My Adore, Dr. Annoying

By liahhanaa

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 31🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 13
🦋Bab 19

🦋Bab 11

1.8K 124 15
By liahhanaa

"Assalamualaikum..."

Tergamam mereka berenam melihat Airil Adryan yang terjengul di muka hadapan pintu. Agaknya dia dengar semua perbualan yang dibualkan oleh mereka.

Selamba juga, Airil Adryan melangkah masuk ke dalam lalu menuju ke sofa tanpa mempedulikan wajah mereka berenam memandangnya dengan pelik. Riak mereka seperti tidak pernah melihat wajah kacak sepertinya. Tiber betul!

Hazwini pula hanya memandang tajam merenung anak mata lelaki itu yang kelihatan selamba duduk di sofa sambil melihat sesuatu di telefon.

Baru dia sedar bahawa iris mata lelaki itu berwarna hazel. Huh, sereh ah Wini.. dah dua bulan dia ajar kau, kau baru perasan ke? Monolog Hazwini pada diri sendiri.

Tapi.... kenapa lelaki itu begitu baik terhadapnya? Apa kau orang rasa bila pensyarah yang kau orang paling benci nak mati buat baik dekat kau orang? Macam tu juga aku rasa. Macam dia corcened kat aku pula.

Kenapa ya dia buat baik dengan aku? Hmmm.. ni mesti ada agenda lain nak kena kat aku!

"Pft, kau orang! Aku nak pengsan dulu tau!" Kata Hazwini dengan perlahan kepada Liana, Adriana, Aisyatul, Fify dan Aleya yang berada disekitar katilnya.

"Eh kena..."

Tidak sempat Aisyatul menghabiskan kata, lantas Hazwini merebahkan badannya kembali.

"Hazwini Raihana, hutang kau dengan aku belum selesai. Sekarang ni kau buat hutang baru dengan aku. Dekat dua hari kau duduk sini dan kau kena bayar RM500 kat aku sebab aku dah bayar masa kau kat sini. Jumlahnya RM 1500," cakap mengalahkan AhLong lintah darah selamba badak Airil Adryan bersuara.

Liana, Adriana, Aisyatul, Fify dan Aleya bukan kepalang terkejutnya.

Kau aku?

Selama ini mereka berkomunikasi dengan mengunakan ganti nama begitu? Mereka berlima memandang Airil Adryan tidak berpuas hati. Ada juga perangai pensyarah macam ni dalam dunia.

Hazwini mencelik mata. Dia sendiri pun terkejut dengan bicara lelaki itu. Tidak mahu mengalah pantas sahaja dia menjawab.

"Dasar manusia cekik darah! Ada aku suruh kau bayar ke? Yang kau baik sangat pergi tolong bayar tu kenapa? Kau sengajakan nak tambahkan hutang aku kepada kau, kan! Ey, kau tahan aku Liana! Aku rasa nak belasah je mamat ni! " sudah terbangun dia dari pembaringan angkara amarah yang meluap-luap kepada lelaki itu.

Airil Adryan hanya memaparkan riak tidak kisahnya. Lagi bertambah amarah Hazwini.

Tampaknya, mereka berlima masih terkejut. Terkejut dengan percakapan Hazwini dan Airil Adryan.

"Kau... Memang nak duduk sangatkan dalam wad kan?! Kejap, aku belasah kau sampai kau tak larat bangun lepas tu baru kau merasa duduk dalam wad tu betapa seksanya!"

Baru sahaja Hazwini hendak bangun dari katil untuk melunaskan kata-katanya dia ditahan rapi oleh sahabat-sahabatnya.

"Sabar, Wini. Sabar! Nanti teruk sakit kau," lembut Adriana menyabarkan Hazwini. Tetapi Hazwini tidak berputus asa untuk melepaskan diri dari ditahan. Memang dia nak ajar lelaki itu cukup-cukup!

"Dr. Airil ingat kawan saya ni ada banyak duit ke nak bayar semua tu? Tak apa Wini, aku tolong bayar untuk kau!" Lantang Aisyatul berkata. Matanya tajam memandang lelaki yang bergelar sebagai pensyarahnya. Dia tidak kisah tentang status seorang pelajar dan pensyarah. Yang harus diutamakan ialah sahabat. Takkan dia sanggup hendak melihat sahabatnya dianiaya teruk mengalahkan firaun? Ni lebih teruk dari Kim Jong Un, pemerintahan kejam Korea Utara. Eh?

