Cikguku Suami Private ๐Ÿ’œjjk ๏ฟฝ...

Por Miss_RoseGold

138K 13.5K 3.6K

๐Ÿ‡จ ๐Ÿ‡ด ๐Ÿ‡ฒ ๐Ÿ‡ต ๐Ÿ‡ฑ ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡น ๐Ÿ‡ช ๐Ÿ‡ฉ [Siri Bangtan x Readers] ๐Ÿ’„K-Novel๐Ÿ’„ Suami hak milik persendirian. Sharing is not... Mรกs

๐Ÿšง NOTIS PEMBERITAHUAN
Prolog
๐Ÿ’ฃ1
๐Ÿ’ฃ2
๐Ÿ’ฃ3
๐Ÿ’ฃ4
๐Ÿ’ฃ5
๐Ÿ’ฃ6
๐Ÿ’ฃ7
๐Ÿ’ฃ8
๐Ÿ’ฃ9
๐Ÿ’ฃ10
๐Ÿ’ฃ11
๐Ÿ’ฃ12
๐Ÿ’ฃ13
๐Ÿ’ฃ14
๐Ÿ’ฃ15
๐Ÿ’ฃ16
๐Ÿ’ฃ17
๐Ÿ’ฃ18
๐Ÿ’ฃ19
๐Ÿ’ฃ20
๐Ÿ’ฃ21
๐Ÿ’ฃ22
๐Ÿ’ฃ23
๐Ÿ’ฃ24
๐Ÿ’ฃ25
๐Ÿ’ฃ26
๐Ÿ’ฃ27
๐Ÿ’ฃ28
๐Ÿ’ฃ29
๐Ÿ’ฃ30
๐Ÿ’ฃ31
๐Ÿ’ฃ33
๐Ÿ’ฃ34
๐Ÿ’ฃ35
๐Ÿ’ฃ36
๐Ÿ“€ 37
๐Ÿ“€ 38
๐Ÿ“€ 39
๐Ÿ“€ 40
๐Ÿ“€ 41
๐Ÿ“€ 42
๐Ÿ“€ 43
๐Ÿ“€ 44 ๐ŸŒก
๐Ÿ“€ 45
๐Ÿ“€ 46
๐Ÿ“€ 47
๐Ÿ“€ 48
๐Ÿ“€ 49
๐Ÿ“€ 50 ๐ŸŒก
๐Ÿ“€ 51
๐Ÿ“€ 52 ๐ŸŒก
๐Ÿ“€ 53
๐Ÿ“€ 54
๐Ÿ“€ 55
๐Ÿ“€ 56 ๐Ÿšซ
๐Ÿ“€ 57
๐Ÿ“€ 58
๐Ÿ Epilog ๐Ÿ
๐Ÿ’ Appreciation Post ๐Ÿ’
Cikguku Suami Private S2

๐Ÿ’ฃ32

1.3K 148 39
Por Miss_RoseGold

"Cikgu Jeon! Tunggu saya!" Hwayoung berlari anak ke arah Jungkook yang sedang berjalan di kaki lima balai disiplin. Jungkook hanya mampu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

'Kenapalah pengetua letak Hwayoung dalam unit aku'

"Cikgu Jeon sibuk ke lepas waktu sekolah? Kalau cikgu tak keberatan, saya nak ajak cikgu minum-minum di kafe hujung simpang sana" senyuman manis terukir di bibirnya. Atau lebih tepat lagi, senyuman menggoda?

"Emm, saya--"

"Nanana! Saya tak terima sebarang penolakan. Pukul 2 nanti, saya tunggu di sana" Hwayoung melambaikan tangan ke arah Jungkook sebelum mengatur langkah ke kelasnya. Lentokan tubuh Hwayoung semasa berjalan membuatkan Jungkook menelan air liur perit.

🐕🐕🐕

My Little Wife 🗿
online

Ha! Tak belajar ke? Kenapa online?
10.03 am✔️


Sekarang kan waktu rehat 😒 ✅
10.03 am

Sayang, lepas waktu sekolah saya nak jumpa kawan dekat kafe
10.04 am✔️

Awak nak saya hantar balik dulu ke?
10.04 am✔️


Tak apalah
10.05 am

Saya balik dengan Hana ✅
10.05 am

Ok sayang
10.06 am✔️

Hati-hati
10.06 am✔️



Aku hanya memasang reaksi aneh apabila membaca pesanan yang dihantar oleh Jungkook.

