From Me To You [✅✔✅]

By HarruTsubasa05

74K 5K 1K

Credit cover: new_divaanis@instagram [COMPLETE!] Fem! Gempa Fem! Taufan Fem! Ais Fem! Thorn Siblings! Halilin... More

~1~
~2~
~3~
~4~
~5~
~6~
~7~
~8~
~9~
~10~
~11~
~12~
~13~
~14~
~15~
~16~
~17~
~18~
~19~
~20~
~21~
~22~
~23~
~24~
~25~
~26~
~28~
~29~
~30~
~31~
~32~
~33~
~34~
~35~
~36~
~37~
~38~
~39~
~40~
~41~
~42~
~43~
~44~
~45~
~46~
~47~
~48~
~49~
~50~
EPILOUGE
♡Song OST/Title For This Story♡
¿¿Q&A!!

~27~

1K 88 13
By HarruTsubasa05

3 Pagi

Halilintar terbangun dari tidurnya. Ah, tak. Dia tidak boleh tidur. Sejak dari tadi dia cuba menutupkan matanya. Badan dia letih, namun fikirannya masih segar dan masih sedang memproses atas kata-kata Gempa sebelum mereka tidur.

Seperti kaset yang rosak, kata-kata Gempa kerap berulang di dalam kepalanya.

FLASHBACK

Gempa: Baiklah, kita straight to the point. Saya tahu awak tak selesa dengan memanggil saya sedemikian, jadi saya cadangkan....apa kata awak jangan paksa diri awak? Awak juga hormati saya supaya tak perlu paksa diri panggil sedemikian. Jadi saya juga ingin berikan kebebasan kepada awak.

Hali: A-aku tak faham...tapi kenapa?

Gempa: Saya pun sayangkan suami saya.

Gempa tersenyum manis ke arah Hali yang masih ragu-ragu akan keputusan Gempa. Betul ke dia patut biarkan sahaja semua ini?

Gempa membuka tudungnya lalu menyangkutnya di penyangkut baju dan diletakkan di dalam almari yang sudah tersedia di dalam bilik itu. Gempa menoleh kembali ke arah Hali yang masih diam kaku.

Gempa: Halilintar, tak nak tidur?

Hali: ...

Gempa menghela nafas sebaik sahaja menerima respon dari Hali. Dia melepaskan ikatan rambutnya dan terserlah lah rambutnya yang panjang, hitam dan lurus di belakang badannya. Berkilat dan sangat cantik, sesuai dengan wajahnya yang putih gebu itu.

Gempa berjalan ke arah Halilintar dan berdiri di hadapannya sebelum dia duduk berlutut di hadapan Hali dan mencapai tangan besar Hali. Tangan sang suami digenggam erat.

Gempa: Awak marah?

Hali: ....

Gempa: Ada apa-apa awak nak bantah?

Hali: ....

Gempa: Ok...kalau macam tu-

Hali: Kau bencikan aku ke Gem?

Gempa menghentikan kata-kata dia yang dipotong oleh Hali. Iris Gempa memandang ke arah lirikan mata Hali. Dan mata mereka bertemu.

Gempa: ....tak.

Hali: Habistu?

Gempa: ...adakah salah apa tindakan saya ni? Sebab saya buat untuk kebaikan awak juga.

Hali: ....tak.

...

Hali: Tapi adakah ia membawa maksud?

Gempa: Nope.

Gempa menggeleng kepalanya dan menatap wajah Hali kembali.

Hali: Haahh...ok.

END FLASHBACK

Dan akhirnya Hali bersetuju. Entah kenapa apabila mendengar segala kata-kata Gempa, dia tidak patut berdalih kerana dia merasakan segala tindak-tanduk dan kata-kata Gempa memang betul.

Hali memusingkan badannya menghadap susuk tubuh yang sudah terbaring selesa di sebelahnya. Wajahnya lembut dan comel dalam keadaa tidur.

Kalau diikutkan hati, mahu saja Hali memeluknya tapi...

