MINE

By zkdlinvoyez

33.2K 229 8

"because I was meant to be for her and she's mine." - Kim Jongin. More

B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45 (end)
🌼Hai, Readers🌼
‼️ SUPPORT ‼️

B11

708 8 0
By zkdlinvoyez

Hari berganti hari, siang malam silih berganti. Masa bergerak laju membawa ke jalan baru,

Dan aku, tengah stress sekarang ni sebab lusa dah final!

Final of my 3rd sem yang tak disangka-sangka dah akan tiba lusa.

Aku bila exam jer memang tak tenang. Even aku dah baca nota a week after, aku still insecure. Aku rasa macam takut, gemuruh, bimbang, semua ada lah.

Jenis aku kalau dah dekat exam ni cepat lupa benda lazim.

Lupa mandi, lupa makan, kalau mama suruh beli apa-apa pun aku lupa. Yang aku tau tatap nota ni sampai puas.

Aku jenis, bila malam aku baca, esok bangun tidur aku test balik ingatan aku. Satu jer aku lupa, aku baca balik dari awal.

Serious, aku punya tahap insecure takleh bincang.

Pernah sekali tu, Sulli dengan Seulgi datang sebab nak study sekali. Masalahnya aku memang tak layan diorang langsung. Aku biar jer sebab fokus aku kat nota aku. Tau-tau diorang dah balik.

Hehe! Sorry.

"Sayang, can you sit down. Dari tadi saya tengok mundar mandir dengan buku tu. Terlanggar meja nanti diri sendiri yang sakit."

Aku sengih pada Kai. Dia geleng jer tengok tabiat aku ni.

Aku memang suka baca nota sambil jalan sekeliling bilik. Pernah sekali tu sedar-sedar aku kat toilet. Adeh!

"Jom makan." Ajak dia.

"Tapi, tak habis baca lagi..." kataku. Dia kemas kertas kerja dia lalu menghampiriku.

"Study memang penting. Tapi kalau sakit, study ke mana exam pun ke mana. Nak macam tu?" Soal Kai. Aku mencebik.

Sebelum ni elok jer aku exam. Makan tak menentu tapi exam okey jer.

"Awak makan lah dulu. Saya makan nanti."

"Okey then saya tak makan jugak."

See, ugut aku. Fine! Makan dulu lepastu sambung balik baca. Walaupun berat hatiku untuk tinggalkan notaku.

Ni lah akibat study hujung-hujung waktu. Semua nak disumbatnya.

"Kai.."

"Hmmm?"

"Saya ada idea!" Kataku dan berhenti di depan tangga.

"Apa?" Soal dia. Aku lari masuk bilik dan ambil nota lalu kembali ke dia.

"Awak suap saya. Saya baca buku!" Kataku.
Dia geleng kepala sambil mendengus halus.

"Ye lah. Saya suap awak." Kata dia. Yes! Boleh sambung baca nota.

Malam ni mama dengan papa takdek kat rumah sebab papa outstation dan mama ikut. Rasa sunyi semacam rumah ni. Kalau ikutkan, aku sebenanrnya balik rumah mak mertua aku. Tapi, Kai cakap nanti budak berdua tu ganggu aku study.

Aku nak kata apa, diam jelah. Kalau pergi pun aku takdek hal. Lepas Reon dengan Rahee dah tidur  boleh study.

"Naaakkk.." kataku dan nganga mulut. Dia suap nasi ke dalam mulutku lalu aku sambung baca notaku.

Aku dah highlight bahagian penting. Lecturer ada bagi lah hint apa yang masuk since dia yang buat soalan. Aku agak risau sebabnya kan aku tak masuk kelas kes accident, so part tu aku agak kurang faham.

Amber ada lah cakap part masa aku accident tu tak penting. Tapi bila aku check,  nampak macam akan masuk jer part tu. Tak logik tak masuk sebab bab seterusnya ada kena mengena dengan tu.

"Nah.."

Aku pandang nasi dalam sudu yang disua dia. Baru aku teringat, nasi yang ada dalam mulut ni aku tak kunyah lagi.

"Haihhh... kunyah pun lupa?" Bebel dia. Aku sengih. Dia ambil buku aku dan letak tepinya.

"Alaa, nak bacaaa.." rengekku. Dia geleng dan suap nasi dalam mulutku.

Apa salahnya aku baca?

"Awak terlalu fokus ke buku sampai lupa sekeliling. Makan dulu, then sambung baca." Kata dia. Aku menjeling.
Aku dengar dia menghela nafas.

