𝐞𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥 ➮ 𝐢𝐬�...

By bananawly

8.6K 651 120

Adriana Dahlia , 18 seorang pelajar kolej di MSU . Hidupnya serba sempurna ketika kali pertama memasuki kolej... More

1- freshmen
2- maaf
3- jumpa
4- busybody
5- lunch
6- Dubai
7- suka
8- kem
9- heartbreak
10- amanat
11- bola
12- pulang
13- sabar
14- priority
15- tutoring
16- epiphany
17- degil
17.5 - HNY
18- kembali
19- testing
20- jiran
21- kantoi
22- distance
23- feelings
24- confession
26- gaduh
27- berbaik
28- hati
29- abang
30- jawa
31- McD
32- hospital
33- sedar
34- rancangan
35- mangsa
36- lokap
37- kahwin
38- final
update

25- pemusnah

186 14 4
By bananawly


"Ha kau belajar elok-elok . Ingat kata-kata aku . Belajar jangan sampai ke menara gading . Tetapi belajar lah sampai ke langit yang ketujuh ." kata Adam .

Ha sudah Adam ni . Dah mulalah kata-kata hikmat dia tu . Banyak dah dia bagi . Antaranya :

Kena jadi macam titikberat . Sebab walaupun kecil , tetap mempunyai ilmu yang memberatkan dia .

Yang ni tak leh move under . Eh silap move on .

"Ha apa apalah dam . Kau ambik aku ke nanti ?"

"Ye aku ambik . Tunggu dekat sini jugak lah ."

"Okay bye .." tangan Adam dicium . Sekasar mana pun Adriana kepada Adam , hormat terhadap abang masih ada .

Kereta Adam berlalu . Universiti dihadapannya diperhatikan .

Lama rasanya tak pergi . Eceh baru seminggu .

Hmm mana ....

Wana !

Adriana ternampak Wana yang sedang berjalan . Segera Adriana berlari ke arah Wana .

Sehinggalah ...

Adriana terlanggar seseorang .

Adriana terjatuh .

"Aduh !"

"Eh sorry sorry saya tak sengaja !"

Adriana memandang lelaki yang dilanggarnya .

Afieq .

"Eh Adriana ."

no no no .

Adriana berjalan daripada Afieq tetapi tidak berjaya .

Kerana tangannya ditarik .

"Sakitlah !"

Adriana menarik tangannya daripada genggaman Afieq .

"Tak malu ke pegang tangan anak dara orang ?"

"Cepat betul awak lupakan saya kan ?"

"Sebab mak saya kata jangan letak sampah dalam otak saya ."

Afieq mengetap rahangnya kuat .

"Eh kau ni geram aku . Siap kau , Adriana ."

Ei ada jugak orang gila dalam MSU ni .

Adriana berlari daripada Afieq .

Mana Wana ni ?

"Wana !" suara Adriana terlalu kuat sehinggakan hampir semua orang yang berada di sekelilingnya memandang ke arahnya .

"Eh kau ni , jangan jerit nama aku lah ."

"Hehe maaflah aku excited tengok kau . Nak peluk ."

Mereka berdua berpelukan .

"Rindu gila nak lepak dengan kau . Kau dekat kampung macam mana ?" tanya Adriana .

"Oh aku okay je . Tapi tulah ada orang tu tak bagitau perkembangan dia dekat aku ." Wana membuat muka .

"Laa aku ingatkan dekat kampung kau takde line , aku diam je la tak kacau kau ."

"Takde line apa benda nya ? Internet kampung aku lagi laju daripada internet dekat rumah aku ."

"Wah padu ." Mereka berdua ketawa .

"Ha ni cerita kau dengan Mail apa cerita ?" tanya Wana secara tiba-tiba .

"Taknak la bagitau ."

"Sebab aku dah tau , saja je tanya ." Wana gelak .

Adriana memandang Wana .

Wana senyum .

"Kau berjiran dengan dia patu korang together gether kan sekarang ni ?"

Adriana senyum lalu memandang ke arah lain .

"Eleh kau malu malu pulak ."

"Eh jap . Mana kau tau ni ?"

"Waiz ."

Adriana mengangguk . Mail ni mesti bagitau Waiz .

