Ayra Sophia

By syyisnn

225K 4.1K 909

AYRA SOPHIA :) Tiada langsung kemanisan berumah tangga walaupun mereka sama-sama cinta. Kehadiran or... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
Epilog

30

4.3K 77 4
By syyisnn

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pengantin perempuan yang sedang ralit ditacapkan mukanya tersenyum riang sambil memandang wajahku. Aku sekadar duduk di atas kerusi sambil mengelus lembut perutku yang kini sedikit membuncit. Aku cukup bahagia hari ini walaupun suamiku tidak turut serta dalam majlis ini.

Seperti yang dijanjikan, Mikhail pulang ke rumah Ellyda dan membahagikan masanya buat isteri keduanya pula. Aku tidak kisah walau sedikit hatiku terluka. Kalau dahulu Mikha tidak jatuh cinta dengannya, Mikha tidak perlu bersusah payah ke sini dan ke sana. Tetapi, aturan takdir itu berjalan sesuai rencana Allah jadi aku tidak punya hak untuk mempertikaikan.

"Bukan nak tolong aku. Sibuk dengan perut dia." Lamunanku terhenti dek suara lantang dari pengantin perempuan.

Wah! Ingatkan nak kahwin berubahlah sikit mulut tu. Tapi, makin lancang pula ye.

"Maya, sedar diri sikit boleh? Dah nak jadi bini orang, perangai kau Masya Allah."

Maya hanya ketawa sambil membiarkan mukanya ditacap. Aku tahu dia bergurau dan aku tak kesah pun. Lagi pula, aku tak mahu merosakkan suasana gembira ini dengan fikiranku yang terbeban dengan masalah poligami.

"Anak aku lagi penting dari kau sebenarnya. Ikutkan tak nak pun datang, tapi anak aku pujuk aku semalam. Dia kata, kasihan dekat ibu Maya tiada siapa nak tengok majlis dia."

Ibu. Ya, Maya pernah memberitahu aku bahawa dia ingin anak-anaknya memanggilnya ibu. Tak tahu kenapa, tapi dia lebih suka panggilan itu berbanding yang lain. Dan permintaannya untuk anak aku juga memanggilnya dia ibu.

"Ewah, berangan tinggi. Anak kau baru berapa bulan. Ada yang kena hentak dengan kayu ni kang."

Aku menjelingnya. "Aku hasut anak aku nanti jangan panggil kau ibu. Nak?"

Lantas Maya mencebikkan bibirnya dan tidak sampai berapa saat Maya dimarahi oleh juru mekapnya. Padan muka!

"Ayra Sophia, please don't disturb her."

HAHAHAHHA sekali aku yang kena. Aku mengangguk lembut seraya berjalan keluar dari bilik itu. Saja ingin menjengah ke ruang tamu yang tidak lama lagi bakal menyaksikan Farish dan Maya bersatu. Dari tingkat atas, aku dapat melihat susunan kedudukan ijab kabul pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang agak romantik. Sengaja je Maya ni. Sengaja nak bagi Farish gementar.

Dia menyusun kedudukan pengantin lelaki menghadap pengantin perempuan. Pergh, memang gagap Farish nanti. Kejam kau, Maya.

Setelah itu, aku menjengah ke pelaminan yang hanya berdekatan di tempat ijab kabul. Cantik dan berhiaskan agak ringkas. Terdapat bunga-bunga di sekitar pelamin dan pelaminnya yang berhiaskan rotan itu sangat cantik dilihat. Pandai Maya membuat pilihannya. In shaa Allah, perkahwinan ini berkekalan hingga akhir hayat.

"Kau nak puji dalam hati je ke? Ni orang yang pilih tema ni tak nak puji ke?" Ujar Maya seraya menarik bahuku agar menghadapnya.

"Dah sudah makeup ke? Kang aku kena marah lagi pulak kacau kau." Sebenarnya, aku tak sentap pun dengan juru mekap tu tadi. Tapi, aku saja nak Maya pujuk aku. Lepasni, dah nak bermanja pun kena fikir masa Maya pula.

Terus dicuit hidungku. "Alololo mak buyung merajuk pulak ye. Aku dah habis makeup dah. Tu yang aku cari kau ni. Kau tak payah nak gatal-gatal nak pergi jalan-jalan. Duduk je diam-diam. Aku tak nak kau penat. Ni majlis aku so biar aku je penat. Okay?"

