitorang. Kalau tak tahu nak cerita dekat siapa pun... Datanglah pada aku. I am here. For you.

Dup! Dup!

Tiba-tiba jantung Gempa seperti berdegup kencang. Wajah Gempa merona kemerahan jadinya apabila mendengar kata-kata lembut Halilintar. Ditambah pula apabila Halilintar tiba-tiba mengelus rambutnya dengan lembut sekali.

'Apa yang... Kenapa dengan Halilintar ni..? '

Gempa melirik sedikit ke arah Halilintar yang berada di atasnya. Dia dapat melihat seperti susuk tubuh seorang lelaki yang sangat berwibawa dan bertanggungjawab dalam segala hal. Sering mengambil berat dan prihatin terhadap orang lain.

'Halilintar... Awak sungguh baik. Walaupun awak kadang-kadang kasar dan kuat menengking tidak kenal tempat, tapi awak juga masih risaukan semua. Halilintar... Bolehkah saya kenal awak dengan lebih dekat selepas ini..? '

Gempa menundukkan wajahnya menatap lantai kosong. Hening menyapa mereka berdua dan nampaknya mereka langsung tidak terganggu dengannya. Malah, bagi mereka ia merupakan suasana yang sesuai untuk berada dalam keadaan seperti itu.

Seolah-olah masa sedang berhenti untuk mereka sahaja. Mereka berdua berdiam diri di dalam bilik yang sunyi tanpa memecahkan sedikit pun keheningan.

Nampaknya, pagi itu telah terjadinya satu peristiwa yang mungkin akan diingat oleh mereka berdua. Di awal pagi yang masih redup dan sejuk, mereka berdua bersama-sama meluangkan masa untuk satu sama lain dan tiada sesiapa pun yang akan tahu akan hal ini.

✨💖_°•°•(>^ω^<)•°•°_💖✨

Taufan: Hali, semalam kau tidur dekat mana?

Hali: PFFFFTTT--!!!!

Tersembur air teh yang diminum Halilintar apabila dia mendengarkan soalan daripada Taufan. Yang lain mula memberikan tumpuan mereka kepada mereka berdua apabila terkejut melihat tindakan tiba-tiba Halilintar.

Taufan: Apahal kau ni? Tiba-tiba macam tu.

Hali: Urgh... T-takde ape... Cuma... Terkejut.

Blaze: Terkejut apa nya? Kau memangnya tidur dekat mana? Bukan dalam bilik kau ke?

Halilintar terdiam sambil mengelap mulutnya. Diam-diam dia melirik ke arah Gempa yang sedang mencedok nasi untuk Thorn. Walaupun kelihatan normal, tapi dia perasan yang Gempa juga sedang menahan malu.

Hali: Macam mana kau tahu aku ada dalam bilik ke tak? Kau curi masuk dalam bilik aku ke apa?

Tidak menjawab soalan Taufan. Halilintar sebaliknya bertanya semula ke arah kembarnya itu. Taufan sekadar menjongket bahu sambil menjuihkan mulutnya.

Taufan: Takdelah. Saja tanya. Sebab biasanya aku dapat dengar kau buat senaman malam.

Hali: Kau intip aku ke apa?

Taufan: Aku cakap yang aku dengar, kan? Bukan tengok! Bongok! Kau punya latihan tu kalau tak tutup mulut tak boleh ke? Entah apa-apa bunyi pelik aku dengar.

Hali: Ckh! Kalau tak suka sangat, pindah bilik lah!

Taufan: Hek eleh! Hmm... Ha! Gem! Aku nak tidur dengan kau boleh tak?

Gempa: Eh?

Tiba-tiba pula Gempa menjadi tumpuan utama oleh mereka sekeluarga. Senduk nasi yang dipegang Gempa terus terjatuh kerana dia terlalu segan diperhatikan oleh sekumpulan ramai remaja lelaki yang sebaya dengannya sedang memandangnya seolah-olah ingin mendapatkan sesuatu.

Gempa: A-apa yang awak mengarut ni, Taufan!?

Blaze: Hahaha! Comel lah kau, Gempa! Merah habis muka. Ha, kalau Taufan nak tidur dengan kau, aku nak tumpang tidur sekali boleh tak?

Gempa: Apa?!

Hali: TAK BOLEH!!!

BHAM!

Satu hentakan kuat dipukul oleh Halilintar di atas meja makan sehingga membuatkan segala kuah dalam mangkuk hampir tertumpah. Manakala saudara kembar Halilintar pula ikut terkejut dengan hentakan tadi diikuti Gempa.

Solar: Woa.. Woa..! Relax, bro! Apahal kau menengking semacam ni? Biarlah diorang nak buat apa diorang suka.