"Ye ye aku dengan dia together gether sekarang ."

Adriana senyum .

Dia masih tidak percaya , lelaki yang dahulunya dia benci kini telah menjadi buah hatinya .

"Oi , senyum apa siot ?" bahu Adriana dipukul .

"Aduh , sakitlah ! Pukul je kerja eh ?" Adriana menjeling Wana .

"Dah kau yang senyum macam kerang busuk sampai orang belakang kau pun tak perasan ."

Adriana berdiri tegak . Belakang ?

"Pandang la belakang , buat buat malu pulak ."

Wana ketawa kecil .

Kurang asam punya Wana .

Adriana memandang belakang .

Kelihatan satu tubuh yang sangat dikenalinya .

Mail .

Mail sedang senyum ke arahnya .

Senyuman Mail sekaligus membuatkan Adriana juga mengukir senyuman .

"Ehem ."

Aisey , Wana . Kacau daun lah .

"Bye Adriana ku sayang . Jangan lama sangat . Beringat jugak dekat roommate kau ni ya ."

Wana mencuit bahu Adriana .

Eish , Wana stop .

Adriana menjeling Wana lalu kembali memandang Mail .

"Hai buah hati saya ." Mail bersuara .

Adriana ?

Macam tomato .

"Hai sayur hati saya ."

Senyuman Mail hilang lalu membentuk satu senyuman yang sangat lebar iaitu ketawa .

"Pandai eh sekarang ni .. Siapa ajar ?"

Adriana senyum .

"Ada ada je lah awak ni . Ada apa cari saya ni ? Rindu eh ?"

"Hmm , tu satu . Tapi ada lagi satu sebab ." Mail memegang dagunya .

"Apa dia ?"

"Saya nak ajak awak keluar malam ni . Boleh ?"

Mail menemukan dua jari telunjuknya .

Adriana gelak .

Comel .

"Gelak pulak . Boleh tak ?" tanya Mail memuncungkan bibirnya .

"Ye boleh-boleh . Nak pergi mana ?"

"Tunggu lah malam ni . Awak nak saya hantar awak balik rumah tak ?"

"Eh tak payah . Nanti Adam ambik saya nanti ."

"Betul ni ?" tanya Mail .

"Okay ."

xxxxxxxx

Sesampainya mereka di restoran kegemaran Adriana , mereka terus memesan makanan dan minuman mereka .

"Awak , saya nak pergi tandas sekejap tau . Tunggu tau ."

"Iye , saya tunggu ."

Adriana memandang Mail sehinggalah Mail hilang daripada pandangannya .

Telefonnya dibuka untuk menghilangkan kebosanan yang melanda .

Tiba-tiba seseorang datang menyapa Adriana .

"Adriana , awak ada dekat sini ?" Adriana mengangkat mukanya untuk melihat empunya suara .

"Naim ? Awak buat apa dekat sini ?"

"Saya makan dekat sini lepastu saya ternampak awak . Awak sorang je ke dekat sini ?" Naim terus duduk di kerusi Mail .

Adriana mula tidak senang duduk . Kalau Mail nampak macam mana ?

"Awak , saya rindu awak ." Naim memandang Adriana lalu memegang lengan Adriana .

"Eh awak jangan pegang pegang lah ! Saya dah ada orang lain !" Adriana bangun daripada tempat duduknya .

"Awak tolong lah saya mintak peluang kedua je ."

Tangan Naim kembali memegang tangan Adriana .

Sebelum kulit Naim menyentuh kulit Adriana ..

PAP !

Satu tamparan hinggap di pipi Naim .

Adriana memandang ke arah tuan punya tangan .

Mail .

Mampus .

"Buat apa kau datang sini lagi ? Buat apa kau kacau aku dengan Adriana lagi ?!" gertak Mail .

Pelanggan di restoran itu mula memandang ke arah mereka .

Baru sahaja tangan Mail ingin menumbuk Naim , tangan Adriana menghalang .

"Mail , dah . Ramai orang tengok lah . Kita dekat public ni ." pujuk Adriana .

Mail diam . Tangannya diturunkan . Jelingan tajam diberikan kepada Naim dan Adriana lalu keluar menuju ke arah pintu keluar restoran .

