From Me To You [✅✔✅]

By HarruTsubasa05

74K 5K 1K

Credit cover: new_divaanis@instagram [COMPLETE!] Fem! Gempa Fem! Taufan Fem! Ais Fem! Thorn Siblings! Halilin... More

~1~
~2~
~3~
~4~
~5~
~6~
~7~
~8~
~9~
~10~
~11~
~12~
~13~
~14~
~15~
~16~
~17~
~18~
~19~
~20~
~21~
~22~
~23~
~24~
~25~
~26~
~27~
~28~
~29~
~30~
~32~
~33~
~34~
~35~
~36~
~37~
~38~
~39~
~40~
~41~
~42~
~43~
~44~
~45~
~46~
~47~
~48~
~49~
~50~
EPILOUGE
♡Song OST/Title For This Story♡
¿¿Q&A!!

~31~

1.3K 93 21
By HarruTsubasa05

Gempa: Ummi? Selamat datang!

???: Ah, Gempa~!!

Gempa pantas menuruni tangga sambil membetulkan tudungnya. Dia berlari-lari anak menuju ke muka pintu. Setibanya di sana, dia bersalaman dengan mak saudara Hali.

???: Hali dah bagitahu ke belum nama Ummi?

Gempa: Eh? Belum lagi...

???: Haa..eloklah. Kang nanti entah apa dia reka nama Ummi tu. (jeling Hali)

Hali: Astarghfirullah! Tergamak Ummi tuduh Hali?!

???: Haha...engko ingat Ummi tak ingat. Kau tu pernah prank kawan-kawan kau tentang nama Ummi. Habis gelak sakan kawan-kawan kau.

Hali: Alah, kisah lama jangan nak diungkit.

Selamba Hali tersenyum sinis mengingat kembali memori nya bersama mak saudaranya yang masih berwajah muda ini. Memang nak dibandingkan dengan mak kandungnya sendiri, mak saudaranya ini lebih rapat darinya. Elok lah tu kan?

Gempa: Err..apa nama Ummi?

???: Nama Ummi, Ruby. Haa...ini Walid. Nama sebenar dia Farhan. Suami Ummi. Kamu panggil saja Walid. Kami ni tinggal dekat London. Ada anak kami 2 orang dah besar panjang dah. Macam kamu 2 orang. Nanti baliklah mereka tu.

Gempa: Oohh...ok Ummi. Ummi dan Walid jemputlah masuk. Saya ni baru saja kenal arah dapur rumah ni...hehe..

Ruby: Ummi faham. Besor kan rumah ni? Haih...saiz badan orang rumah taklah sebesor ni.

Hali: Perli nampak? Sekurangnya ada muka kan?

Ruby: ...Gempa, minta cerai dengan lelaki ni. Geram aku tengok.

Gempa: Err...

Hali: Wuit!!

Farhan: Haih..korang berdua ni. Dah tua kerepot nak gaduh lagi.

Ruby: Saya takkan bagi chance dekat budak ni. Kalau boleh sumbat belacan, dah lama sumbat.

Farhan: Nak bunuh dia ke apa? Awak tahu kan dia tu alergi belacan?

Ruby: Sebab tu saya nak sumbat. Biar masuk kubur terus.

Hali: Hish! Tergamak betul Ummi ni! Nanti siapa nak jaga isteri saya ni?!

Ruby: Ummi ambil jadi menantu lah~

Hali: WHAT?! NONONONONONO!! SIMPANG MALAIKAT 44!! Gempa milik Hali!

Automatik Halilintar memeluk Gempa. Gempa hanya terkebil-kebil dengan wajah sedikit merona. Pelik juga keluarga Hali ni.

Gempa: Err...Ummi dan Walid jomlah makan sekali. ^^'

Gempa cuba menenangkan situasi. Kang tak fasal-fasal runtuh rumah agam ni. Sayang oi!

