Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Ju...

By jyeons

58.3K 5.4K 1.7K

"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F... More

01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
#Epilog 💍

17

1.4K 159 29
By jyeons

uuu sampai sini dah *wink*

Dania menggantung kemas telekung berwarna putihnya di dalam almari setelah selesai solat Isya' berjemaah di ruang tamu. Kemudian Dania merebahkan tubuhnya di atas katil.

Sudah makan, sudah menunaikan solat. Apa lagi kalau bukan tidur. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Awal sangat pula nak tidur.

Dania menyengih seorang diri sambil memandang siling bilik tidurnya. Bantal berupa patung arnab dia peluk erat. Umpama orang angau bercinta padahal tak bercinta pun.

"Haih kenapalah merdu sangat suara kau". Dania berbicara dengan patung arnab. Bertentangan mata dengan haiwan yang tak bernyawa. Lalu Dania pun berguling-guling dengan arnab kesayangannya itu.

Gulingannya terhenti apabila ternampak sebuah buku di atas meja bersebelahan katil. Senyumannya mati. Pantas Dania bangkit dari pembaringan. Telefon pintar dia capai. Nombor Khal dicari dan didail.

"Khal! Esok kau nak masuk matrik dah ke?!". Jerit Dania dalam talian.

Buku milik Khal itu mengingatkannya kepada tarikh kemasukan matrik. Dania juga telah lama set kan tarikh itu melalui kalendar telefon pintarnya.

"Boleh rileks tak kau ni? Sakit telinga aku tahu tak! Dah lah tak bagi salam!"

"Hehehe sorry.. ehem! Assalamualaikum wahai tuan puteri intan payung Khaliesah"

"Waalaikumusalam. Haa macam ini lah yang kita mahukan. Iya esok aku nak ke matrik dah HUWAAAAAAAA TAK NAK BERPISAHHH"

"Ya Allah kenapa masa cepat sangat berlalu.. nanti aku nak borak dengan siapa hm. Lepas kakak aku masuk universiti kau pula tinggalkan aku"

"Eleh tak ada sesiapa nak berborak konon. Ramai ada kot. Crush– eh tak! Bakal suami kau pun ada"

"Ngeh– bakal suami apa bendanya! Dia lelaki ajnabi. Mana boleh borak dengan dia sesuka hati. Takpe lah. Aku boleh borak dengan adik kau walaupun agak menyakitkan hati. Oh ya! Aku lupa Ayuni ada tapi dia mesti sibuk bekerja"

"Hahahahaha. Okay lah tu. Kau patut bersyukur tau ada keluarga yang lengkap. Ibu, ayah, abang kau kan ada. Haa jangan sampai aku bertazkirah nanti"

"Okay okay aku bersyukur"

"Bagus! Jangan lupa aku tau. Aku jarang balik rumah. Cuti pun tak lama. Kalau aku balik kita jumpalah insya-Allah. Tolong tengok tengokkan Yusuf. Dia kan selalu datang rumah kau"

"Itu semestinya"

"Take care tau. Haa kalau kau kahwin nanti jangan lupa bagitahu aku. Bolehlah aku minta cuti nanti HAHAHAHHAHAHA"

"Lawak apa.. aku tak segelojoh itu. Ish"

"Manalah tahu.. ibu ayah kau kan dah plan"

"Apa? Cakap kuat sikit boleh tak? Dalam telefon pun nak main bisik bisik aduhai kau ni"

"Tak ada apa apa lah. Aaaa aku nak sambung kemas barang ni. Esok pagi lepas subuh kita jumpa depan rumah. Byeeeee"

Tuttt— laju sungguh Khal matikan talian. Terkebil-kebil Dania merenung skrin telefonnya. Hairan dengan sikap terburu-buru kawan rapatnya.

Dah lama Dania perhati fi'il Khal dan Puan Mas. Kenangan dua hari lepas masih tak hilang dalam ingatan. Dania disuruh memasak lah, lipat baju lah, basuh pinggan lah.

Dania cuma ikutkan sahaja.

