Who Are You? [C]

By FanficSkill01

132K 11.3K 3.3K

"Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan Gempa? Hiks.. G-Gempa tak nak ikut atok. Gempa nak... More

Tragedy!
Who Are You?
Knowing You
Knowing You (Part 2)
Knowing You (Part 3)
Knowing You (Part 4)
The Secret
The Secret (Part 2)
That Night
I Can Hear It...
I Am Here
Know about Me
Know About Me (Part 2)
Thanks for Your Kindness
What is it?
A Group of Friends!
Fight!
Help?
What Did You Know?
Hurry!
Help!
Little Did You Know..
💐Q&A💐
Trauma
Forgiveness
Forgiveness (Part 2)
Forgiveness (Part 3)
Telling The Truth
Take You Home
Their Parents
Who Am I Actually
Who Am I Actually (Part 2)
Who Am I Actually (Part 3)
Who Am I Actually (Part 4)
Who Am I Actually (Part 5)
🌹Q&A🌹
New Home!
If...
Skirt
Beach!
Tell You The Truth
Goodbye, Halilintar.
I Am Your Love
Epilogue
✨💖Thank You💖✨

Get Out or Go Away!

3.5K 274 81
By FanficSkill01

Di dalam bilik Solar, Thorn menghulurkan tabung uji tadi kepada Gempa. Gempa menerimanya dan memegangnya dengan hati-hati. Teringat pula yang kali terkahir dia buat eksperimen bersama cikgunya dulu. Rindu sekolah lama.

???: APA YANG KORANG BUAT KAT SINI HAH?!!

Taufan: Alamak!

Gempa: Hah?!

PRANG!!

Dengan cara tidak sengaja Gempa terlepaskan tabung uji tadi dan ia jatuh ke lantai. Bunyi pecahan kaca mengejutkan penghuni di dalam bilik tersebut. Thorn memandang ke arah suara yang menjerkah mereka tadi.

Thorn: Solar! Kenapa kau tiba-tiba masuk ni??

Solar: Aku yang patut tanya! Apa yang korang buat ni?! Hah?! E-eksperimen aku!!

Gempa: Solar! Maaf! S-saya tak sengaja!!

Solar mempedulikan Gempa dan Thorn. Dia terus berjalan menghampiri mereka dan melihat hasil eksperimennya yang telah rosak dan tabung ujinya telah pecah di atas lantai. Solar terduduk lemah sambil menatap kecewa.

Kedua belah tangan Solar digenggam erat. Solar mengetap giginya geram.

Solar: Apa... APA YANG KORANG SEMUA DAH BUAT HAH?!!

Dengan penuh amarah Solar menjerit. Keempat-empat yang lain mula tertunduk kesal menatap lantai. Mereka semua diam disaat Solar memandang ke arah mereka dengan amarah.

Gempa: M-maafkan kami Solar. Tapi ini salah saya! Saya yang terlepaskan tabung tadi!

Thorn: Tak! Ini salah Thorn! Thorn yang berikannya kepada Gempa tadi!

Taufan: Bukan Solar! Aku yang bersalah! Aku yang tak halang diorang!

Blaze: Semuanya salah diorang Solar! Bukan aku! Aku tak terlibat pun!

Taufan: Woi!

Taufan menjeling ke arah Blaze geram. Blaze pula hanya tertawa kekok. Solar mendengus geram.

Solar: Apa aku peduli ini salah siapa!? Korang semua dah hancurkan eksperimen aku!!

Gempa berjalan mendekati Solar.

Gempa: Maaf Solar! Saya janji saya akan ganti bahan yang awak dah buat!

Solar: Barang ni bukannya murah!! Aku ambil masa nak hasilkannya tau tak?! Orang miskin dan yatim piatu macam kau ni mampu ke nak ganti hah?!!

Taufan: Gasp! Solar!

Solar tersedar akan kata-katanya. Dia memandang ke arah Gempa yang diam kaku sambil menundukkan kepalanya.

Solar: Ckh, b-bukan salah aku! Kau yang masuk dulu bilik aku! Sudah! Keluar sekarang!

Gempa: ...

Solar: Keluar aku kata!!

Gempa tersontak terkejut namun dia tidak membalas apa-apa. Gempa tanpa membuang masa terus keluar daripada bilik Solar tanpa sedikitpun berpaling ke belakang.

Thorn: Eh?! Gempa!

Tak sempat Thorn mahu menghentikan Gempa, dia sudah hilang dari pandangan. Taufan menghela nafas. Dia melirik ke arah Solar.

Taufan: Kau ni, kalau nak marah sekali pun tak payah lah berkasar sampai macam tu sekali!

Solar: Peduli apa aku? Dia yang masuk bilik aku tanpa kebenaran kan?

Thorn: Tapi ini bukan salah Gempa!