Hali bersama mak saudara dan ayah saudaranya mengikut sahaja pelawaan Gempa. Mereka berjalan seiringan menuju ke dapur.
.
.
.
Gempa membantu para maid membuka kembali penutup makanan sambil mempelawa suaminya dan mak saudara bersama suami untuk duduk.

Gempa: Awak nak lauk mana? Meh, saya ambilkan.

Hali: Nak hati awak je.

Gempa: Ya Allah dia ni..ada juga makan kerusi nanti... //////

Malu Gempa apabila Hali sempat buat 'ambil-ayat' padanya. Kalau berduaan takpelah. Ni depan orang tua kot. Kang tiba-tiba jadi janda suami masuk ICU nanti.

Gempa: Ummi, Walid. Jemputlah makan. Gempa tak masak special sangat pun. Maaflah kalau tak kena citarasa.

Ruby terkebil-kebil memandang Gempa sebaik sahaja Gempa berkata sedemikian. Gempa yang dipandang mula rasa pelik.

Gempa: Ya Ummi?

Ruby: ...Gempa yang masak?

Gempa: Err..y-ya. Tapi ada juga pembantu rumah tolong.

Ruby: Tapi Gempa ada masak juga kan?

Gempa: Err....ya?

Ruby: SUBHANALLAH!! DAH LAH CANTIK, BERTUDUNG, LAWA, PERAMAH, PANDAI MASAK!! FUH! HIGH CLASS BETUL GEMPA NI!!

Gang!

Dengan semangat Ruby menghentak meja. Teruja dengan ciri yang ada pada diri Gempa. Memang inilah yang diinginkan oleh para 'bakal mak mertua' di luar sana. Asal cukup semua benda ni, nak nikah hari tu, hari tu juga dilangsungkan. :v

Farhan: Astarghfirullah...awak ni dah kenapa?

Ruby: Kenapa kita tak jumpa Gempa dulu? Ya Allah...susah tau nak cari gadis macam Gempa sekarang! Ada pun sorang lelaki ni saja. Tu pun dalam cerita kartun Boboiboy. Nama dia Tanah. Tapi kuasa peringkat ke-2 dia Gempa. Fuh, memang kenalah nak oi!

Farhan: Dah tu? Yang nak teruja dah kenapa?

Ruby: Ish, awak ni. Tak faham betul jiwa mertua saya. Saya inginkan menantu ideal macam Gempa ni. Elok je budi bahasa dia.

Farhan: Tu saya tahu...yang saya tak fahamnya dah kenapa pergi heret cerita Boboiboy sekali tu?

Ruby: Eh, like heart sayalah. Author yang bagi skrip. Saya baca saja.

Sweat drop Farhan dengan kata-kata Ruby. Jujur dia sendiri tak ingat macam mana dia boleh kahwin dengan isteri dia sekarang ni. Rasa dulu elok je perangai. Kalau tak, tak lah berkenan kan?

Hali: Haih...yang Ummi teruja sangat dengan isteri saya ni dah kenapa?

Ruby: Alah, saja? Gempa study dekat mana dulu?

Gempa: Err....kalau ulang chapter...rasanya dekat University Oxford London, Ummi.

Ruby: Eh? Bila tu?

Gempa: 2 tahun lepas. Saya baru balik Malaysia tahun ni saja.

Ruby dan suaminya terkebil sebentar. Seperti sedang mengingat sesuatu. Seketika mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

Ruby memandang ke arah Gempa kembali.

Ruby: Nama penuh Gempa apa?

Gempa: ....Gempa Admira.

GANG!!

Hali: OIMAKKAUHIJAU!!

Terlatah Hali apabila Ruby menghentak meja makan sekali lagi. Sampai terlompat ikan yang berada dalam kuah. Hidup ke tidak ikan tu sebenarnya itu tak nak jadi topik. Kang tak sudah chapter ni nanti.

Ruby: Betullah! Inilah gadis yang saya ceritakan dekat awak awal tahun dulu!