Tok tok tok

Bunyi ketukan pintu membikinkan Dania tersedar dari lamunan.

Tudung sarung berwarna coklat pastel diambil dan dipakai. Tanda langkah berjaga-jaga walaupun di dalam rumah sendiri.

Dania memulas dan menarik tombol pintu. Terpapar wajah serius seorang jejaka tinggi di hadapan Dania.

"Afieq?"

———

Dulang berisi sepinggan nasi putih berlauk kari ayam dan segelas air kosong dibawa Rose. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati ibunya yang sedang duduk termenung di birai katil.

Rose melepaskan keluhan ringan apabila melihat keadaan Puan Jeon yang mendiamkan diri sambil menunduk. Rose memerah otaknya memikirkan bagaimana cara ingin memujuk ibunya untuk makan.

"Omma! Rose bawa makanan ni!". Pujuk Rose ceria sebelum meletakkan dulang di atas meja kecil bersebelahan katil. Namun Puan Jeon tidak memberi reaksi apa apa.

Rose melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Jeon. Teragak-agak bahu orang tua itu Rose pegang. Syukurlah Puan Jeon tidak menepis tangan anak perempuannya itu.

Maklumlah sikap Puan Jeon susah nak dijangka. Sekejap anginnya baik, tak lama kemudian dah berubah tak baik pula. Bagaikan ribut taufan.

"Omma.. Rose suapkan okay?".

Belum sempat Rose nak bangun ambil dulang berisi makanan dan minuman, lengannya dipegang Puan Jeon membuatkan Rose duduk semula.

"Rose. Omma tak ada selera nak makan". Sayu sahaja pandangan Puan Jeon. Sejak peristiwa beberapa hari lepas, Rose dan Tuan Jeon sangat khuatir dengan keadaan Puan Jeon.

Kelihatan seperti orang sakit. Muka pucat. Dah disuruh makan tapi tak mahu. Kalau makan pun, kuantiti sikit. Satu dua suap sahaja.

"Omma rasa bersalah sangat dengan apa yang omma dah buat pada abang kamu. Omma benci diri sendiri". Ujar Puan Jeon. Air matanya mula jatuh membasahi pipi. Esakan mula kedengaran menyebabkan Rose menarik Puan Jeon ke dalam dakapannya.

Rose menepuk-nepuk lembut belakang badan Puan Jeon. Gadis itu sendiri terkelu tak tahu nak berkata apa. Bingung dengan apa yang berlaku.

"Macam mana Jungkook nak maafkan omma sedangkan omma sendiri tak maafkan diri omma?". Sambung Puan Jeon dengan esakan kecilnya. Rose melepaskan Puan Jeon dari dakapannya lalu muka ibunya dipandang.

"Jangan cakap macam ni omma. Rose yakin sangat abang dah maafkan omma. Omma banyakkan bersabar. Rose akan cuba untuk pulihkan keadaan". Jawab Rose selepas mengesat air mata Puan Jeon.

"Dah. Sekarang omma kena makan. Meh– Rose suapkan. Kalau omma tak makan lagi.. Rose merajuk setahun". Puan Jeon tergelak dengan pujukan Rose. Terukir senyuman di bibir wanita itu apabila melihat keceriaan anak perempuannya.

"Okay.. omma makan".
Balas Puan Jeon.

"Yayy!"

———

Suasana malam sepi hanya bertemankan bunyi cengkerik. Dania memandang hairan abangnya yang mengajak berbual di pondok luar rumah. Katanya nak berbincang perkara yang mustahak.

"Aku nak bincang pasal Isyraf"

Berkerut dahi Dania sebaik sahaja mendengar ucapan yang keluar dari mulut Afieq. Terasa sudah berkurun lamanya tak nampak wajah serius abangnya. Kali terakhir nampak sewaktu umur Dania 14 tahun.

Itu pun sebab seluar dalam kegemaran dia koyak. Dania terbaling mercun ke dalam bakul baju yang hanya berisi seluar dalam Afieq. Koyak seluar dalamnya tak boleh lawan koyak abangnya itu. Fuh.