Aku mengangguk tanda mengiyakan sahaja katanya. Malas nak bertekak sebab tahu takkan menang. Maya mana nak mengalah dengan aku. Jadi, aku turuti sahaja katanya.

"Kak Maya, abang Farish dah sampai." Terus sahaja Maya memasuki biliknya semula. Tak shabar lettu.

***

"Aku terima nikahnya Nur Maya Madeira Binti Mahat dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai."

"Sah."

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Ujar aku sambil menyiku Maya yang sedang tersipu malu memandang Farish yang sedang ralit memandangnya. Aku dah kata, dia sengaja meletakkan kedudukan ijab kabul sebegini. Masya Allah, gatal amat.

Setelah bacaan doa tamat, Farish melangkah perlahan sambil membawa cincin ke arah pengantin perempuan. Perlahan-lahan Farish menyarungkan cincin itu dan disambut dengan ciuman Maya di tangan suami tercinta. Aku tersenyum puas. Akhirnya, bersatu jua kawanku dengan kekasih hatinya. Aku harap dia tidak akan mengalami masalah rumah tangga seperti diriku. Aku tahu Maya tidak akan setegar aku. Aku cuma menginginkan kebahagiaan untuk kawan aku. Aku tidak mahu dia bersedih.

Semoga hari-hari yang mendatang dapat memberikan kebahagiaan buatnya. In shaa Allah, kebahagiaan itu akan kekal apabila nanti mereka dikurniakan zuriat. Tak apalah kalau belum rezeki. Anak aku pun akan jadi anak dia kan?

Sesekali itu aku mengerling ke arah perutku. In shaa Allah sayang, anak mama akan dapat ibu yang baik kalau nanti mama tiada. Jangan risau, ibu Maya akan jaga anak mama ni baik-baik macam mana ibu Maya jaga mama. Okay sayang?

Setelah upacara pembatalan air sembahyang, mereka berdua menuju ke pelamin dan menangkap gambar sebagai memori. Aku sekadar berdiri agak jauh dari situ dan sesekali itu aku memandang wajah Maya. Bahagia sekali riak wajahnya dan aku harap tiada siapa yang akan rampas bahagia itu.

"Ara." Tegur seseorang dari arah belakangku.

Lantas senyuman menghiasi bibirku. Siapa lagi kalau bukan abang senior aku? Senior yang selalu menolong aku. Walau sesi memujuk Mikha di hospital sudah lama berlalu, tapi ucapan terima kasih masih belum aku utarakan. Dah basi rasanya terima kasih aku tu.

"Hai Izz. Apa khabar?"

Izz mengangguk lembut. "Alhamdulillah, sihat. Lama tak dengar khabar awak. Awak okay tak? Mikha ada buat hal lagi tak? Jap, Mikha mana?"

Aku diam. Allahu, aku nak bagitahu apa ni?

Okay, chill Ayra. First of all, say thank you.

"Saya okay je. Sorry lama tak contact awak. Sepanjang saya tak contact tu, saya kena rest. Doc kata saya tak boleh penat sebab kandungan masih baru kan? Sekarang dah hampir 4bulan jadinya saya dah beransur pulih. Baby pun dah makin kuat. By the way Izz, saya lupa haritu nak cakap terima kasih sebab pujuk Mikha. Saya ingat nak whatsapp je tapi macam tak eloklah kan cakap terima kasih dalam whatsapp. Jadinya, saya ingat nak jumpa awak. Tapi itulah, perancangan pulak lain jadi harini ajelah saya dapat cakap."

Huh.

"Sama-sama. No problem." Ujar Hilman seraya memberikan aku kerusi untuk melabuhkan punggungku yang seraya tadi berdiri sahaja sambil ralit melihat raja sehari.

"Awak tak jawab soalan saya lagi. Mikha ada buat hal lagi tak dan mana dia?"

Sudah. Aku ingat dia takkan tanya lagi.

Aku menggaru perlahan tudungku dan dahiku agak berkerut sedikit. Aku melakukan itu hanya untuk memberitahu Hilman bahawa aku tidak ingin menjawab soalan itu. Tapi, dia buat tak endah sahaja dan masih menanti jawapan dariku.

"Tak ada. Dia dekat luar. Nanti dia datanglah tu." Bohongku padahal Mikha berada di rumah madu aku.

Hilman lantas memandang aku dan aku tahu dia tahu aku menipunya.