Hali: Kau hanya kata nak beri kebebasan aku dalam berkata-kata. Bukan dalam tindakan. Jadi...adakah aku masih belum dapat menyentuh kau?

Suara Hali separuh berbisik.

Tangan kanan Hali mengusap kepala Gempa dengan lembut. Itulah sebabnya kenapa Hali berbunyi seolah ingin membantah. Walhal sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang hal ini. Cuma...dia sedikit khawatir Gempa akan terganggu untuk membalasnya.

Sentuhan Hali membuatkan sang isteri bergerak ke hadapan sedikit atau lebih tepat, memeluk Hali.

Hali sedikit terkejut, namun dibiarkan. Jika Gempa tanya, dia akan cakap yang Gempa sendiri datang peluk.

Gempa: Masih marah?

Suara kecil Gempa menyedarkan Hali dari lamunannya. Dengan pantas dia melihat wajah Gempa yang terbenam di dada bidangnya.

Hali: Tak tidur?

Gempa: Terjaga.

Hali: Sebab?

Gempa: Suami saya tengah sedih, takkan nak biarkan saja?

Hali tersenyum kecil mendengar jawapan dari isteri tercintanya. Pandai betul berkata-kata.

Gempa: Awak boleh cium atau pegang tangan saya kalau mahu...cuma saya tidak dapat janjikan setiap balasan saya kepada awak bila awak buat. Tapi...saya masih belum bersedia.

Hali menangguk faham. Kiranya dia berpeluang bermesra dengan isterinya. Sudah memadai dari tiada habuan langsung baginya sebagai suami. Iyalah, sekurangnya kenalah ada nafkah zahir buat suami si kepala keluarga.

Gempa sudah sekian lama hidup tanpa bersosial. Dia tidak terlalu sosial tidak seperti kakaknya. Gempa sering bersendiri. Dia lebih gemar menghabiskan masanya membaca buku. Dia juga atlete yang aktif sehingga dia pernah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik di bangku sekolah rendah dan menengah.

Gempa memeluk suaminya lalu membenamkan wajahnya pada dada bidang Hali. Hali mengusap kepala Gempa sambil mencium dan menghirup aroma manis di rambut Gempa.
.
.
.
Esok Pagi

Gempa bangun dari tidurnya sebaik sahaja matanya menerima pantulan cahaya matahari yang keluar dari celah-celah langsir. Dia mendengus bangun dari tidurnya. Perlahan-lahan matanya terbuka dan mencelik.

Kelihatan Halilintar masih tidur dengan nyenyak sambil memeluknya. Melihat sang suami masih tidur dengan lena membuatkan Gempa tersenyum. Namun dia tidak boleh lama.

Gempa cuba melepaskan diri dari pelukan Halilintar. Dia mengambil jam tangan yang biasa dipakai oleh Halilintar di meja bersebelahan katil mereka.

Jam 7.30 pagi.

Gempa: Ya Allah! Dah lewat solat subuh! Halilintar! Bangun! Bangun! Bangun!

Gempa menepuk-nepuk bahu Hali bagi mengejutkan lelaki yang tertidur pulas di atas katil bersaiz king tersebut. Kedengaran dia merungut sambil memejamkan matanya. Sayang tidur.

Gempa: Halilintar...! Bangun! Nanti lewat solat!

Hali: Nghh...kau solatlah dulu. Nanti aku bangun...

Gempa: Eh, takde. Takde. Takde. Bangun cepat! Berdosa lewatkan solat tahu??

Hali: Ckh! Pergilah solat dulu!

Hali meronta berkeras tidak mahu bangun. Gempa hanya menghela nafas pasrah. Di dalam fikirannya ligat memikirkan sesuatu untuk membangunkan 'budak' ni sorang.

Gempa: Hmm....

Gempa merenung ke arah Halilintar sebelum dia akhirnya membuat keputusan untuk bangun dari katil lalu mengambil wudhuk. Solat sorang-sorang lah alamatnya.
.
.
.
Gempa melipat kain telekungnya. Dia kembali menatap sang suami yang masih syok tidur sambil memeluk bantal.

