Wanita Bertudung Tundukkan Aku

By athirahbella

60.9K 1.3K 39

Nabil Idraaki. Seorang anak kepada salah seorang ahli korporat terkenal tanah air yang mempunyai ego yang san... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 29

1.4K 32 1
By athirahbella

Tepat jam Sembilan tiga puluh minit pagi, kereta Nabil berhenti di kawasan letak kereta yang disediakan. Dilihat tapak yang berlangsungnya program amal tersebut sudah mula meriah dikunjungi orang ramai yang datang.

" Berapa banyak rumah orang tua yang kita sponsor tahun ni, pa?" tanya Nabil sambil berjalan beriringan bersama kedua orang tuanya.

" Ada tiga buah, satu dekat Johor dua dekat Selangor." Jawab Tan Sri Luqman.

Nabil angguk kecil.

Banyak gerai yang dibuka di karnival tersebut. Ada jaulan jumbo sale amal, sukaneka, pameran, cabutan bertuah, sumbangan derma dan banyak lagi.

Nabil melihat papa dan mamanya sudah pergi menyapa kawan-kawan mereka yang turut memeriahkan program tersebut. Dia tidak tahu hendak membawa dirinya ke mana.

Sedang dia berjalan-jalan, telinganya menangkap bunyi petikan gitar menyapa lembut telinganya. Hatinya tertarik untuk mencari bunyi petikan gitar itu. Melihat sebuah kanopi yang dikerumuni dengan kanak-kanak kecil yang dijemput khas dari rumah anak-anak yatim, kakinya mula melangkah lebar mendekat.

Bebola mata Nabil jatuh pada si pemetik gitar yang sedang duduk di atas kerusi yang dikelilingi anak-anak kecil yang duduk di bawah.

Petikan gitar berbunyi lagi. Suara gemersik si gadis mula berlagu. Lagu nyanyian kumpulan Raihan dan Alif Satar bertajuk Sesungguhnya.


Sebenarnya

Hati ini cinta kepadamu

Sebenarnya

Hati ini rindu kepadamu


Tapi aku tidak mengerti

Mengapa cinta masih tak hadir

Tapi aku tidak mengerti

Mengapa rindu belum berbunga


Sesungguhnya

Walau ku kutip sebuah permata di dasar lautan

Sesungguhnya

Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit-Mu


Namun cinta takkan hadir

Namun rindu takkan berbunga


Ku cuba menghulurkan

Sebuah hadiah kepadamu

Tapi mungkin kerana isinya

Tidak sempurna tiada seri


Ku cuba menyiramkan

Agar tumbuh dan berbunga

Tapi mungkin kerana airnya

Tidak sesegar telaga kauthar


Bergema suara anak-anak kecil yang turut menyanyi bahagian chorus itu. Jelas terpamer kegembiraan di wajah mereka.


Sesungguhnya

Walau ku kutip sebuah permata di dasar lautan

Sesungguhnya

Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langit-Mu


Namun cinta takkan hadir

Namun rindu takkan berbunga

Jika tidak kerana rahmat-Mu

Jika tidak menagih simpati


Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku

Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu


Tepukan gemuruh bergema sebaik sahaja petikan gitar berhenti. Adira tersenyum manis apabila melihat Nabil berjalan mendekatinya.


" Bila awak sampai?" soal Adira sebaik sahaja Nbail tiba di hadapannya.

" Lama dah. Dapatlah jugak I tengok fashion designer terkenal ni tunjuk bakat main gitar. Tak sangka pulak you pandai main gitar." Puji Nabil. Senyumannya disembunyikan apabila melihat wajah mulus itu.

Sedang mereka berbual, ada tangan kecil yang menarik-narik lengan baju kemeja Nabil. Seorang kanak-kanak lelaki linkungan umur lima tahun sedang memandangnya.

" Uncle, auntie ni uncle punya ke?" tanya budak lelaki itu. Nbail dan Adira tergamam. Tidak sangka budak sekecil itu mampu menanyakan soalan sebegitu.

" Kenapa tanya?" kata Nabil.

" Kalau tak, bila Kimi dah besar nanti Kimi nak kahwin dengan auntie."