"Hoi! Tak payahlah renung telefon tu. Tunggu masa nak tembus saja tahu tak?" tegur Hana sambil menyumbat seketul bebola daging ke dalam mulutnya.

"Woooo, Sir Jeon bermadu asrama dengan Hara" kata Nara setelah berjaya mengintai layar telefon pintarku.

"Asmara bukan asrama. Mana ada, aku biasa-biasa saja dengan dia. Hari ni saja macam mengada lebih sikit. Aku tak faham dengan dia tu. Sekejap tegas, sekejap garang, sekejap manja. Mahu saja aku mengetuk kepalanya dengan kayu golf"

Sunny dan Nara tersenyum sinis ke arahku.

"Bukan ke hari tu kau yang luahkan dekat kitorang tentang perasaan kau pada sir" Sunny menjongketkan kening berkali-kali ke arahku sambil tersenyum gatal.

Sunny, Nara, Hana dan Rain ketawa berdekah-dekah sehingga meja yang kami huni menjadi sorotan di kafeteria.

"Ingatkan tak ada perasaan. Acah saja lebih kau ni. Tampar baru tahu" segera tanganku naik dan menampar bahu Rain.

"Hana, balik nanti aku nak tumpang. Jungkook ada hal dekat luar. Boleh ke tak, bolehkan juga"

"Jom kita pergi lepak dekat kafe hujung simpang sana. Black espresso dia, pergh! Ketagih!" ujar Sunny.

"Jom! Lagi pun bukan selalu boleh keluar dengan isteri orang ni, kan?"


✼✼✼✼✼


"Oppa, Young minta maaf kalau perbuatan Young di lapangan terbang hari tu agak biadap. Young cuma rindukan oppa. Tak lebih dari itu" Hwayoung sedikit menunduk setelah itu.

"Tak apa, oppa faham. Oppa cuma terkejut sikit. Kita dah lama tak jumpa, jadi oppa rasa janggal dengan Young. Young tinggalkan rumah masa kita berumur belasan tahun. Lepas tu, Young langsung tak bertanya atau berkongsi khabar dengan oppa" Jungkook tersenyum kecil ke arah wanita itu.

Park Hwayoung merupakan anak angkat keluarga Jeon. Jeon Seobyul, appa kepada Jungkook telah menjaga Hwayoung sejak berumur 7 tahun. Mummy dan daddy Hwayoung meninggal dunia dalam satu rompakan di kediaman mereka.

"Boleh oppa tahu kenapa Young tinggalkan rumah?" Hwayoung menarik nafas sedalam mungkin. Airmata yang bertakung di tubir mata diseka menggunakan hujung jarinya.

"Bukan Young yang nak tinggalkan rumah tu, oppa. Tapi eomma yang halau Young. Eomma pernah cakap pada Young yang dia bencikan Young. Sejak appa jaga Young, appa tak tumpukan perhatian pada eomma dan oppa. Eomma betul-betul bencikan Young pada waktu tu. Pada malam oppa bercuti di Hokkaido dengan kawan-kawan oppa, eomma dan appa bergaduh besar. Semuanya berpunca dari Young. Malam tu, eomma nak minta cerai daripada appa kalau Young masih tinggal di rumah tu. Appa terlalu sayangkan eomma. Appa hantar Young ke rumah bapa saudara Young di Guam. Eomma haramkan Young daripada hubungi keluarga Jeon. Dia patahkan kad memori Young. Jadi, Young tak dapat hubungi sesiapa pun. Bukan Young lari, oppa. Young teraniaya. Eomma yang halau Young" semakin deras airmata wanita itu mengalir. Jungkook segera mencapai sehelai tisu dan menyeka airmata Hwayoung.

"Sampai hati eomma buat macam tu pada Young. Oppa betul-betul tak tahu apa yang berlaku. Eomma cuma bagitahu yang keluarga Young tuntut hak penjagaan. Jadi, eomma dan appa terpaksa serahkan Young pada keluarga Young yang berhak. Tapi, tak sangka eomma tipu oppa hidup-hidup selama ni" Hwayoung menggenggam tangan Jungkook yang berada di atas meja itu.

