Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Ju...

By jyeons

58.9K 5.4K 1.7K

"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
#Epilog 💍

20

1.9K 174 36
By jyeons

*

sampai chapter 20 dah
yayyy (ノ•ヮ•)ノ

-

-

Telekung berjenama mewah digantung Dania rapi di dalam almari setelah selesai solat Isya'. Lain sungguh rasanya apabila dapat menyarung telekung mahal. Sangat selesa!

Fakta. Pakaian atau benda yang tinggi harganya secara tak langsung boleh menimbulkan rasa riya' dalam diri seseorang yang memakainya. Lagi lagi pakaian solat.

Tipulah kalau tak pernah rasa riya' walaupun sekali dalam seumur hidup. Kan?

Riya' sangat bahaya. Rasa riya' sebesar zarah pun boleh heret kita ke neraka kalau tak sempat bertaubat. Na'uzubillah.

Doa supaya kita semua dijauhkan dari sifat riya'.
Aamin!

tok tok

Ketukan pintu mengalih perhatian Dania yang sedang membetulkan tudung sarung di kepalanya. Dia menyarung sepasang stokin sebelum membuka pintu bilik.

...

Berkerut dahi Dania sebaik sahaja membuka pintu. Tiada sesiapa. Tiba-tiba rasa gerun menyelubungi dirinya. Cuba memberanikan diri melangkah keluar dari bilik.

...

Juga tiada sesiapa.

"Siapa yang ketuk tadi?". Bisik Dania di dalam hati setelah memerhati sekitar luar bilik. Sekali lagi rasa seram muncul. Kini Dania merasakan ada orang sedang memerhatinya.

"Kau?"

"OH MAK KAU!".
Latah Dania tak sengaja.

Gadis itu terus menekup mulut guna kedua belah tapak tangannya. Mukanya sudah bertukar merah dek malu dengan latahnya sendiri.

Dania dapat rasa jantungnya bagai nak melompat keluar. Tambah pula yang menegurnya berambut panjang.

"Kau.. buat apa kat sini?". Terkedu Rose dengan keberadaan Dania di dalam rumahnya.

Sejak Dania sampai di rumah keluarga Puan Jeon, tak nampak langsung batang hidung Rose. Keluar dari siang mungkin. Ini baru pulang.

"Jap. Jadi engkaulah tetamu yang omma kata tu? What the heck". Tambah Rose sebelum berdecit. Dania cuma berdiam diri.

Sedang Rose dan Dania bersua muka— muncul Jungkook yang lengkap berpakaian jubah dan kopiah putih. Baru balik dari masjid agaknya.

"Bincang apa kat sini? Omma suruh turun bawah makan sama sama". Jungkook melulu menyampaikan pesanan Puan Jeon.

Kopiah putih di atas kepalanya dia tanggalkan sebelum bergerak ingin menuju ke biliknya.

"Abang.. kenapa dia ada kat sini?". Rose menahan Jungkook yang baru sahaja ingin memulakan langkah.

"Tak boleh ke dia ada kat sini?". Jawab Jungkook seakan memerli. Tak lama selepas itu Jungkook beredar tanpa menghiraukan reaksi Rose.

Rose tercengang dek jawapan Jungkook yang langsung tidak membantu. Rose mengeluh sebelum mengambil keputusan untuk beredar. Sempat wajah Dania dijelingnya tajam sebelum tuju ke arah tangga.

"Apa salah aku?".
Dania berkata sendirian.

Apa boleh buat. Orang kalau dah tak suka kita memang begitu. Walaupun kita dah buat baik tapi masih ada juga orang yang benci kita.

Itulah dugaan kehidupan. Nabi Muhammad yang sempurna pun ada ramai musuh apatah lagi kita manusia biasa. Paling penting, sabar dan senyum!

"Takpe Dania.. sabar.. dia memang tak suka kau. Dia cemburu dengan kau". Dania bermonolog sendiri. Nafasnya ditarik lalu dihembus tenang.

Benarlah menguji kesabaran.

———

Enak sungguh makan malam yang dihidang sehinggakan hendak menitis air mata Dania. Dia mengunyah makanan dengan penuh nikmat.

"Aunty minta maaf kalau makanan ini semua tak sedap bagi Dania". Kata kata Puan Jeon membulatkan mata Dania. Tak sedap bilangnya!?

"Ya Allah. Aunty nak tahu tak. Semua makanan ni antara makanan kegemaran Dania tau". Puji Dania sambil kunyah sosej berintikan keju mozzarella.