"It's not good, sayang. Eat when you suppose to eat. Saya faham study tu penting. Tapi kalau sampai tak makan, susah otak awak tu nak terima sebab awak lapar. Perut awak kosong."

Hmmm. Dah kena ceramah dengan lecturer ni.

"Ye lah. Sorry. Saya makan." Kataku dan tarik pinggan aku. Dia senyum sambil mengelus rambut aku.

"Kata saya suap?"

"Dah awak membebel. Saya tunggu jer bila awak nak cedok suap saya."

"Hahahah.. sorry. Okey, nah saya suap." Kata dia dan suap aku lagi.

Best kan bila ada lover yang taking a good care pasal kita?

So, sila lah kahwin ye guys!

"Banyak lagi ke nota yang awak tak baca?" Soal dia.

"Sikit jer. Cuma saya tak ingat lagi a few parts." Balasku.

"Rehatlah dulu. Kalau awak keep pushing, brain awak penat." Kata Kai.

Eleh, dia pon dulu tah-tah lagi study hard lebih dari aku.

Aku ni masalahnya, kalau rest, betul-betul aku bantai rest aku sampai terlupa buku. Tu yang aku kalau dah fokus, better jangan kacau. Kalau tak, fokus aku hilang tah kemana.

"Nak tambah lagi?" Soal Kai.

Tapi, aku lapar. Better aku lahap dulu semua benda ni.

"Nak! Nak kuah sup tu lebih. Tu kentang tu nak jugak!"

Dia geleng kepala sambil turutkan permintaanku. Memang aku tunggu jer sudu layang depan mulut and ngap! Keke! Dah lama tak dapat suap ni.

"Kai.."

"Ya?"

"Cuti sem nanti, awak ada nak bawak saya pergi mana-mana ke?" Soalku dan teruskan mengunyah.

"Awak nak pergi mana?" Soal dia balik.

"Tak tahu. Kalau awak ada plan, saya ikut je lah." Kataku.

"Kita balik kampung saya, nak?" Soal Kai. Aku tercengang. Dia ada kampung?

Muka tu nampak macam budak bandar. Macam tak kena jer bila dia sebut kampung.

"Kenapa pandang saya gitu?" Soal dia.

"Kampung awak kat mana? Jauh ke?" Soalku.

"Langkawi."

What?!! Langkawi? Wah bestnya! Ada pulau, ada seafood! Kenapa baru sekarang aku tahu dia ni asal pulau?!

"Wahh! Nak! Bestnyaa!" Terujaku. Dia juga ketawa tengok aku excited.

"Okey, nanti saya bagitau sedara saya kat sana cakap nak bawak awak jumpa diorang." Katanya. Aku angguk.

Tak sabarnya nak feel the kampung! Dulu kawan-kawan kat sekolah selalu cerita pasal balik kampung. Aku ni mana ada kampung. Family papa semua orang bandar. Mama lah kot macam ada kampung, tapi setakat Kampung Baru, tak feel sangat. Sulli dengan Seulgi selalu jer ajak aku pergi kampung diorang tapi aku jer yang menolak sebab segan.

"Lepasni rehat dulu baru sambung baca." Kata Kai. Aku ikutkan jer.

Selesai makan malam, aku tengok Tv. Mamat ni punya channel, tahu lah kan channel apa, bola je lah. Suruh aku tenangkan diri, tapi tengok bola. Baik aku baca nota.

"Kai, saya naik biliklah." Kataku.

"Dah nak naik? Temanlah saya dulu." Kata dia. Aku ambil nota aku tadi dan duduk dekat dia dan bersandar ke dia.

"Sini, baring sini." Kata dia dan tepuk peha dia. Aku baring.

Jiwa aku ni terasa macam hangat jer bila dia usap-usap rambut aku ni. Best dow kena belai macam ni. Nota ni macam masuk kat otak aku sekali baca jer.

Hmmm. Ni betul-betul relax ni.

"Sayang..."

"Hmmm?"

"I love you..."

Alahaiii.... time-tima gini kau nak romantik dengan aku! Aku ni dahlah cepat kena heart attack. Even dia selalu jer 'I love you' dengan aku, tapi macam ni rasa macam romantik lebih.

Berdua macam ni kot?

Tapi dalam bilik berdua jugak, before tidur pun I love you jugak, tapi kenapa sekarang rasa macam berdebar gitu.