"Tak perlu ungkit kisah lama. Young tak nak perkara ni menjadikan hubungan oppa dan eomma renggang. Young cuma ingin oppa tahu tentang kebenarannya, bukan untuk oppa buka kembali sejarah lama yang akan rosakkan kebahagiaan oppa sekeluarga. Lepas ni, oppa takkan lari dari Young lagi kan?" Jungkook dan Hwayoung ketawa serentak apabila berasa geli hati dengan pertanyaan Hwayoung.

Pada masa yang sama, Hooligans Squad termasuk Hara sedang memerhati adegan manis kedua-dua manusia yang berada berhampiran dengan mereka.

"Aku dah cakap dari awal. Perempuan ni akan bawa masalah pada sekolah kita. Dari pakaian dia, aku dah nampak yang dia ni jenis miang. Euw, geli betullah dengan perempuan macam ni" Rain memasang muka menyampah sambil berpeluk tubuh di luar kafe. Hana dan Nara pula menggenggam tangan Hara. Mereka tahu, rakan mereka sedang dilanda ketidakstabilan emosi.

"Aku tak ada selera nak makan. Jom balik. Hana, hantar aku balik" Hara terus berjalan ke arah lot parkir yang menempatkan kenderaan yang dipandu oleh Hana.

'Patutlah kau bersayang-sayang dengan aku siang tadi. Nak kaburi mata aku rupanya. Bodohnya aku sebab percayakan kau' suasana menjadi benar-benar senyap di dalam kabin kereta itu. Tiada sesiapa pun berani bersuara.

Setibanya di rumah, Hara meluru masuk ke dalam lif yang akan membawanya ke tingkat teratas yang menempatkan penthouse mereka.

"Kesian dekat Hara. Baru siang tadi Sir Jungkook bagi pesanan ringkas yang manis untuk dia. Sekarang ni, dah lain pula ceritanya" keluh Nara.

"Tak apa, aku yakin yang Sir Jungkook akan selesaikan masalah ni secepat mungkin. Mesti dia ada sebab kenapa dia buat macam tu"

"Kau terlalu positif, Hana. Kau kenal Hara dah lama kan? Kau tahu kan macam mana keras kepalanya budak tu?" getus Sunny tidak berpuas hati.

"Hana, kau tak pelik ke? Apa tujuan dia nak berpegang tangan dengan cikgu baru tu? Siap lap muka perempuan tu. Kalau aku jadi Hara pun, aku bengang. Apa pun alasan dia, dia tak sepatutnya lukakan hati Hara sampai macam tu sekali" kali ini, Rain tidak boleh berdiam diri. Hati rakannya dipermainkan begitu.

'Aku ingat kau boleh jaga kawan aku dengan baik. Tak sangka yang kau pun sama macam lelaki lain'

Ketika mereka sedang berpanas hati, ada yang sedang bergembira dan menganggap perkara ini sebagai langkah pertama untuk menyaksikan kemusnahan rumah tangga Hara dan Jungkook.

'Tak sangka hari ini akan jadi hari kemenangan untuk kau, Hwayoung. Teruskan usaha kau. Aku hanya akan memerhati dari jauh. Semoga kau berjaya dapatkan semula Encik Perfect 30 kau tu'













































{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍









































Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

150K 6.5K 87
"RASA BENCI YANG MENDALAM TERHADAP KAU" "PLEASE LEPAS KAN SAYA .. "BODOH PUNYA PEREMPUAN" "SIAL" "HATE YOU" "I AM SORRY.. I REALLY LOVE YOU" "MARRY...
101K 7.4K 46
Jeon Jungkook merupakan seorang CEO terkemuka di sebuah syarikat terbesar di Korea. Kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, dia sendiri tak ada masa...
39.1K 4.8K 36
Nightclub?Mabuk?Playboy? *Itu sudah biasa baginya...* โœˆ//Seorang lelaki berkulit bronze berasal dari Korea Selatan merupakan seorang pilot.Menjadi pi...
69.3K 5.9K 22
Kiss me like you need me, babygirl . Kau nak hajat kau tercapai? Mintalah apa sahaja yang kau mahukan. Dalam satu petikan jari, semua yang kau hajati...