" Kenapa Kimi nak kahwin dengan auntie?" tanya Adira.

" Sebab auntie cantik, baik. Kimi nak isteri yang baik. Nanti Kimi boleh pergi Syurga dengan dia." Kata budak lelaki itu.

" Auntie ni uncle yang punya tau. Kalau Kimi nak, uncle bagi pinjam je." Kata Nabil. Dia memandang Adira sekilas. Jelas riak wajah perempuan itu mintakan penjelasan.

Tiba-tiba, Adira ternampak ibu bapa Nabil. Lebih tepat...Bekas keluarga mentuanya!

" Assalamualaikum auntie, uncle." Tegur Adira seraya menghulurkan tangan bersalaman.

" Kami sihat je. Dah lama tak jumpa Adira. Macam mana bisnes sekarang? Uncle tengok dah makin famous butik kamu." Seloroh Tan Sri Luqman.

" Biasa jelah uncle. Tak ada apa yang nak dibanggakan pun." Kata Adira.

" Ok lah. Kami minta diri dulu. Adira berboraklah ya dengan Nabil. Nanti kita sembang lagi." Kata Puan Sri Nadirah. Matanya dikenyitkan kepada Nabil.

Adira yang tidak sempat mahu menghalang memerhatikan kedua orang tua itu berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

" Awak dah minum ke? Saya pergi ambil air sekejap ye." Kata Adira.

" Eh takpe. Biar I yang ambilkan." Kata Nabil. Belakang tubuh sasa itu dihantar dengan renungan mata.

Adira berjalan ke bawah sepohon pokok yang berhadapan dengan sebuah tasik. Dilabuhkan duduknya di bangku kosong di bawah pokok tersebut.

Automatik tangannya memetik tali-tali gitar. Nabil yang baru mengambil air memperlahankan langkahnya. Senyuman terukir di bibirnya.

" Pandai you main gitar tadi. Suara pun sedap." Puji Nabil.

" Puji ke peril?" kata Adira.

Nabil tergelak. " I tak pernah tahu pun you pandai main gitar."

" Awak expect saya nak canang satu dunia ke."

" No. Just curious." Kata Nabil.

" Hobi masa zaman belajar dulu. Dah lama tak asah." Kata Adira.

Buat seketika keduanya senyap.

" So, you bila nak naik pelamin?" soalan spontan daripada Nabil membuatkan Adira tercengang.

" Awak pulak bile?" Adira tidak menjawab tetapi ditanya pula soalan yang sama kepada lelaki itu.

" Kalau I kata hati I tak terbuka untuk sesiapa?"

" So awak kena try jugak buka hati awak untuk someone." Balas Adira.

" I don't know why but I'm looking someone that wear hijab. I suka sangat tengok orang yang pakai tudung ni." Kata Nabil.

" Takpe. Awak jangan risau. Bnayak sangat orang yang pakai tudung dekat Malaysia ni. Saya doakan semoga awak jumpa jodoh yang boleh menyayangi awak." Adira berlalu meninggalkan Nabil.

Sebenarnya Nabil ingin Adira memberikan peluang kedua buat dirinya namun dia takut. Dia malu. Dia tidak tahu apa yang Adira rasa terhadap dirinya.

Continue Reading

You'll Also Like

682K 22.2K 75
"kau memang suka buat darah tinggi aku naik ehh?" - Leftenan Karl Syakirin. "hanya Tuan Karl yang selalu buat saya happy! " -Aluna Zinnirah. Kisah...
28.3K 2.9K 54
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
41K 2K 22
πŸ₯€π’΅π“Žπ’Άπ“ƒ ℛ𝒢𝒻𝒢ℯ𝓁 x π’œπ“π“Žπ’Ά π’¬π’Άπ’Ύπ“ˆπ’Άπ“‡π’ΆπŸ₯€ _ℛℯ𝓁𝒢 π’¦π“Š π’Ÿβ„―π“‡π’Ύπ“‰π’Ά π’Ÿβ„―π“‚π’Ύ ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒢𝓉 β„³π“Š β„¬π’Άπ’½π’Άβ„Šπ’Ύπ’Ά_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
746K 30.6K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...