"Sedar tak sedar dah bulan ke empat kita kahwin." Kata Kai. Aku dongak tengok dia. Dia senyum.

"Cepat gila masa berlalu." Balas aku.

Aku pun tak sangka. Aku jadi isteri orang dah empat bulan. Dahsyat. Dan rahsia perkahwinan ni masih belum kantoi lagi. Hebat juga aku ni simpan rahsia.

"Saya nak tanya, boleh?" Soal dia.

Tiba-tiba buat aku seram. Tanya apa ek? Aku rasa aku takdek buat salah.

"Apa?" Soalku. Aku tutup nota ku dan bangun duduk betul-betul.

"Sejauh mana awak yakin dengan saya?"

Amboi, soalan dia?! Nampak sangat soalan ni berbentuk KBAT. Tahu lah awak tu lecturer, tapi janganlah high level sangat soalannya.

Dah tu ni aku nak jawab apa?

"Errr... as long as you by my side, saya yakin pada awak." Jawabku. Hentam je lah. Asalkan ada jawapan.

"Awak dah tak takut dengan saya, kan?" Soal dia.

Aneh jap aku dengan dia ni, salah makan ke tadi? Tiba-tiba tanya aku gini.

"Tak. Tapi kalau serious saya takutlah jugak. Awak kan kalau buat kerja nampak macam garang jer. Saya senyap je lah." Balasku dan dia ketawa.

"Kenapa awak tanya saya semua ni?" Soalku. Dia usap kepala aku dan tarik aku dekatnya.

"Sebab nak pastikan yang awak ni selesa dengan saya." Kata dia.

"Saya okey jer. Walaupun awal-awal dulu saya macam tak sure awak ni jenis macam mana, tapi bila saya dah tengok sisi sebenar awak, terus saya yakin awak ni seorang yang reliable." Balasku. Dia senyum dan cium puncak kepala aku.

Melting, seyyy!! Dia selalu gitu, sebelum tidur kami akan ada pillow talk. Tapi yang talk nya aku. Berjela-jela aku story. Yang dia jadi pendengar setia sambil usap-usap aku.

Serious, best weh bila ada pendengar setia nak dengar celoteh merepek kau. Keke!

"Sorry kalau awal-awal dulu saya buat awak takut." Kata dia.

Lol! Setelah empat bulan, baru nak say sorry.

"Sokey, saya pun dulu keras hati tak nak kenal awak betul-betul. Ye lah, protes sebab kena kahwin. Dahlah lecturer saya pulak tu!" Kataku dan dia ketawa.

Kami kembali diam. Aku bersandar pada dia dan kembali telaah nota. Dia fokus ke bola tapi bibir dia ni still aku rasa dok kucup-kucup ubun-ubun aku.

Korang jangan jeles. Hehe!

Aku suka manja-manja gini. Lega juga bila dah tak ada benteng antara kami. Kalau dulu, pandang dia pun rasa nak nangis dah. Mujur papa belanja pergi Paris, kalau tak, maybe sekarang ni aku tengah study sorang-sorang.

"Awak sungguh ke takdek boyfriend?" Soal dia.

Ni yang aku nak gelak besar ni! Celah mana aku ada boyfriend woi!

"Gelak pulak dia!" Kata Kai. Aku habiskan baki tawa dan kembali pandang dia.

"Awak ada nampak saya dengan lelaki ke?" Soal aku. Dia geleng.

"See, means saya tak ada boyfriend!" Balasku.

"Tapi kan saya baru mengajar situ. Sem lepas, takkan tak ada boyfriend?" Soal dia lagi.

Adoi, laki aku ni kena sampuk apa? Tiba-tiba jer nak tahu.

"Hmmmm... kena ke awak tahu?" Soalku.

"Maksudnya awak ada boyfriend?" Teka dia. Aku geleng kepala.

"Saya tak ada boyfriend. Tak percaya awak boleh tanya Amber. Tak pun, tanya Seulgi or Sulli. Serious cakap, dari sekolah saya tak pernah ada boyfriend." Kataku. Dia nampak percaya lalu kembali tarik aku bersandar pada dia.

"Kawan lelaki yang awak rapat, ada?" Soal dia.

Okeeeeyyy, yang ni, aku takleh tipu sebabnya Sehun memang sejak sekolah lagi aku rapat gila dengan dia.

"Ada." Jawabku dan aku dapat rasa dia agak tegang. Aku langut melihat dia.

