[C] Oxyjeon | jjk

By iamyourcupcake

124K 21.9K 3.5K

Kerja yang dipinta, bahaya yang menyusul. Awas, jangan biar dia hembuskan oksijeon. Photo for cover: Credit t... More

Oxyjeon -jjk
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
28
29
30: Akhir [√]
Jeon🍁

27

2.8K 583 185
By iamyourcupcake

Oxyjeon • jjk

A/N:

Update kedua. ❤

Do votes, do komen.

--------

"Appa dah sihat. Kami rindu. Kenapa tinggal kami bertiga lama sangat?"rengek kedua-dua anak lelaki kami berdua.

Jungkook mendepakan tangan lalu dipeluknya erat dua kanak-kanak comel dan lincah itu. Syukur, suamiku menghormati permintaanku untuk berkelakuan normal di hadapan anak-anak.

Sedangkan hubungan antara aku dan dia semakin keruh dan tegang. Iris mata perangnya itu mengisyaratkan agar aku membawa Jung Min dan Min Woo ke bilik.

"Korang pergi tidur. Dah lewat ni. Appa dan eomma nak rehat dulu."ujar Jungkook dalam nada perlahan dan mendatar.

Setelah dia yakin anak-anak sudah beredar ke bilik tidur, riak wajah gembira segera ditanggal. Kemudian, Jungkook ganti pula dengan tatapan mata yang tajam.

Telapak tangannya menepis pautan lenganku di bahunya. Bunyi decitan halus menandakan dia kurang gemar berduaan denganku pada malam itu.

"Siapkan air mandian aku. Aku nak makan kejap. Kejap lagi aku naik atas nak mandi. Boleh?"soal Jungkook sambil menatap sepasang anak mata milik Minji.

Jungkook segera beredar ke dapur supaya dirinya dapat ditenangkan buat sementara waktu. Walaupun beberapa minit dia berduaan dengan wanita itu, lihatlah keadaan dia sekarang.

Air mata meleleh lagi. Dia kesat dengan mimik wajah keliru. Pantulan wajahnya di tingkap dapur menggusarkan hati lelakinya.

"Siapa aku sebenarnya? Aku tahu Minji ada sorokkan sesuatu. Aku pejam mata sekalipun, tetap jiwa aku tak tenang. A-aku buntu ya tuhan."

Pisau memotong sayur itu menjentik perasaan ingin tahu. Jungkook mencapainya lalu dia merenung lama bilah pisau yang tajam itu.

Seperti magnet, telapak tangannya meramas kuat sehingga cecair pekat berwarna merah mengalir keluar dari luka pada telapak tangannya.

"Aku suka semua ni?"luahnya bersendirian. Sebelah tangannya memaut hujung sinki dapur apabila sendi-sendi tubuhnya menjadi lembik.

Cahaya bulan yang menyinari malam itu menarik perhatian Jungkook. Lelaki itu melemparkan pisau tersebut ke dalam sinki. Sudut hujung bibirnya naik sedikit.

Sekali lagi, dia perhatikan imbasan wajahnya di tingkap dapur.

Iris matanya bertukar merah sebelum kembali menjadi warna asal iaitu warna perang semula.

"S-siapa aku, Jeon Minji?"ujar Jungkook sambil mengepalkan penumbuk kecil.

-------

Bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam menyebabkan kepala aku segera menoleh ke arah sumber bunyi tersebut.

"Jungkook.."aku menyapa sepatah kata. Susuk tubuh sasa suamiku melabuhkan punggung di hujung katil.

Layanan dingin Jungkook mematikan hasrat untuk aku bermesra dengannya. Aku positif, mungkin dia perlukan ruang.

"Boleh kau jelaskan siapa diri aku sebenarnya dan siapa Oxyjeon yang kau selalu sebut kepada...Namjoon?"

Mata aku membulat tatkala keadaan telapak tangan Jungkook menyapa seluruh pandanganku.

Terbang habis keberanian yang disimpan. Aku menarik pergelangan tangan suamiku seraya memandang tepat ke arah iris matanya.

Tetap normal. Langsung tidak bertukar kepada merah gelap.

Aku musykil bagaimana Jungkook boleh bertindak melukakan dirinya sendiri?

"Kenapa a-awak bermain dengan pisau ni? Don't make me scared, Jungkook."

Jungkook menyeka air mata berulang kali. Nada lembut suara Minji melemahkan perasaannya. Sudahlah dia terseksa, isterinya mahu bermain tarik tali.

Susah sangat ke nak dedahkan kebenaran tentang dirinya?

"Aku nak tahu siapa Oxyjeon. Tolonglah jangan mengelak lagi, Jeon Minji. Aku suka tengok darah ni. Kau pun tahu kan?"tutur kata Jungkook seolah-olah ingin menjerat Minji jatuh ke dalam perangkapnya.

Minji mencuit dagu suaminya. Tatapan redup matanya berjaya menenangkan hati Jungkook.

"Oxyjeon saya istimewa sangat. Dia buat saya jatuh cinta dekat dia. Oxyjeon...dia memikat hati tapi dia.."