Farhan: Hmm...kalau dah nama betul. Betullah tu. Muka pun nak sama je saya tengok.

Gempa terkebil-kebil memandang ke arah 2 orang keluarga barunya itu. Apa yang dimaksudkan ni?

Hali juga ikut tertanya. Yelah, topik bini dia kot. Mana tahu ada orang mengorat dekat Gempa dan janji akan mencari Gempa dan menikahi Gempa semasa Gempa study dekat sana? Jangan main woy, Gempa ni 'ada muka' tau!

Hali: Dah kenapa Ummi dan Walid cakap macam tu? Elok-elok Ummi, Walid. Ini tentang isteri Hali ni. Jangan buat Hali cemburu.

Ruby: Kau tak tahu ke Hali?

Hali: Tahu apa?

Farhan: Walid kan pensyarah dekat sana, jadi Walid kenal lah student bernama Gempa Admira ni. Isteri kamu nilah. Dia pernah memenangi beberapa anugerah yang sentiasa menjadi buruan student dekat sana tau!

Hali: Hah?! (shock)

Terkejut betul Hali selepas mendengarnya. Biar kebenaran?! Gadis di sebelahnya yang menjawat jawatan isteri dia sekarang ini pernah menang anugerah dekat University Oxfors London?! Payah nak oi nak menang! Bukan calang-calang orang dapat tu!

Hali menoleh ke arah isterinya yang hanya menunduk malu. Mak oi, kantoi!

Ruby: Sampai masuk newspaper lagi tentang kecemerlangan Gempa ni. Dia juga pernah join kelas memasak dan mendapat anugerah masa di sana.

Farhan: Tambahan pula, disebabkan Gempa salah seorang pelajar yang bijak, dia terus dapat lompat tahun dari 3 tahun kepada 2 tahun.

Ruby: Hebat betul Gempa. Gempa buat macam mana boleh hebat macam tu?

Gempa: Err...saya sentiasa amalkan jus nusantara- eh silap! Saya selalu ikut pesana atok saya. Solat jangan tinggal, sentiasa berdoa dan berzikir kalau tak ada buat apa-apa, solat sunat, baca Quran dan pandai mengurus masa. Lagipun kalau cuti pendek, saya tak balik Malaysia. Saya study saja dengan roommate saya. Tu yang dapat lompat dan terus dapat ijazah tu...heheh...//////

Malu-malu Gempa menerangkan rahsia kejayaannya. 3 manusia yang memandang sudah ternganga mendengarnya. Biasa-biasa saja diri Gempa, tadi siapa sangka? Attitude nya amat luar biasa. Bijak menguruskan masa.

Ruby: QwQ Terharu Ummi mendengarnya...kan bagus kalau Ummi ada menantu macam kamu. Padahal kamu pernah study dekat London selama 2 tahun tapi kita tak pernah bertemu...

Farhan: Dah bukan jodoh nak buat macam mana. Heish...awak ni.

Hali hanya memutarkan bola matanya. Tidak peduli akan situasi di sekitanya. Yang dia tahu, dalam hati dia sekarang sedang melompat riang kerana beruntung Gempa menjadi miliknya.
.
.
.
Sisa makanan yang tinggal semakin sikit, kelihatan Gempa dan Halilintar sudah hampir selesai makan. Gempa menunggu Hali selesai kerana dia ingin membawa pinggan Hali untuk dicuci bersama.

Hali minum air dengan tenang. Biar air membantu melancarkan proses penghadaman.

Ruby: Hali dan Gempa sudah buat perancangan anak ke untuk tahun depan?

Hali: PFFFTTTTT-!!!!! (terkejut)

Akibat soalan yang tiba-tiba diuarakan oleh Ruby membuatkan Hali terkejut lantas tersembur air ke tepi.

Gempa pula dah merah mukanya sambil menggosok belakang Hali yang sudah terbatuk-batuk kerana tersedak.

