Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

6K 638 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25

Prologue

816 42 8
By -Akio-Akeichi-

Tahun berganti tahun, kehidupan Eira dan para sahabatnya tetap sahaja seperti biasa. Tidak ada yang berubah. Belajar, aktiviti kokurikulum, dan juga skuad sentiasa memenuhi masa Eira dan para sahabatnya. Hubungan skuadnya bersama skuad yang lain juga baik-baik sahaja. Namun, kehidupan Eira tidaklah segembira dahulu. Semenjak Harraz dan Haikal selesai dengan SPM mereka, Harraz lebih fokus dengan kerja sepenuh masanya. Selama tiga bulan kekasihnya itu menyibukkan diri, bahkan setelah keluarnya keputusan SPM pun dirinya tetap sibuk. Awalnya, Eira ingin meraikan kemenangan kekasihnya itu kerana memperoleh 8A+ dan 1A dalam SPMnya, manakala Haikal mendapat 9A dalam SPM. Namun, kekasihnya itu sama sekali tidak mahu menyambutnya, bahkan meneruskan pekerjaannya.

Bukan itu sahaja yang membuatkan Eira merasa terpinggir. Kekasihnya juga mengambil STPM hingga membuatkan jejaka itu menjadi sangat sibuk berbanding biasanya walaupun dia tahu bahawa Harraz sama sekali tidak meninggalkan agamanya. Haikal juga mengikuti jejak Harraz untuk ke Tingkatan 6 dan mereka berdua sama-sama memperoleh CGPA 4.0 STPM sepanjang semester 1 dan 2. Hanya keputusan akhir sahaja yang belum keluar. Eira sungguh berfikir bahawa ia dapat meluangkan masa dengan Harraz apabila jejaka itu selesai STPM! Namun, sangkaannya meleset apabila sepanjang menunggu keputusan keluar, Harraz bekerja bagaikan orang gila dari hari ke hari.

Eira terkadang hanya mendapat sebuah pesanan berupa teks ucapan selamat pagi, selamat malam, atau dirinya sudah makan ataupun belum. Ini membuatkan Eira menjadi buntu sekaligus runsing dengan kerenah Harraz. Dia teringin menjadi seperti Kemy yang sentiasa diusik oleh Haikal. Haikal masih lagi mampu meluangkan masa dengan Kemy walau tidak dinafikan bahawa sahabatnya itu berasa sangat rimas dengan kehadiran Haikal. Mana taknya sahabatnya tak rimas dengan Haikal apabila bertemu sahaja mereka pasti akan bertengkar.

"Haaahhh~~" Keluh Eira.

"Kenapa Eira?" Tanya Fatin yang sedang membuat koko panas bersama Rafia.

"Err.. takde apa-apa!" Gumam Eira.

"Ni mesti sebab Harrazkan!" Teka Fiqah.

"Taklah! Mana ada!" Nafi Eira dalam keadaan bersungut.

"Hahahahaha.. nampak sangatlah Eira kalau sebab kau jadi macam ni adalah sebabkan Senior Harraz!" Tawa Kemy.

"Mana adalah! Aku tengah berdebar untuk tunggu keputusan SPM ni, haa! Lagi beberapa hari je yang tinggal!" Bohong Eira.

"Eleh! Tak payahlah kau nak menipu Eira~ Kami tahu kau macam ni sebab Senior Harraz tak pedulikan kau kan! Sabar jelah Eira! Mungkin dia ada sebab kenapa dia buat macam tu!" Pujuk Fatin.

"Tapi.. sejak dia habis SPM sampailah sekarang.. dia asyik tak pedulikan aku!" Gumam Eira.

"Sabarlah! Aku yakin kalau apa yang dia lakukan tu semua untuk kau!" Ujar Fiqah.

"Serahkan semuanya pada Allah! Insha Allah, jodoh kau dengan Senior Harraz tak akan ke mana punya!" Sampuk Kemy.

"Hmmm.. baik!" Sahut Eira.

"Nah, minum koko panas ni! Lupakan je masalah kau dulu! Better kau santai sikit! Tak lama lagi keputusan SPM akan keluar! So, kita kena prepare!" Ucap Fatin.

"Huh! Aku tak kisah! Asalkan dapat masuk ke STPM.. aku tak kisah benda lain!" Ujar Eira.

"Hahahahaha.. okaylah kau menang! Kami pun akan ikut masuk ke sana! Senang! Boleh lompat masuk degree terus macam Senior Harraz dan Senior Haikal!" Tawa Rafia.

Eira hanya senyap sambil menikmati koko panas yang telah disediakan oleh Fatin dan Rafia itu sambil menikmati langit biru di halaman rumah sahabatnya Fatin itu. Sungguh halaman rumah yang indah dengan kehadiran tanaman-tanaman segar yang ada di sekitar serta air pancuran kecil di tepi halamannya. Sangat menyenangkan dapat bersantai seperti ini walau tidak dinafikan bahawa fikirannya masih lagi menuju ke arah Harraz. Eira amat merindukan sosok jejaka yang menjadi cinta hatinya itu. 