Adriana mengeluh . Dia memandang Naim yang masih lagi dalam kesakitan .

"Naim , saya mintak sangat janganlah kacau hubungan saya dengan Mail . Yang dah lepas tu lepas lah . Mungkin ada orang yang lagi baik daripada saya ."

Naim melihat Adriana pergi .

Saya masih berharap dekat awak walau apa pun yang dah terjadi .

xxxxxxxxxx

Adriana keluar daripada restoran itu dan pergi ke kereta Mail .

Takde orang ?

Adriana melihat telefonnya mungkin ada mesej yang dihantar oleh Mail .

Ada .

sayang ❤ : saya balik naik grab . kereta saya tu nanti parking depan rumah saya . give me some time .

Adriana menangis .

xxxxxxxxx

Sampai sahaja di rumah Mail , Adriana merenung tingkap bilik Mail .

Awak , saya minta maaf .

Kunci kereta Mail diletakkan di dalam dompetnya .

Gate pintu rumah dibuka .

Pintu rumah ditolak lesu .

Adam yang ingin mengambil kunci keretanya untul mengambil Adriana memberhentikan langkahnya .

Eh ? Bukan patutnya aku ke yang kena ambik dia ?

Adnan yang duduk di sofa juga bingung .

Adam dan Adnan saling berpandangan .

Adriana langsung tidak memandang ke arah mereka lalu naik ke atas dan menghempas pintu biliknya .

Apahal pulak dengan adik aku sorang ni ? monolog Adnan .

"Nan , kau pergi la pujuk dia ." arah Adam .

"Eh kenapa aku pulak ?"

"Dah kau sweet talker . Kang nanti kalau aku pujuk nanti jadi apa pulak kang ."

Adnan berfikir sejenak . Ada betul jugak apa Adam cakap .

Adnan menaiki tangga rumah mereka lalu berdiri dihadapan pintu bilik Adriana .

Nafasnya ditarik dan dihembus .

TOK ! TOK ! TOK !

"Nana , Abang Nan ni . Nana okay ke tu ?"

Adriana tidak mengeluarkan suaranya tetapi pintu biliknya dibuka .

Matanya sembap akibat terlalu lama menangis .

Adnan duduk di birai katil Adriana .

Adriana terus berlari ke arah Adnan dan memeluknya .

"A-abang Nan .."

Adnan sedikit terkejut tetapi tangannya pantas menggosok belakang Adriana .

"Kenapa ni ? Cuba cerita dekat Abang Nan .."

HAIII SEMUAAA PT3 DAH HABIS !!!!! YEAYY SORRY YA ALLAH AUTHOR SORRY GILA SEBAB DAH LAMA GILA TAK UPDATE MAAF MAAF HUHU BUSY GILA BUT DONT WORRY SETIAP MINGGU AUTHOR BOLEH BALIK SO EVERY WEEK ADA NEW CHAPTER I PROMISE !!!! ❤❤❤❤

LONGER CHAPTER BCS LAMA TAK UPDATE 🥰

THANK YOU FOR 2.13K READERS ! STARTING FROM THE BOTTOM NOW WERE HERE ! THANK YOR FOR THOSE YANG STAY DARI CHAPTER 1 SAMPAI CHAPTER 25 NI ! NO WORDS CAN DESCRIBE MY APPRECIATION 🥰😭

I LOVE EVERY SINGLE ONE OF YOUU !!! ❤❤❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

648K 26.1K 50
{COMPLETE} Saya seorang yang sangat mudah berurusan kalau awak serius dengan apa yang kita kena lakukan- Syifa'Mawardah Maafkan saya.Saya yang salah...
133K 4.8K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.5M 73K 49
Nama: Iwanaina Matussin. Usia: 28 tahun. Status: Bujang Situasi: Sepatutnya dah jadi isteri orang, tapi tunang 5 tahun aku dah berkahwin dengan Mimi...
190K 7.1K 15
Kehidupan seorang wanita bernama Aida Qistina yg bernasib malang kerana berjumpa dgn lelaki mamat sengal dalam sesuatu kejadian. 'Ehh kejap, nama you...