Ais: Tunggu. Atau mungkin... Abang Hali ada sembunyikan apa-apa dari kami?

Kini semua beralih pula ke arah Halilintar. Menerima pandangan curiga dari saudaranya, Halilintar mula meraup muka sebal sembari mendengus kesal.

Hali: Korang ni kuat sangat fikir macam-macam. Aku tak benarkan korang tidur dengan dia sebab aku tak nak korang berada di bawah pengaruh dia! Faham?! Dah lupa ke apa mak ayah dia dah buat dekat keluarga kita?!

Tidak melapik dalam berkata-kata, Halilintar terus menghamburkan segalanya bagi menutup rahsianya. Namun walaupun dia berjaya mengalih perhatian saudaranya, hanya Gempa sahaja yang jelas mempamerkan wajah kecewanya.

Gempa: Halilintar... Saya tak sangka... Besar sungguh dendam awak pada saya. Maafkan saya kerana menjadi beban kekecewaan kamu sekeluarga selama ini tapi... Tolong berhenti menyebut nama arwah ibu bapa saya lagi selepas ini.

Gempa bangun dari tempat duduknya. Dia sedikit menundukkan kepalanya sambil menggenggam erat tapak tangannya sambil cuba menahan emosinya. Satu helaan nafas ditarik lalu dihembus berat.

Gempa: Saya sedar siapa saya. Tapi tolong ingat, sekurang-kurangnya korang masih ada ibu bapa walaupun mereka berjauhan. Tolong bersimpati sikit dekat anak yatim macam saya ni. Jangan sampai korang pun terima balasan yang setimpal!

Usai berkata demikian, Gempa pun terus beredar dari meja makan dan naik ke tingkat atas. Suasana ruang makan mula menjadi sunyi. Tiada yang mahu membuka bicara.

Taufan dan yang lain mula menjeling ke arah Halilintar dengan pandangan yang kesal.

Taufan: Kau dah melampau kali ni, Hali!

Halilintar tidak membalas kata-kata kembarnya itu. Sebaliknya dia dalam diam mulai kesal akan kata-katanya yang sering diungkapkan sebelum berfikir dua kali.

Taufan, Blaze dan Thorn beredar dari meja makan. Mereka mula menyusul Gempa kerana ingin melihat keadaan Gempa di tingkat atas. Semoga saja Gempa akan baik-baik sahaja.

Kini hanya tinggal Ais dan Solar bersama Halilintar. Mereka berdua sama sekali tidak berniat untuk berganjak pergi. Malah mereka hanya menatap sahaja muka kembar sulung mereka itu.

Ais: Hali, aku tak tahu dengan masalah kau dan Gempa tapi... Aku harap lepasni kau berhenti dari menyakiti hati dia. Dia baru je kehilangan ibu bapa dia.

Solar: Walaupun aku pun agak tak suka budak tu. Tapi bila melibatkan pemergian ibu bapa Gempa aku tak berani, Hali. Betullah kata Gempa tu. Kita ni masih ada ibu bapa. Hidup lagi. Kalau kita bongkak macam ni dekat dia, aku takut bala pun menimpa kita juga. Aku masih belum bersedia, Hali.

Hali menundukkan kepalanya kesal. Kata-kata adik-adiknya itu ada benar juga. Namun untuk hatinya yang keras seperti konkrit untuk menerima kata-kata itu cukup menyakitkan.

Mereka bertiga diam sahaja di ruang makan itu bersama.







°•°•°•TO BE CONTINUE•°•°•°

Baru je hubungan antara Hali dan Gemgem nak baik, kan? (;ω;)
.
Tapi takpe. Mereka baru sahaja bersama untuk 2 hari. Walaupun chapter sudah masuk ke 12 tapi waktu mereka bersama baru sahaja 2 hari. Jadi perjalanan cerita masih jauh~
.
Dan beberapa fakta tentang cerita ini, jalan cerita ini dijalankan sewaktu cuti akhir tahun sebelum mereka masuk ke sekolah menengah tinggi. Nantikan macam-macam kejutan yang masih belum muncul lagi! (๑•̀ㅂ •́)و ✧
.
Terima kasih sudi baca hingga ke bahagian ini! (>^ω^<)

Continue Reading

You'll Also Like

15.1K 1.5K 27
Bermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!
493 65 4
Banjaran Terbawangsa. Banjaran yang menyatukan 7 buah negara yang suatu masa dahulu, mengikut sejarah, diperintah oleh 7 naga elemental, tetapi telah...
1.4M 106K 59
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
55.2K 4.7K 35
COMPLETED ✔️ Mengisahkan tentang seorang remaja lelaki berumur 17 tahun bernama Gempa yang tinggal bersama datuknya di sebuah kerajaan bernama Snowin...