Giliran Jungkook menyembamkan wajahnya di bahu Minji. Jujurnya, dia takut untuk mengetahui kebenaran identiti dirinya.

Dia sedar dia mungkin sesuatu yang negatif kepada Minji. Telapak tangan Minji mengusap perlahan helaian rambutnya. Jungkook dibuai perasaan suka sehinggalah kebenaran menyeludup keluar dari bibir isteri sendiri.

"T-tapi dialah pencuri hati saya sejak awal pertemuan kami dahulu. Sanggup berkorban dan gadaikan segalanya untuk bersama manusia seperti saya."lirih Minji.

Jungkook mengelus pipi isterinya. Kemudian, jarak antara tubuh mereka berdua dibiarkan sedikit menjauh agar Minji mengetahui hasrat di dalam hatinya.

"Seru aku. Bangkitkan aku semula sebagai Oxyjeon kau."

Minji menolak permintaan Jungkook. Dia mahu Oxyjeon semula. Namun, amaran terbaru Namjoon memberi signal kurang baik.

Dia bangkitkan Oxyjeon. Peratusan untuk nyawa Jungkook melayang adalah tinggi. Bayaran untuk membebaskan Oxyjeon hanya akan memudaratkan jasad Jungkook.

Dalam erti kata lain, proses untuk membangkitkan semula Oxyjeon bukan mudah.

Kau nak Oxyjeon, jasad suami kau akan terseksa sewaktu proses itu berlaku.

"Sayang, kau sanggup lihat aku macam ni? Aku relakan semuanya. Just do it. I trust you, Minji."

Minji menghela nafas gementar. Telapak tangannya didaratkan di atas permukaan dada Jungkook.

"Oxyjeon, saya perlukan awak sekarang. Muncul sekarang, dapatkan Minji awak semula. I'm here. Oxyjeon.."

Tubuh Jungkook melutut di hadapan Minji. Menggigil seluruh badannya bersama nafas berbunyi kasar dan berat untuk dilepaskan.

"M-minji, aku takut kau takkan dapat Oxyjeon kau semula."

Wanita itu memapah tubuh Jungkook agar tatapan mata mereka tidak putus dan saling bertautan.

"Aku terseksa sangat. Aku tahu Oxyjeon mesti sayangkan kau sepenuh hati kan?"pertanyaan terakhir Jungkook tergantung tanpa balasan jawapan.

Minji berasa cemas. Darah pekat mengalir keluar dari bibir dan hidung suaminya. Sekali pandang sudah menyeksakan hatinya.

"Oxyjeon, please stop hurting your own body. Saya merayu keluarlah."

Minji berusaha untuk memegang tubuh Jungkook yang sedang bergelut untuk mencederakan diri sendiri.

Mantera yang digunakan Namjoon terlampau kuat bentengnya untuk diruntuhkan. Kesudahannya, jasad Jungkook menjadi lembik tidak bermaya.

"S-seru aku. Please, kau tak perlu takut sayangku."

Minji mengucup lembut dahi Jungkook. Rangkulan lengannya turun dari leher ke bahu Jungkook.

Ditarik tubuh longlai dan kaku itu ke dalam pelukan eratnya. Dia takut hendak lepaskan,dia bimbang suaminya pergi meninggalkan dirinya.

"Oxyjeon, your Minji perlukan awak. Come and love me again."

Sejam berlalu pantas, Minji tetap berkeras untuk setia di sisi Jungkook. Perubahan suhu tubuh Jungkook daripada sejuk kepada hangat mendebarkan jantungnya.

Pelukan tersebut dibalas oleh pihak lelaki.

"Hurmm. "

Deheman suara garau itu memunculkan perasaan takut, teruja dan rindu terhadap Minji.

"Aku kembali. Khas untuk Minji seorang."

Bebola mata Minji bergerak ke arah destinasi wajah suaminya. Jungkook tersenyum manis. Lidahnya menjilat saki-baki darah yang melekat di wajahnya.

"O-oxyjeon, what you will do after this?"

Jungkook sengaja melagakan batang hidungnya di wajah dan leher Minji.

Iris mata merah itu bersinar memandang wajah wanita kesayangannya itu.

"I will bring you together with me to..hell."

-tbc-

A/N:

Muahahahahahahah

Harap plot ini tak membudu ya.

Namjoon akan buat kemunculan terakhir dalam bab seterusnya.

Ada sebab saya hidupkan Oxyjeon semula.

Sudah 30k reads. Thank you gais.

😭😭😭

Continue Reading

You'll Also Like

42.5K 5.8K 24
"You are the sun and I am the moon, until we met became a soulmate" Love Del Luna + Jeon Jungkook ______________________________ Fenomena yang dikena...
3.5K 397 17
"Pinjamkan saya cuma 44 hari daripada hari-hari awak... " -Park Soul --- 100% idea by myself. Tell me if you want to copy, i will give u the bill. S...
50.2K 7.1K 13
Terlihat suci tapi dia ternyata berbisa.
60.4K 7.3K 12
He's dangerous. Innocent and seductive liar. Cover by:-nanaz