"Waa yeke? Baguslah kalau begitu". Tersenyum lebar Puan Jeon melihat Dania yang kelihatan seronok dengan makanan yang dikunyahnya.

"Aunty cadang nak bawa Dania pergi jalan jalan esok". Puan Jeon kembali menghidupkan suasana.

"Jalan jalan? Omma nak pergi mana?". Selit Rose yang dari tadinya mendiamkan diri. Jungkook memandang Puan Jeon yang duduk di sebelahnya. Menantikan jawapan.

"Kita jalan jalan dalam Malaysia sajalah. Pulau Krabi?". Cadang Puan Jeon mengerutkan dahi semua orang sekeliling meja makan.

"Krabi dekat Thailand omma..".
Ujar Rose.

"Ohh.. salah pula. Haa kita pergi luar Malaysia lah kalau begitu. Semua on tak dengan plan omma?". Dania agak terkedu dengan keputusan mengejut Puan Jeon.

Malam ini baru rancang esok dah nak gerak?
Wow.

"Dania jangan risau. Sekejap lagi aunty call parents Dania beritahu pasal rancangan aunty. Okay?". Pujuk Puan Jeon mahu menyejukkan hati Dania.

Keluarga Puan Jeon mungkin sudah terbiasa dengan cara sebegitu. Sama juga seperti keluarga Dania tetapi tidaklah sampai melencong ke luar negara. Dalam Malaysia saja mampu.

"Baik aunty". Jawab Dania pendek. Dirinya seperti mahu melompat gembira. Maklumlah— tidak pernah melancong ke luar negara.

"Comel saja kamu aunty tengok".
Puji Puan Jeon.

"Eh— mana ada aunty. Kentang hangus macam saya ni tak comel pun". Nafi Dania pantas sambil membasuh pinggan. Eleh. Padahal dalam hati suka.

Pada awalnya Mak cik Leha tak beri Dania membasuh pinggan mangkuk tetapi disebabkan Dania kerah nak basuh juga maka terpaksa Mak cik Leha relakan. Degil.

"Eh eh eh– cik Dania! Letak sahaja semua pinggan mangkuk kat atas sinki itu. Biar mak cik basuhkan". Mak cik Leha cuba menghalang Dania yang sudah membuka paip air.

"Tak apalah mak cik! Biar Dania basuh. Dania dah biasa buat semua kerja ni dekat rumah. Mak cik jangan risaulah". Balas Dania.

"Nanti kalau Puan nampak macam mana? Tak pasal pasal mak cik kena marah nanti". Mak cik Leha mula bimbang.

"Takpe. Nanti kalau aunty nampak cakap je saya yang degil sangat nak cuci semua pinggan ni". Dania menyengih memandang Mak cik Leha.

"Baiklah kalau macam tu. Mak cik pergi menyapu tau. Terima kasih banyak sebab mudahkan kerja mak cik. Baiknya hati cik Dania". Kata Mak cik Leha sebelum beredar bersama penyapu di tangannya.

"Kentang hangus?". Nak berdekah Puan Jeon mendengar gelaran yang Dania beri pada dirinya sendiri. Ada sahaja ideanya.

"Sebenarnya aunty dah lama nak tanya Dania. Boleh ke?". Soal Puan Jeon seakan meminta izin tuan badan yang sedang mencuci pinggan itu.

"Tanya apa aunty?"

"Bagi kamu.. Jungkook baik tak?". Dania sudah menelan air liur perit dek soalan Puan Jeon yang kedengaran lain macam.

"Jungkook memang baik. Kenapa aunty tanya Dania macam tu?". Dania mengerling wajah Puan Jeon di sebelahnya sebelum kembali fokus kepada kerjanya.

"Tak ada apa. Aunty saja tanya". Balas Puan Jeon. Dania hanya angguk kepala. Bunyi air dan pinggan mangkuk berlanggaran cetus suasana tegang.

"Untungnya sesiapa yang dapat kamu. Dah lah baik, cantik, sopan, tutup aurat sempurna"

Dania tergelak dengan pujian yang dia terima. Dalam pada masa yang sama dia mula rasa hairan dengan kata-kata Puan Jeon.

"Dania biasa biasa jelah aunty". Ujar Dania segan silu. Dia memutar pili untuk menutup air. Selesai cuci semua pinggan mangkuk. Tangannya yang basah dilap pada kain kering terletak bersebelahan sinki.

"Aunty rasa kamu sesuai sangat dengan Jungkook". Dania seolah-olah mengalami kejutan elektrik. Badannya kaku seketika. Tak tahu hendak memberi reaksi apa.