"Hmmm.. andai waktu boleh diputar seperti dulu.. aku pasti akan sangat gembira!" Gumam Eira. 

Dirinya terus dan terus memikirkan hal itu tanpa henti. Gadis itu terlihat sangat merindukan masa-masa dirinya bersama dengan Harraz sepanjang ia menyelesaikan kes Hantu Bilik Guru Disiplin dahulu. Seniornya itu sentiasa berada sangat dekat dengannya walaupun mereka hanya sebatas senior dan junior sahaja pada saat ini. Jelas di wajahnya bahawa ia amat merindukan sikap Harraz yang dahulu berbanding sekarang. Namun, gadis itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana dia tahu bahawa setiap manusia akan berubah. Dan dia hanya boleh menyerahkan segala-galanya kepada Allah agar dirinya sentiasa tabah dan kuat untuk menjalani ujian tersebut.

Seminggu kemudian, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya keluar. Eira dan para sahabatnya langsung kembali ke SMK Seri Setia untuk mengambil keputusan mereka dengan perasaan yang resah dan takut untuk melihat keputusan tersebut. Di sana mereka bertemu dengan Skuad Saintis Muda dan Skuad Wartawan Glamour. Sudah hampir empat bulan mereka tidak bersua muka dan akhirnya mereka bertemu kembali. Masing-masing sudah banyak berubah, hanya sahaja sikap mereka sama seperti yang dulu.

"Well, well, well, well! Siapa yang ada dekat sini, huh!" Ucap Nisa dengan gaya angkuhnya seperti biasa.

"Ouh~ Eira and the gang! Gadis paranormal yang boleh lihat hantu.. ada dekat sinilaa~ Ughhh... scary~~" Sampuk Iqa.

"Wartawan gila dan juga Saintis Mental pun ada dekat sini! Hah, dah lama kita tak berjumpakan!" Ujar Eira sambil bersedekap dada.

Ketiga-tiga skuad itu berpandangan tajam antara satu sama lain. Kelihatannya ada aura peperangan yang sangat dahsyat di antara mereka. Orang yang berada di sekeliling hanya melihat sahaja hal tersebut dalam keadaan cemas. Takut akan ada peperangan di antara para gadis tersbut. Namun, hal itu tidak bertahan lama apabila mereka semua langsung katawa beramai-ramai. Orang sekeliling mereka pun berasa pelik akan tingkah-laku tiga buah skuad tersebut. 

"Hahahahahahaha... cukup dowh! Aku tak mampu nak teruskan lagi!" Tawa El.

"Betul tu betul! Hahahahaha.." Sokong Fatin.

"Well~ itu sangat scary! Hahahahaha.." Ucap Syaheerah.

"Long time no see my friend!" Ucap Eira.

"We all miss you guys!" Ujar Nisa sambil tersenyum.

"Kami pun!!!" Jawab Skuad Wartawan Glamour dan Skuad Penyiasat Paranormal serentak.

Mereka semua ketawa lalu berpelukan secara beramai-ramai untuk melepaskan rasa rindu setelah tidak bertemu selama empat bulan. Kejadian yang dulu telah merapatkan mereka semua sehingga menjadi sahabat. Kerjasama ketiga-tiga skuad dalam menyelesaikan masalah bilik guru disiplin dulu membuatkan mereka semua menjadi sangat rapat, bahkan mereka juga sering belajar beramai-ramai. Kini, mereka sudah dewasa dan tentu sahaja hubungan persahabatan itu semakin rapat dan mereka bukan kanak-kanak yang tidak matang sehingga ingin terus bergaduh seperti dahulu.

"Perhatian kepada pelajar lepasan SPM! Sila berkumpul di Dewan Jaya Sari untuk seisi pengambilan keputusan SPM!" 

Sebuah pengumuman penting telah menarik perhatian para pelajar. Eira dan yang lain langsung bergegas ke Dewan Jaya Sari untuk berkumpul. Di sana terlihat ramai pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan mereka diumumkan dalam keadaan cemas. Eira mula merasakan sebuah tekanan yang sangat hebat apabila berada di dalam dewan tersebut. Bukan hanya dia sahaja merasakan tekanan tersebut. Mereka yang lain juga turut merasakan perasaan yang sama seperti Eira. Namun, mereka cuba untuk bertenang dan mengambil deretan tempat duduk bersama-sama.

"Fuhhh.. cuak betul wehy~" Gumam Afiqah.

"Bertenang! Kalau kau cuak.. kami lagi cuak tahu tak!" Pujuk Huda.

"Dah, dah! Puan Zarina dah nak mulakan pengumuman tu!" Sampuk Fiqah.

Para pelajar langsung diam apabila melihat pengetua SMK Seri Setia mula menaiki pentas untuk memberikan ucapan. Setelah diangkat menjadi pengetua sekolah, Puan Zarina menjalankan tugasnya dengan sangat baik sehingga beliau sangat disayangi oleh para pelajarnya. SMK Seri Setia juga mengalami pelbagai kemajuan serta perubahan untuk kebaikan sekolah, bahkan krisis yang berlaku disebabkan Tuan Zikri dahulu pun berjaya diatasi oleh Puan Zarina demi menyelamatkan nama baik sekolah.

"Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua pelajar lepasan SPM SMK Seri Setia! Selamat kembali dan tahniah kepada yang semua pelajar yang telah berjaya melepasi SPM!" Ucap Puan Zarina.

"Waalaikumsalam Puan Zarina!" Jawab para pelajar.

"Hari ini merupakan hari penentuan bagi kamu semua sebelum mengambil langkah ke arah alam pendidikan lebih tinggi sama ada kamu semua akan mengambil STPM, Diploma, Matriks, dan sebagainya. Keluarnya keputusan pada hari ini, jangan berduka bagi yang gagal dan tahniah bagi yang lulus! Oleh itu, tanpa berkata lebih panjang lagi.. saya menjemput penolong saya, Ustaz Suffian bersama pasangannya Puan Syuhada untuk mengumumkan keputusan pelajar yang mendapat 6A ke atas!" Ujar Puan Zarina.

Mendengar kata-kata ucapan daripada pengetua mereka itu, Puan Syuhada dan Ustaz Suffian langsung naik ke atas pentas. Dua tahun telah berlalu setelah Cikgu Syuhada dan Ustaz Suffian berkahwin. Hubungan rumah tangga mereka sangatlah baik hingga ke hari ini, bahkan baju mereka juga sedondon pada hari tersebut. Bukan itu sahaja, Cikgu Syuhada juga telahpun melahirkan seorang anak lelaki pada tahun lepas dan kini ia sedang mengandung anak keduanya dan sangat terlihat bahawa perutnya kian membesar.

"Assalammualaikum para pelajar semua!" Sapa Cikgu Syuhada.

"Waalaikumsalam cikgu!" Sahut para pelajar.

"Baiklah, cikgu akan umumkan nama-nama yang mendapat 6A dahulu! Diminta Puan Zarina sambil diiringi Ustaz Suffian untuk menyerahkan keputusan peperiksaan serta penghargaan kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang terbaik!" Ujar Cikgu Syuhada.

Puan Zarina dan Ustaz Suffian berdiri di tengah pentas untuk memberikan keputusan SPM kepada pelajar yang berjaya. Cikgu Syuhada langsung mengumumkan nama-nama pelajar yang berjaya mencapai kejayaan dalam SPM. Pelbagai reaksi yang diberikan, bahkan ada banyak sorakan yang bergema di dewan tersebut dan juga ada yang menangis kerana terharu akan kejayaannya. Setelah selesai mengumumkan keputusan bagi pelajar yang mendapat 6A hingga 8A, kini tibalah untuk mengumumkan nama pelajar yang mendapat 9A dalam SPM mereka.

"Pelajar yang mendapat 7A+ dan 2A dalam SPM ialah, Fatin Izzati Binti Sabri!" Umum Cikgu Syuhada.

"A-apa?" Ucap Fatin dengan sangat terkejut.

"Waahhhh!!! Tahniah Fatin!!! Kau dapat 9A!!!!" Teriak Fiqah.

"Seterusnya, yang mendapat keputusan yang sama adalah, El-Ain Binti Amran, Alyn binti Anisam, Athirah Kamilia Zulkifley, Wan Huda Mohd Nor, Noor Syafiqah Binti Husaini, Nur Syaheerah Binti Mahmood, dan Nur Syafiqah Binti Mahmood! Para pelajar ini sila naik ke pentas untuk mengambil penghargaan dan keputusan!" Sambung Cikgu Syuhada.

"TAHNIAH KORANG!!!" Tempik yang lain dengan senang hati.

"Terima kasih!" Ucap mereka lalu mengambil keputusan dengan pelbagai reaksi.

"Kini, cikgu akan umumkan mereka yang mendapat 8A+ dan 1A pula! Mereka ialah, Afiqah binti Razman, Amalia Natasha Binti Suhaimi, Ainina Binti Azlan, Tiara Asyakirin bt Azman!" Umum Cikgu Syuhada dengan senyumannya. 

"Hooray!!!!" Sorak Tiara dan Ainina dengan sangat heboh.

"Allahuakbar!! Aku dapat 8A+ dan 1A solid! Huweeee... mommy!!!" Tangis Amalia.

"Tahniah korang!" Ucap Eira yang tumpang gembira.

"Heh, kita punya belum keluar lagi.. dah ucap tahniah dekat orang!" Sindir Nisa.

"Kau takut sebenarnyakan~~" Usik Eira.

"Mana ada aku takut!" Nafi Nisa, namun pada kenyataannya dia sedang menggigil ketakutan.

"Hahahahahaha.. jujur jelah ketua~~" Tawa para ahli Skuad Saintis Muda.

"Senyap korang!" Marah Nisa.

"Relax~~ aku yakin yang kau akan skor~~" Pujuk Eira.

