[C] TE AMO | JJK ✓

Por heitsmehari

489K 41K 2.2K

[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Mond... Más

《1》
《2》
《3》
《4》
《5》
《6》
《7》
《8》
《9》
《10》
《11》
《12》
《13》
《14》
《15》
《16》
《17》
《18》
《19》
《20》
STOP!
《21》
《22》
《23》
《24》
《25》
《26》
《27》
《28》
JUST A TEASE
《29》
《30》
《31》
😇
《32》
《33》
《34》
《35》
《36》
《37》
《38》
《39》
《40》
《41》
《42》
《43》
《44》
《45》
《46》
《47》
《48》
《49》
《50》
《51》
《52》
《53》
《54》
《55》
《56》
《57》
《58》
《59》
《60》
《61》
《62》
《63》
《64》
《65》
《66》
《67》
《68》
《69》
《70》
《71》
《72》
《73》
《74》
《75》
《76》
《77》
《78》
《79》
《80》
《81》
《82》
《83》
《84》
《85》
《87》
《88》
《89》
《90》
《91》
《92》
《93》
《94》 Final 🎉

《86》

3.8K 341 25
Por heitsmehari

🐰

Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui celahan langsir dalam hotel tersebut buatkan lena Rachel terganggu. Gadis itu mencelikkan kelopak matanya perlahan- lahan sebelum membukanya luas. Benda pertama yang dia lihat adalah siling bilik hotel berwarna putih.

Rachel menoleh ke kiri, kosong. Ya, mestilah kosong, takkanlah ada orang lain yang tidur-

"Hai, dah bangun?"

Suara garau seorang lelaki buatkan mata Rachel yang masih layu tadi terus menjadi segar bugar. Laju dia dia duduk diatas katil. Jungkook yang memakai bathrobe ditubuhnya itu dipandang dengan pandangan tak percaya. Rachel bulatkan mata, dia intip tubuhnya dibawah selimut. Dia naked!

"Apa awak buat?!" Jerit Rachel sebelum bantal kepala dia baling pada Jungkook. Sungguh dia rasa nak menangis sekarang ni, takkanlah disebabkan dia tak tahu apa- apa dan bertindak di luar kawalan semalam, Jungkook hanya relakan saja apa yang dia buat terhadap lelaki tersebut? Tanpa ada niat langsung nak menolak?

"Hey, hey. Sayang, it's okay. Bawa bertenang, saya akan ceritakan semuanya, perlahan- lahan dan satu- satu. Awak janganlah risau.."

"Macam mana saya tak risau?! Apa awak buat pada saya hah?! Jeon Jungkook?!"

"Rachel, awak mabuk teruk semalam. Awak.. hilang kawalan dan goda saya dulu. Maaf, saya.. saya tak dapat nak kawal-" Belum pun Jungkook habiskan ayat dia, Rachel sudah menangis kuat. Jungkook jadi gelabah, laju dia hampiri Rachel sebelum tubuh gadis itu ditarik ke dalam pelukan.

"Maafkan saya, saya tak sengaja. Maafkan saya sayang, maafkan saya.."

"Jungkook.."

"Saya ingat benda ni okay, sebab awak sendiri cakap yang saya ni suami awak, dan awak ni isteri saya. Saya anggap kita dah halal" kata- kata Jungkook buatkan Rachel berhenti menangis. Dia jarakkan diri dari Jungkook untuk memandang wajah lelaki itu.

"Apa awak cakap?"

"Saya ni suami awak dan awak ni isteri saya, itu yang saya tahu berdasarkan apa yang awak beritahu saya semalam.." kata Jungkook, dia kesat air mata Rachel dengan ibu jarinya perlahan kemudian memperbetulkan selimut yang membaluti tubuh gadis itu sebagai langkah berjaga- jaga sahaja.

"Saya.. isteri awak dan awak ni suami saya?" Tanya Rachel semula kerana dia bimbang yang dia tersalah dengar. Jungkook mengangguk kecil. Laju saja Rachel melompat memeluk leher Jungkook. Mahu saja dia menjerit sebab gembira yang teramat. Bibir Jungkook menaik mengukir senyum lebar, dia gembira kalau gadis itu gembira.

"Jadi, a- awak dah ingat?"

"Belum.. tapi saya akan cuba. Awak bantulah sekali, jangan asyik nak buat saya jealous je. Saya tak kuat nak tanggung sakit cemburu tu macam mana, saya tak tahu apa akan jadi kalau awak asyik buat saya cemburu. Maaf sayang, sebab tak notice awak dari dulu" bisik Jungkook sebelum dia meleraikan pelukan. Rachel hanya tersengih kecil.

"Saya akan tolong awak dengan kuasa cinta saya!"

"Ceh, cinta konon. Bila saya tanya kenapa saya penting dalam hidup awak, mulalah nak berdalih bagai. Cinta ke macam tu?" Jungkook mulai mengungkit seraya menghadiahkan jelingan pada gadis itu. Rachel ketawa kecil, dia betulkan selimutnya.

"Saya malulah nak mengaku yang betapa pentingnya awak dalam hidup saya" kata Rachel. Jungkook yang tidak dapat menahan senyum terus melebarkan senyuman sampai ke telinga. Dia menekup kedua pipi Rachel dengan tapak tangannya sebelum mencium dahi dan hidung gadis itu.

"Apalah awak ni, dengan suami pun nak malu.."