"Kenapa?" Soalku. Dia geleng.

"Belajar mana kawan lelaki tu?" Soal dia. Nada agak sedikit berubah.

Jangan cakap dia jealous. Hmmm....

"Ada. Satu U." Jawabku buat dia laju pandang aku.

"Course? Fakulty?" Soal dia lagi. Sumpah aku tahan gelak sekarang ni. Muka dia dah kenapa cuak sangat? Relax je lah!

"Course Science Management." Jawabku.

"Selalu jumpa dia?"

"Sem sem lepas selalu sebab first year kan banyak masa. Tapi sem ni, dah second year, dia busy hal U. Bakal MPP kot." Jawabku. Dia diam.

"Kenapa diam?" Soalku.

"Macam mana boleh rapat?" Soal dia yang merenung TV macam nak tembus dibuatnya.

"Kami kawan since sekolah rendah. Dulu kami pernah satu taman. Selang dua rumah, jumpa rumah dia. Kalau mama papa busy, saya duduk rumah dia. Kalau mama papa dia busy, dia duduk rumah saya. Memang tak terpisah lagi lah sampai sekarang. Ni pun terpisah sebab course. Lepastu, dulu, ingat lagi, saya pernah ikut dia balik rumah nenek dia, pastu atok dia biar jer kami main lumpur. Last kali, nenek dia nampak, terus kena marah! Hahahhaha!"

Teruja aku bercerita sampai aku lupa riak wajah dia dah berubah. Aku terus rapatkan diri dan peluk lengan dia. Dia masih tegang jer.

Confirm. Jealous. Eeee, geram pulak aku.

"Kiranya bestfriend lah?" Soal dia.

"Haah. Kami dulu macam belangkas lah. Takleh pisah. Main sama-sama, tengok tv sama-sama, makan sama-sama, buat homework sama-sama, mandi sama-sama."

"WHAT?!" Dia terjerit kecil buat aku pelik. Dah kenapa?

"Kenapa?"

"Korang mandi sama-sama????"

Bahahhahahahah! Woi! Laki aku ni cemas sangat dah kenapa? Zaman budak-budak, relax lah mandi sama-sama. Bukan bogel pon. Kami mandi kat waterpark, hujung minggu jalan-jalan.

"At waterpark." Balasku. Dia yang tadi cemas terus menghela nafas lega.

Aku dekati dia dan colek-colek pipi dia. Sumpah geram. Muka jealous dia tu, rasa nak gigit jer.

"Apa ni main colek-colek." Kata dia. Nampak macam merajuk jer lagi.

"Awak jealous, eh?" Soalku.

"Tak." Laju dia jawab.

Eleh, taknak ngaku! Muka tu nmpak sangat masamnya.

"Janganlah jealous, saya dengan dia kawan jer." Kataku lalu kembali peluk lengan dia erat.

"Saya tahu awak dengan dia kawan. Tapi, awak pernah tau tak yang dia suka awak ke, apa ke?"

Laaaahhh, sampai ke situ jauh dia fikir. Takdek makna nya dia nak suka aku sebab sejak aku kawan dengan dia, dua kali dah dia couple. Kalau dia suka aku, takdeknya nak couple sampai dua kali. Aku ni yang jadi tukang penasihat cinta dia ada lah!

"Kami kawan. Serious. Takdek sampai tahap nak couple pon. Lagipun, saya jenis tak suka couple. Plus, dia tu high class, awek dia semua muka macam barbie." Balasku. Dia toleh pandang aku.

"So, dia dah ada awek lah?"

"Ada. Tapi dua kali break." Balasku.

"Now?"

"Single.....lah kot. Entah. Tak nampak pulak dia dengan mana-mana perempuan." Kataku. Dia senyap balik.

Haihh.. jangan cakap dia fikir pelik lagi. Sumpah kalau dia tak percaya, aku call Sehun terus biar dia tahu.

"Okey, I trust you." Kata dia. Aku senyum dan kembali menempel kat dia.

Takyah cakap lah, aku memang kalau berdua dengan dia memang suka melekat jer kat dia. Awal dulu jauh-jauh, now dekat-dekat. Hehe.

"Semalam mama call..." celah dia.

"Ye ke? Kenapa? Sebab kita tak jadi balik sana ke?" Soalku. Ye lah, mana tahu kecik hati mak mertua aku sebab tak jadi balik kes aku nak exam. Aku dah cakap aku okey, tapi Kai kata taknak kacau aku study.