Gempa menghela nafas lalu berjalan menghampiri katil dan menaiki katil tersebut.

Gempa: Awak, bangun. Bangun. Nanti terlepas solat.

Hali tidak memberi respon. Gempa mengembungkan pipinya yang sudah tembam itu sehingga menjadi kuih pau yang bulat dan dinantikan untuk makan. //ehek!

Suatu ketika Gempa mendapat idea yang bernas, diambilkan kembali kain telekung lalu dipakainya. Dia membuka fon miliknya lalu mensearch something.

Gempa: A'uzubillahimina shaitonirrajim...bismillah hirrahmanirrahim...yasiin...

Dengan tidak semenanya Gempa membuka surah Yasiin lalu dibacanya menghadap ke arah Halilintar yang masih lagi tertidur.

Hali: WOY! WOY! WOY!! OK! OK! AKU BANGUN! AKU BANGUN!!!

Cepat-cepat Hali bangun dari tidurnya apabila dia dapati terdengar suara-suara orang sedang membaca surah yasiin. Terkejut beruk jadinya bila dia mencelik matanya dan melihat Gempa dengan tenangnya membaca surah tersebut sambil menghadap ke arahnya.

Gempa secara automatik berhenti dari membaca surah lalu menutupnya. Dia terkekek ketawa sambil membuka kain telekungnya.

Hali: Kau dah kenapa pergi baca surah yasiin dekat aku??!

Gempa: Lhaa...dah awak tak bangun. Saya baca sajalah. Dah alang-alang tak bangun tu baik kita semadikan saja terus kan?

Hali: Nenek kau! Melampau betul cara nak kejutkan aku.

Gempa: Habistu? Nak buat macam mana lagi cara nak kejutkan awak?

Hali: At least bagilah morning kiss ke. Ni pergi tibai dengan baca surah.

Gempa ketawa kecil melihat wajah cemberut Hali. Geram je aku tengok bini aku ni. Kecil besar kecil besar je.

Hali mendengus seketika lalu dia turun dari katil dan berjalan menuju ke bilik air. Sempat dia menoleh ke arah Gempa seketika.

Gempa pula membalas tatapan Hali dengan wajah yang polos.

Hali: Kau dah mandi ke belum?

Gempa: Dah. Kenapa?

Hali: Cepat siap. Kita breakfast lepastu masuk office.

Gempa: Eh? Saya mana ada kerja lagi. Tak mohon-

Hali: Kerja je kat tempat aku.

Gempa: Tapi-

Belum sempat Gempa menghabiskan ayatnya, Hali sudah masuk ke dalam bilik air lalu mula mandi. Gempa menghela nafas kecewa sebelum dia membuat keputusan untuk ikut sahaja arahan Hali.

To Be Continue
============

Hmm...chapter kali ni not bad juga. Heheh...saja buat Gempa jadi nakal sikit. X,D

Ok lah. Chapter next tentang new life Gempa dekat tempat kerja. Berjalan lancar....atau tidak? 0w0

Continue Reading

You'll Also Like

246K 16.1K 80
Kira Kokoa was a completely normal girl... At least that's what she wants you to believe. A brilliant mind-reader that's been masquerading as quirkle...
37.6K 1.4K 13
[A Novella] Amanda wanted a family to call as her own. Maddox wanted someone to share his passion in ranching, after finally deciding to let go of th...
275K 5.9K 33
In wich a one night stand turns out to be a lot more than that.
210K 9K 60
╰┈➤ *⋆❝ 𝐢'𝐝 𝐫𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐧𝐨𝐭 𝐥𝐨𝐬𝐞 𝐦𝐲 𝐜𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞 𝐭𝐚𝐛𝐥𝐞 𝐚𝐬 𝐚 𝐫𝐞𝐬𝐮𝐥𝐭 𝐨𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐩𝐢𝐬𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐟𝐟 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐦𝐞-𝐛...