Nisa hanya terdiam apabila mendengar kata-kata Eira. Dia tahu bahawa gadis para normal itu juga sedang berasa cemas sama sepertinya. Namun, Eira tetap cuba menghiburkan hatinya agar tidak terlalu cemas. Hal itu sedikit sebanyak membuatkan Shahirunnisa berasa agak tenang sedikit berbanding tadi. Melihat rakan-rakan mereka menerima penghargaan dan keputusan yang sangat baik. Hinggalah Cikgu Syuhada mula membuat pengumuman untuk pelajar yang mendapat 9A dalam SPM. Nama yang tersenarai juga ada dalam sepuluh orang dan salah satunya adalah Rafia sendiri.

"Baiklah, keputusan yang terakhir adalah pelajar yang mendapat 9A+ dalam SPM! Terdapat tiga orang pelajar yang telah berjaya memperoleh 9A+ dalam SPM! Calon-calonnya ialah.. Muhammad Firdaus Bin Saiful Nizam! Nur Shahirunnisa Binti Abdullah, dan... Eira Syahira Binti Khairil.. Ketiga-tiga pelajar sila naik ke atas pentas!" Ucap Cikgu Syuhada.

Sorakan dan ucapan tahniah langsung bergema di sekeliling tiga orang yang memiliki keputusan cemerlang itu. Eira tidak menyangka bahawa dia akan mendapat 9A+ dalam SPM bersama-sama dengan Nisa yang merupakan musuhnya dari awal. Ini sungguh merupakan sebuah kejutan yang amat besar bagi Eira. Walaupun alirannya sastera dan Nisa alirannya Sains tulen, namun mereka tetap menyandang gelar yang sama dalam keputusan tersebut. Dengan hati yang gembira, gadis itu langsung naik ke pentas dengan perasaan yang sangat bersyukur. 

"Tahniah Eira!" Ucap Puan Zarina.

"Terima kasih puan!" Jawab Eira dengan sangat bahagia.

"Hebat kamu, Eira! Tak sangka kamu sangat hebat! Cikgu bangga dengan kamu!" Puji Cikgu Syuhada.

"Hehehehehehe.." Kekeh Eira.

"Hn~ tapi tetap tak sehebat aku!" Sampuk Nisa dengan gaya sombongnya.

"Ouh~ tadi siapa dia baby yang menangis ketakutan sebelum keluarnya keputusan dia yaa~~" Usik Eira.

"Shut up, Eira Syahira!!!!" Geram Nisa.

"Hahahahahahaha.. betul apa! Kau kan pengecut~~" Ejek Eira.

"Gahhhh!!! Tunggu kau, Eira!!!" Marah Nisa.

Eira hanya ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengenakan sahabatnya yang seorang itu. Hilanglah sudah sikap angkuh dan dingin Nisa itu apabila dia sedang menahan geram akan tingkah daripada Eira sendiri. Memang Eira suka melihat perubahan emosi yang ada dalam diri Nisa kerana Eira memang tidak suka melihat wajah datar gadis saintis itu. Maka, kerana itulah Eira lebih kerap mengusik Nisa agar gadis itu lebih banyak menampilkan emosi miliknya berbanding terus menerus bersikap angkuh. Namun, tiba-tiba Eira terdiam selepas mengusik Nisa.

"Kenapa ni, Eira?" Tanya Ustaz Suffian yang sedar akan perubahan sikap sang gadis.

"Huh? Takde apa-apalah ustaz! Hahahahaha.. hanya teringat sesuatu!" Tawa Eira dengan sangat paksa. 

"Benda apa tu?" Tanya Puan Zarina.

"Hehehehehe.. bukan hal penting pun!" Ujar Eira yang seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu daripada para gurunya.

Puan Zarina, Cikgu Syuhada, dan Ustaz Suffian tidak lagi bertanya apa-apa kepada sang gadis. Mereka tahu bahawa gadis paranormal itu tidak bersedia untuk menceritakan apa-apa lagi. Maka, kegiatan dilanjutkan dengan penyerahan keputusan pelajar yang lain. Eira dan mereka yang mendapat 6A ke atas langsung masuk ke tempat perjamuan khas yang telah disediakan untuk mereka. Sepanjang mereka menjamu selera dengan hidangan yang boleh dikatakan mewah, tiba-tiba dua orang jejaka masuk ke dalam tempat tersebut.

"Yo!" Sapa salah seorang daripada mereka dengan sangat ramah.

Eira langsung terkejut apabila melihat kehadiran kedua-dua orang jejaka itu. Seorang tersenyum lembut, dan seorang lagi tersenyum nakal kepada Kemy sehingga membuatkan sahabatnya itu berasa jijik dengannya. Perhatian Eira bukanlah ke arah itu, melainkan kepada jejaka yang kini sedang tersenyum lembut kepadanya. Jejaka yang sangat jarang ia temui selama beberapa tahun ini. Jejaka yang selalu mengelak daripad berkomunikasi dengannya sehingga membuatkan air matanya berkumpul di pelupuk matanya.

"A-Abang Harraz.." Gumam Eira dengan suara menahan sebak.