"Well, Ara. Awak tak pandai nak menipu and so, please be honest." Nak tak nak aku kena jujur. Lagipun, Hilmanlah yang banyak bantu aku. Pujuk doktor, pujuk Mikha dan menolong aku ketika aku dilanda krisis. Aku pun dah anggap Hilman seperti abang aku sendiri. Jadinya, tak salahlah kan?

"Haritu ada lah sekali dia buat. Now, kitaorang dah okay. Alhamdulillah, saya okay dengan aturan Allah. Lagipun, saya nak masuk syurga jadi saya patuh ajelah. Mikha dekat rumah madu saya dan itupun saya yang suruh sebab tak nak dia jadi suami yang dayus."

"Kahwin lain? Saya dah agak dah."

Wait. What?!

"What do you mean by 'saya dah agak dah'? Awak tahu yang dia nak kahwin dan awak tak bagitahu saya?" Ujarku soalan dengan nada yang perlahan kerana tika ini kami berada dalam kesesakan manusia. Salah Hilman juga bercerita hal ini di majlis sebegini. "Ye, saya tahu pasal tu. Tapi saya tak sempat nak bagitahu awak sebab saya busy sangat. Sorry."

Aku mengangguk sahaja. Jadinya, kes Mikha kahwin dua dah tersebar luas lah ni? Hebatnya. Famous juga laki aku. Famouslah, Ayra. Kalau tak, takkanlah kahwin dua kali.

HAHAHAHA.

"Betul ni awak okay?"

Aku senyum dan memandang Hilman.

"I'm okay. Lagipun saya tak ada hak nak halang apa yang dia buat. Dia dah kahwin dah pun, Izz. Saya tak ada hak langsung nak hasut dia buat benda jahat. Lagipun, nanti bila saya dah tak ada, bini nombor dua dialah yang akan jaga anak saya nanti. Jadi, saya tak nak bermusuhan dengan dia. Biar nanti bila saya dah tak-"

"Shh. Tak perlu cerita mati dengan saya. Awak tahu kan saya tak suka? So, please. Doktor Ameer bukan Tuhan nak tentukan awak mati bila. So sekarang awak kena banyak berdoa."

"That's why saya okay je dengan Mikhail. Saya malas nak gaduh dan melawan cakap dia. Lagipun dia suami saya dan dia syurga saya. Kalau boleh, saya nak jadi isteri solehah untuk suami saya. Even saya sakit sekalipun, saya tak peduli yang penting suami saya bahagia."

Hilman mengeluh. Aku tahu dia tak suka aku berbuat sebegitu. Soal hati dan perasaan seharusnya dijaga. Salah Mikhail juga sebab memilih untuk menikah lagi. Tapi aku yakin, semua itu di luar jangkaan Mikhail sendiri. Biarlah, aku dah redha sepenuhnya. Yang penting, aku tahu anak aku akan ada ayah dan ibu yang baik. Cukuplah untuk buat aku bahagia.

"Saya nak mintak tolong awak boleh kan?" Soalku sambil membetulkan posisi beg tangan yang hampir meleret dari ribaku.

Hilman sekadar mengangkat kening sebagai tanda 'apa'.

"Nanti bila saya dah bersalin, selalu-selalulah datang melawat anak saya ye? Kalau boleh, suruh aje anak saya panggil awak ayah. Saya tak kisah sebab saya tahu, anak saya akan ramai orang sayang dia. Saya nak awak pun sayang dia."

Hilman sekadar tersenyum dan mengangguk lembut.

'Alhamdulillah, anak mama. Ramai sangat yang sayangkan kamu, sayang. Tak sabar rasanya nak lahirkan kamu supaya nanti mama tahu terlalu ramai yang akan jaga dan sayang anak mama ni. Even mama tak ada, tapi masih ada yang sudi terima anak mama sebagai anak mereka. I love you, baby.' Monologku sambil mengelus lembut perutku.

Continue Reading

You'll Also Like

328K 12K 36
MY FIRST SHORT STORY: MRS. RAYYAN 🌹 (STATUS: COMPLETE) [YOU'RE COMPLETE MY EVERY IMPERFECTION] Kerana kisah cintanya yang tak kesampaian, Ahmad Ar...
158K 11.2K 19
Hidup tak sama macam cerita yang dikarang atas kertas. Hidup jugak tak semua indah macam fairytale. "Tell me, siapa je yang nak cacatkan keturunan de...
313K 9.3K 44
saat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.
3.2K 438 55
Bismillahirrahmanirrahim Mengandungi Himpunan kata-kata bijak dan penuh motivasi Sayyidina Ali r.a. (Gambar hanya hiasan).