Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.2K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Get Out or Go Away!
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

I Can Hear It...

3.3K 261 60
By FanficSkill01

ATTENTION!
Diharap para readers memainkan lagu di atas (Kamado Tanjiro no Uta) apabila diberitahu, ya?
Untuk mendapatkan lagi feelnya kerana saat chapter sedih sudahpun tiba. (Walaupun mungkin tak sedih sangat kot?)
.
.
.

Awal pagi itu, Gempa bangun tepat jam 6 pagi. Dia yang masih dalam keadaan mamai mula menggeliatkan badannya dan mula bermalas-malasan untuk sedar sepenuhnya dari tidur yang lena tersebut. Walaupun sekadar tidur di atas lantai tapi dia masih dapat merasakan keselesaan jadi itu tidak jadi masalah. Elok je mimpi dia semalam.

Gempa pun dengan malasnya memusingkan badannya untuk menukar posisi dan berniat untuk sambung tidur balik. Namun pemandangan yang aneh mengagetkannya dan terus membuatkan kesedarannya 100% tersedar dari tidurnya. Niatnya untuk sambung tidur balik terus hilang selepas melihat apa yang berada di hadapan matanya sekarang.

'HA-HALILINTAR?!!! '

Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia melihat Halilintar kini sedang tidur lena di sebelahnya. Dan paling mengejut, tangan lelaki itu sedang memeluk pinggang Gempa dan jarak mereka siapa sangka boleh tahan dekat!

Wajah Gempa terus merona kemerahan dan dia nyaris menjerit sebelum dia terus menutup mulutnya. Tidak berniat untuk membangunkan lelaki itu, Gempa pun dengan hati-hati melepaskan dirinya dari tangan Halilintar yang masih memeluk dirinya.

Namun percubaan Gempa gagal. Hal ini kerana sebaik sahaja dia menyentuh tangan Halilintar, lelaki itu tiba-tiba semakin mengeratkan lagi pelukannya pada Gempa. Gempa terpaksa mengalah dan menunggu sahaja Halilintar untuk sedar dari tidur. Namun dia tidak mahu mengejutkan lelaki itu.

Saat menunggu Halilintar sedar, Gempa cuba mengingat kembali akan peristiwa yang terjadi semalam. Ingatannya samar-samar sebelum dia mula mengingat sepenuhnya.

Malam semalam, dia menangis di hadapan Halilintar.

💐✨🌸•°•°('゜艸゜)°•°•🌸✨💐

Halilintar berjalan ingin menuju ke arah biliknya untuk masuk tidur. Namun sebaik sahaja dia terpandang bilik stor yang kini telah menjadi bilik Gempa membuatkan dirinya terdetik untuk menegur remaja itu.

Tercetus ingatannya semula tentang perihal yang terjadi tadi siang. Dia ingin mengucap sepatah dua kata kepada remaja itu kerana telah melukakannya.

'Mungkin dia sudah tahu kondisi aku jadi dia... Tak marah sangat, kan? Ish! Peduli apa aku?! Biarlah dia nak marah! Apa-apapun! Aku pergi jenguk dia sebab nak tengok dia tidur ke belum! Itu je! Takde niat nak minta maaf atau apa pun! Ya! Jenguk je! "

Langkah kaki Halilintar semakin laju walaupun diluar kawalannya. Entah kenapa semakin dia dekat dengan bilik itu semakin debaran di jantungnya terasa.

Kreeeaakkk~

Pintu bilik terbuka, Halilintar cuba mengintai sedikit di sebalik celah pintu yang terbuka tersebut lalu dia ternampak Gempa sedang melihat sebuah buku yang di dalam fikiran Halilintar mungkin ialah album dan Gempa sekarang sedang... Menangis?

'Huh? Apahal dia ni menangis macam orang perempuan ni? Ada benda tak kena ke? '

Halilintar semakin ingin melihat Gempa dengan lebih lama namun entah bagaimana dia boleh tertendang lantai yang licin dan rata itu sehingga membuatkannya tersadung lalu dengan cara tidak sengajanya dia terjah masuk ke dalam bilik Gempa.