Farhan: Eh, awak ni. Tiba-tiba tanya pasal tu dah kenapa?

Ruby: Taklah...orang dalam mood pengantin baru, mestilah ada rancang-

Hali: Ummi ni melampaulah! Ada ke tanya time tengah makan ni?

Ruby: Dah nak habis pun makanan kamu tu.

Hali hanya memutarkan bola matanya. Geram betul dengan mak saudara aku sorang ni. Ada saja nak sakat aku.

Gempa tertawa janggal sebelum meminta diri untuk masuk ke dapur sambil membawa pinggang yang ingin dicuci.
.
.
.
Gempa sekarang sedang sibuk menolong para maid menyimpan lauk, mengemas pinggan dan mencuci pinggan. Sibuk saja kalau tengok.

Ruby juga merasakan seperti itu. Sebaik sahaja selesai makan, Gempa mempelawa Ruby untuk berehat di ruang tamu. Gempa menolak tawaran Ruby kerana takut Ruby kelelahan kerana perjalanan lama tadi. Ruby juga mengikutkan sahaja. Tambahan pula dia sedang penat.

Hali keluar dari dapur bersama bekas ais krim di tangannya. Dia duduk di ruang keluarga bersama Ruby di atas sofa. Matanya ralit memandang ke arah kaca televisyen.

Hali: Mana Walid?

Ruby: Naik atas. Solat.

Hali: Oh...ok.

Suasana diam seketika. Ruby masih khusyuk memandang ke arah Gempa yang sedang sibuk bekerja di dapur. Kalau Ruby yang tiada pertalian darah dengan Gempa pun rasa sejuk, manakan pula dengan mak Gempa? Sejuk perut ibu Gempa kerana dapat melahirkan anak yang rajin seperti Gempa.

Ruby: Gempa ni...mak ayah dia kat mana?

Ruby bertanya memecahkan sunyi. Hali menjawab walaupun mulutnya dipenuhi ais krim dan matanya tidak beralih dari kaca tv.

Hali: Mak ayah dia dah meninggal masa dia di bangku sekolah.

Ruby: Innalillah...Gempa ni anak tunggal ke?

Hali: Taklah. Dia....ada kakak kembar.

Ruby: Eh? Yeke? Jadi mana kakak dia tu?

Teruja Ruby apabila Hali menyatakan tentang saudara Gempa. Ni peluang baik untuk berkenalan! Namun keterujaan Ruby hanya sementara apabila dia melihat wajah Hali sedikit suram. Ais krim yang dimakan pun menjadi perlahan kunyahannya.

Ruby: Kenapa?

Rasa bersalah pula Ruby memandang ke arah Hali. Dia salah cakap ke?

Hali: Tak...cuma...kakak dia dah meninggal sebelum puasa lepas.

Ruby: Innalillah...habistu Gempa tiada saudara dah ke?

Hali: Atok dia masih hidup lagi. Jadi pengurus sebuah kilang koko di kampung.

Ruby: Ooh...jadi...kamu menikah di mana?

Hali: Dekat kampung Gempa. Berkenalan dengan atok Gempa sekali. Kami berpuasa 1 bulan dekat sana dan meraikan hari raya bersama. Lepas raya, kitorang terus kahwin.

Ruby: Tak buat kenduri?

Hali: Sekadar panggil yang penting dan akad nikah sahaja. Lagipun dalam perkahwinan akad yang lagi penting.

Ruby menganggukkan saja.

Ruby: Hali bahagia bersama Gempa?

Hali diam seketika. Entah kenapa soalan itu sedikit sebanyak tiba-tiba mengganggunya. Hali menoleh ke arah Gempa yang mana sekarang sedang mengelap pinggan untuk disimpan. Seronok Gempa sampai tidak sedar ada 2 iris merah menyala sedang memandangnya.

Hali kembali menoleh ke arah Ruby. Ruby pula menantikan jawapan dari anak buahnya itu.

Hali: Kenapa Ummi tiba-tiba tanya macam tu?