Blaze: Ha'a! Kau tak boleh main redah je nak marah Gempa!

Solar: Apa aku kisah?! Sudah! Korang bertiga pun keluar dari bilik aku! Sekarang!

Taufan dan Blaze kelihatan begitu kesal sekali di wajah mereka. Mereka berdua serentak mendengus kesal lalu berlalu pergi. Thorn muncul di depan Solar dengan pandangan marah (yang comel).

Thorn: Solar!

Solar: Tsk- apa lagi?

Thorn: Thorn hormat Solar sebab Thorn abang Solar! Tapi Thorn tak boleh maafkan Solar kalau Solar layan Gempa macam tu!

Solar: Tapi abang, Gempa tu dah hancurkan eksperimen Solar!

Thorn: Hmph! Takkan itu pun nak marah sampai macam tu? Kesian Gempa.

Solar: Dia tu perangai macam perempuan. Mudah sangat terasa!

Thorn menggelengkan kepalanya kesal.

Thorn: Thorn tetap nak Solar minta maaf dengan Gempa nanti!

Setelah berkata sedemikian, Thorn pun terus beredar keluar dari bilik Solar dan meninggalkan Solar yang masih diam sambil berdiri. Solar mengusap wajahnya menggunakan tangan kirinya dan menghela nafas kesal.

Solar: Haih... Orang baru yang manja dan menyusahkan.

💔•°•✘Д✘◍•°•💔

Sewaktu Solar sedang bergaduh dengan 3 kembarnya itu, Gempa berjalan keluar dari bilik Solar. Dia terus mempercepatkan langkahnya menuju ke tangga. Namun baru hendak turun, Gempa terdengar bunyi pintu bilik terbuka. Dia memandang ke hadapadan dan dia ternampak wajah orang yang tidak dia kenali.

Gempa: Taufan..?

Gempa memandang pelik. Irisnya mirip Taufan tapi kenapa wajahnya suram dan datar? Orang itu memandang Gempa lama sebelum dia menghampiri Gempa lalu menggelengkan kepalanya.

???: Ais.

Gempa: A..Ais..?

Orang itu atau lebih dikenali Ais menganggukkan kepalanya. Gempa diam terpesona sebelum dia tersedar apabila jari Ais mula menyentuh wajahnya. Gempa sedikit kikuk.

Ais: Kau... Nangis?

Gempa: Eh?! T-tak! Tak! S-saya tak nangis pun! S-saya pergi dulu!

Gempa sempat menundukkan kepalanya sebelum dia kembali ke niat asalnya. Dia terus turun melalui tangga dan menuju ke ruang tamu atau lebih tepatnya menuju ke pintu. Ais baru hendak memanggil dan menghentikannya namun terdapat susuk tubuh seseorang yang membatalkan niatnya.

Ais: ... Abang. Siapa tu?

Ais memandang ke arah abang sulungnya iaitu Halilintar.

Halilintar yang sedari tadi rupanya memandang Gempa bersama Ais tadi berjalan menghampiri adiknya. Sejak Gempa keluar dari bilik Solar dia sudah menyaksikan segalanya. Namun Ais dan Gempa tidak menyedari kehadiran Halilintar.

Hali: Gempa. Orang baru yang menyusahkan yang akan tinggal dengan kita.

Ais: Apsal abang cakap menyusahkan?

Hali: Sebab dia memang menyusahkan. Satu keluarga menyusahkan.

Pandangan wajah Halilintar kelihatan sedikit kesal. Namun, dari riak wajah kembar sulungnya itu Ais sudah cukup memahaminya.

'Jadi yang dipanggil 'menyusahkan' ini ialah Gempa tadi ya...? '

Ais diam termenung dan tidak terkutik dari tempat dia sedang berdiri. Lamunannya terhenti seketika apabila Halilintar mula bergerak turun ke bawah.
Ais: Abang nak ke mana?

Hali: ... Beli barang dapur.

Ais: Ais ikut?

Hali: T-tak payah.

Halilintar tiba-tiba mempercepatkan kelajuannya untuk turun ke tingkat bawah dan sambil-sambil itu dia memperbetulkan topi yang dipakainya. Kunci rumah segera diambilnya lalu selepas sahaja dia memakai kasut hitam-merah kegemarannya, dia terus melesap keluar dari rumah.

'Huh..? Laju pula dia keluar...'

Ais mengabaikan pemergian abangnya dan dia berjalan pula ke arah bilik adik-adiknya yang kedengaran seperti bising dari luar.

💐...o∩_∩o...💐

Halilintar berjalan bersahaja di kawasan lorong perumahannya. Namun sambil-sambil itu matanya melilau mencari kelibat seseorang. Di dalam benak hatinya, dia merisaukan orang itu.

'Tsk! Kalau tak sebab Tok Aba yang nak sangat jaga dia, tak hadap lah aku nak cari dia!'