"Assalammualaikum, Eira!" Ucap Harraz dengan sangat lembut.

"Hiks.. wa-waalaikumsalam!" Jawab Eira dengan sedaya upayanya ia menahan tangisannya.

Jejaka itu tahu apa yang melanda kekasihnya. Dia tahu bahawa dalam hal ini ia telah menyakiti hati sang kekasih. Ia jarang berkomunikasi dengan Eira semenjak ia lulus SPM. Namun, ia memiliki sebuah alasan yang sangat khusus akan hal tersebut. Bukan niatnya untuk membuat belahan jiwanya itu sakit hati. Dia terpaksa melakukan hal itu jika tidak mahu Eira pergi daripada hidupnya. Serta merta Harraz mendekati Eira dengan senyuman lembut miliknya. Gadis itu hanya memandang sahaja Harraz dengan tatapan sedih bercampur rindu yang mendalam. Mereka yang lain hanya melihat sahaja hal itu tanpa berniat untuk menyampuk.

"Kamu apa khabar, Eira?" Tanya Harraz.

"Tak baik! Hiks.. hiks.. sangat tak baik!" Tangis Eira yang mula pecah.

"Itu semua kerana senior yang tak pandai jaga hati, Eiralah! Dia sedih tahu tak sebab senior tak contact dia langsung!" Ujar Kemy dengan nada ketus.

"Betul! Tak macam Senior Haikal yang selalu datang teman Kemy!" Sampuk El.

"AKU LEBIH RELA KALAU DIA TAK DATANG JENGUK AKULAH! AKU LAMA-LAMA BOLEH MATI HANYA KERANA DIA SAHAJA!" Bentak Kemy.

"Hahahahahaha.. terima kasih El! Senior akan terus dan terus di samping Kemy~~" Tawa Haikal dengan senang hati.

"Grrrr.. simpan angan-angan kau tu, senior bodoh!" Marah Kemy.

"Sudah! Sudahlah tu.. korang berdua ni.. asal jumpa gaduh! Asal jumpa nak bertengkar! Korang ni tunang ke atau musuh, hah!" Marah Fiqah.

"Hoooo... itulah yang korang tak tahu kalau hubungan kami ni istimewa! Melalui pertengkaranlah baru kami semakin rapat~~" Ucap Haikal dengan senyuman nakal.

"Cih! Diamlah kau, senior bodoh!" Decih Kemy.

"Sudahlaa~ kita kena fokus dengan masalah Eira dulu!" Sampuk Rafia.

Mendengar kata-kata Rafia, mereka teringat semula akan Eira dan Harraz. Mereka kembali beralih kepada pasangan yang ada di hujung meja jamuan tersebut. Kelihatannya Eira dan Harraz masih bertatap mata seperti tadi. Hanya sahaja Harraz berada dalam posisi berdiri dengan senyumnya yang lembut itu, manakala Eira berada dalam posisi duduk dengan air mata yang mengalir deras melalui pelupuk matanya.

"Abang pergi mana? Kenapa Abang Harraz jarang jumpa Eira? Kenapa abang tak contact Eira?" Tanya Eira bertubi-tubi.

"Maaf!" Ucap Harraz.

Hanya satu kata itu sahaja yang mampu diucapkan oleh Harraz. Namun, kata-kata itu membuatkan hati Eira tersentuh dan berasa sedikit tenang. Akan tetapi, mereka yang lain berasa tidak puas hati akan kata-kata tersebut. Mereka menginginkan sebuah penjelasan daripada mulut jejaka yang pernah menyandang jawatan sebagai ketua kepada Skuad Pendakwah Islamiah itu. Mereka ingin tahu ke mana Harraz menghilang selama ini sehingga jarang bertemu dengan Eira.

"Kami nak sebuah penjelasan!" Ucap Iqa dengan nada tegas dan tidak boleh dibantah.

"Jelaskan pada kami sekarang!" Ujar Nisa yang mula bersuara dengan nada yang tidak kalah tegas dari Iqa.

"Hey, Harraz ada sebab tahu kenapa dia jarang contact Eira! Dia tu sibuk dengan bekerja dan persiapan masuk universiti serta..." Tegas Haikal yang terhenti apabila Harraz menyentuh bahunya.

"Sudahlah~ biar aku yang jelaskan!" Ucap Harraz dengan lembut.

"Fuhhh.. baiklah~" keluh Haikal dengan nada pasrah.

Harraz tersenyum apabila melihat kelakuan sahabatnya itu. Dia tidak mahu sahabatnya itu menjelaskan apa-apa tentangnya kerana dia ingin menyatakan hal yang sebenarnya dengan mulutnya sendiri. Harraz kembali memandang Eira dengan senyuman lembutnya lalu menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil. Jejaka itu melutut dihadapan sang kekasih sambil menyuakan kotak tersebut ke hadapan Eira. Dibukanya kotak kecil itu sehingga menampilkan sebuah cincin emas putih yang bertatahkan berlian putih dari dalam kotak tersebut. Hal itu langsung membuatkan Eira dan yang lain berasa terkejut kecuali Haikal yang sibuk tersenyum nakal.