"Kenapa dengan dia?". Tanya Dania.

"Aku rasa kita kena tolong selesaikan masalah dia dengan mak dia". Cadang Afieq membuatkan Dania terfikir sesuatu.

"Haritu bukan dia ada jumpa mak dia ke? Apa jadi? Dia diam je". Soalan yang terpendam dalam pemikiran Dania. Tertanya-tanya juga gadis itu selepas dapat tahu Jungkook sudah bertemu dengan ibunya. Tak ada khabar berita.

"Dia cerita kat aku tadi sebelum dia tidur. Aku pelik dengan perangai mak dia. Berubah ubah. Mak dia dah maafkan dia tapi tak lama lepas itu mak dia marah dan halau dia keluar"

"Huh? How can?". Dania juga hairan.

"Aku rasa ada benda yang tak kena. Dia cakap lepas dia keluar je dari rumah tu badan dia sakit sakit. Yang seramnya dia kata dia rasa diperhati je sepanjang dalam kereta". Jelas Afieq menggerunkan adiknya.

"Woi.. dah lah kita ada kat luar. Malam pula tu". Balas Dania ketakutan. Salah satu fakta tentang Dania— seorang yang penakut.

"Kau dengan penakut kau tak hilang hilang lagi ke? Umur dah nak cecah 20 pun penakut lagi? Hm memang tak patut". Afieq menggeleng kepala manakala Dania mula merapatkan dirinya ke arah Afieq.

"Dah aku penakut. Nak buat macam mana".
Kata Dania.

"Aku tak berani nak cakap tapi kau pun dapat agak apa yang tak kena kan? Pasal mak Isyraf". Afieq bertanya Dania serius.

"Mak dia.. ada penyakit mental?". Afieq menampar dahinya sendiri apabila mendengar jawapan adiknya.

"Kau rasa penyakit mental ada kena mengena ke dengan rasa diperhati dalam kereta tu?". Dania terkebil-kebil. Otaknya sedang memproses. Al maklumlah lambat tangkap.

"Oh.. mak dia.. kena.. sihir?".
Teka Dania tergagap.

Afieq angguk kepala manakala Dania sudah menelan air liurnya perit. Tak kena tempat dan masa betul lah si Afieq ni. Tak pasal pasal Dania dah rasa seram sejuk. Jangan lari sudah.

"Siapa pula yang sihir mak dia?".
Dania mengetap bibir.

"Aku tak pasti. Boleh jadi orang yang dengki dengan keluarga dia sebab keluarga dia kaya kan?". Tebak Afieq. Dania angguk perlahan. Ada betulnya juga.

"Jadi.. apa plan kau?". Teragak-agak Dania bersuara. Bab sihir menyihir ini bukannya boleh dibuat main.

"Kau rela nak tolong Isyraf?".
Soal Afieq inginkan kepastian.

Dania mengangguk perlahan.

"Kalau niat kita nak tolong orang mesti Allah akan permudahkan segalanya". Balas Dania sebagai kata semangat. Sememangnya dia ada rasa takut nak masuk campur hal sebegini tapi sampai bila nak takut. Ketakukan mesti diatasi.

"Insya-Allah". Jawab Afieq.

"Okay soalan yang sama. Apa plan kau?"

———

"Ish ish asyik muka kau je tak ada muka orang lain ke?". Perli Ameer sebelum meletakkan menu di atas meja yang diduduki Rose.

"Tak ada pekerja lain ke yang nak ambil pesanan aku? Asyik kau je". Hah perli orang— dah kena batang hidung sendiri. Ameer gigit bibir.

"Uish garangnya. Jangan bitter bitter nanti lagi hodoh". Rose mengerling ke arah Ameer yang sedang membuat memek muka. Rose hanya mampu bersabar sahaja.

"Kau tunggu siapa? Pakwe eh?". Rose meniup rambutnya yang hampir menutupi separuh wajahnya. Sekali lagi muka Ameer dipandang.

"Aku takde boy friend". Balas Rose.

"Ohhh baiklah. Kau nak hot chocolate kan?".
Tanya Ameer melulu.