"Ommaaaaa"

Panggilan Rose mengejutkan Puan Jeon dan Dania. Kini mereka berdua menumpukan perhatian kepada Rose yang sedang berjalan menuju ke arah ibunya.

"Kenapa sayang?".
Soal Puan Jeon lembut.

"Rose nak bagitahu omma.. Rose tak dapat ikut pergi Krabi esok sebab Lisa ajak teman dia pergi beli barang". Rose mencebik. Tanda sedih tidak dapat ikut sekali.

"Laa— beli barang apa?".
Puan Jeon ingin tahu.

"Tak tahulah. Penting katanya". Rose mengeluh. Ajak beli barang tak kena masa lah si Lisa itu. Nak pergi melancong pun tak boleh. Mahu sahaja Rose menolak tetapi tak sampai hati. Kawan karib kan.

"Tak apalah kalau begitu. Omma pergi dengan Jungkook dan Dania sahajalah. Lain kali kita pergi tau. Rose jangan risau". Pujuk Puan Jeon sambil mengusap sebelah bahu anak gadis kesayangannya itu.

"Alright omma. Love you and take care tau"

Rose memeluk Puan Jeon erat manakala Dania hanya mampu memandang adegan tersebut. Sesekali dia pandang sesekali dia tunduk. Awkward.

Sebaik sahaja mendongak untuk kembali melihat anak beranak yang sedang berpelukan itu. Dania agak gerun dengan Rose yang memberi renungan tajam pada matanya.

Terkebil-kebil Dania jadinya. Dia mula mengetap bibir lalu terus memandang tempat lain. Tidak memahami cara Rose yang merenungnya sebegitu.

Pelik.

———

"Ingat pesan ayah dan ibu ni. Jaga diri baik baik. Jangan merayau sesuka hati kat Thailand sana. Zaman sekarang ramai orang jahat. Jalan jangan sorang sorang. Ikut saja mana aunty dan Isyraf pergi. Ingat!"

"Insya-Allah. Ayah dengan ibu jangan risau. Adik boleh jaga diri. Adik sayang ayah ibu! Muah muah!"

[Dania POV]

Aku merenung luar jendela. Teringat pesanan ayah melalui panggilan telefon malam semalam. Rasa mual mula datang. Al maklumlah— kali pertama menaiki kapal terbang. Rasa gayat juga ada.

"Dania okay?"

Soal Puan Jeon di sebelah. Alamak. Aunty ternampak ke aku buat buat nak muntah tadi?

Aku mengangguk tanda ya. Terpaksa menipu. Selagi boleh tahan rasa pening ni— tahan sajalah. Tak pernah naik kapal terbang. Memanglah.

"Naik kapal terbang memang pening mula mula tapi nanti lama lama okay lah. Aunty pun tak biasa masa first time naik". Jelas Puan Jeon. Perasan agaknya cara aku menahan pening.

Aku membalas kata kata aunty dengan senyuman sahaja. Namun sedang aku melihat wajah dia, terpandang sekilas figura Jungkook yang leka bermain telefon pintarnya sambil memakai airpod.

Haih.
Kacak sungguh.

"Astaghfirullah". Ucap aku pantas melalui hati. Payahnya jadi jenis yang cepat tergoda ni. Pandang tempat lain Dania. Pandang tempat lain!

"Masa buat passport Dania tadi baru aunty terfikir yang kamu ni 18 tahun. Ada dapat mana mana tawaran sambung belajar tak?". Tanya Puan Jeon.

Ya— baru pagi tadi buat 'buku merah'. Seumur hidup tak pernah ke luar negara. Nasib baik sempat selesaikan segalanya.

"Belum ada rezeki lagi aunty".
Jawab aku agak kecewa.

"Tak apa. Kalau Allah dah tetapkan kamu dapat sambung belajar nanti dapatlah tu. Paling penting kena sabar tau". Pujuk Puan Jeon melegakan hati aku serba sedikit.

Yes.
Allah knows better.

———

"SubhanAllah cantiknyaaaaa"

Jerit aku tak terlalu kuat. Terlalu indah ciptaan Allah. Aku melompat-lompat menandakan keseronokan. Aku tak boleh tahan. Rasa nak mandi sekarang juga.

"Cantik kan? Aunty tak pernah datang melancong ke sini. Selalu tengok gambar dalam internet sahaja. Tup tup dah sampai sini"

Ujar Puan Jeon. Kain selendang di kepalanya yang ditiup angin dia betulkan.