Halilintar terus sahaja berjalan. Niat asalnya hanya sekadar ingin keluar dan membeli barang-barang keperluan rumah sambil berjalan-jalan. Tetapi kerana pertelingkahan antara adik-beradiknya dan orang baru di rumahnya itu membuatkan dia terpaksa masuk campur tangan.

Halilintar semakin mendekati sebuah taman bunga yang dibina di dalam kawasan perumahannya itu. Ia dibina oleh masyarakat perumahan di situ kerana dana yang diberikan oleh kerajaan lebih suatu ketika dahulu.

Halilintar teringatkan ibu bapanya. Sebenarnya mereka berdualah yang mula memikirkan idea tersebut kerana ingin Halilintar dan adik-adiknya dapat bermain di sana. Tetapi mereka tidak sedar, semakin anak-anak mereka menginjak dewasa, taman itu akan diabaikan juga.

Namun Halilintar sedikitpun tidak melepaskan pandangannya ke arah taman tersebut. Banyak kenangannya bersama keluarganya di situ untuk di imbau kembali. Suasana yang ceria dan banyak suka duka diharungi bersama. Tiada pun yang beraninya datang dan ingin mengganggu keluarga mereka sehinggalah...

Hali: Huh..? Itu kan..

Halilintar terkedu apabila dia ternampak susuk familiar sedang duduk di atas bangku yang menghadapkan tubuhnya membelakangi Halilintar. Bunga-bunga yang tumbuh dan mekar di belakangnya membuatkan orang itu seolah-olah tenggelam dalam lautan bunga yang cantik dan berwarna-warni.

Halilintar berhenti dari langkah kakinya. Dia menatap sahaja orang itu lama. Dia sedang berperang hebat antara hati dan otaknya. Otaknya keras ingin menegur orang itu namun hatinya pula bersikeras tidak mahu melakukannya.

Halilintar kekal sebegitu sehinggalah datang seorang remaja lelaki yang berambut ungu dan bercermin mata menghampiri orang itu.

???: Hey, kau ok?

Lelaki bercermin mata itu menegur Gempa. Gempa mendongakkan kepalanya dan dia dapat melihat wajah seorang remaja lelaki yang rupanya persis orang cina. Gempa lekas mengelap airmatanya dan mengangguk.

Gempa: Saya ok. Eerr... Awak siapa?

???: Fang. Aku orang sini. Jadi jangan risau.

Gempa: O-oh... S-saya Gempa.

Fang: Gempa? Kau ni... Bakal adik angkat yang dikatakan Hali tu ke?

Gempa: Eh?

Fang faham akan pandangan itu. Mesti Gempa tidak tahu apa-apa tentang keadaannya sekarang.

Fang: Ah, maaf. Hali ada cerita dekat aku yang tak lama lagi keluarga dia akan dapat ahli baru. Tu pun adik angkat je. Tapi... Memang jelas tengok muka dia dan adik-adik dia tu macam tak suka.

Gempa terkedu mendengar kata-kata dari Fang. Dia tidak pernah menyangkakan bahawa keadaan seperti ini akan berlaku dan menimpanya. Padahal selama ini dia cuba sehabis baik untuk berbuat baik kepada orang. Dia yakin dia tidak pernah pun menyakiti hati sesiapa. Tetapi kenapa dia harus berdepan dengan situasi seperti ini pula.
Gempa menundukkan wajahnya sedih. Perasaannya mula bercampur-baur dengan perasaan kesal, sedih, marah, stress, kecewa dan banyak lagi.

Gempa: Uhmm... Fang.. Kan?

Fang menganggukkan kepalanya.

Gempa: Awak... Kenal lama ke dengan keluarga... Angkat saya tu?

Fang: Lebih kuranglah. Sebab kami sekolah sekali. Dan kami sekelas.

Gempa: Ketujuh mereka satu kelas ke?

Fang: Taklah. Ada je yang dari kelas lain. Macam Taufan, Thorn dan Ais kelas kedua. Aku, Hali dan Solar kelas pertama. Blaze pula kelas ketiga.

Gempa mengangguk kecil sebagai tanda faham. Dia mula tersenyum apabila dia sedar bahawa dia rasa selesa dengan Fang.

Gempa: Fang, duduklah. Mesti awak letih berdiri, kan?

Gempa mengukirkan senyuman manisnya ke arah Fang. Sebagai tanda dia semakin ingin mengenali Fang dengan lebih rapat. Fang yang baru pertama kalinya melihat senyuman manis itu terus merona.

Fang: K-kau... Ada senyuman yang manis?

Gempa: Eh? Eerr... Tak kot? Saya rasa senyuman saya biasa-biasa saja.