Ruby: Hmm...ini andaian saja. Katakanlah kalau Gempa takde jodoh dengan Hali lah kan? Dan Ummi jumpa Gempa dulu waktu kat London. Ummi rasa Ummi dah lama ambil Gempa sebagai menantu. Lagipun Gempa seorang wanita yang ideal.

Hali diam mendengar kata-kata mak saudaranya. Entah kenapa sekarang jantung dia berdegup tidak senang hati.

Ruby: Tambahan pula orang lelaki zaman sekarang ramai yang sakitkan hati isteri. Nasib baik Walid kau tu ok saja.

Hali: Apa maksud Ummi?

Ruby: Macam kau tak tahu, suami ni...bila dah dapat isteri baik, dia pergi curang. Isteri dah cantik, dia nikah lain. Isteri dah setia, dia cari lain. Habistu? Nak isteri hodoh? Heh, alamatnya selalu kena deralah Hali oi~

Hali: Jadi, maksud Ummi?

Ruby: Tengok dari reaksi kau, Ummi tahu Hali pernah ada perasaan pada arwah kakak Gempa, kan?

Tersentap hati Hali apabila Ruby berkata sedemikian dan entah kenapa iris marroon Ruby kelihatan menakutkan.

Hali: Itu-

Ruby: Hali jangan sesekali sia-siakan orang macam Gempa tu. Dia tu 1 dalam 1 000 000 tahu?

Hali: ...

Ruby: Tengoklah, kalau Hali sakitkan hati Gempa. Ummi akan pastikan Gempa akan tertawan pada anak Ummi.

Kling!

Secara tiba-tiba sudu yang jatuh ke lantai. Rupanya Hali bangun dari duduknya sehingga membuatkan sudu itu terjatuh. Namun itu bukan isu utama, Hali terus meletakkan bekas ais krimnya di atas meja dan berlari menuju ke arah dapur.

Seketikan kemudian Hali keluar bersama Gempa yang ditarik dari tangan. Terkial-kial Gempa cuba mengejar Hali. Hali menarik Gempa dengan kuat sehingga tidak sedar yang isterinya itu sedang panik.

Gempa: H-Halilintar?! Kenapa ni?! Eh? Awak nak bawa saya ke mana ni?!

Hali membawa Gempa menuju ke ruang keluarga. Tempat Ruby sedang duduk sambil memerhatikan mereka.

Dari posisi menarik tangan, Hali menarik Gempa ke depannya lalu memeluk Gempa dari belakang. Gempa dapat mendengar dengusan kasar Hali. Wajah Gempa merona seketika walaupun dia tidak tahu apa yang sedang terjadi.

Hali memeluk Gempa kuat.

Hali: Itu andaian Ummi sahaja. Dan Hali doakan ia takkan pernah berlaku. Gempa adalah satu-satunya wanita yang berjaya menambat hati Hali. Dialah cinta pertama dan terakhir Hali. Hali cintakan Gempa kerana Allah. Dan takkan Hali lepaskan Gempa selagi nyawa dikandung badan. Ummi kena ingat tu!

Dengan wajah dan nada serius Hali berkata sedemikian. Ruby memandang ke arah 2 susuk tubuh itu dengan tatapan biasa.

Gempa semakin merona apabila Hali berkata sedemikian. Kuat telinganya menangkap setiap kata yang dikeluarkan oleh Hali.

Gempa: Awak...kenapa ni? //////

Hali mendiamkan diri. Suasana waktu itu sangat canggung.

Farhan: Ni dah kenapa ni?

Tiba-tiba suara Farhan memecah masuk ke dalam atmosfera canggung itu. Ke-3 manusia di situ serentak memandang ke arah Farhan yang sedang turun dari tangga.

Gempa: Eh, awak. Lepaskan lah. Malu Ummi dan Walid tengok! ///////

Hali melepaskan pelukannya tapi tidak tangan Gempa. Hali menarik Gempa menuju ke pintu lif lalu menutup lif sebaik sahaja dia menekan butang ke tingkat atas.