Alangkah terkejutnya Gempa apabila dia terdengar seseorang tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam biliknya tanpa diketuk. Gempa segera menoleh ke belakang dan dia dapat melihat Halilintar sedang jatuh tertonggeng di atas lantai.

Gempa: Ha-Halilintar...? A-apa yang awak buat tu...?

Gempa memandang Halilintar hairan apabila dia melihat lelaki itu dengan keadaan posisi yang... Aneh.

Kerana malu, Halilintar pun terus bangun dari jatuhnya dan menepuk-nepuk bajunya sambil berdehem kecil seolah-olah lupa akan kejadian memalukan tadi. Gempa ingin tertawa melihatnya namun dia menahannya sahaja.

Gempa: Halilintar, masuklah.

Hali: Huh? Aah... T-takpelah. Aku tak minat.

Gempa: Oh... Baiklah. Selamat malam.

Gempa mengukirkan senyuman manisnya ke arah Halilintar. Halilintar memandangnya. Entah apa yang telah menghasuti Halilintar, dia tiba-tiba melihat Gempa begitu cantik sekali tersenyum ke arahnya. Halilintar nampak tubir air mata Gempa dan Gempa kelihatan bersinar sekali. Mungkin kerana cahaya rembulan yang menerpa di wajah Gempa pada malam itu dan Gempa tidak membuka lampu bilik.

'C-cantik... Macam bidadari... '

Tersedar akan pemikiran kolotnya, dia terus menggeleng kepala dan mengalihkan perhatiannya. Tanpa dia sedari, wajahnya mula merona kemerahan kerana segan melihat pesona Gempa yang menawan itu.

Hali: Ah, t-tapi... Sebab kau yang ajak aku masuk... Jadi aku masuk jelah.

Halilintar pun tanpa segan-silu terus melangkah masuk ke dalam bilik kecil itu selepas menutup pintu bilik. Dia berjalan mendekati Gempa lalu duduk di atas tilam Gempa yang berada di atas lantai dan di sebelah Gempa.

Gempa: Maaf, ya? Saya takde katil untuk menyelesakan diri awak.

Hali: Tch! Takde apa lah sangat pun! Nanti beli jelah katil baru!

Halilintar mengalihkan pandangannya dari dipandang Gempa. Dia dapat merasakan bahawa wajahnya semakin panas apabila dipandang oleh remaja tersebut.

'Apsal dengan aku ni?!!! Sebab malu jatuh tadi ke?! Aaarrghh!! Kau bukan gay Hali! Kau bukan gay!!!! '

Gempa tersenyum sahaja. Dia berniat untuk menyimpan kembali buku album yang dilihatnya untuk memudahkan perbualannya antara Halilintar. Namun ia segera terhenti apabila Halilintar tiba-tiba bertanya.

Hali: Tu... Album kau dengan mak ayah kau ke?

Gempa: Y-ya... Saja nak tengok kembali kenangan bersama-sama arwah ibu dan ayah dulu...

Gempa hanya senyum pahit sahaja sembari memandang wajah ibu bapanya di muka album tersebut. Entah apa sudah jadi pada Halilintar pada malam itu tetapi hatinya mula bergelora untuk ketahui tentang Gempa.

Hali: Kau... Ada nak ceritakan aku apa-apa?

Gempa: Eh?

Hali: Tentang keluarga kau. Ceritalah. Aku akan dengar.

Halilintar menaikkan lututnya lalu dipeluk dan dia meletakkan dagunya di atas kepala lututnya. Dia memandang sayu ke arah Gempa seolah-olah menunggu Gempa untuk mula bercerita.

Gempa: Boleh ke?

Hali: Ceritakan saja.

(PERHATIAN!! KORANG SUDAH PUN BOLEH MENEKAN 'PLAY' UNTUK LAGU TERSEBUT!!!)

Gempa tersenyum senang mendengarnya. Dia pun mula memejamkan matanya dan menghela nafas. Fikirannya mula bermain akan dirinya yang waktu kecil dahulu.

Gempa's POV

Aku mengingat kembali akan memoriku bersama ibu dan ayah dahulu. Saat-saat aku bersama mereka yang aku tahu ia tidak akan diulang kembali semula.

Saat aku tidak boleh berpatah balik dan pulang ke suasana yang dahulunya aku pernah hidup. Rumahku juga.