Habis malam ni aku bersidai depan TV ni, study? Nota pun dah tertutup elok atas meja tu.

"Tak. Mama tanya pasal kita jer." Kata dia yang kini kembali main-main rambut aku.

"Kita? Kenapa dengan kita?"

"Mama tanya, bila kita nak ada baby?"

Haha.

Kelakarlah mak mertua aku ni.

Sampai nyawa aku ni tersekat si skala enam dengar soalan tu.

Aduhai, kenapa mama tiba-tiba soal gitu? Sebelum ni okey jer. Takdek pun bunyi-bunyi macam ni. Kan dah ada Rahee dengan Reon, okeylah tu.

"Habis, awak jawab apa?" Soalku.

"Saya cakaplah maybe lepas awak habis belajar baru plan." Kata dia. Dia nampak tenang. Still main-main rambut aku, cium aku.

Tapi aku pulak rasa tak tenang. Rasa macam bini jahat pon ada. Ye lah, aku ada baca, yang kalau suami nak 'ehem-ehem', isteri kena bagi.

Tapi, takdek pulak dia minta gitu. Habis-habis kiss jer. Lebih-lebih takdek.

Ke dia tahan?

Weh, aku ni kira kategori isteri derhaka ke macam mana? Ye lah, aku macam tak pernah kisah pon nak tanya dia, dia nak 'tu' ke apa ke?

Walaupun sumpah aku geli nak mampus pasal hal tu, but, aku kena lah tunaikan kalau dia nak.

Tapi kalau dah buat tu, potensi aku mengandung tu high possibility.
Dan of course aku taknak mengandung lagi.

Salah satu sebabnya, aku taknak kantoi aku ni dah kahwin. Huuuu.

"Kenapa senyap?" Soal dia. Aku geleng.

Hmmm. Ke dia cakap hal ni sebab dia nak benda tu?

Haaaa sudah?!

Scary dow fikir hal tu! Walaupun ada yang cakap nikmat lah apa lah. Tapi sumpah menggelikan. Aku ni still bawah umur kalau diikutkan. Tak rela lagi nak buat benda tu walaupun hakikatnya dah 20 tahun.

"Don't think too much. Saya tahu awak belum bersedia. Lagipun, saya tengah plan nak sambung PhD, I think let focus on benda yang lagi penting." Kata dia lembut seolah baca fikiran aku.

"Awak okey ke?" Soalku.

"Okey jer. Kenapa?" Soal dia.

"Yelah, mana tahu awak nak baby cepat." Kataku. Dia gelak dan cium bibir aku sekilas. Buat aku sedikit tersentak.

"Siapa jer yang taknak baby. But, for our case, saya rasa better kita fikirkan perkara yang lagi penting than that. Kita rancang a good future, then lepas tu kalau ada anak, anak kita hidup senang." Kata dia sambil mengusap kepalaku.

Okey, tenang hati aku ni! Lega! Nasib dia faham dan dia pun nak gapai kecemerlangan hidup dia dulu sama macam aku.

"Thank you!" Kataku lalu kucup bibir dia lama. Dia terkekeh ketawa saat bibir kami menempel lalu laju membalas kiss aku.

Mujur kat rumah takdek orang. Kalau ada, confirm muntah kalau kakak aku tengok kemesraan kami.

Aku sendiri pun cringe. Haha!
____________________________________

Esok harinya, aku bangun dan dengar bunyi macam percikan air. Aku keluar ke balkoni tengok dia tengah berenang kat pool.

Exercise lah tu. Aku gapai nota aku, bersihkan muka lalu turun menyapa dia.

"Good morning!"

"Hey, dah bangun!" Teruja dia lalu berenang mendekatiku.

"Awak tak pergi U ke?" Soalku.

"Saya tak bertugas harini. Esok saya bertugas."

Hah?! Maksudnya, esok time aku exam, dia ada lah jadi pengawa exam kat dewan? Oh God!

"Kenapa diam?" Soal dia.

"Awak jadi pengawa exam, esok?" Soalku.

"Haah. Kenapa?"

"Kenapa tak cakap awal-awal? Maksudnya esok time saya jawab, awak ada lah?" Soalku. Dia angguk lalu sambung berenang ke bahagian sudut hujung.

"Intergriti sayang. Saya kena jujur dalam bekerja." Kata dia.

"Ceh, esok awak jangan kacau saya!" Kataku. Dia gelak.