Farhan yang baru turun berjalan menuju ke arah isterinya. Dia duduk bersebelahan isterinya itu.

Farhan: Kenapa dengan anak buah awak tu?

Ruby: Taklah. Saya saja nak uji tahap sayang dia pada isteri dia tu.

Farhan: Lhaa...dah kenapa pula?

Ruby: Takdelah. Hmm...sayang betul Hali pada Gempa. Terlepas nak ambil Gempa sebagai menantu.

Farhan: Ish, tak baiklah awak ni niat macam tu.

Ruby: Gurau saja. Kan anak kita dah menikah kedua-duanya?

Farhan: Tahu takpe. Taklah readers takut drama baru muncul pula nanti.

Ruby tertawa kecil bersama suaminya. Bersama mereka menonton rancangan televisyen. Membiarkan suasana tadi berlalu begitu sahaja.
.
.
.
DI DALAM BILIK HALI

Gempa: Awak, kenapa awak tiba-tiba cakap macam tu tadi?

Hali masih mendiamkan diri sambil duduk di atas katil. Sejak berada di dalam lif tadi, sekitar dia pun tak kisah. Sampai masuk bilik Gempa bertanya banyak kali pun tak dijawab. Naik geram Gempa dibuatnya.

Gempa: Awak ni...kalau takde apa-apa baik saya tolong sambung buat kerja tadi.

Baru Gempa pusingkan diri ingin keluar dari bilik, Hali menarik tangan Gempa menahan Gempa keluar. Gempa menoleh ke arah suaminya.

Gempa merenung wajah suaminya itu. Tiba-tiba firasar sesuatu datang di dalam hatinya. Dan itu membuatkan Gempa membatalkan niatnya lalu duduk di sebelah Hali.

Gempa: Awak ada masalah ke?

Hali: ...

Gempa: Cakaplah. Mana tahu saya boleh tolong?

Hali memusingkan kepalanya memandang ke arah Gempa. Wajahnya serius bercampur sedih. Hatinya kacau kerana kata-kata Ruby tadi. Serabut rasanya.

Hali: Gempa, kau percaya tak kalau aku ni suka kau?

Gempa mendiamkan diri. Kenapa tiba-tiba topik ni timbul?

Gempa: ....aku percaya.

Hali: Kalau aku tinggalkan kau atau aku takde nanti...kau akan setia pada aku tak? Takkan cari pengganti?

Gempa: Astarghfirullah. Takkanlah! Awak nak tinggalkan saya?! Janganlah cakap macam tu!

Hali: Kau akan setia tak?

Gempa: Mestilah! Andai awak jodoh saya, datanglah orang hensem seperti Petir pun saya tak kisah.

Hali: Macam sinonim je Petir dan Halilintar tu...

Gempa: ....abaikan. Tapi jujur, andai ikatan jodoh kita masih bersama, saya yakin hati saya takkan pindah kepada sesiapa.

Hali menghela nafas lega. Entah kenapa kalau diikutkan akal, mahu saja dia menangis kegembiraan. Tapi dia egois. Hanya menghela nafas sudah cukup.

Hali: Kau tahu kan aku pernah suka arwah kakak kau?

Gempa: (angguk) Tahu.

Hali memandang kembali ke arah Gempa dengan wajah yang serius.

Hali: Tapi aku bersumpah kerana Allah hati aku hanya ada kau. Kau saja orang yang aku suka. Takde orang lain.

Gempa: (senyum) Kau dah pernah bersumpah masa kau lamar aku kat kampung dulu.

Hali: Jadi...kau percayakan aku?

Gempa: Kalau ramai orang tak percayakan kau...biarlah aku seorang saja yang percayakan kau.

Hali tersenyum lembut kepada Gempa. Itulah kata-kata yang dia inginkan pada saat itu. Mendapat kepercayaan dari orang tersayang sudah mencukupi.