Aku masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Terlalu banyak yang menimpa aku seolah-olah tidak ada penghujungnya buat aku.

Bagiku ia adalah keadaan yang gelap dan menakutkan. Tiada yang dapat aku dengarkan melalui kesunyian dan perasaan yang ketakutan.

Ketakutan di saat aku sendirian dan sesat di dalam kegelapan. Tiada yang datang dan tolong menyelamatkan aku.

Aku menangis sendirian tanpa suara. Hilang di sebalik kegelapan seolah-olah aku sudah tiada arah tuju.

Namun di dalam suasana yang suram dan menakutkan itu aku sedar akan sesuatu. Dalam keadaan apa pun, pasti akan datangnya satu suara yang lembut dan tenang menyapa diri aku.

Suara yang sering membuatkan aku ingin menangis kerana kerinduan akannya.

"Gempa, tidak kira betapa sakitnya apa yang kamu lalui, teruskan melangkah ke hadapan. Melangkah dan teruskannya tanpa henti. Jangan sesekali ada putus asa di dalam jiwa kamu. "

Suara ibu dan ayahku yang amat aku rindui.

Mereka mengusap kepala aku dan tersenyum lembut ke arahku. Seolah-olah menarik aku semula untuk keluar dari kegelapan itu dan membawa aku ke dalam cahaya.

Dari situ aku dapat belajar dan membesar dengan sempurna.

Bersama-sama ibu dan ayah aku yang pegangan mereka sentiasa hangat untukku.

Beserta kata-kata hangat mereka. Ia membuatkan diri aku tenang.

Tidak kiralah walaupun aku berada di dalam kesesatan mahupun aku hilang segala apa yang aku ada dan sayangi. Walaupun aku jatuh tersungkur, tetapi kata-kata itu sering membuatkan aku rasa bahawa ada sesuatu yang perlu aku lindungi.

Aku ingat kembali, saat aku hilang arah tuju tanpa ada sesiapa pun ada bersama aku. Aku kehilangan segalanya yang aku sayang dan penting bagi aku. Walaupun jika aku tiada pilihan lagi untuk hidup, aku masih ada perkara yang perlu aku lindungi.

Dan dimana kejadian aku kehilangan ibu dan ayah aku. Aku hanya mampu menatap jasad mereka yang sudah tidak bernyawa di hadapan aku. Tidak kira aku menangis air mata darah sekalipun, aku tahu ia tidak dapat mengundurkan masa.
Aku berada di dalam ambang kemurungan. Hilangnya ibu dan ayahku ibarat hilangnya nyawa aku dari jasad aku.

Aku umpama anak patung yang masih punya hati dan perasaan namun sama sekali tidak berfungsi dengan baik. Aku jatuh.

Suatu hari aku tersedar, jika sudah tiada perkara lain lagi selain takdir yang sudah ditentukan untuk aku, aku akan cuba untuk bersedia untuk menghadapinya.

Aku akan berdepan dengan situasi yang mana orang akan mula membenciku. Semua pergi meninggalkan aku. Walaupun mereka pandang aku dengan jijik dan hina. Tapi aku akan terus berjalan.

Walaupun aku harus jatuh ke dalam lembah kehinaan kerana tiada yang ada bersama aku. Dan hanya ada selembar benang yang nipis masih ada walaupun halimunan, suara itu pasti akan bergema di dalam fikiran aku.

Seolah-olah sebuah pita yang berulang bermain di dalam fikiranku.

"Tidak kira betapa sakitnya apa yang kamu lalui, teruskan melangkah ke hadapan. Melangkah dan teruskannya tanpa henti. Jangan sesekali ada putus asa di dalam jiwa kamu. "

Tidak kira betapa sakitnya itu, aku tidak boleh putus asa. Hilangnya sesuatu perkara yang disayangi memang menyakitkan. Namun aku harus kuat. Walaupun jatuh berjuta kali, berkat suara itu aku dapat bangun dan berdiri semula.
Sehingga akhirnya kini aku dapat berada di sini. Namun masih banyak yang aku perlu pelajari dan aku masih mencari perkara yang aku perlu lindungi.

Lindungi untuk diri aku dan masa hadapan aku.