"Masalahnya, waktu tu awak belum tahu lagi yang awak ni suami saya-"

"Sekarang dah tahu dah. Now what? Nak bagi saya ciuman kasih sayang tak? Ciuman rindu ke? Awak tak rindukan saya?" Soal Jungkook dengan innocent. Rachel menggeleng kecil sebelum dia tolak perlahan pipi Jungkook bila lelaki itu memuncungkan bibir, nak tuntut ciuman kasih sayang dan rindu dia tu.

"Tak naklah.."

"Lahh tak nak pula? Semalam merengek nak kiss, sekarang jual mahal pula tak nak kena kiss. Apa kes ni?"

"Se- semalam saya minta apa?"

"Minta kiss"

Jawapan Jungkook buatkan wajah Rachel merona merah dan seterusnya membahang. Laju saja Rachel menekup wajahnya menggunakan kedua tapak tangan. Tawa Jungkook meletus. Comelnya!

"Ya tuhan sayang, awak malu? Awak malu dengan saya?"

"Jungkook! Sa- saya buat apa lagi dengan awak semalam?"

"Banyak benda yang awak buat pada saya. Buat itu, buat ini. Awak nak saya ceritakan dengan lebih lanjut ke? Luar dan dalam.." meleret- leret suara Jungkook seraya merapatkan dirinya dengan Rachel. Laju saja Rachel menahan dengan tangannya. Jungkook ketawa besar, sungguh dia cakap, wajah merah Rachel memang sungguh comel dan gadis itu tampak cantik.

Ya, cantik sangat.

...

"Taehyung! Keluar dari bilik saya sekarang!"

"Tak nak! Saya nak tinggal dengan awak!" Taehyung masih kekal berselubung dalam selimut sementara Chae woon memukul punggung Taehyung dengan bantal putih empuk tersebut. Taehyung memang dah gila agaknya, manakan tidak, semalam suka hati dia je masuk bilik hotel orang tanpa kebenaran tuan empunya bilik.

"Taehyung! Keluar sekarang!"

"Saya tak nak! Chae woon kena ikut saya balik korea sekarang jugak!" Balas Taehyung dalam selimut. Chae woon mengerutkan dahi sebelum dia mengeluh berat. Sikap kebudak- budakan Taehyunglah buatkan dia rasa susah nak lupakan lelaki itu. Walaupun hakikatnya dia sudah lama meninggalkan Taehyung, 3 tahun lamanya. Susah sangat ke nak move on?

"Jangan nak main- mainlah Tae. Buat apa saya ikut awak balik korea?"

"Saya nak kahwin dengan awak, Chae woon. Awak tak kasihankan saya? Saya dah lama tunggu awak? Sejak awak lari tinggalkan saya. Chae woon, saya tak pernah marahkan awak. Saya langsung tak pernah simpan perasaan dendam pada awak. Kahwinlah dengan saya, saya dah lama tunggu" luah Taehyung, masih lagi dalam selimut. Suasana menjadi hening.

"Chae woon?"

"Sayang?"

Tidak ada sahutan dari gadis itu. Laju saja Taehyung keluar dari selimut untuk mencari gerangan gadis kesayangannya. Chae woon ada saja, dia tidak kemana- mana, dia cuma berdiri dihadapan katil seraya mengemam bibir. Taehyung menjadi pelik. Dia salah cakap ke? Taehyung duduk di birai katil, berhadapan dengan gadis itu.

"Chae woon.."

"Kenapa tak cuba cari yang lain? Cuba lupakan saya?" Terasa getaran di suara Chae woon. Gadis itu masih kekal berdiri dengan tangisan yang cuba dia tahan.

"Saya dah cuba. Tapi tak boleh, kebahagiaan saya hanya pada awak, bukan pada yang lain-"

"Bodoh! Kalau saya tak balik selama bertahun- tahun awak akan tetap tunggu saya ke?! Walaupun saya dah kahwin dengan lelaki lain?! Tolonglah jangan macam ni Taehyung! Bukan saya seorang perempuan je yang ada dalam dunia ni-"

"Saya dah anggap ianya macam tu. Walaupun bertahun awak tinggalkan saya, walaupun awak dah kahwin dengan lelaki lain, saya tetap cintakan awak sepenuh hati saya. Awak tetap kekasih hati saya, Moon Chae Woon.."

Chae woon mengetap bibir, dia tampar perlahan pipi Taehyung buatkan lelaki itu terteleng sedikit.

"Kenapa-"

Tanpa Taehyung sempat menghabiskan kata- katanya, bibirnya sudah dikecup Chae woon yang sedang menangis.

Taehyung bodoh!

.

.

Huwwaaaa!!

Seguir leyendo

También te gustarán

349K 44.2K 100
[ current status ; complete! ] Jeon Jungkook ft. Kim Chaerin Dia nak babysitter, tapi dapat isteri. ⚠ mengandungi typo dan bahasa yang macam minta pe...
184K 31.4K 33
Dia yang digoda. Aku yang tergoda. Start : 7 November 2018 End : 27 January 2019 #2 in fanfiction on 6/4/2019 #1 in fanfiction on 27/4/2019 Cover:...
27.6K 4.1K 42
〔🌸〕Dia pernah kata padaku, "Aku akan hilang selamanya bila aku menggunakan sepenuh kuasa aku untuk berkorban demi sesuatu benda" Aku sayangkan kau...