"Abang tahu kalau abang salah sebab tak layan Eira untuk beberapa tahun ini!" Ucap Harraz yang mula membuka mulut.

"A-abang Harraz!" Ucap Eira yang tidak terkata-kata.

"Abang tidak memiliki keluarga mahupun harta.. Apabila bersama dengan kamu.. abang rasa bahawa abang ada sebuah tanggungjawab yang besar yang perlu abang tanggung bila bersama dengan kamu! Kamu tahu.. selepas selesainya SPM.. abang bekerja dengan sangat keras untuk menyimpan duit! Abang lakukan semua itu adalah abang nak kumpul duit untuk kita berdua! Abang bukan sengaja sakitkan hati kamu.. Abang cuma nak buat sesuatu sebelum hubungan kita semakin jauh. Abang serius dengan hubungan kita berdua! Jadi abang.. nak kita kahwin sebelum abang melangkah ke universiti.." Jelas Harraz.

"Betul tu! Harraz sebenarnya mula bekerja sebelum keluarnya keputusan SPM lagi! Dia berusaha gigih untuk lulus STPM agar dapat kelangsungan biasisiwa! Dia bekerja siang dan malam untuk menabung wang supaya dia dapat melamar Eira! Tambahan pula, sebagai seorang jejaka yang bertanggungjawab, ia jarang meluangkan masa dengan Eira sebab dia ingin menjaga ikhtilatnya! Cukup Harraz bersabar selama ini.. dan sekarang ia ingin meluahkan segala kerinduannya pada Eira dan menjadikan Eira miliknya, terutama menanggung Eira melalui hasil jerih-payahnya selama ini!" Sampuk Haikal yang ingin membela sahabat baiknya itu.

"Awww.. sweetnya senior! Tak sangka kalau senior sanggup berkorban apa sahaja untuk Eira!" Ucap Fiqah dengan sangat terharu.

"Macam nilah lelaki yang patut dijadikan sebagai calon suami! Lelaki yang sanggup berkorban untuk perempuan yang dicintainya dan niatnya tulus kerana ingin melindunginya! Bukan itu sahaja, kewajipan dan janjinya kepada Allah tidak ia lupakan, bahkan ia sanggup menahan diri demi menjaga ikhtilatnya kepada perempuan yang ingin ia cintai seumur hidup! Alhamdulillah.. hubungan yang macam ini pasti akan diredhai oleh Allah! Ustaz bangga dengan kamu, Harraz!" Puji Ustaz Suffian dengan sangat bangga.

"Betu tu betul! Lelaki macam senior ni.. sangat jarang ada pada zaman sekarang! Haah~ cemburunya saya pada Eira~" Ucap Amalia dengan tatapan terpesona akan sikap Harraz.

"Oit, sedar! Sedar~" Tegur Afiqah sambil menguncang tubuh sang sahabat.

"Eira... tak kisah kalau abang nak bekerja dan berusaha macam ni sekali! Eira cuma nak abang jaga kesihatan abang sahaja! Abang Harraz sihat walafiat pun.. Eira dah bersyukur sangat! Eira redha dengan ketentuan Allah! Apa pun nanti nasib hubungan kita di masa hadapan.. Eira redha dengan apa sahaja yang akan kita hadapi! Selemah-lemah manapun Abang Harraz.. percayalah kalau Eira akan menjadi tempat untuk abang bersandar dan bangkit semula! Eira tidak tertarik pada latar belakang abang yang miskin mahupun yatim piatu! Eira tertarik pada sikap dan agama yang abang bawa! Itu sudah cukup untuk Eira!" Ujar Eira dengan sangat lembut.

Mendengarkan hal itu membuatkan Harraz berasa sangat gembira. Ia lalu berdiri daripada posisi melututnya lalu memandang tepat ke anak mata Eira. Tatapan sayang dan penuh keikhlasan yang Harraz nampak daripada iris coklat jernih milik gadis yang ia cintai. Benarlah apa yang dikatakan oleh hatinya selama ini. Eira gadis yang sangat baik dan penuh dengan keikhlasan. Maka, ia beralih kepada mereka yang lain.

"Abang dah mencapai tahapnya Eira! Abang sudah cukup bertahan selama ini! Abang menjauhi Eira adalah untuk meredakan nafsu abang sendiri! Sekuat-kuatnya iman seorang lelaki.. ia juga pasti akan rapuh bila bersama dengan gadis yang ia cintai! Demi melindungi Eira dari diri abang sendiri.. abang memilih untuk menjaga jarak dari Eira! Abang memilih untuk mengumpul duit bagi melamar Eira! Kita abang dah capai limit! Abang tahu ini sangat cepat! Tapi.. abang nak lamar Eira dihadapan ibu dan ayah Eira pada esok hari juga!" Jujur Harraz tanpa menatap sang gadis.

"Wuhuuuuuu!!!! Senior hebat!!!! Berani!!!" Sorak para gadis dengan heboh.

"Waaa respect sama lu, bro!" Ucap Haikal dengan nada kagum.