END Gempa's POV

Gempa: Dan saya tahu... Ada sesuatu yang perlu saya lindungi. Saya yakin ada.

Halilintar menatap ke arah wajah Gempa tanpa ada kerdipan dari matanya. Dia tidak dapat memahami keseluruhan cerita tersebut namun dia dapat menangkap sesuatu.

Hali: Tu... Kata-kata arwah mak ayah kau sebelum mereka pergi ke..?

Gempa mengangguk sembari tersenyum nipis seolah-olah faham akan soalan Halilintar tadi. Dia kemudiannya mendongak dan memandang sinar rembulan yang bersinar terang dan masuk ke dalam ruang biliknya yang kecil itu.

Gempa: Suara ibu dan ayah saya sentiasa akan bergema dalam diri saya. Hidup saya tidak terlalu sedih kerana ia juga sering berlaku pada setiap orang yang nasibnya sama seperti saya. Kan, Halilintar?

Halilintar mengalihkan pandangannya apabila dipandang oleh Gempa. Wajahnya mula sayu kerana teringatkan sesuatu yang sama berkaitan dengan Gempa.

Hali: Ya... Mungkin.

Gempa tersenyum kecil.

Gempa: Jangan risau, ya? Saya pasti ibu bapa awak akan balik tak lama lagi.

Halilintar sekadar mengangguk. Nasibnya dan Gempa sama. Tapi dia punya berlainan sedikit.

Jika ibu bapa Gempa kerana kemalangan kereta, tetapi ibu bapa Halilintar pula tinggal jauh dari mereka.

Ayah 6 kembar itu adalah seorang pekerja tetap yang berjaya di dalam syarikat pelancongan. Kerana ayahnya handal bekerja dan berjaya menarik hati majikannya, ayahnya mendapat tawaran untuk bekerja di luar negara. Namun ayahnya tidak pergi sendirian. Dibawa juga isteri bersama akan tetapi ditinggalkan pula anak-anak bersama atoknya.

Halilintar pada awalnya tidak terlalu memikirkan hal itu kerana dia dan adik-adiknya sudah ditinggalkan sejak berumur 12 lagi. Namun semakin dia membesar, semakin dia sedar akan kehilangan kasih sayang ibu bapanya.

Halilintar cukup cemburu dengan kawan-kawannya yang menceritakan kisah hidup mereka yang diluangkan bersama ibu bapa masing-masing. Sedangkan dia?

Kedua Halilintar dan Gempa telah ditinggalkan oleh ibu bapa mereka. Walaupun berbeza keadaan tapi ia tetap membawa kepada kehilangan. Dan kini mereka hanya dijaga oleh satu-satunya saudara mereka sahaja iaitu Tok Aba.

Halilintar melirik ke arah Gempa. Dia dapat melihat tubir air mata Gempa kembali mengalir.

'Dia nak nangis lagi ke..? '

Halilintar merenung sahaja wajah indah Gempa yang disinari cahaya bulan itu.









°•°•°•TO BE CONTINUE•°•°•°

Hi! Hi! Seperti yang sudah dipilih oleh semua, inilah keputusannya! Ramai betul yang minta sedih dulu jadi Crimgold buat yang ni dulu! *^▁^*

Dan maaf kalau sedih dia agak hambar. Author masih noob. Kalau boleh teringin buat cerita sedih macam Kak Ani punya tu. Habis nangis lepas baca cerita sedih dia. T_T

Continue Reading

You'll Also Like

2.3K 286 14
Kelahiran mereka dirahsiakan demi keselamatan kerana kehadirannya satu keajaiban. Rahsia tersembunyi dibalik tembok yang menghalang antara dunia luar...
1.2K 92 22
Boboiboy sering mendapat sebuah mimpi yang samar-samar di mana dia sering berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki misteri tetapi mimpi tersebut te...
1.1K 114 14
Setelah menumpaskan Rev! Boboiboy, hidup Boboiboy kembali normal dan pengembaraannya ke seluruh galaksi bersambung tetapi sebuah kemalangan berlaku s...
4K 409 9
Dia adalah superhero bumi yang sangat dikenali ramai. Tapi baginya lebih baik tiada siapa kenal akan dirinya. Semakin lama semakin nasibnya tidak bai...