Terkedu Hazwini seketika. Bukan soal bicara Aisyatul yang menjadi masalahnya. Dia terkedu kerana suara Aisyatul yang berkata lebih kuat berbanding dirinya marah tadi.

"Maaf menganggu, err... boleh tak Cik tolong senyap. Sekarang ni kawasan hospital bukannya stadium bola," tiba-tiba seorang pemuda yang memakai kot labuh berwarna putih serta memakai stetoskop yang digantung dilehernya menegur Aisyatul. Entah tidak perasan bagaimana pemuda itu boleh masuk. Bukan nak bagi salam pun!

Aisyatul mencebik geram dan lalu membalas "lantak akulah! Nak jerit ke.. nak menyanyi ke nak makan ke.... bukan jadi masalah kau pun! Suara aku, suka hati lah!"

"Ye, saya tahu Cik ada hak nak bersuara. Tetapi Cik kena hormat ini kawasan hospital... saya takut pesakit-pesakit kat sini terkejut beruk dengar suara Cik macam tengah meroyan cari anak..."

Kata-kata pemuda itu sedikit sebanyak membuat Hazwini dan lain-lain tersengih kecil. Aisyatul pula memandang pemuda itu dengan tajam. Kemudian matanya tertancap ke arah tag nama yang dipin di atas kot labuh itu.

𝗔𝗙𝗙𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡𝗜𝗬𝗔𝗟

"Hoi, suka hati kau je kata aku ni macam tengah meroyan cari anak? Habis tu kau macam apa? Orang hutan tiba-tiba sesat masuk dalam bilik orang? Macam tu?" Kata Aisyatul tidak mahu kalah lagi.

"Kau ni memang dah melampau tahu tak? Aku tak larat nak bertengkar benda bodoh macam ni. Penat juga aku berlembut dengan kau ni.. Jangan sampai aku hilang sabar... Tujuan aku kesini cuma nak jalankan tanggungjwab sebagai doktor lah!" Jawab pemuda itu dengan marah yang teramat. Mukanya yang putih itu sudah bertukar berwarna kemerah-merahan akibat menahan marah terhadap gadis yang bermulut puaka itu.

"Yes, I'm know I'm too much! Tapi siapa yang mula dulu yang buat aku naik hangin?"

"Hahaha, kau lah. Punya baik aku tegur kau patu tetiba kau marah-marah kat aku. Hak alah..."

"Geram lah aku dengan kau ni!" Jerit Aisyatul tidak tentu pasal. Sungguh hatinya sakit mendengar kata-kata pemuda yang bernama Affan Daniyal.

"Dah lah, aku nak pengsan dulu. Steyeh aku," celah Hazwini seraya merebahkan diri kembali ke katil.
Masing-masing tidak mahu mengalah. Silap hari bulan boleh runtuh bangunan HUSM ini angkara pertengakaran mereka berdua itu.

"Sudah la tu, Affan. perempuan kut. Takkan nak gaduh sebab perkara bodoh ni. Habis calar reputasi kaum lelaki." Lembut Airil Adryan memujuk Affan Daniyal yang masih dengan amarah.

"Tapi Ril..." tidak menyempat Affan Daniyal menyambung ayatnya. Pintu bilik ini di kuak dari luar.

"Maaf, doktor. Saya terlambat sebab cari BP monitor machine ni," ujar jururawat perempuan yang bernama Laili sambil menghulur alat itu kepada Affan. Affan dengan senang hati menyambut huluran itu

"Kalau awak tak lambat tadi, tak ada lah saya kena serang dengan makcik meroyan cari anaknya.." memang cukup berbisa sindiran Affan kepada Aisyatul. Matanya mengerling gadis itu yang sedang memandang dengan tajam. Rasa comel pula. Eh? Buang tebiat dah kau ni Affan!

Dengan sisa amarah campur sakit hati, Aisyatul terus menarik tamgan Fify lalu melangkah keluar dari bilik wad umpama bagi nerakanya.

Fify hanya terpinga-pinga dengan kelakuan sahabatnya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Aku tak puas hati lah dengan mamat mulut puaka tu.." keluh Aisyatul.

Sekarang ni mereka berdua berada di taman permainan milik hospital swasta ini. Suasana taman permainan agak riuh rendah dengan gelagat kanak-kanak yang berlari dan berkejar-kejaran antara satu sama lain. Ada juga yang bermain permainan seperti gelongsor, buaian, jongkang-jongket dan lain-lain. Memang amat mendamaikan. Tetapi tidak cukup membuat dirinya tenang setelah berlakunya kejadian tadi. Perit bila mengingatkan kembali.