Fang: Tapi senyuman kau macam p-

Fang baru sahaja ingin menyentuh Gempa namun tangannya tiba-tiba direntap oleh seseorang. Serentak Fang dan Gempa menoleh ke arah pemilik tangan tersebut.

Hali: Apa yang kau nak buat dekat dia, hah?

Halilintar memberikan pandangan dingin kepada Fang seolah-olah memberikan amaran bahawa jangan sesekali menyentuh Gempa.

Fang kaku apabila disoal sebegitu. Padahal dia tiada niat lain selain ingin menyentuh pipi chubby Gempa. Dan Gempa juga tidak mempermasalahkan hal itu.

Fang cepat-cepat menarik semula tangannya dan menatap ke arah Halilintar dengan pandangan hairan.

Fang: Aku cuma nak berkenalan dengan dia je. Hali... Bukan ke kau kata kau tak nak pedulikan dia ni? Hmm.. Apa kata kalau aku ambil dia sebagai adik angkat?

Halilintar mula bengang dengan pelawaan Fang. Dia dengan tidak semenanya menolak bahu Fang kasar lalu menarik tangan Gempa membuatkan Gempa terus bersembunyi di belakangnya.

Hali: Aku takkan benarkan! Tok Aba dah susah payah nak pujuk dan jemput dia datang dan tinggal dengan kitorang. Jadi kau jangan sesuka hati pula nak rampas dia!

Fang terkebil-kebil seketika memandang wajah kawannya yang kelihatan tidak suka dengan jenaka hambarnya. Namun seketika kemudian Fang dapat menangkap sesuatu.

Fang: Oh, Hali..? Jangan cakap yang kau dah suk-

Hali: Not. In. Your. Dream.

Seolah-olah faham akan apa yang bakal diperkatakan oleh Fang, Halilintar dengan tangkas memangkahnya. Menafikan kata-kata yang bakal keluar dari mulut Fang. Tambahan pula dia tidak mahu Gempa salah faham. Lagipun, tak mungkin Halilintar ialah gay?

Fang tertawa miris. Dia menggeleng kepala sambil terus mentertawakan Halilintar. Fang menatap ke arah Gempa pula.

Fang: Baiklah. Kau menang. Dan oh... Mungkin lepas ni kita akan dapat kenal lebih rapat lagi ya, Gempa? Kalau kau nak keep in touch dengan aku, kau mintalah nombor aku melalui Taufan atau Blaze. Baiklah, aku balik dulu.

Fang berjalan meninggalkan Halilintar bersama Gempa berdua. Suasana menjadi hening seketika sebelum Gempa mula melirik ke arah Halilintar dan dia mula ingin berlalu pergi.

Tidak sedar bahawa pegangan Halilintar masih ada di tangannya, sebaik sahaja dia ingin memusingkan badannya, Halilintar tiba-tiba menghentikan langkahnya dengan menggenggam tangannya.

Hali: Kau nak pergi mana?

Gempa terkedu. Dia rasa takut mendengar soalan dingin Halilintar yang seolah-olah dingin dan mengancam itu.

Gempa: Eerr... S-saya nak pergi-

Hali: Kau ikut aku.

Dengan tiba-tiba Halilintar menarik tangan Gempa dan mereka berdua mula berjalan menuju ke arah bertentangan dengan arah rumah mereka. Gempa memandang Halilintar hairan dan takut.

Gempa: Halilintar... Awak nak bawa saya ke mana?

Hali: Sebagai denda kau lari keluar rumah dan bercakap dengan orang yang tak dikenali, kau kena teman aku ke pasar raya.

Gempa: Eeeehh??






°•°•°•TO BE CONTINUE•°•°•°

Hai! ヾ(^-^)ノ Maaf ya Crimgold ambil masa nak update! Selalu sibuk dengan belajar sampai terlupa untuk update cerita sendiri.

Hubungan Halilintar dan Gempa nampaknya makin menarik, kan? Korang nak mereka cepat akrab ataupun tak, ya? Sila tinggalkan komen di bawah dan jangan lupa untuk vote sekali, ya? (^v^)

Continue Reading

You'll Also Like

4.1K 410 9
Dia adalah superhero bumi yang sangat dikenali ramai. Tapi baginya lebih baik tiada siapa kenal akan dirinya. Semakin lama semakin nasibnya tidak bai...
45.9K 4K 29
ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇᴍᴀʜᴀᴍɪ. ᴅɪᴀ ʏᴀɴɢ ᴍᴇɴʏᴀʏᴀɴɢɪ. ᴅɪᴀʟᴀʜ ABANG... Menceritakan tentang kehidupan seorang lelaki yang selalu ditindas dan dizalimi oleh adik-adi...
71.8K 370 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
11.6K 692 5
??? : Eh? Kenapa ni? ??? : Biar Saya tolong! ??? : HATI HATI!!!! Nak tahu? Bacalah! Credit cover ke NurLini26