Rose memberi menu kepada Ameer selepas mengangguk menandakan iya. Disebabkan kekerapan Rose datang ke kafe— Ameer sudah tahu minuman kegemaran gadis tersebut.

d__nye

assalamualaikum
rose
boleh ke kalau kita jumpa?

Wasalam
Motif?

hal mustahak
pasal omma jungkook

Apa kena mengena kau dengan omma aku
Kenapa kau perlu masuk campur?

ada sebab saya minta nak meet up
pleasee

Jungkook ikut sekali ke?

itu saya tak pasti lagi

Okay
3 pm esok
At jyeons cafe

thanks a lot rose

Chat IG antara dirinya dan Dania pada malam semalam dibuka dan dibaca semula. Otak Rose mula memproses apalah perkara yang hendak dibincangkan si Dania sehingga mahu face-to-face.

Rose keluh berat sebaik sahaja terfikir bahawa perempuan yang bakal dia jumpa sebentar lagi adalah perempuan yang dia benci.

"Haish.. kenapa dia juga yang perlu babitkan diri dalam masalah keluarga aku?". Omel Rose. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi.

"Atau.. Jungkook yang minta tolong dia?"

———

"Awak pasti ke boleh handle seorang? Tak nak saya ikut?". Jungkook menyoal Dania. Pintu kereta bahagian belakang Dania buka.

"Insya-Allah boleh. Awak dengan Afieq pergilah jalan mana mana dalam mall ke. Saya takut keadaan jadi awkward kalau awak ada". Pesan Dania. Sling bag berwarna kelabu pastel nya digantung di sebelah bahunya.

"Ngam. Semoga berjaya bro". Ucap Afieq yang duduk di hadapan bersebelahan Jungkook.

[Dania POV]

Aku berjalan menuju ke kafe yang dijanjikan untuk bertemu. Aku menarik nafas dalam dan lepaskan. Adalah dapat ketenangan sedikit daripada langsung tiada.

Bacaan basmalah permulaan segalanya sehinggalah mata aku tertangkap pada figura seorang gadis yang aku kenali. Aku mula mendekatinya. Dia sibuk bermain telefon bimbit sampaikan dia tak perasan akan kehadiran aku.

Aku cuma berdiri tegak di sisi meja tanpa mengeluarkan apa pun suara sehingga dia mendongak memandang aku. Senyuman aku lemparkan.

"Assalamualaikum". Tegur aku.

"Waalaikumusalam".
Balas Rose selepas melihat aku atas bawah.

"Dah lama ke menunggu?". Aku menyoal ingin memecahkan kesunyian dan keadaan tegang antara aku dan dia. Perlahan aku labuhkan punggung duduk bertentangan Rose.

"Tak. Baru juga sampai". Aku angguk kepala bagi membalas jawapan dia. Aku ketap bibir— tak tahu bagaimana nak mulakan segalanya.

Kenapalah aku berani sahut cabaran sebegini? Haih.

"So Jungkook tak ikut?"

"Oh.. tak– dia tak ikut". Aku gagap? Kenapa aku gelabah? Tak boleh macam ni. Aku kena berani!

"S-saya nak minta maaf sebab masuk campur urusan keluarga awak. Saya tahu saya menyibuk". Rose hanya berdiam diri. Dia bertentang mata dengan aku. Pandangan mata dia jelas menunjukkan yang dia tak suka aku.

"Jungkook dah cerita semuanya. Pasal omma awak". Sambung aku. Rose pandang aku sinis.

"Saya dengan abang saya dah plan nak tolong sembuhkan omma korang dan.. Jungkook pun dah setuju tapi– saya perlukan pertolongan awak juga. Boleh ke.. kita kerjasama?". Minta aku dengan keyakinan yang tak berapa nak tinggi. Harap dia terima lah.

Rose berdecit menyebabkan harapan aku hampir musnah. Dia dah tunjuk tanda-tanda macam tak nak saja.

"Aku? Kerjasama dengan kau?". Terkelip-kelip mata aku melihat reaksi Rose. Aku dah agak.