"Terima kasih banyak aunty sebab bawa Dania datang sini! Dania rasa gembira sangat sangat!". Kata aku sambil memeluk Puan Jeon. Rasa sebak mula menyelubungi diri aku.

Aku tak tahu nak ungkap rasa syukur bagaimana. Allah temukan aku dengan orang-orang yang baik. Itu yang datangkan rasa sebak dan terharu yang amat.

"Sama sama sayang. Aunty pun rasa seronok sangat dapat datang sini dengan Dania". Kepala aku diusap lembut oleh Puan Jeon. Gentle aku anggap dia macam ibu kedua aku.

"Dania kalau nak jalan jalan ambil gambar— pergilah. Aunty duduk di sini tapi jangan jalan jauh sangat ya". Pesan Puan Jeon sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak tidak jauh dari persisiran pantai.

"Alright aunty!"

Apa lagi. Maka dengan pantas aku keluarkan Vivo aku dari dalam beg. Sesi fotografi Dania bermula!

[End Dania POV]
———

"Omma kau pergi Krabi semata mata nak bawa perempuan tu jalan jalan? Wow..". Terkedu Lisa setelah mendengar penjelasan Rose.

"Aku tak tahu apa yang special sangat perempuan tu. Pelik aku dibuatnya". Keluh Rose. Troli yang hampir penuh dengan barang milik Lisa itu ditolaknya perlahan.

"Omma kau belum sembuh sepenuhnya kan?". Tanya Lisa. Fokus melihat wajah rakan karibnya ingin tahu keadaan Puan Jeon.

"Yup. Sebenarnya kesakitan dia bergantung pada sesuatu— and I'm sorry because it is not the perfect time to tell you now". Terserlah reaksi blur Lisa. Bercampur kecewa juga. Apa boleh buat. Keputusan kawannya perlu dihormat. Bukan dipaksa.

"Got it! Nanti cerita tau".
Lisa cuba mengingatkan Rose.

"Alright let's change the topic. Semalam aku dengar perbualan antara omma aku dengan perempuan tu— haih.."

"Apa yang diorang bualkan?". Gesa Lisa mahu tahu kesinambungan cerita Rose yang tergantung sepi.

"Omma aku dah suka dia dan mula nak pair kan dia dengan Jungkook!". Jawab Rose geram.

"What..."

———

Sudah hampir penuh ruangan foto Dania. Syok sungguh dengan pemandangan. Belum lagi gambar dirinya. Habis terus storage nya nanti. Terlintas juga dalam pemikirannya. Siapa saja yang sudi nak tangkap foto dirinya yang seakan kentang itu.

Hahahah.

Kehadiran Jungkook di persisiran pantai serta-merta menarik perhatian Dania. Jejaka itu juga sibuk menangkap gambar laut jernih menghijau.

Maka dengan pantasnya Dania menghalakan kamera telefonnya senyap senyap ke arah Jungkook yang berdiri tidak terlalu jauh dan— klik!

"Hehehe". Dania sengih kambing. Terus dia melihat hasil tangkapannya. Sememangnya Jungkook kelihatan sangat menawan walaupun dari jauh.

"Jap.. apa yang aku buat ni?". Rasa bersalah mula timbul dalam diri Dania secara tiba-tiba. Dia membayangkan jika perlakuannya berbalik pada dirinya. Takut!

Butang delete dicarinya—

"Excuse me miss. Can I take your time for a minute? I want to take a picture of myself but I don't have anyone to ask until I saw you here and yea". Ujar seorang gadis berkulit putih dan berambut blonde.

"Of course!". Jawab Dania pendek.

Mata Dania sedikit kesakitan dengan pemakaian gadis berbangsa kulit putih tersebut. Tambahan gaya dia ber'posing'. Lagilah rasa nak berdarah mata Dania dibuatnya.

Namun apakan daya. Terpaksa relakan diri. Orang sudah minta bantuan— tolong sahajalah.

"Oh my goodness! So beautiful! Are you a photographer?". Dania tertawa dengan kata pujian gadis cantik itu. Tak sangka pula dipuji.

"No. I'm not".
Balas Dania tersenyum.

"Really? Then you should be! Anyway thank you so much for your time! Really appreciate it"

Mesra sahaja gadis berkulit putih itu dengan Dania. Sempat mereka berdua bersalaman sebelum berpisah.

"Oh– bagusnya Dania. Lupa nak minta tolong dia ambilkan gambar aku". Keluh Dania setelah teringatkan tujuan utamanya sebentar tadi. Ya— manusia memang mudah lupa.

Ting!