"Haha! Jika sudah takdir dan ketentuan Allah bahawa Eira perlu bersama dengan abang di umur yang sangat muda ini.. Eira hanya mampu memberikan sebuah jawapan.." Ujar Eira dengan senyuman manisnya.

"Sudi ke, kamu mendirikan masjid dengan saya yang tidak seberapa ini?" Tanya Harraz.

"Jawapan Eira adalah.. ya! Eira sudi mendirikan masjid dengan Abang Harraz!" Jawab Eira dengan jujur.

"WAHHH!!!! TAHNIAH EIRA!!! TAHNIAH SENIOR!!!" Sorak mereka semua dengan sangat gembira.

"Terima kasih, Eira! Abang akan datang esok untuk melamar kamu!" Ucap Harraz.

"Eeehhhh!!! Wait, wait, wait!" Tempik Kemy.

"Ada apa?" Tanya Tiara.

"Senior Harraz! Bukan ke senior yatim piatu? Saudara-mara pun takde! So, macam mana nak.. melamar Eira??" Tanya Kemy.

"Jangan risau! Benda ni dah pun dirancang oleh tunang you yang hebat ni laa~~" Ujar Haikal dengan senyuman nakalnya.

"Euwww.. disgusting!" Umpat Kemy.

"Hahahahaha.. jangan risau! Haikal dah minta kami, para guru untuk melamar Eira! Segalanya sudah disediakan oleh Haikal!" Sampuk Puan Zarina.

"Betul! Sepanjang Harraz bersusah-payah untuk tiba pada hari ini.. saya dah sediakan semuanya untuk dia! Duit dia pun terkumpul dengan sangat banyak! Jadi, tentu sahaja saya sebagai sahabat akan menguruskan hal sampingan untuk dia! Semuanya pasti akan berjalan lancar nanti! Insha Allah~~" Ujar Haikal dengan semangatnya.

"Insha Allah! Hubungan Eira dan Harraz akan sampai ke jinjang perkahwinan! Esok adalah penentuan untuk Harraz mendapatkan Eira sahaja! Jangan risau! Kami pasti akan bantu kamu, Harraz!" Ucap Cikgu Syuhada.

"Terima kasih, cikgu!" Ucap Harraz dengan sangat gembira.

"Cieehhh~~ Eira dah nak kahwin.. Haihh.. cemburunya~~" Ucap Iqa.

"Jangan lupa undang kami tahu~~" Usik El.

Eira langsung menundukkan kepalanya sebagai tanda malu. Pipinya juga sudah merah seperti buah strawberi akibat diusik begitunya oleh para sahabat. Namun, hatinya berasa sangat bahagia pada saat sekarang. Dia berasa sangat berunting apabila dikurniakan seorang jejaka yang mampu menjaga hubungannya dengan Allah serta sanggup berkorban apa sahaja demi melindungi dirinya ini. Eira rela jika ia akan berkahwin di usia yang sangat muda ini. Tambahan pula, ia tidak mahu menjalin hubungan yang tidak jelas dengan seniornya yang satu ini kerana takut mengundang fitnah! Daripada berlaku perkara yang tidak diingini, Eira memilih untuk mendirikan masjid bersama dengan Harraz.

Maka, sedar tidak sedar, hari yang ditunggu oleh Harraz telahpun tiba. Keesokan harinya, sebuah rombongan telahpun sampai di rumah Eira. Lamaran Harraz diterima dengan baik oleh kedua ibu bapa Eira. Mereka kenal baik dengan Harraz yang sangat tinggi ilmu agamanya dan mereka percaya bahawa Harraz mampu menjaga anak tunggal mereka dengan baik! Khabar gembira itu membuatkan Harraz berasa sangat gembira dan tarikh pernikahan mereka juga telah ditetapkan dalam masa yang terdekat dan dirinya hanya menunggu dengan sabar sahaja kedatangan hari tersebut.

Setibanya hari yang ditunggu-tunggu, kawasan rumah Eira dipenuhi dengan ramai tetamu undangan yang menghadiri majlis pernikahan Eira dan Harraz. Harraz sangat tampan dengan baju melayu putihnya beserta sampin kuning keemasan sehingga mengundang tatapan kagum daripada kaum hawa yang ada di sana. Eira juga sangat manis dengan gaun muslimahnya yang berwarna putih dan sedang duduk dengan sangat manis ditempatnya dalam keadaan gugup. Harraz menghadap wali yang akan menikahkannya dengan Eira dan sebentar sahaja lagi ia akan diijabkabulkan dalam majlis tersebut.

"Saudara, Muhammad Harraz Hakimi Bin Suhaimi!" Seru sang wali.

"Saya!" Sahut Harraz.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Eira Syahira Binti Khairil dengan mas kahwin bernilai dua ribu ringgit serba satu bersama seperangkat alat solat beserta Al-Quran, dibayar tunai!" Lafaz sang wali.