"Mamat mulut puaka?" Tanya Fify hairan. Kening kanannya terjongket sikit.

"Hishh, kau ni! Yang doktor tu lah.. apa tah nama dia? Fan? Fan Fan?"

Pecah berderai ketawa Fify. Fan Fan? Macam nak dekat bunyi Fun Fair pun ada.

"Affan. Affan Daniyal! Aku yang takjoin kau orang gaduh tadi pun ingat je nama dia..."

"Oh.... Kain kapan! Ah, tak ada kerja aku nak ingat nama dia." Ucap Aiayatul dengan perasaan benci.

"Haih... aku pun tak faham dengan kau ni Sya. Kau tanamlah rasa benci kau tu banyak-banyak. Nanti lama-kelamaan timbul lah rasa suka lah, cinta lah, sayang lah, apa lah...Macam dala novel melayu tu ha. Haritu juga kau cakap kat Wini jangan benci kat Dr. Airil kan? Tapi kau pun sama, lima kali lima je.. tak ada yang tak sama." Bebel Fify perlahan. Antara dengar tak dengar.

"Apa kau tengah merepek ni Fi?"

"Tak ada apa lah... aku tengah merepek kat anak beruang sesat masuk dalam dorm kita semalam," nafi Fify. Masih lagi antara dengar tak dengar. Aisyatul pula malas hendak mendengar leteran temannya itu. Baik dia tenangkan dirinya baru aman!

Seketika mereka berdua berdiam tanpa berkutik. Sepi.

Tiba-tiba mereka berdua di kejutkan deringan bunyi telefon.

"Phone kau lah Sya,"

Terus sahaja Aisyatul mengambil telefon pintar yang berada di poket seluarnya lalu melihat siapakah gerangan yang menelofonnya saat ini.

Hakimi❤ is calling....

Aisyatul mengeluh. Masa ni pula teman lelakinya hendak menelefonnya. Dia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja telefon itu berdering sampai tak larat menjerit.

"Woii, angkatlah! Bingit tahu tak?!" Dengus Fify. Hilang ketenteramannya.

"Tak nak!"

"Eh... kau ni, haritu beria-beria nak tunggu dia call kau. Tapi sekarang ni? Dia call kau tak nak jawab."

"Malas. Kalau kau nak tahu dah seminggu dia tak call aku.. and hari ni tiba-tiba nak call aku pula. Sesat."

Fify hanya mengelengkan kepalanya. Malas dia hendak masuk campur urusan sahabatnya.

𝖭𝗈𝗍𝖾𝗌:

𝖼𝗎𝗄𝗎𝗉 𝗅𝖺𝗁 𝗍𝗎. 𝗁𝗌𝗁𝗌.

𝖺𝗅𝖺𝗇𝗀 𝗂𝗂 𝗍𝗎 𝗍𝗎 𝖿𝗈𝗅𝗅𝗈𝗐 𝗅𝖺 𝖺𝗄𝗎 𝗉𝗎𝗇𝗒𝖺 𝗂𝗀 𝗇𝗂. 𝗄𝖺𝗍 𝗌𝗂𝗇𝗂 𝗂𝗀 𝗄𝗁𝖺𝗌 𝗎𝗇𝗍𝗎𝗄 𝗐𝖺𝗍𝗍𝗉𝖺𝖽... 𝗂𝗇𝗌𝗁𝖺 𝖠𝗅𝗅𝖺𝗁 𝖺𝗄𝗎 𝖺𝗄𝖺𝗇 𝗎𝗉𝖽𝖺𝗍𝖾 𝗍𝖾𝖺𝗌𝖾𝗋 𝗈𝗋 𝗌𝗈𝗆𝖾𝗍𝗁𝗂𝗇𝗀 𝗄𝖺𝗍 𝗌𝗂𝗍𝗎. 𝖺𝗌𝗌𝖺𝗅𝖺𝗆𝗎𝖺𝗅𝖺𝗂𝗄𝗎𝗆, 𝗍𝖺𝗍𝖺!

Continue Reading

You'll Also Like

163K 9.9K 59
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...
107K 8.9K 81
Afaf Adra. Seorang gadis yang berketinggian sederhana dan bertubuh sedikit berisi. Sudah biasa digelar dengan panggilan 'makcik' atau 'puan' dari s...
1M 36.4K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
230K 9.2K 34
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan b...