Menyala sudah mentol bayangan di atas kepala Dania si kentang sebaik sahaja dia ternampak batu batuan yang wujud di sekitar persisiran pantai tersebut.

Vivo nya diletak bersandarkan pada salah satu batu kemudian disetnya timer selama lima saat. Klik— cepat cepat Dania berlari untuk ber'posing' tetapi malang nasibnya.

ppuk!

Telefonnya yang tidak bersalah itu tersembam ke bawah mencium bumi eh— pasir.

Dania mencebik tanda kecewa. Susah juga kalau pergi bercuti seorang diri tanpa kawan yang sama spesis jantina. Nak minta tolong Puan Jeon rasa segan pula.

Dania mula berjalan malas ke arah telefonnya yang sudah kecundang. Belum sempat sampai ke bahagian batu batuan, langkahnya terhenti.

Jungkook mengambil telefonnya.

"Nak saya tangkapkan gambar?".
Jungkook mempelawa dirinya.

Dania menggosok belakang lehernya yang berlapik kain tudung bawal. Kononnya nak hilangkan rasa segan tapi sebenarnya langsung tak membantu. Tahap malu Dania sehinggakan nak masukkan kepala dalam lubang sahaja.

"Em.. boleh juga".
Teragak-agak Dania menjawab.

"Kenapa tak panggil saya je tadi? Tak payahlah susah susah sampai letak handphone dekat batu ni". Jungkook cuba menahan tawa. Masih tak boleh move on dengan cara Dania.

The struggle is real.

"Saya tak nak menyusahkan sesiapa.."

Jawab Dania sambil menunduk pada skrin telefon. Melihat semua hasil tangkapan Jungkook. Mukanya sudah kemerahan menahan malu. Dia merasakan dirinya sungguh dungu.

Hasil tangkapan foto Jungkook semuanya memberi keyakinan yang tinggi pada Dania untuk post di laman sosial. Kagum dengan Jungkook yang ada bakat dalam fotografi.

d__nye

d__nye yahooo 🌊

"Okay tak gambar yang saya tangkap? Maaflah kalau buruk". Ujar Jungkook serba salah. Buruk? Perempuan itu sudah pun post dalam Insta.

"Mana ada buruk! Awak pandai tangkap gambar. Terima kasih banyak tau!". Ucap Dania penuh ikhlas hati. Tak terungkap rasa gembiranya dengan foto foto indah hasil tangkapan hari ini.

"Jom kita pergi tengok omma buat apa. Mesti dia bosan duduk bawah pokok tu sorang sorang". Ajak Jungkook sebelum memulakan langkah.

"Jom". Dania membalas teruja. Dia juga memulakan langkah. Kini mereka berdua berjalan seiringan tetapi jarak antara mereka jauh lebih tiga jengkal.

"Jungkook. Saya nak tanya. Nanti kita duduk kat mana? Maksud saya dekat hotel ke chalet ke apartment?". Tanya Dania sungguh-sungguh.

"Saya pun tak pasti tapi rupa dia macam hotel atau chalet. Nanti kita tengok sama sama". Jawab Jungkook. Dania hanya meng'oh'kan sahaja.

"Tapi kan.. saya ada dengar cerita. Hotel yang saya tempah tu berhantu sikit tau. Harap awak tak takutlah"

Kini Dania terdiam memandang Jungkook dengan muka bimbang. Sudahlah Dania itu penakut orangnya.

"S-seriuslah?". Soal Dania tergagap.

"Tak adalah. Saya gurau je". Sakat Jungkook sebelum melarikan diri.

"Ish dia ni!"

———
to be continued 🐇

"Ehehehe" — JK

Continue Reading

You'll Also Like

59.3K 2.5K 13
"Omma!x kan omma nk suruh Hyomin kahwin dengan si Buaya Darat tu?Sampai hati omma!"-Hyomin Adakah rumah tangga Hyomin dgn si Playboy itu bahagia?Siap...
1.6K 211 17
SINOPSIS Antara CINTA dan TAKDIR, jiwa antara Kamal dan Jamaiyah hampir bertaut hingga ke jinjang pelaminan, namun hati Dahlia tercuri oleh pesona Ka...
184K 10.7K 45
-fanfic ni tengah re-write. So kalau ada yang berlainan tu kami minta maaf hehe, tapi sokey korang akan faham juga. Selamat membaca ♡ Selami dalam du...
189K 12.9K 83
" Andai kau bulan , biarlah aku menjadi buminya . " Kahar berkata manis . " Bumi ? Kenapa bukan bintang ? " Aireen pelik . Pick up line si Kahar tak...