"Boleh aku tahu muslihat kau?".
Tanya Rose.

"Muslihat? Apa maksud awak? Saya takde apa apa niat jahat pun. Saya dan keluarga saya cuma nak tolong awak selesaikan masalah omma awak je. Apa awak ingat saya buat semua ni semata mata nak rebut hati Jungkook? Tak langsung"

Aku menjelaskan perkara sebenar. Bercakap dengan Rose mengingatkan aku kepada peristiwa di kedai cincin. Aku tak menuduh tapi aku syak dia ada hati kat Jungkook.

"Okay.. aku percaya".
Ayat Rose melegakan aku.

"Aku akan percaya kalau Jungkook ada kat sini terangkan semuanya". Senyuman aku bertukar pudar. Baiklah. Aku tak jadi nak lega.

Peperangan tak habis lagi rupanya.
Susahnya nak buat dia percaya.

[End Dania POV]
———

"Kau rasa adik kau boleh percaya bulat bulat ke cakap adik aku tu?"

Soal Afieq. Ais krim berwarna hijau berperisa matcha dijilatnya.

"Aku tak pasti". Balas Jungkook sambil memerhati dari jauh gerak geri kedua gadis tersebut. Afieq dan dirinya cuma duduk di kerusi yang terletak di luar kafe dimana bukan kerusi milik kafe.

Ikutkan hati Jungkook nak saja dia ikut Dania tadi tetapi Dania menolak pula. Katanya boleh berdikari.

"Weh aku nak tanya sikit boleh?"

"Tanyalah". Jawab Jungkook.

"Kau ada simpan perasaan pada adik aku kan?". Jungkook yang sibuk memerhati Dania dan Rose itu terus menoleh ke arah Afieq.

"Kenapa tiba tiba kau tanya soalan macam tu?". Afieq tergelak kecil dengan jawapan Jungkook. Lebihan ais krim di atas bibir Afieq jilat.

"Saja. Nak tengok reaction kau". Afieq menyakat selamba. Jungkook geleng kepala.

"Memandangkan aku bosan. Aku nak main soal jawab dengan kau. Kau rasa Dania suka kau tak?". Jungkook memandang Afieq pelik. Reda sahajalah— sudah faham sangat dengan perangai rakan sebiliknya itu.

"Manalah aku tahu.. aku tak ada kuasa boleh baca hati dan fikiran orang". Balasan kata-kata Jungkook mengujakan Afieq.

"Kalau aku cakap Dania suka kau? Kau akan buat apa?". Afieq sambung menjilat ais krim sambil menantikan jawapan Jungkook.

"Aku masuk meminang dia lah".
Yakin sungguh Jungkook menjawab.

"Wah yakinnya! Hebatnya! Bangga aku dengan keberanian kamu hahahaha". Teruja Afieq. Dia menggigit kon ais krimnya.

"Tapi aku rasa aku bukan yang terbaik untuk dia"

"Laa.. kenapa pula kau cakap macam tu? Aku rasa kau lah yang terbaik untuk dia. Aku yakin". Afieq menepuk bahu kanan Jungkook.

"Kau dah beli cincin kan?".
Afieq menukar topik.

Tiba-tiba Jungkook merasakan ada gegaran di dalam poket seluarnya. Pantas dia keluarkan telefon pintarnya dan melihat nama yang tertera di skrin.

Dania

"Aku dah agak dia tak boleh berdikari".
Afieq mencelah.

———
to be continued 🐇

( ͡° ͜ʖ ͡°)

Continue Reading

You'll Also Like

99.5K 7.2K 33
+𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝒉𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝐽𝑒𝑜𝑛 �...
7.9K 447 33
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
96.4K 8.4K 13
+bila mak kau paksa kau kahwin padahal kau muda lagi duh cliche sia hahaha kau bacalah sendiri. start: 12/11/15 end: 26/11/15 cr cramazing poster; @_...
73.2K 5.8K 20
[shortstory] Percintaan dan perkahwinan yang ditetapkan oleh keluarga menyebabkan layanan yang diberi kepada kim yae jin agak pelik kerana perbezaan...