Aku ambik tempat di pondok kecil selalu buat buat chess dengan papa. Aku bukak nota aku dan baca.

Semalam tergendala aku nak baca sebab dia lah. Konon-konon rehatkan minda, last-last dua dua tertidur kat sofa tu. Pukul 3 pagi baru tersedar and sambung tidur kat atas.

Dah tak pasal-pasal pagi ni aku nak kena sumbat semua balik kes dah lupa apa aku baca sebelum tu. Mujur esok exam start pkul 10. Kalau awal, lagi jem aku harini.

Aku harap takdek adegan lewat ke dewan esok. Seram aku sebab aku pernah kena sem lepas. Semua sebab si Amber lah, kata exam pukul 9 pagi padahal pukul 8. Nasib baik aku check. Sampai time orang dah mula. Malu betul satu dewan pandang.

Bunyi telefon aku mematikan fokusku pada nota. Laju aku angkat call.

"Hello?"

"Ko kat mana?"

"Rumah"

"Makan jom. Ni Egi nak ajak pergi Mykori siang nanti."

"Otak dia, Mykori?!! Aku ada exam esok weh!"

"Lah yeke? Asal aku tak tahu? Habis, tak join lepak lah ni?"

"Of course lah tak! Aku banyak lagi nak kena telaah ni!"

"Okey lah. Aku bagitau Egi balik. Aku syak dia pun lupa kau ada paper esok."

"Haa yelah. Bye!"

Talian mati. Ada-ad jer nak ajak lepak. Padahal aku dah mesej kelmarin yang aku ada paper esok. Diorang takpe lah mula lewat sikit dari aku.

"Siapa call?" Soal Kai yang kini dah naik ke darat.

Oh God..... abs dia! Mujur aku tak tengah makan, kalau tak, confirm tercekik punya. Sumpah aku ni kalau tak sebab fikir study, aku terkam jer mamat ni.

Hot gila sumpah!

"Haih, saya tanya, siapa call? Macam meriah je?" Soal dia lagi menyedarkan aku. Aku tunduk tengok nota. Tengok tak berbaju sebelah aku ni jawabnya jadi lain pulak nanti.

"Kawan. Ada ke dia ajak saya lepak. Saya dah cakap ada paper esok." Kataku.

"Amber?"

"Tak."

"Habis?"

"Sehun."

Dan aku segera toleh. Aku nampak muka di lain. Jadi keruh terus. Aduh, salah pulak bagitahu. Suppose aku cakaplah Sulli ke Suelgi ke.

"Oh. Saya naik atas dulu." Kata dia.

Takleh jadi ni, dia punya muka jealous tu, seram aku dibuatnya. Aku letak nota aku ke tepi lalu berlari dan panjat belakang dia.

"Eh?!!"

Debusshhhhhhh!!!
Kami berdua jatuh dalam kolam.

"Okeeyyy tak?" Soal dia cemas dan tekup wajah aku.

Aku angguk. Walaupun air masuk hidung, pedih, tapi aku okey jer. Salah aku jugak pergi terkam naik atas belakang dia dah kenapa.

"Siapa suruh panjat saya gitu?!" Bebel dia.

"Saja!" Kataku lalu percik air di muka dia.

"Oh.... ni memang betul-betul cari pasal ni! Tunggu!"

"Awak nak buat apa?!" Soalku.

Dengan daya yang dia ada, dia percik laju-laju air padaku buat aku sedaya upaya elak. Aku cuba balas, masalahnya daya aku ni tak sekuat dia.

En. Jung dan Puan Jung yang baru menapak masuk ke dalam rumah terkejut dengar riuh rendah diluar. Difikirnya ada penjahat atau apa sebab dengar suara Krystal terjerit-jerit. Tapi saat mendekat, rupanya anaknya sedang bersuka ria dengan Kai.

"Seronok nampak?!" Tegur Puan Jung. En. Jung tersenyum sendiri lihat mereka.

"Mama?!!!"

Continue Reading

You'll Also Like

6.7K 988 17
❀ complete ❝ siapa kau? ❞ ❝ noona, teddy bear saya hilang. Nak tak noona gantikan dia? ❞ ©bynhwan
284K 13.6K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
54.8K 1.5K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
644K 4.7K 21
I'jien Gracevon@copyright protected ©2019 P/s. Jangan baca kalau kamu rasa kamu alim. 🔞🔞 Genre : Romance, Violence Lang : Malay, English Em.. ceri...