"Aku terima nikahnya, Eira Syahira Binti Khairil dengan mas kahwin bernilai dua ribu ringgit serba satu bersama seperangkat alat solat beserta Al-Quran, dibayar tunai!" Lafaz Harraz dalam satu nafas.

"Sah para saksi?" Tanya sang wali.

"Sah!!" Sahut para saksi.

"Alhamdulillah~" Ucap sang wali.

Maka, mereka mengungkapkan rasa syukur dengan sebuah doa kepada Allah yang esa. Majlis diteruskan dengan adat menyarung cincin serta pembatalan air sembahyang oleh kedua mempelai. Harraz dan Eira bertatapan antara satu sama lain. Sinar kebahagiaan memancar daripada mata mereka berdua hingga ke atas pelaminan. Gambar diambil menjadi saksi peristiwa manis dalam kehidupan dua orang mempelai itu. Mereka bahagia, sahabat mereka juga bahagia. Kini, tidak ada lagi halangan untuk Harraz bersama dengan gadis yang kini telah bergelar sebagai isterinya yang sah itu.

"Sekarang abang dah bebas untuk melihat sayang! Sentuh sayang, bahkan melindungi sayang daripada sebarang ancaman!" Bisik Harraz.

"Sayang juga bersyukur sebab sayang juga bebas memeluk suami sayang yang sah! Membahagi masa dan juga kasih sayang hanya untuk suami sayang yang satu ini!" Ucap Eira dengan sangat bahagia.

Mereka berdua tersenyum antara satu sama lain dengan sangat bahagia. Ikatan di antara mereka berdua sangat kuat. Awalnya hubungan antara senior dan junior, menjadi motivator dan pendengar, beralih pula kepada takdir mereka yang memiliki keistimewaan melihat benda halus, hinggalah bergelar kepada suami dan isteri. Pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui, namun itulah dia takdir! Takdir Allah yang menyatukan mereka berdua melalui ikatan jodoh dan hubungan ini diredhai oleh Allah sendiri. Sedang mereka tenggelam di dalam kebahagiaan, hal itu langsung lenyap apabila mendengar kekecohan yang dihasilkan oleh Haikal dan Kemy.

"AKU TAK AKAN MENIKAH DENGAN KAULAH SENIOR BODOH!" Bentak Kemy.

"Akan tiba satu masa kamu juga akan bersama dengan saya, sayangku Kemy~~" Ucap Haikal dengan nada penuh menggoda.

"ARRGGHH!!! LAMA-LAMA AKU BOLEH GILA DIBUATNYA OLEH LELAKI MACAM DIA!! HUWAAA.. MOMMY!!!!" Raung Kemy.

"Hahahahahaha.. tahniah Kemy! Tak lama lagi kau pun akan menyusul Eira dan senior Harraz~" Usik Fatin dan Fiqah.

"TAK NAKKKKKK!!!!" Teriak Kemy.

"Sayang~~ Insha Allah! Jodoh kita tak akan ke mana-mana~ Hehehehehehe.. Di hari pernikahan kita.. ouh.. mungkin malam pertama kita.. baby akan buat yang terbaik untuk sayang~~" Tawa Haikal dengan nakal.

"PERVERTT!!! JANGAN PANGGIL AKU SAYANG DAN JANGAN GELAR KAU TU BABY!!!! HARRGGGHHH.. AKU BENCI DENGAN KAU!!! HUHUHUHUHU.." Raung Kemy.

Perkahwinan Harraz dan Eira semakin diceriakan dengan tingkah-laku pasangan Kemy dan Haikal. Walaupun dua orang itu memang sering bertengkar, namun hal itu jugalah yang membuatkan mereka berdua sangat rapat. Eira berharap kalau Kemy akan membuka hatinya untuk Haikal dan menerima takdir jika ia jodohnya adalah Haikal sendiri. Moga doa itu didengari oleh Allah. Eira juga bersyukur bahawa sahabatnya yang lain juga bahagia sama dengannya hinggalah ia mendongak ke langit yang membiru.

"Tok wan.. cucu tok wan sekarang dah sah menjadi isteri kepada Abang Harraz! Dia adalah cucu menantu tok wan sekarang! Abang Harraz baik sangat! Eira cintakan abang! Harap tok wan restu hubungan kami, ya! Eira rindu sangat dengan tok wan!" Batin Eira dengan penuh kerinduan..

Continue Reading

You'll Also Like

MANUSKRIP By M

Paranormal

35.3K 2.6K 45
[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang mema...
9.5K 419 33
Rank 1 #in Misteri Rank 1 #in Movie Rank 1 #in Hantu Rank 1 #in teka-teki Rank 1 #in Kampus Rank 1 #in Jiwa Rank 1 #in Universitas Rank 1 #in sunyi R...
4.8K 139 5
Tanpa adanya bicara, Mahupun sentuhan yang lara, Pasti ada yang peka, Menzahirkan yang telah tiada. Aku. Masih. Wujud.
14.3K 1.7K 29
Ada masalah yang sukar ditafsir oleh akal fikiran waras ? Seventeen paranormal Agency sedia membantu Sedia cukup duit yang kami letakkan , don't wo...