Hali: Thanks. Cukup kau seorang saja sudah memadai.

Hali memeluk Gempa erat. Di dalam dakapan Hali tidak putus bersyukur kerana dia ditakdirkan bersama Gempa. Siapa sangka fanfiction ini boleh ada adengan drama dan romance mengalahkan teenfiction? X,D (Author: Aku mampu gelak je... 😂)
.
.
.
Selepas solat Isyak, Gempa duduk di atas katil sambil membaca buku yang dibawanya bersama.

Hali keluar dari bilik mandi dengan rambut yang basah. Dia terpandang isterinya yang sedang khusyuk membaca.

Hali: Baca buku?

Gempa: Ha'a.

Hali: Apsal tak main fon?

Gempa diam seketika. Dia kemudian meletakkan buku itu selepas menandakannya untuk dia sambung baca ditempat dia berhenti tadi.

Gempa: Saya mana ada fon.

Hali: Hah?! (shock)

Gempa: Betullah. Saya tengah saving money nak beli fon lah ni.

Hali: Apsal tak cakap?! Cepat siap, kita keluar sekarang beli fon.

Gempa: Eh, tak payahlah. Dah malam dah ni. Banyak kedai tutup nanti.

Hali: Habistu macam mana aku nak contact kau kalau ada apa-apa?!

Gempa: Takpelah...fon bimbit ni ada.

Hali: Tak membantulah!

Gempa: Tak payah lah. Lain kali ok?

Hali menghela nafas. Susah betul bila bini keras kepala ni. Takpelah. Pandai-pandai lah Hali belikan untuk surprise nanti.

Hali naik ke atas katil sambil mengambil fonnya. Manakal Gempa sambung membaca bukunya.

Hali ralit memandang layar skrin telefon sehinggalah dia teringatkan sesuatu.

Hali menoleh memandang ke arah Gempa yang masih sedang membaca bukunya.

Hali: Kau...takde apa-apa nak cerita ke dekat aku?

Gempa: Hn? Cerita apa? Takde apa pun...

Hali: Kau takde masalah?

Gempa menggeleng sebagai jawapan.

Hali: ....first day dekat pejabat.

Terus aktiviti membaca Gempa terhenti. Tiba-tiba sahaja Hali menyebut pejabat membuatkan gadis itu teringat akan kedian tadi.

Ya...saat 3 perempuan yang telah memalukan dia di hadapan para staff pekerja.

Gempa: Err...ok je.

Gempa memandang ke arah Hali untuk meyakinkan suaminya. Hali memandang ke arah Gempa. Dia menghela nafas.

Hali: Dengan suami pun nak tipu?

Tiba-tiba Gempa merasakan jangtungnya berhenti berdegup seketika. Firasat yang dia takuti. Adakah Hali-

Hali: Aku tahu kau kena buli tadi.

Gempa: A-Apa..?

To Be Continue
==================

Hey ho! XD Haaa...seperti yang korang inginkan. Hali tahulah tentang kejadian hari tu! Tapi macam mana?! O.O'

Hmm...apa Gempa akan buat selepas tu? Mengadu pada Hali tentang segalanya atau....?

Nantikan di chapter seterusnya! Teruskan mendukung akak ya? X3

Continue Reading

You'll Also Like

37.5K 1.4K 13
[A Novella] Amanda wanted a family to call as her own. Maddox wanted someone to share his passion in ranching, after finally deciding to let go of th...
63K 4.1K 32
[Sookook Fics] "I'm not a boy anymore Jisoo, I'm a man now ," He was tired of her for friend zoning him. So, it's his time to shine and proof her wro...
420K 8.6K 28
She moved with a certain thoughtfulness about her. Every step was placed gently. Whether this is to disappear from those around her or to protect the...
15.4K 745 60
Riana Sanguini Adleril-Von is a part-vampire. She is going to her third year at Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry. She is good friends wit...